Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Isnin, 31 Ogos 2009

*.* Reply dari Email - Anak Arnab dibawah 2 bulan *.*

2009/8/30 suriati jaafar
suriati jaafar telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " *.* Soalan² dari shoutbox~! *.* " anda:

assalamualaikum.....
saya mengikuti blog arnabkiut sejak saya membela seekor arnab (baka kampung, umur 1 bulan) pada 10 jun 2009. lepas tu saya beli seekor lagi arnab betina (baka kampung,umur 28 hari) pada 30 jun dan diletakkan dalam sangkar yang sama dengan arnab betina tadi. saya beri makan dedak, alfafa dan sekali sekala sayur2 (kangkung/kobis/kacang buncis/carrot).
9 julai arnab jantan tu mati setelah cirit birit selama 2 minggu. sebelum tu saya ada beri dia ubat cirit birit & antibiotik dari pet shop selama 2 minggu. ptg 8 julai saya bawa ke vet, dan diberi 2 suntikan, 1 untuk cirit birit dan 1 untuk kurap yang hanya sebesar biji beras di telinganya. mula2 saya rasa was-was gak dengan doktor tu, sebab doktor tu terlalu muda lg, baru abis blaja kot, dia nak suntik pun dia belek2 buku rujukan lagi utk pastikan jenis ubat dan jum dos yang perlu disuntik, dia kata susah skit sb arnab ni haiwan eksotik (BETUL KE EKSOTIK?). malamnya, arnab tu berak sangat banyak dan tghmlm mati. ARNAB TU MATI SEBAB CIRIT BIRIT KE SEBAB DOKTOR TU BAGI UBAT SALAH/LEBIH DOS?
seminggu lepas tu saya beli arnab jantan lain (baka kampung,umur 1 bulan). tapi dia mati secara tiba-tiba lps 2 minggu saya bela. tapi saya cuma bagi pallet je. saya berhenti bagi alfafa sb stiap kali bagi, mesti najis dia jadi lembik. SEBAB APA YE?
yang betina tu sihat walafiat lak, minggu dpn umur dia masuk 3 bln, dan smlm saya beli arnab jantan baru (lionhead umur 2 bln stgh) utk jd kwn dia, risau sgt takut yang ni pun mati gak nanti. harap boleh bagi sedikit panduan sikit tentang masalah ni.....terima kasih.

Dicatat oleh suriati jaafar ke Arnab Kiut Comei pada 2009 Ogos 30 10:31

Wsalam,
Terima kasih kerana mengikuti Arnab Kiut Blog~
Ada dua(2) jawapan kepada persoalan anda,

Pertama
  • Arnab dibawah dua(2) bulan tidak boleh diberi sebarang sayur-sayuran hijau. Kenapa? Sistem penghadaman arnab yang berusia dibawah umur dua(2) bulan masih tidak mampu untuk memproses sebarang makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Sistem perutnya semasa umur ini kurang mengeluarkan bakteria berguna yang akan menguraikan makanan tadi menjadi nutrien yang diserap oleh badannya. Elakkan dari membeli anak arnab kurang dari dua(2) bulan usianya. Pada usia ini, anak arnab masih memerlukan ibunya untuk belajar berdikari, kesan dari proses pemisahan dengan ibu pada usia ini akan membawa kepada masalah kemurungan(stress) yang membawa kepada anak arnab tidak mahu makan, ini akan menyebabkan anak arnab mengalami cirit-birit dan badannya kekurangan air(dihidrasi) dan penyudah kepada gejala-gejala tadi ialah MATI... Anak arnab pada usia ini akan memakan cecal(tahi tahap satu) dari ibunya yang mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, ini membantu anak arnab untuk terus hidup, ia akan berhenti bergantung dengan cecal ibunya pada usia lebih kurang 2 bulan. Pada usia lebih 2 bulan ia akan memakan cecalnya sendiri sekaligus terus tidak bergantung kepada susu ibunya dan hanya bergantung kepada pellet atau makanan lain.
  • Sebarang pemberian tumbuhan hijau hanya boleh diberi selepas umur 2 bulan, tumbuhan hijau yang hanya boleh diberi kepada arnab selalunya dari jenis yang tidak berunsur terlalu banyak kandungan air, contoh yang paling baik ialah Napier. Penyediaan Napier untuk arnab pula adalah dengan cara menyahhidratkan air dari daun napier dengan cara menjemur atau membiarkan napier tadi sedikit layu. Pagi diambil, petang baru bagi makan. Alfalfa hay sangat baik untuk anak arnab dan arnab2 yang lain. Tinggi kandungan protein yang membantu tumbesaran arnab. Seeloknya elakkan memberi sayur-sayuran yang berunsur angin(contoh kobis), jika diberi berlebihan, arnab boleh kembung.
Kedua
  • Vet kurang arif pasal arnab.... (selalunya vet lebih mendalami perihal kucing dan anjing...)
Okie? terima kasih sekali lagi~
Jangan marah-marah... ehehehe perkara biasa biler kita mula-mula belajar memelihara arnab akan terjadi perkara-perkara seperti ini..
Yang Berkhidmat Untuk Arnab,
Ahmad Fahmi Alias

*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Isnin, 24 Ogos 2009

*.* REPOST dari blog NewHillz - Herba untuk Rabbit ~! *.*


Sabtu, 2009 Ogos 22
Herbs For All - Part 1
Sejak dibangku sekolah lagi, NH memang minat mengkaji kesan tumbuhan terhadap tahap kesihatan tubuh badan manusia dan haiwan ternakan.

