Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Selasa, 28 Julai 2009

*.* Balas Shoutbox~! *.*

* syah "bro iceburn... post la pic rabbit pedaging yg baru sampai tu kat cni.."

*iceburn :: sori beb~ aku sebuk setting dan meeting~ arnab2 yg baru sampai pon baru jer abis stress~... nanti ako masokkan gambar2 dorang~ bukan pedaging jer~ kami juga import english anggora, english lion, english lop~ very fuzzy one~ eheheheh

* Led Zepp "As'kum Ice, bley bg tips camne nk plih baka arnab yg sihat?"

*iceburn :: cuba tanya ery, dia pandai bab2 nih... :D


* luvrabbit "de gi tmn rafa tgk rbbt..nak komen skit..knape x pbaiki cage rbit, kasi selesa..1 cage ltk 4/5 rbbit..sian die..tu psl rbbit die ada cirit-birit."

*iceburn :: secara jujurnya, walaupun aku ada post pasal raffa rabbit, tapi ako tidak pernah sampai kesana~! HAHAhAhAH mungkin bila dalam tujuan mendisplaykan produk, soal keluasan cage terpaksa diketepikan oleh pihak rafa. mungkin biler malam dorang bawak balik ke kandang/rumah, arnab tadi akan tinggal di tempat yg lebih selesa~ wallahualam~

* luvrabbit "buat saliran najis yg teratur.. ade sape2 nak komen..betul tak komen sya nie..kesian kat rabbit2 tu.."

*iceburn :: tempat dorang bukak rabbit park tu disewa dengan giant, so mungkin tak dapat nak buat piping or berak system yg sempurna, lainlah kalau tempat itu permanent~ ehehehe tapi memang benar apa yg encik luvrabbit kata~

* mfz "setuju dgn luvrabbit...mcm sedih je muka diorg...tp de a few la yg active..saya slalu g sane tgk2 bunny terbaru..."

*iceburn :: datang waktu bila? tengah hari or petang or malam? rabbit tidak aktif setiap masa, ia agak pasif bila tengahhari, kalau panas lagi dia pasif~ :D

* comey "setuju gak dgn luvrabbit. cian smy tgk rabbit penuh dlm satu cage. tak smpi hati tgk dia sempit2 mcm tu. cian tgk baby rabbit 2ekor hr tu cirit-birit"
* comey "dua2 tu dok diam je kat hujung cage n takleh cmpur dgn yg len.spttnye dorg kena lebih beratkan kesihatan n keselesaan sume rabbit dorg"

*iceburn :: saya tak pasti rafa jual baby rabbit pada usia berapa, untuk masalah cirit-birit mungkin ada sangkut paut dengan tekanan perasaan akibat begitu ramai orang, keadaan baru yg bising dan tidak selesa, diceraikan dari ibu terlalu muda(dibawah 2bulan), dibawa dalam perjalanan jarak jauh dan macam2 lagi stress yg bersangkut paut~ :D

* comey "tp comey sgt rabbit anggora n lop ear kat situ. hrga pn ok cuma lop ear je mahal ckt. lop ear mmg mahal ke? mcm mn nak tau rabbit tu mmg baka asal dia"
* syah-comey "brape harge diorang letak untuk lop ear?"
* has "tu la pasal...chomeyl gler angora kt tmn arnab tu~ tp for sure mostly rm150..lop ear mmg mahal harganye~"

*iceburn :: untuk lop ear baka cross atau local lop, yg tidak dpt dipastikan breednya, range harga sekarang sekitar RM150-180 seekor berumur 2-3bulan. baka lop memang mahal, lagi2 pure breed yg ada surat beranak, ada makhluk tu sampai jual RM400 seekor~ huHuHuHu baka Holland Lop jer~ saya ada baka american fuzzy lop~ beli pon sejuta lebey~!! tapi rupiah lar~ ehehehe lebih kurang RM450~ nanti saya post gambar dlm blog~!

