Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Isnin, 29 Jun 2009

*.* Soalan-soalan shoutbox~! *.*

  • white_panda salam.... bestnyer blog bro.ice nih... arnab2 kiut2... Tgh mencari contoh2 kandang yg mudah dbuat... hehehehe
    Details
    2009-06-29 4:03 AM
    iceburn:: eheheh wsalam WP, nak cari contoh kandang paling mudah? bleh terus pegi http://artnabcomeyworldwide.blogspot.com. Saya tengok kandang arnab yg dia buat agak pratikal dan mudah, dia nih ada pengalaman bertukang2 agaknya~ HuHuHuhhhuHuhU :D

  • LebaiCute skang tgh wat project tanam pokok pisang. nak amik daun pisang kasi rabbit makan. cover cost dedak hehehe...
    Details
    2009-06-29 12:36 AM
    Tanam Napier lagik elok lebai, lagik tinggi protein, napier nih kalau diselia dengan baik, takda nampak macam pokok semak pon. ehehehe
    Contoh Pokok Napier.
  • miss_selfridge awk tau x area2? coz 2kali sebulan saya akn bwk bunny sy g vet. skali suntik rm 30+ multivitamin..tq
    Details
    2009-06-28 8:40 PM
  • miss_selfridge salam... en. iceburn, boleh tau x kt mane nk BELI UBAT SUNTIKAN IVOCIP (lvermectin). i mean kt farmasi mane??
    Details
    2009-06-28 8:39 PM
    wsalam, Ivermectin ni jual kat farmasi haiwan, veterinar pon jual jugak. Cuba pegi jabatan haiwan berdekatan dengan tempat miss, kalau dok dekat subang, try tengok kat Lazuli, saya bleh dapatkan Ivecmectin, nanti saya konfirm harga balik~
  • comey u ada link dgn sesape yg bela rabbit untuk pedaging?rabbit2 u sume utk pedaging or as hobby? i need links for myfuture project. tlg ya B-)
    Details
    2009-06-28 4:23 PM
    Saya tengah sediakan satu kertas kerja untuk projek arnab pedaging, syarikat kami sedang membawa masok baka arnab pedaging dari Indonesia. Nanti dah siap dan konfirm, saya akan post dalam ArnabKiut Blog~ tq~
  • comey hmmm....biasanye rabbit start salin bulu umur 3bulan kan? berapa lama ye dia nak habis salin bulu tu?
    Details
    2009-06-28 4:13 PM
    kejap jer dia salin bulu~ arnab nih haiwan yg datang dari negara2 4 musim selalunya, kalau musim panas dorang selalu salin bulu~ tapi kalau nak beranak pon dia akan cabut bulu~ kena konfirm balik betul2! :D

Ahad, 21 Jun 2009

*.* Pellet FFM dan Bengy *.*

Pengumuman,

Stok FFM kini kembali, barang siapa ingin mendapatkan FFM 9012, sila tinggalkan komen di dalam posting ini, atau terus sms aku. Sertakan berapa guni nak, nama dan no.tel.
Penghantaran hanya di kawasan Sentul, Ampang Jaya, Setapak, Gombak, Selayang, Batu Caves dan kawasan yg sewaktu dengannya. Kalau diluar kawasan, bolehlah datang amik dengan aku kat CC aku, CityTime CyberCafe Danau Kota. Penghantaran di luar kawasan, caj bahan api akan dikenakan, RM15 sekali hantar (Sekitar KL sahaja).

Dijangka stok akan tiba minggu depan(30/06/09), close order hujung minggu ini hari khamis~!
FFM 9012 - RM55/25kilo.
Bengy 6088 - RM39/25kilo.


iceburn 017- 3030 433

Isnin, 15 Jun 2009

*.* Kurap~ *.*

Tanpa Nama berkata...

hy...
nk tmpang tnye... arnab sy cergas...
juz..kat ku2 n hdung arnab 2 ade cam gatal2 la.. bdarah... tlinga pn de jgak... kurap ke???

iceburn berkata-kata...