Atas sebab keyakinan yang tinggi terhadap khasiat tumbuhan, NH jarang mengamalkan perubatan moden. Kebanyakan masa NH akan tetap pada ubatan herba. Konsep yang sama NH applikasikan pada haiwan ternakan NH.
Sekitar rumah NH memang NH tanam beberapa jenis tumbuhan herba yang dikenal pasti memberi kesan positif kepada kesihatan.

Di sini NH nak kongsi sedikit maklumat tentang produk herba dan tumbuhan-tumbuhan yang NH guna untuk diri NH dan haiwan ternakan.
Ocimum tenuiflorum (Ocimum sanctum)

Dikenali oleh masyarakat India sebagai "Thulasi" yang bermaksud "Holy Basil". Ia merupakan antara tumbuhan yang anggap sakti pada masyarakat.......

???????? Mahu tahu lebih lanjut??????? herba untuk arnab???? silalah ke blog http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

Jumaat, 14 Ogos 2009

*.* ArnabKiut Rabbitry - Penternakan Arnab Pedaging dan Pets II (Gegambar lagi~)*.*

Induk Penjantan Baka New Zealand White dengan berat mencecah 4.3Kilo.

botol mineral 1.5liter sebagai perbandingan


Rabu, 12 Ogos 2009

*.* ArnabKiut Rabbitry - Penternakan Arnab Pedaging dan Pets *.*








Assalamualaikum...~

Setelah behenti beberapa ketika mengepos didalam blog ArnabKiut, hari ini aku kembali untuk menulis/menaip serba sedikit perihal apa yg ako buat ketika ini dan kebelakangan ini juga.

Seperti yg diketahui umum, pihak ArnabKiut Rabbitry telahpun berjaya menjalankan kerjasama dengan seorang Hamba Allah untuk membawa masuk baka-baka pedaging, giant dan pet.

Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya pihak kami menerima bermacam-macam dugaan, antaranya arnab-arnab mengalami keadaan 'stress' yang teruk, ini adalah akibat jadual perjalanan yg tidak diatur dengan baik(kali pertama mengimport) dan perjalanan yg terlalu lama didalam cuaca panas. Arnab-arnab pedaging yg diimport mengalami stress yg teruk, kemurungan, tiada selera makan dan cirit-birit. Semua itu tadi membawa kepada episod kematian yg menyedihkan. ;(

Dari sejumlah 105 ekor yang diimport(dibawa masuk), 4 ekor mati di airport Jakarta, seekor mengalami dihidrasi yg teruk, jadi 5 terus dibawa balik, tinggal 100, sesampainya arnab di KLIA, 14 ekor lagi disahkan mati, akibat dihidrasi dan kepungan haba didalam kargo kapal terbang. Pihak pengurusan MAS kargo telahpun menyiasat kejadian yang mengakibatkan hal² itu berlaku. Kami juga telahpun membuat tuntutan insuran diatas kerugian yang ditanggung.

Semua itu tidak berakhir disitu, sesampainya arnab² tadi di ladang, 3 ekor lagi disahkan mati, kami tergesa-gesa mengasingkan arnab² yg berjaya hidup ke kandang² yg telah tersedia ada. Seterusnya dalam masa 2minggu, lebih kurang 5 ekor lagi mengikut jejak rakan² mereka...

Alhamdulillah, sampai setakat ini, ako berjaya mengawal stress dan kemurungan yg berlaku. Terima kasih kepada 'Dr.Hairil' dari New Hillz Rarebits dan Bro Joe Mendula dari ladang Ar-Rasya.

Akibat salah faham dan kekurangan informasi dari sebelah pihak lagi, beberapa pembetulan telahpun kami buat, bukanlah baka Flemish Giant yg diimport, baka giant yg sampai lebih menyerupai American Checkered Giant. Malahan kami juga memperolehi lebih kurang 80ekor baka pedaging dari jenis New Zealand White/Black/Blue. Kebanyakannya berusia 3-4bulan dengan berat hidup 2.8-4kg. Disamping itu juga kami memperolehi sepasang English Angora dan sepasang English Lion Angora dan seekor jantan Fuzzy Lop. Sepasang Japanese Harlequin dan sepasang Rex yg banyak memikat pelawat-pelawat ladang kami. :D

Kebanyakan arnab yg kami perolehi telahpun 'dibuntingkan' dan ada diantaranya sudahpun melahirkan bayi-bayi yg comel~ Setakat ini sejumlah 120-130 ekor induk terdiri dari baka giant, pedaging dan pet yg ada di ladang kerjasama ArnabKiut Rabbitry. Ako juga mengalu-alukan lawatan dari sesiapa yg berminat untuk melihat-lihat ladang ini.

Nanti aku upload lagi gamba, sekali tengah taip² hari mau hujan da~ siap ada guruh lagik~ kang tak pasal² takleh updated blog~ :D



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*