Yang Berkhidmat Untuk Arnab,
Ahmad Fahmi Alias

*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Jumaat, 24 Julai 2009

*.* Arnab Mandi (Paru-Paru) dan Bulu Arnab Bergulung *.*

2009/7/23

Fahmi San,

Terimakasih atas prompted respond and valued info.

Senang hati sikit bila tau yg air kencing oren susu tu bukan satu masalah.

Next question.

1. Sebab bulu arnab tu agak kotor masa beli, saya dah mandikan dia. Siap dgn syampu sekali.

Untuk elakkan sejuk, saya guna air dari water heater…

Kering kan dgn tuala…lepas tu guna hair dryer…

Sekarang nampak bersih dan lebih putih. Anak nak main pun tak bimbang sangat…

ð Ada apa2 side effect dak mandi arnab ni?

2. Yg jantan tu bulu dia bergulung-gulung. Okay ka kalau saya gunting buang yg bergulung tu.

Dan kalau gunting dia akan tumbuh balik dak?

Sekian..Terimakasih.

Thank You

Mohamad Hanif Bin Bakar

Sama2,

Soalan Pertama.
Untuk memandikan arnab pada sesetengah kes dan sesetengah pendapat mengatakan tidak mengapa. Ini berlaku jika(tidak mengapa memandikan), arnab tadi selepas dimandikan terus(secepat mungkin) di keringkan dan biarlah didalam keadaan suhu yg dapat memanaskan badan dia balik(suhu bilik pon okie).
Sesetengah pendapat ahli jemaah pula, melarang kita memandikan arnab, cukuplah disembur dengan semburan syampu dan dilapkan dengan kain basah. Selepas itu secepat mungkin juga di keringkan.
Perkara ini berlaku kerana struktur paru-paru arnab amat sensitif. Jika sedara perasan, arnab selalunya bernafas agak laju, mungkin saiz paru-paru yg kecil menyebabkan ini berlaku. Pada keadaan normal, perkara ini tidak mengapa, tetapi dikhuatiri hayat arnab akan berakhir selepas dimandikan, terpaksa pula mandi sekali lagi untuk mandi jenazah...
Begitu juga keadaan organ-organ yg lain, seperti masalah jantung kecil juga menjadi antara faktor utama pembunuh arnab secara tiba-tiba. Pemberian makanan yg berlebihan (selalunya yg mengandungi lemak/fat byk) akan mengakibatkan obesiti dan perkara ini membawa kepada serangan jantung.

Soalan Kedua
Bulu-bulu bergulung itu boleh digunting dengan cara berhati-hati, perhatikan sambungan kulit dan bulu, gunting diatas sedikit bahagian bulu tersebut. Biarlah arnab berada didalam keadaan bertenang sebelum menggunting bulu tadi. Keadaan bulu bergulung ini berlaku antaranya adalah kerana keadaan persekitaran arnab yg tidak bersih, lekatan najis dibulu-bulu dan lain-lain perkara yg berkaitan.
Bulu yg dipotong akan tumbuh kembali, seperti juga kambing biri-biri, bila masok musim panas(summer), penternak akan mencukur botak biri-biri, bulu(wool) diambil dan biri-biri bukak kot~
Ada juga sesetengah penternak English Anggora akan mencukur pendek bulu arnab mereka pada musim panas, sama tujuan dengan penternak biri-biri...


Yang Berkhidmat Untuk Arnab,
Ahmad Fahmi Alias

*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Khamis, 23 Julai 2009

*.* Maklum Balas Dari Shoutbox *.*

* spy "iceburn..kt sini rumput die mcm rumput napier,tp msh ragu2 la..ape perbezaan rumput napier dgn lalang..plzzzz"

*iceburn:: Yg macam napier tu mungkin napier tempatan, memang napier pon, beza dengan lalang ialah, lalang tak mempunyai batang keras, napier ada.

* aiexa "ri2 my rabbit give birth i xde kat outstation my mums yg jage pas2 2 weeks after dats sekor by sekor mati n my mums g vet vet ckp milk mum dia ader poisen n anak2 dia kejang and mati.. y huh??"

