Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Khamis, 14 Jun 2018

#KuliahKejam Siri 3. Dipetik dari Facebook Imran Zakhaev Founder ArnabKiut

🚹ok kita sambung lagi kuliah kejam untuk siri ke 3.
Walaupun tak capai target share, tapi aku tulis jugak, bukan rugi pun, korang baca dapat la ilmu yang aku ada.

Ok tajuk malam ni pulak pasal bajet (budget).

Selalunya, bila aku dah habis convince kan orang pasal industri dan perjalanan penternakan arnab pedaging ni, selalunya soalan pertama yang akan ditanya pada aku ialah,
"Berapa bajet minima untuk mulakan projek ni?"

Klise kan? Ya, memang klise bila kita berada di tanah Jawi ni... Ahaha semuanya akan dimulakan dengan soalan berapa paling murah, berapa paling dapat diskaun, berapa boleh kasi kurang? Hehehe

Jawab aku, berapa budget yang ko ada?
Nampak tak game dia kat situ? Soalan dijawab dengan soalan.

Sebenarnya, bajet ni bergantung kepada berapa laju ko nak pegi dalam industri ni, berapa besar ko nak labur dan berapa cepat ko nak dapat pulangan.

Kalau bajet ko kecik, semua yg diatas tu akan memakan masa, tapi dengan sabar dan ilmu yang baik, pengakhirannya ko akan berjaya.

Aku tak pernah menetapkan bajet khusus untuk yang berminat untuk memulakan penternakan arnab, tapi aku suka cerita kan realiti yang ko akan hadapi dan lalui dengan bajet yg ko laburkan tu.

Untuk bajet kecik, mungkin sekitar RM1000, ko boleh bermula dengan 1 ekor pejantan dan 2 ekor betina untuk dijadikan induk. Sangkar DIY dari bahan terbuang atau terpakai, bangsal pun sama dari binaan terpakai atau kayu hutan, sistem minuman dan makanan ortodok, pemberian makanan kosentrat yang dihasilkan sendiri atau tanaman sendiri. Projek kecil ko ini boleh berkembang baik dan untuk bajet seperti ini ko tidak akan tempuhi masalah-masalah rumit dan kritikal yang melibatkan kerugian yang besar.

Baik untuk permulaan dan kajian kecil, untuk mereka yang sabar dan tidak mempunyai banyak modal, modal sekecil itu sesuai untuk dipraktikkan.

"Bila nak banyak arnab nya kalau ada 2 ekor je betina?"

Ok, ini soalan FAQ yang kedua klise selepas aku jawab dengan jawapan yang diatas tu.

Korang perasan tak, Playboy Amerika tu guna lambang kepala arnab untuk jenama dorang, korang agak kenapa?

Arnab ni tuan-tuan, haiwan yang diciptakan Tuhan sebagai sejenis haiwan serba-serbi cepat dan pantas, nafsu dia pun lain macam, kalau tengok dia kawen, korang boleh tergelak tengok. Pantas cara dia penetrasi betina induk tu, dah tu kejap je proses tu berlangsung, tak sampai 5 minit, 2 minit pun tak sampai. Lepas tu pulak, kalau ko biarkan betina tu ada dalam sangkar yang sama dengan pejantan tu lagi (tidak dipisahkan), lepas ejakulasi yg pertama tu, dalam masa 5 ke 10 minit lepas tu pejantan tu nak panjat lagi betina tu. Nafsu arnab ni memang kuat, memang kalah nafsu kuda, sebab tu lah Playboy gunakan arnab sebagai ikon jenama dorang. Orang melayu kita jer guna istilah nafsu kuda, sebab dulu-dulu takda arnab kat tanah Melayu ni.

Ok itu kecepatan dia kawen atau mating istilah inggeris dia. Lepas di penetrasi oleh si pejantan tu tadi, si betina tu selalunya 99% akan bunting. Tempoh bunting? 30-31 hari. Betina beranak, menyusukan anak 30 hari (4 minggu) lepas tu cerai susu. Jumlah anak? Untuk baka pedaging yang baik selalunya 8 ekor ke 10/12 ekor. Kalau berjaya hidup 5 ekor pun untuk seekor induk betina satu pusingan beranak, setiap 2 bulan sekali, 6 kali setahun, sudah ada sejumlah 30 ekor arnab setahun bagi seekor induk betina, bersamaan 30kg daging karkas setahun untuk seekor induk betina. Kambing? Lembu?

Itu dikira dari seekor induk, kalau anak-anak yang lahir tadi dijadikan induk separuh daripadanya? Korang kiralah sendiri... Tadi kita cakap seekor pejantan dan 2 ekor betina kan? Setahun 60 ekor tu, 60kg daging karkas. Untuk dijadikan lauk sendiri keluarga dirumahnya pun sudah baik.

