Originally Posted by zii En. Joe nak tanya sikitlah ...rasa agak pelik pada satu ekor arnab ni... baka NZW .... dari kecil lagi dah garang ..suka gigit ..nak kata dia tertekan tak mungkin tapi .... kalau dok bagi makanan asyik nak gigit kita je...hari ni pun saya kena gigit lagi ..geram tul...... sepanjang saya bela arnab tak adalah pula baka jenis tu garang kecuali 2 jenis arnab yang sy pasti ada juga yang garang...(nak cakap jenis apa pun tak tahu ). tentang makanan arnab pula hari semalam kehabisan kena beli kat kedai .... mungkin 2 tiga hari lg tempahan makanan arnab tu sampai.... sebab stock kat tempat tu pun dah kehabisan.... ada pesan FFM 10 guni dan yang hijau 10 guni. arnab kak pulak dah pandai pilih tu yang susah |
Sorry mencelah.......terkenang arnab garang........ada kawan n otai tu bela arnab garang ... masa nak bagi makan perlu pakai sarung tangan kulit...... kalau x mesti luka kena gigit ........hahahaha ... sedihnya skg tinggal dalam kenangan sahaja...... |
OK Kak Zii, Selain dari stress...inilah antara beberapa sebab lain kenapa arnab menggigit. Tak tau arnab akak tu tergolong dalam kategori yg mana satu...
- Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
- Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
- Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih.
- Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
- Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
- Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik utk meletakkan tangan kita dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
- Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan
Hahahah........hahahha........macam2 teori.......hahaha......anyway thank....... Siapa yg x tahan kena gigit or x mau lagi kena gigit ....meh bagi kat kawan.... biar kawan jaga arnab tu....... ( item akhir tu kelakar.....sesilap arnab tu mati terkejut....hahahaha) |
Hang ni pun...patut bagi tip2 atau ayat2 yg patut diamalkan waktu deal ngan menatang yg garang2 nih.
Yg biasa dengau petua orang2 tua ialah bacakan untuk mengambil berkat Surah Al Lahab (111),...abis tuh twist kan apa2 kain, katanya insyallah buleh menundukkan hati orang atau haiwan yg sedang bengis itu.
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah.
5 ulasan:
what if try spray air kat muka dia atau bulu dia... pastu pad dia..
apa tujuan sebenar nak spray muka dia dengan air? untuk bagi dia tak garang? sesetengah keadaan, arnab suka akan air yg di sembur, macam ketika panas, tapi sesetengah keadaan lain, arnab amat menyampah dengan air~
pastu pad dia<--- nih apa? pad apa? lain macam jer...
Yang Arnab,
iceburn
pad tu maknanya belai arnab tu.... huhuhuhu... btw, sy nak tumpang tanya.. hubungan sy dengan seekor rabbit sy ni sgt rapat, dia tidur dalam bilik sy and selalu tido sama2 dgn saya.. since that, sy selalu kena gatal2 pada kulit saya.. adakah budaya hidup yang kurang sihat bila sy begitu rapat dgn rabbit sy for ur info it;s holland lop rabbit.
weooo pad tu~ ingat ke lain dah...
kalau ada kena gatal2 tu... takut jangkitan hama jer nanti, tempat tido kita dipenuhi berjuta2 hama yg tidak kelihatan dek mata kasar... budaya tak sihat tu jgn sampai luar tabii sudah~ hUhUhUhUhU
selalu periksa arnab tu, tengok2 kalau dia ada ciri2 dijangkiti hama, pasal awak gatal2 tu... hmmm
owh jady nyer c gebu anggora i tue syg i kot .. thats why dyer suke ggt2 n cakar2 .. men kellg i naik atas riba i.. very naughty2 rabbit...thx for this info..:)
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com