*iceburn:: Jarang saya dengar masalah macam ni, memang tak pernah dengan pon. Mungkin apa yg beritahu oleh vet tu betul.
Anak arnab seperti juga anak haiwan menyusu yg lain, perlukan kolestrum awal dari susu awal ibunya. Adakah aiexa begitu pasti yg setiap anak2 tadi diberi susu secukupnya oleh ibu?
Saya tidak tahu pula ada susu ibu yg mengandungi racun. Cuba tanya lebih detail dengan vet tadi. Kalau dah tau sudi-sudilah berkongsi dengan kami di blog ini. Selamat datang ke ArnabKiut Blog.

* Led Zepp "Hello Mr Iceburn, Salam perkenlan. saya dah lame mengikuti blog anda. Terimakasih atas info2 yg telah anda post kedalam blog anda."

*iceburn:: Terima kasih menjadi pelanggan setia. Saya akan masokkan link kedalam list link saya.

* huzai "salam, sy agak confuse mcm ane nk tau arnab jantan atau arnab betina yg bawa baka?
contoh, sy ade arnab lionhead jantan dan arnab local betina..kalu mate kn sy akan dpt anak arnab lionhead atau local?"

*iceburn:: Kadar peluang untuk seekor anak arnab mengikut baka bapanya ialah 60%. Baka bapak selalunya kuat, tetapi sesetengah kes terjadi dimana baka ibu lebih kuat dari genetik baka bapa.

*.* Email Balas In-breeding dan Kencing Putih (Fosforus) *.*

2009/7/23 Hanif Bakar <*********@****.com>

Assalamualaikum.

Baru beli arnab 3 ekor.

1jantan (Angora) 1 betina (angora) 1 betina anak (kacukan)

Kononnya angora, tapi bila surf internet, bulu dia tak lah sepanjang mcm dlm internet tu. (Mungkin dah campur kot….)

Yg nak tanya ialah tentang kencing dia …selalunya warna apa?.

Arnab yg saya beli tu air kencing dia warna oren susu, agak pekat…macam concentrate orange ….

Normal ka?. Kalau tak normal…treatment dia mcm mana?

Segala nasihat didahului dgn ucapan terimakasih….

Note : Dapat Email addr dari blog….

Thank You

Mohamad Hanif Bin Bakar

Mail to : **********@****.com


Wsalam,

Masalah Pertama.
Masalah anggora cross adalah perkara biasa di pasaran Malaysia. :D Mungkin akibat dari masalah in-breeding ataupun perkahwinan sesama mahram, mengakibatkan anak atau keturunan yg dilahirkan tidak menepati ciri2 awal datuk nenek anggora tersebut. Antara akibat2 lain dari masalah in-breeding ini ialah penghasilan baka yang tidak kuat daya ketahanan penyakit, baka yg dilahirkan cacat, baka yg dilahirkan tidak menepati ciri-ciri baka asal, baka yg dilahirkan kecil(terjadi kepada baka pedaging atau giant) dan beberapa masalah berkait yg lain. Seperti juga manusia, apabila kita berkahwin didalam kelompok atau perkahwinan sedara-mara, kemungkinan untuk mendapatkan baka yg baik(pandai, tidak cacat dan sebagainya) tidak begitu cerah.


Masalah Kedua.
Masalah air kencing berwarna putih/oren susu pula adalah akibat lebihan bahan jenis fosforus didalam makanan arnab(pellet), ia bukanlah masalah serius, malahan ia bukanlah satu jenis masalah :D. Kandungan fosforus yg tinggi akan dirembeskan melalui air kencing oleh arnab, di Indonesia, air kencing arnab di proses untuk dijadikan baja sayuran hijau. Kandungan fosforus yg banyak tadilah yg membuatkan baja air kencing arnab antara yg terbaik dikalangan baja.

Sekian.