"Macamana kos makanan dia pulak? Tak tinggi ke?"

Dalam hal membicarakan berkenaan kos makanan arnab ni, aku suka untuk bercerita pasal makanan yang dihasilkan sendiri oleh penternak, bukan yang dibeli terus dari pembekal pellet komersial sediaada. Untuk kira-kira menggunakan pellet komersial, memang akan menempuh kegagalan macam yang aku pos sebelum ni.

"Macamana nak buat pellet? Aku tak pandai."

Sebab tu aku tekankan, untuk menceburi apa sahaja projek penternakan ke pertanian ke, belajar sehabis mungkin, belajar cara menghasilkan makanan kosentrat, belajar tanam makanan suplemen.

"Kenapa perlu tahu cara menghasilkan pellet? Kenapa perlu guna pellet? Tidak gunakan tumbuhan hijau? Atau makanan separa basah/segar yang dihasilkan hari-hari?"

Orang putih(atau pencipta) pellet atau dedak haiwan ni, mencipta pellet adalah bagi tujuan memudahkan kerja, menyimpan bagi tujuan kecemasan, dapat menyukat diet setiap arnab dgn baik, memudahkan pengiraan kos pengeluaran dan beberapa faktor yang sememangnya sudah difikirkan mereka bagi memudahkan kerja dan melancarkan perjalanan projek.

Cuba bayangkan, kalau kita bergantung 100% dengan tumbuhan hijau yang kita tanam atau petik dari persekitaran, tiba-tiba satu masa tu kita jauh sakit, kawasan tanaman rosak dilanda banjir atau serangan penyakit, arnab yang kita biakkan tu nak makan apa? Puasa?

Pellet yang dihasilkan dalam keadaan kering tu bersebab untuk antaranya atas tujuan penyimpanan bagi satu tempoh yang lama. Jadi mungkin setiap seminggu sekali bagi permulaan sesebuah projek kecil, kita akan luangkan sehari untuk hasilkan stok pellet selama 2 minggu atau sebulan, mungkin memakan masa 8 jam bekerja, berbanding kita habiskan waktu setiap hari 2 ke 3 jam menuai rumput dan tanaman, membancuh sebatian kosentrat dan beri makan.

"Kos beli mesin pellet tu berapa puluh ribu pulak?"

Mesin pellet ni ada macam-macam jenis, ada yang murah dan berkapasiti rendah, ada yang mahal berkapasiti tinggi. Bergantung kepada berapa bajet yang dilaburkan untuk kesenangan kita.
Bawah RM5k dah boleh dapat sebijik. Takda modal? Jumpa pegawai kerajaan veterinar ke, pertanian ke, ambik pinjaman mikrokredit kerajaan negeri ke (Selangor ada pinjaman Hijrah, minima RM5k), jumpa ketua kampung ke mintak dia tolong, apa jer la cara yang ko boleh pikir nak dptkan mesin tu, dah dapat, meh aku ajar buat, bayar konsultansi je... Ahaha aku ajar sampai jadi.

"Bahan-bahan nak buat pellet ni senang ke cari?"

Arnab ni, sejenis haiwan dibawah kategori pseudo ruminan, sejenis haiwan maun/herbivor, jadi makanan dia perlukan yang bersumberkan sumber protin tumbuhan. Apa sahaja yang berprotein tumbuhan yang mengandungi protin tinggi sangat sesuai untuk dijadikan makanan dia. Jadi untuk kita yang hidup dibumi Malaysia yang bertuah ni, tanah subur luas terbentang Allah bagi ni, cukup banyak sumber protin tumbuhan yang boleh kita perolehi samada dengan cara bercucuk tanam atau sumber dari hasil sisa industri makanan yang sedia ada disekeliling kita. Jadi soal sumber bahan untuk menghasilkan pellet, insyaallah tidak menjadi halangan, nak dengan taknak jer... Kalau dah malas, nak kena suap jer, baik pegi meninggal...

Ok untuk siri ni aku kena stop sini dulu, cerita banyak-banyak, nanti esok aku tak tau nak cerita apa.

Macam biasa, dah dapat ilmu ni, kongsilah, jangan simpan untuk diri sendiri jer... Kahkahkah 😂😂😂

Selamat bertemu lagi di kuliah kejam yang lain.

Ahmad Fahmi Alias
Founder ArnabKiut
0123413277 (takda Whatsapp)
0193737311 (ada Whatsapp tapi jgn cal, no panas, awek lama selalu cal, aku tak angkat, dia nak mintak aku payung beli baju raya)
#ArnabKiut #ArnabPedaging #KuliahKejam #SharingIsCaring

#KuliahKejam Siri 2. Dipetik dari Facebook Imran Zakhaev Founder ArnabKiut

🚹Okay. Sambung yang semalam.