hy~
sila baca posting dari link-link dibawah~

http://arnabkiut.blogspot.com/2009/02/kurapkupingkudis-di-telinga-kaki-dan.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/komen-balas-isu-kupingkudiskurap.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/hama-telinga-ear-mites-rawatan-dan.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/bagaimana-ingin-menyuntik-ivermectin.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/bagaimana-ingin-menyuntik-ivermectin_31.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/04/hama-dan-semburan-racun-serangga-tujuan.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/04/semburan-hama-dan-kutu-mites-germs.html

Aku harap semua pengunjung blog yang ada masalah pasal arnab, baca balik posting-posting yang lepas-lepas, nak ulang2 cerita yang sama susah nanti~ ehehehhe

Yang Berkhidmat dengan Arnab,
iceburn
Arnab Kiut Rabbitry
No 6 Jalan Sungai Mulia
Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
(Batu 5 Jalan Gombak, Kg Sg Mulia, Belakang Pasar Besar Gombak)

Rabu, 10 Jun 2009

*.* Link-Link Pengurusan Ibu Bunting dan Beranak *.*

--- On Wed, 6/10/09, Azlinda Azam <*************@*********.com> wrote:

From: Azlinda Azam <***********@*******.com>
Subject: info
To: "arnab kiut blogspot"
Date: Wednesday, June 10, 2009, 9:01 PM

salam,
saya linda dr kuantan.
arnab linda br lhr 5 ekor tp mati seekor sbb linda tak prasan blk keje td.
jd tggl 4 ekor.linda nak tanya,perlu asing suami selama berapa hari?
dan perlu ke asing mak n anak arnab?maksud linda untuk mggu pertama,anak arnab ltk dlm rmh dan kuarkan time susukan sahaja atau boleh campurkan skali ngan ibunya terus.linda tkt ibu arnab gigit anak dia.ni first time linda jg jd risau.
pastu apa mknan yg elok untuk ibu arnab yg lps mlhrkan?
trima ksih.
wsalam,
  • Arnab jantan perlu diasingkan dari kandang/persekitaran ibu yang baru beranak. Diasingkan terus, tidak ada apa-apa interaksi yang boleh berlaku(dipisahkan) antara arnab jantan dan ibu beranak.
  • Saya sertakan beberapa link dari post2 yang lepas dalam blog saya untuk dijadikan pedoman dan tunjuk ajar bagi puan.
>Menu Pemakanan Arnab Bunting
>Pengurusan Ibu Bersalin
>Diet Asas Seekor Arnab
>Kotak Sarang Ibu Beranak
>Ibu Tumpang dan Bagaimana Anda Pegang Baby Arnab?
>Usia Kritikal
>Sindrom Ibu Muda
>Anak Arnab Selalu Mati?


Untuk penghasilan susu yang banyak, saya sarankan ibu bunting dan beranak diberi makanan tinggi protein, salah satunya ialah Alfalfa Hay, saya ada jual alfalfa hay, sekilo RM25.

Diharap dari semua link-link yang saya bagi nih, dapat membantu puan untuk menguruskan Ibu bunting, ibu beranak dan anak arnab.

Isnin, 8 Jun 2009

*.* Pesan En.Bad 05 (Al-Fatihah) *.*

# niella Says:
December 28th, 2007 at 1:22 am

saya nie mmg minat bela arnab dari zaman kanak2 lagi slalu bela arnab tapi kebanyakan tak penah kekal lama…skrg saya dah bekerja di kampung sendiri dan menetap di rumah so senang le utuk saya bela arnab…lebih kurang dalam 7-8 bulan saya bela arnab2 nie…
# Badruzamani Azmi Says:
December 28th, 2007 at 9:37 am

Selalunya, cukup untuk bela satu arnab pejantan sahaja bagi 5 ekor arnab betina. Ini kerana, adakalanya pejantan akan bergaduh sesama sendiri akibat ‘cemburu’.Bagi ibu arnab, arnab betina yang baru merupakan ‘ancaman’ kepada anak - anaknya. Sebab itu, ia bertindak agresif pada arnab lain bagi melindungi anak - anaknya.