Yang Berkhidmat Untuk Arnab,
Ahmad Fahmi Alias

*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Jumaat, 17 Julai 2009

*.* Soalan² dari shoutbox~! *.*

* 3bit "boleh ke kalau bela jantan sekor je..rbbt jtn 3bit suka dimanja2kan..siap bagi kepala dia kat kita tuk digaru2.. bleh ke dia hidup sorang2.."

iceburn "bleh tak 3bit hidop sengsorang dalam dunia nih?? ehehehe

* spy "iceburn..rumput napier kan die pinye daun die tu tajam sikit..xpe ke..??"

iceburn "sebab tu napier tu kena 'dilayukan', takper, penternak² ramai da yg apply napier utk rabbit, penternak kat indon pon ramai yg guna napier utk tampung kos makanan ternakan, termasok arnab."

* 3bit "IB sowi tanya byk2..rbbt bleh branak lagi lepas 2/3 mlahirkan? tgk dok kemas2 sarang dia..saja kemas ke atau nak branak lagi?"

* 3bit "lepas 2/3 hari branak bleh branak lagi?"

iceburn "selalunya arnab beranak sehari jer, tapi kalau dia lambat beranak, anak dalam perut tak keluar, dia boleh mati. ada kes ibu mati bila anak sangkut tak keluar dari perut ibu, tapi kes ni selalu terjadi bila ibu dia dari baka dwarf/kecik kahwin dengan baka yg besar atau kahwin dengan giant"

* comey "IB, klu arnab dah tnjkkan tnda2 nk mengawan tu mmg kena cari yg betina jg ke? mcm mn ye? rsu la tgk si comey sy tu. tkt dorang gaduh je."

iceburn "seeloknya dicarikan la pasangan dia, tapi kalau tidak bersedia utk menjaga anak dia, seeloknya dielakkan, kalau beranak jugak, why not cari orang adobt anak dia nanti"

* comey "pening pk ni. kalau dia ada baby, nnti tak tau nak letak mn anak dia samada nk jaga or jual. tp klu jual sape yg nk rabbit kampung ye? ada idea x?"

iceburn "ada jer org nak beli/adobt arnab kampung, jual umur atas dari 2bulan tau, supaya ketahanan anak tadi cukop utk diberi kepada tuannya yg baru"

* artnacw "IB, cemana nak tau kata anak tu dah cerai susu?"

iceburn "arnab cerai susu? ehehehe itu istilah jer, kalau anak dia da start makan makanan yg ibu dia makan(pelet & hay), kira dia da start cerai susu la tu, saya sarankan secara keras, anak arnab boleh dipisahkan dari ibu start umur 2bulan"

* momok "arnab jantan saya nampak mcm nak mengawan tapi betina asyik lari je, mcm mana ya?"

iceburn "arnab mengawan bila² masa, selagi ada pasangan dia kat situ, arnab jantan boleh menghasilkan sperm yg subur setiap 5minit selepas satu-satu proses mengawan, manakala arnab betina bleh berada dalam keadaan subur 48jam selepas ia melahirkan anak, maknanya, kalau arnab betina beranak hari ni, dua hari lagi, ia berada dalam keadaan subur dan jika ia di'tunggangi' oleh sijantan dan proses itu berhasil, dalam sebulan lagi bersedialah untuk menerima sekali lagi kelahiran anak arnab" :D

*3bit "ND jebit tu bukan tuk dijual..dia pun susah nak cari baka ND tau.."

iceburn "baka ND bleh beli dari singapore, tak susah sebenarnya nak import haiwan, perlu ada certificate yg betul dari kedua² belah negara, range harga utk ND dari singapore lingkungan SD300(RM600) seekor, so why not tanya dengan beh yo, kot² ada ND yg nak dijual~ :D"

Rabu, 15 Julai 2009

*.* Rafa Bunny World Berita Harian *.*

Sentral: Belai arnab sambil beli-belah

Oleh Nurulfatiha Muah
bhnews@bharian.com.my


PENJAGA menunjukkan betapa jinaknya arnab di Taman Arnab Rafa Bunny World.

Pengunjung minat bermain dengan haiwan dikenakan bayaran

SHAH ALAM: Sebut saja arnab, kita pasti terbayangkan badannya yang berbulu putih bersih, manja, mesra serta menarik minat kanak-kanak untuk menjadikannya haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing.