Untuk memulakan sesebuah projek penternakan, banyak faktor yang perlu diambil kira, banyak sudut nak kena diteliti, faktor-faktor permasalahan yang perlu dijangka awal sebelum memulakan sesebuah projek penternakan.

Yang aku belajar dengan cikgu aku, yang paling utama dan asas sesebuah projek penternakan, ialah memaksimakan pengurangan kos, semua sudut kos perlu diminimakan. Baik dari permulaan infra hinggalah sehingga kos makanan ternakan itu sendiri.

Beberapa player besar yang pernah wujud dahulu sepanjang aku berada didalam industri arnab di Malaysia (since 2008) gagal akibat dari kegagalan masing-masing didalam meminimakan kos. Infra je dah separuh atau lebih dari budget penuh yang akan dikeluarkan, bangsal nak grand nak tip-top, kalau boleh nak tiru Europe, sistem nak fully auto, datang barn nak petik suis pastu balik, tapi modal ciput, sembang kemas, pengakhirannya menjadi antara liputan sejarah.

Bila kita tanya, kenapa gagal? Government tak tolong, market takda, harga jatuh, member saylang, masalah air di Selangor lebih kritikal...
Hey! Tahi!
Itu semua tahi lembu! (Sila baca-Bullshit!)

Kalau dah modal awal ko, lebih dari separuh ko modalkan buat bangsal, masukkan arnab import, bagi makan pellet komersial pulak... Memang kaput la...

Member datang nak tolong, JV kot ada ruang boleh kerjasama, awal-awal potong stim. Bagi harga Yahudi. Memang awal ko dah tetapkan harga ikut ko, konon nak kawal market. Alamak... Ko sendiri pun tak dapat jual harga tu, takkan ko nak suruh member jual harga lagi mahal dari ko jual? Memang pisang la bos...

Itu satu hal. Bila kita ajak buat supply chain, dia nak up, dia nak lead, tak nak mengalah, padahal sendiri boleh tau ko tak boleh jalan sendiri, jalan sekarang pun dah mengengkang, ROI pun dah kelaut, duit masuk pun cukup-cukup makan nak run yang ada, setahun boleh sembang lagi, masuk second round, kaput! Dan mula la balik alasan macam tadi tu.

Memang ramai yang terjun bidang arnab pedaging ni bila dengar harga daging karkas arnab cecah rm30-40 SEKILO. Kesian kat orang-orang tua pencen yang kena cong dengan ko tu, ko sembang atas kertas buat kira-kira cara ko, suruh dia labur duit EPF dia, sudahnya lebur...

Sebab apa? Sebab ko sombong ilmu. Ko ada ko simpan, yang ko takda ko taknak cari. Orang suruh datang kursus-kursus ternakan, ko pegi kursus marketing online, ko pg kursus main jual emas, duit pelabur ko bagi ko buat modal, tak berkat tau, pastu melingkup... Sudahnya ko salahkan orang lain...

Bila kita bahasa kan macam ni, mula la keluar ayat, "Ah, ko pun sama, bukan nak tolong Melayu, buat kursus kena bayar, ajar la percuma, ilmu kan untuk dikongsi".

Yang aku tulis ni bukan tolong Melayu? Aku tulis dalam bahasa melayu la ni bagi ko rajin membaca sikit, kalau aku tulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Vietnam, dah tentu ko skrol je news feed ko cari video budak² ravers untuk ko share dan happy happy.

Keluar la modal sikit bos, nak ilmu kena ada modal, yang tukang ajar ko ingat hirup embun subuh pastu bukak puasa makan daun pisang? Banyak berlambak orang buat kursus-kursus ajar macam-macam pasal ternakan, ko khususkan sikit pencarian ko tu, apa yang ko tak tau tu.

Nak belajar dengan aku boleh jer, mahal la sikit, sebab aku dah ada phd... Kahkahkah 😂😂😂

Tengok aku dah melalut ke laut.

Ok point dia.
1. Minimakan serendah mungkin kos permulaan projek. (Infra dan lain-lain)
2. Minimakan serendah mungkin kos makanan ternakan. (Kos makanan kosentrat dan suplemen lain)
3. Kuar modal pegi menuntut ilmu, belajar buat pellet.
4. Jangan sombong, member nak join hadap dengan baik, jangan pikir ko sorang je nak pergi haji balik hari, fikirkan winwin situation yang terbaik. 5.Cari supply chain, orang tengah la yang bantu ko melicinkan kerja, jangan termakan dakyah 'hapuskan orang tengah', aku tak setuju yg itu, orang tengah yang baik la, yang jahat ko rembat jer...
6. Sebab apa kena ada team work? Allah bagi kita kederat ni tak sama bos, ada orang dia boleh buat dari A sampai Z smooth dan cantik, ada orang sampai C dia dah pisang dan hilang arah. Jadi elok buat team work, jalinan kerjasama, bukan ko sorang nak sauk semua, yang breeding ko, yang grower ko, yang mating ko, yang sembelih ko, yang packaging ko, yang marketing ko, haish... Bangla pun lari ko bagi kerja semua tu kat dia...