Bagaimanapun, tidak ramai yang bersedia memeliharanya kerana menganggapnya ia memerlukan penjagaan yang rapi dan sempurna bagi memastikan haiwan itu terus sihat dan aktif bermain dengan pemiliknya menyebabkan ada ibu bapa lebih selesa membawa anak mereka melihat haiwan ini di zoo mini atau kedai menjual haiwan peliharaan.

Bagi penduduk sekitar bandar raya ini, kini mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan ini di Taman Arnab Rafa Bunny World (Taman Arnab) yang terletak di perkarangan Pasar Raya Besar Giant (Giant), Seksyen 13, di sini.

Taman Arnab dibuka sejak 1 Jun itu menempatkan kira-kira 150 ekor arnab dewasa dan kecil yang terdiri daripada pelbagai spesies antaranya Angora, Holland Lop, Mix Lop dan Lion Head.

Pengusaha dan pemiliknya, Rahimi Idris, 47, berkata taman itu dibuka sebagai kemudahan untuk orang ramai bersantai sambil menyaksikan gelagat haiwan comel itu ketika mengunjungi Giant untuk membeli-belah.


"Ia berikutan kedudukan Taman Arnab ini yang terletak di perkarangan Giant, selain segala kemudahan seperti surau, tandas dan medan selera yang lengkap tersedia di sini.

"Orang ramai juga tidak perlu keluar jauh untuk melihat arnab. Di sini, pengunjung dibenarkan memberi arnab makan dan bermain di tempat permainan khas yang disediakan," katanya ketika ditemui di Taman Arnab itu.

Rahimi berkata, pasaran arnab masih baru di Malaysia dan kebanyakan kedai haiwan yang beroperasi hanya membenarkan pengunjung melihatnya yang dikurung dalam sangkar tanpa membenarkan mereka menyentuhnya.

Berikutan itu, katanya, pihaknya mengenakan sedikit bayaran iaitu RM3 kepada setiap pengunjung sama ada dewasa mahupun kanak-kanak untuk memasuki taman untuk bermain dan memberi makan arnab terbabit tanpa had masa.

Bagaimanapun, bayaran RM4 dikenakan pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah.

Rahimi berkata, pihaknya juga menyediakan pakej lawatan untuk pelajar dan keluarga dengan harga berpatutan misalnya, RM10 bagi lawatan lima orang sekeluarga.

Katanya, sambutan daripada pengunjung taman sangat menggalakkan dan pada tiga minggu pembukaannya, lebih 200 ekor arnab sudah dijual.

Ditanya cara penjagaan arnab, beliau berkata, ia mudah kerana pelbagai jenis makanan berbentuk pellet yang diperbuat daripada rumput rumpai dan kalsium ada dijual.

Katanya, makanan itu dan air yang mengandungi mineral hanya perlu diletakkan di dalam sangkar bagi membolehkan haiwan berkenaan makan dan minum pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, katanya, arnab di taman itu juga dijual kepada mereka yang berminat dengan harga berpatutan iaitu di antara RM100 dan RM300 bergantung kepada saiz dan spesies.

"Kami juga ada menjual sangkar arnab yang berharga antara RM47 hingga RM65 yang disertakan bersama bekas air dan makanannya sekali, selain pellet dengan harga RM1 sebungkus.

"Kami mendapat bekalan arnab ini daripada pembekal di sekitar Lembah Klang dan Perak," katanya.

Rahimi berkata, orang ramai yang berminat mengunjungi Taman Arnab, boleh membawa bersama keratan akhbar cerita ini untuk mendapatkan potongan harga RM1.

Katanya, taman itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum mulai jam 10 pagi hingga jam 9.30 malam.

Pengunjung, Muhammad Izlan Rezali, 12, berkata beliau yang menyukai arnab sanggup datang dari Taman Ampang Indah, Ampang, Kuala Lumpur ke Shah Alam semata-mata mahu menyaksikan sendiri gelagat haiwan itu.

"Saya kerap datang ke sini bersama keluarga pada waktu cuti sekolah untuk melihat sendiri arnab yang comel ini dan bermain dengannya," katanya.

*.* Menu daging arnab di Restoran Itali Santini *.*

Menu daging arnab di Restoran Itali Santini

Berita Harian, 25 Mei 2002

PERNAHKAH anda menikmati daging arnab? Jika belum, singgahlah ke Restoran Itali Santini di Plaza Mon’t Kiara, Kuala Lumpur.

Menu daging arnab panggang yang dihidang bersama kentang putar, cendawan
dan sos rosmari itu disediakan khas oleh Chef Frederico Michiletto yang diterbangkan dari Itali. Ia adalah antara resipi istimewa restoran Santini yang memperkenalkan set hidangan baru mengandungi pembuka selera, sup, pasta, hidangan utama dan pencuci mulut.


Kata Chef Michiletto, daging arnab amat popular di Itali kerana ia rendah kolesterol dan baik untuk kesihatan. Di Santini, daging arnab di panggang dan dihidangkan bersama kentang putar yang dihidang sebagai hidangan utama.


“Daging arnab adalah kategori daging putih yang rendah kolesterol. Cara memasaknya juga mudah. Bagaimanapun, arnab di negara ini agak kecil dan perlu direbus agak lama agar dagingnya lebih lembut,” katanya.


Buka selera anda dengan Insalata Di Ganchio, Fritto iaitu ketam goreng yang dimakan bersama sos oren masam manis. Jika ke Santini, jangan lupa menghirup sup labu enak yang dimakan bersama biskut amaretti.

Hidangan Itali tidak lengkap tanpa pasta. Cubalah Insalata di Tagliatelle, iaitu
pasta yang dimasak dengan dakwat sotong dan dihidang bersama udang harimau. Rasanya amat berbeza dengan pasta biasa yang pernah anda nikmati dan ia dicadangkan sebagai hidangan kedua selepas pembuka selera.

Selepas hidangan utama, cuci mulut anda dengan pemanis Banana Caramellizzata, iaitu karamel pisang berkrim yang digulung dengan pastri dan dihidang bersama sos karamel, ais krim coklat dan Canelloni al Mascarpone yang ranggup. Krim mascarpone adalah krim yang sama digu
nakan untuk membuat tiramisu.

Santini Ristorante Italiano muat 132 pengunjung dibuka dari 12 tengah hari hingga 3.00 petang dan 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Tempahan boleh dibuat dengan menelefon 03-6203 2881


Isnin, 13 Julai 2009

*.* Komen Balas Mengenai Ibu Bersalin Tidak Menyusukan *.*

--- On Mon, 7/13/09, Azlinda Azam <**************@yahoo.com> wrote:

From: Azlinda Azam <**************@yahoo.com>
Subject: info
To: "arnab kiut blogspot"
Date: Monday, July 13, 2009, 1:10 AM


saya linda dr kuantan pahang.
ada beberapa pertanyaan.arap dpt beri sedikit nsht.
pada 10jun lps,arnab lhr 5 ekor anak.seekor mati pada hari kelahiran dan yg lain mati pada hari ke9,10,11,14.
bawa pada vaterinar mereka ckp kemungkinan virus sebab anak2 nmpk kejang sebelum kematian.
ibu pula tak nak myusu dan tak selera mkn.
ada inject b-komplek pada ibu pada hari ke 14 melahirkan anak(vaterinar yg suntik)
tp selepas kelahiran shgga 11julai ibu mmg diasingkan dgn jantan.
tp semalam(12julai) ibu tersebut lahir 5 ekor arnab lg.saya tak buat persiapan sbb tak rasa yg arnab akan bersalin lg coz br bulan lps dia bersalin dan jantan mmg asingkan terus.
lgpun selepas bersalin bln lps,bdn ibu dah semakin susut sehingga terasa tulang jika dipgg.
vaterinar ckp aritu ibu mgkn hadapi sindrom ibu muda(murung) sbb tu taknak mkn.
apa perlu saya buat?mksdnya,ibu tu dah melalui proses melahirkan sebanyak 2 kali dlm masa 2 bln dan elok kah untuk ibu tersebut?
saya perlu bg mknan yg mcm mana untuk kembalikan kecergasan ibu tersebut?
terima kasih.