Oklah, baca lagi sekali dari atas, ko tu sekolah dulu malas baca macam aku, sebab tu tiba-tiba ko dah sampai perenggan yang ini, kan? Ko skrol terus ke bawah kan? Nak tengok ending aku tulis apa kan? 😂😂😂

Mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa atau ada ayat yang memang tepat menusuk ke jiwa ko... Kalau kawan tak nasihat kawan, takkan la Nepal jaga pintu Giant nak tolong nasihatkan?

Ok aku pun dah skrol balik apa yg aku tulis dari atas. Macam ni deal dia, esok malam aku nak tulis bab pengurangan kos, sembang pasal buat pellet, kalau korang share posting yang ini, cukup 10 share, aku tulis, kalau tak tengok la mood aku esok mcmn... Ahaha

Yang ikhlas,
Ahmad Fahmi Alias
Founder ArnabKiut
0123413277 (takda Whatsapp)
0193737311 (ada Whatsapp, jgn call, Along banyak cal no ni, aku malas angkat 😂😂😂)
#ArnabKiut #KuliahKejam #JanganNangisDiBucuKatil

#KuliahKejam Siri 1. Dipetik dari Facebook Imran Zakhaev Founder ArnabKiut

🚹 Beberapa bulan yang lepas, kalau korang perasan, aku ada pergi beberapa kursus yang berkaitan ternakan. Kursus-kursus yang aku pergi tu sebenarnya penyediaan aku untuk melengkapkan diri dengan satu projek skala besar berkaitan ternakan arnab pedaging.

Berapa besar? 10 juta ringgit Malaysia. Ya 10j, bukan kecik anak, itu jam, kalau jadi memang korang tak nampak aku berkempen untuk PKR dah, aku masa tu memang akan tinggalkan terus politik, kena beri tumpuan penuh kepada pelaksanaan projek.

Secara jujur dan angkuhnya (😂😂😂), kebanyakan kursus-kursus yang aku hadiri tu sekadar untuk mendapatkan sijil dan memenuhkan quota je, boleh dikatakan 99.99% apa yang diajar oleh pakar-pakar dan pelaksana kursus tu aku dah belajar lama dengan cikgu aku.

Jadi kebanyakan waktu kursus tu aku banyak menyembang dan main henpon. Ada satu kursus tu aku pegi, bila aku tanya benda-benda yang diluar jangkaan, tukang ajar taknak jawab... Dia suruh aku pegi kursus yang khusus untuk pertanyaan aku tu, sebab kursus dia cerita surface dan secara umum.

Ok. Itu cerita bab kursus. Aku ni, kalau korang nak menyembang bab perihal ternakan, insyaallah dengan izin Allah aku boleh tolong. Takdahal, banyak dah aku belajar dari cikgu aku. Dan memang pesan cikgu aku, jangan lokek untuk kongsi ilmu, ilmu tidak akan pernah habis.

Ko nak cerita apa? Ikan keli? BSF? Azolla? Cacing? Sampaikan ternak siput babi pun aku belajar dengan cikgu aku. Tu belum benda yang tak berkaitan dengan penternakan, biodiesel pun dia ajar aku.

Kenapa aku tak teruskan projek 10j tu? Ada masalah dalaman. Panjang cerita. Dipendekkan, aku amik keputusan untuk stop dari involve dan balik kepada kehidupan asal aku. SOP untuk projek tu je ambik masa berminggu aku siapkan, memandangkan aku ni slow moris, itu yang jahanam... Lagipun masa tu aku masih bekerja kurier, masa aku terhad untuk siapkan SOP.

Ya, SOP, cikgu aku sangat tekankan, setiap projek ko kena ada SOP. Apa lunch, ternakan ke, pertanian ker, kilang pembuatan ker, mesti ada SOP. Kalau takda SOP, projek ko dikira gagal. Gagal ya gagal, orang minang cakap kaput!

Apsal? Aku tanya cikgu aku. Dengan SOP lah ko boleh counter apa saja problems yg datang tanpa diduga. Ko akan bukak satu-satu balik SOP ko untuk tau apa masalah yang melanda...

Dan dengan SOP jugak, ko boleh tukar org yg run projek atau ganti dengan yang lain kalau kecemasan.

Ok. Cukup untuk hari ni. Esok aku try tulis lagi berkaitan penternakan.

Aku tengah recall balik apa yang belajar ni. Mana tau esok meninggal, ada la sikit benda orang nak baca selain dari blog yang dah berhabuk tu.

Ok bye selamat subuh!
Ahmad Fahmi Alias
Founder ArnabKiut


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*