wsalam,
aik? dah asingkan dari jantan, tapi masih beranak? ajaib~!
dari mana datang benih anak yg lahir kali kedua nih? memang cik linda yakin yg takda sebarang talian antara ibu dan penjantan tadi?

memang pelik.... tapi takpa la, dah rezeki nak dapat baby lagi.
apa yg penting sekarang, penjagaan yg rapi ke atas ibu dan anak yg dilahirkan itu.
saya sarankan sediakan sebuah kotak kayu dan kumpulkan semua bulu yg dicabut oleh ibu kedalam kotak kayu, lumurkan anak² dia tadi dengan bulu² ibu dia, dan masukkan kedalam kotak kayu tadi(kotak didik).
sebelum tu usap dan bela ibu dengan tujuan memindahkan bau ibu ke atas tangan cik linda, dan dengan tujuan lain untuk menenangkan keadaan ibu tadi.
selepas pindahkan anak kedalam kotak didik dengan melumurkan anak tadi dengan bulu² ibunya, cik linda sekali lagi usap ibunya dan sapukan tangan/jari ke hidung ibu tadi.


tentang pemakanan untuk ibu bersalin, seperti yg saya sarankan sebelum ini, sediakan ibu itu dengan sajian tinggi protein, yg paling mudah ialah Alfalfa Hay, dengan kandungan protein yg tinggi dan bau yg menyelerakan, arnab selalunya tidak akan menolak sajian ini.
atau untuk pilihan lain, cik linda boleh juga sediakan hay sendiri, dengan menuai pokok² rumput napier(saya ada tunjukkan contoh pokok dalam pos² sebelum ini) yg tumuh meliar di sekitar bumi Malaysia ni. ehehehe harve
st dulu seeloknya pagi, jemur atau dibiarkan ia layu, pada sebelah petang, cik linda potong² daun napier tadi menjadi potongan² kecil, terus boleh diberi kepada arnab(ibu tadi), arnab jantan juga boleh makan.
tapi pilihan yg pertama tadi adalah pilihan yg paling utama, ini kerana kandungan protein yg tinggi dalam Alfalfa membantu penghasilan susu yg banyak untuk menampung anak² yg ramai.

pilihan lain/terakhir jika ibu tidak memberi susu secara normal,
cik linda perlu beri susu secara manual, samada dengan cara memegang ibu tadi dan aturkan baby arnab ke puting² ibu,
atau boleh beli susu tepung untuk anak kucing d
i kedai haiwan atau pasaraya. berikan secara manual, samada dengan cara menggunakan picaragari tanpa jarum atau menggunakan kain bersih yg disimpulkan dibahagian hujungnya, dicelup kedalam susu tadi, dan beri kepada baby arnab untuk dihisap.
cara yg kedua ini agak sukar, anak² arnab punya bermacam² perangai tidak dijangka...
Awek orang putih ini sedang memberi susu secara manual kepada anak arnab ini, ibu arnab ini sedang dirawat kerana menghidapi penyakit Mastitis. Susu yg diberi kepada anak arnab ini adalah susu kambing. Untuk cerita lanjut boleh layari, http://littlerascalsfarm.com/babyrabbits.htm

Cara-cara untuk memberi susu kepada baby arnab disebabkan perangai ibunya yg macam²...**Gamba² diatas dirompak dari http://www.welshrabbitry.com/birth.html

Jumaat, 10 Julai 2009

*.* Statistik 030709-090709 ArnabKiut Blog by Nuffnang *.*

Statistik by Nuffnang.com.my

Sabtu, 4 Julai 2009

*.* Taman arnab di tengah kota (Utusan Malaysia) *.*

Taman arnab di tengah kota


Pelbagai spesies arnab di Rafa Bunny World di pasar raya besar Giant, Seksyen 13, Shah Alam sedia menyambut kehadiran pengunjung. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


SHAH ALAM 12 Jun - Kebiasaannya, jika ke pasar raya besar Giant, selain membeli-belah dan mencuci mata, pengunjung juga boleh menjamu selera di premis-premis makanan yang dibuka di pasar raya tersebut.

Bagi yang berkeluarga, mereka boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan percuma yang disediakan.

Tetapi di pasar raya besar Giant, Seksyen 13, Shah Alam, pelanggan kini berpeluang membawa anak-anak mereka bermain dan membelai lebih 100 ekor arnab pelbagai spesies di Rafa Bunny World yang dibuka di kawasan letak kereta pasar raya itu sejak 30 Mei lalu.

Bagi yang berminat untuk membela binatang jinak tersebut, mereka juga boleh membelinya beserta dengan aksesori penjagaan haiwan itu dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM35 hingga RM400 mengikut spesies.

Menurut pemilik Rafa Bunny World, Rahimi Idris, 47, beliau membuka taman arnab tersebut dengan kerjasama pihak Giant kerana minat selain menyedari haiwan tersebut mempunyai ramai penggemar.

Katanya, dengan modal RM100,000, beliau mendapatkan bekalan arnab yang terdiri daripada spesies Anggora, Lop, New Zealand White, Lion Head dan arnab biasa serta membina taman mini yang boleh memuatkan kira-kira 60 orang pada satu masa.

"Saya mendapat idea untuk membuka taman arnab ini di kawasan pasar raya besar kerana ia dapat memudahkan peminat binatang itu yang tinggal di sekitar Shah Alam untuk mendekati haiwan kegemaran mereka.

"Ini kerana biasanya untuk melihat pelbagai spesies arnab selain di zoo atau taman tema, mereka perlu pergi ke kawasan yang jauh seperti taman arnab di Bukit Tinggi dan Semenyih.

"Di sini mereka boleh bermain dengan arnab sambil menikmati kemudahan yang ada di Giant," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar Rahimi lagi, di Rafa Bunny World, selain melihat arnab di dalam sangkar, kanak-kanak juga boleh bergambar, bermain atau memberi makan arnab-arnab yang dilepaskan di padang kecil yang disediakan.

Tambahnya, mereka juga akan diberi penerangan tentang cara-cara pemeliharaan arnab, bagaimana arnab membesar serta boleh bertanya pelbagai soalan mengenai arnab daripada dua pekerjanya yang terlatih.

"Di taman ini kami ada arnab yang baru lahir hinggalah arnab dewasa dan arnab bunting.

"Kesemua binatang ini amat mudah dijaga dan jarang diserang penyakit.

"Jadi kanak-kanak atau mungkin ibu bapa mereka yang ingin tahu mengenai haiwan ini boleh bertanya kepada staf kami yang mempunyai pengetahuan luas mengenai arnab," katanya yang turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor.

Mengenai sambutan yang diberikan sejak Rafa Bunny World dibuka, Rahimi memberitahu, setakat ini lebih 3,000 pengunjung dengan purata 200 orang sehari termasuk dewasa dan kanak-kanak telah mengunjungi taman arnabnya.

Jelasnya, dengan bayaran masuk yang rendah iaitu RM4 pada musim cuti sekolah dan RM3 pada hari biasa serta tiada tempoh masa yang ditetapkan, taman arnabnya merupakan pilihan terbaik bagi ibu bapa yang tiada peluang membawa anak-anak pergi bercuti.

"Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan akan ditawarkan harga beserta pakej istimewa dan buat masa ini setiap pengunjung akan diberi kupon diskaun dan hanya perlu membayar RM2 untuk sekali masuk," jelasnya.

Kata Rahimi lagi, sekiranya Rafa Bunny World ini mendapat sambutan, beliau bercadang untuk membuka cawangan di pasar raya besar Giant di kawasan lain kelak.

Bagi yang berminat mengunjungi Rafa Bunny World yang beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam secara berkumpulan boleh menghubungi penyelianya, Wan Mohd. Zaidi Wan Othman di talian 017-9774 098.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

*.* Repost-Sup Kepala Arnab *.*

Sup Kepala Arnab

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:
1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa.......

Sila Lawati http://resepiarnab.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut mengenai resepi masakan ini~!


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*