Sepatutnya, ibu yang ingin melahirkan anak harus diletak dalam kotak didik dan diasingkan dari arnab lain selama sebulan tanpa gangguan manusia (sekadar bagi makan kat si ibu sahaja)

Jadi, bagi kes niella, saya nasihat letak arnab betina baru tu dalam sangkar jantan terlebih dahulu. Selepas 3 minggu, sembelih / jual arnab jantan seekor (biar ada satu ekor induk jantan sahaja). Asingka juga arnab jantan dan arnab betina yang baru tu kerana kemungkinan ia sudah hamil. Lihat perubahan dalam tempoh sebulan pada arnab betina itu.

Jika niella nak jana duit dari arnab, anak arnab yang berusia lebih 3 minggu (sudah bercerai susu) boleh dijual sebagai haiwan peliharaan. Cuba cari pembekal sangkar arnab dan sedia ‘kit’ yang secukupnya untuk arnab tersebut seperti manual penjagaan, makanan, bekas makan dan minum, alas najis di bawah sangkar dan sebagainya, bagi mereka yang baru belajar untuk membela arnab.

Pada usia 35 hari, ia boleh di jual untuk daging. Selalunya jual ibu yang 2 kali sudah melahirkan anak (biar anak arnab cerai susu dulu) dan arnab jantan yang lebih dari seekor (jika arnab betina 5 ekor atau kurang).

Najis / air kencing, bolehlah digaul dengan ‘tanah hitam’ untuk dijadikan baca kompos. Tutup dengan apa sahaja dan peram selama 2 minggu sebelum dipek dalam plastik 1 Kg untuk dijual.

Bulu arnab boleh dicuci dengan tawas / air kapur untuk menghilangkan bau sebelum dibilas dengan air dan dikeringkan. Kemudian, ia boleh dibentuk sebagai aksesori (ikut kreatif masing - masing) / dijual kepada pembuat aksesori.

Sabtu, 6 Jun 2009

*.* Rabbit Nest Box / Kotak Bibit Arnab & Rabbit Feeder Box / Kotak Makanan Arnab- Zink *.*

Kotak dibina dari bahan zink disalut cat, bahagian depan disangkut terus ke kandang, pintu masok membelakangkan penternak, bahagian atas disertakan dengan pintu tarik/sliding dan lobang intai.
Harga belom confirm, tapi ia disertakan dengan set kotak makan dan kandang(maaf gambar takda lagi) bersaiz 3' x 2' x 18". Dengan tiga pintu, satu dibuka dari atas, dua pintu dihadapan untuk kotak makan dan kotak bibit. Juga akan disertakan dengan nipple air. Kos sedang dikira2... ako tunjukkan dulu beberapa gambar diseludup keluar~ ehehehehIni pintu depan, disertakan dengan dua batang besi bercangkuk(untuk dicangkuk ke atas kandang), jika dapat dilihat dibahagian bawah pintu masok, terdapat lebihan zink yg bertujuan untuk menyangkut kotak ini. Dibahagian tapak bawah pula, dibina jaring dengan tujuan, air kencing ibu tidak terkumpul didalam kotak, dibahagian atas pula terdapat sebuah lubang untuk kegunaan mengintai anak dan ianya boleh ditarik keluar/sliding bagi tujuan untuk membersihkan kotak bibit.
Ini pula ialah rabbit feeder box / kotak makanan arnab, binaan zink disalut coklat~ AhHAHAhA disalut cat putih la~ ehehehe seperti feeder2 box lain, ianya juga tersedia tempat sangkut untuk disangkutkan pada lubang atau kandang. Tapak kotak makanan ini terdapat lubang2 untuk memudahkan habuk2 dari pellet lulus kebawah meluncur terus~

*.* Ruang Dan Privasi - Gee Hin Dan Hai San Kini Punya Lombong Sendiri *.*


Ha~! ini la 'lombong' baru yg aku maksudkan~ ehehehehe 11 cell semuanya, termasok satu sel kandang famili~
Tingkat bawah pintunya lain, sebab kekurangan material aku menggunakan apa saja lebihan yg ada, tingkat atas pon camtu jugak~ tu yg bebelang2 tu~ eheheheh
Tingkat bawah dihuni oleh induk2 betina, tingkat atas dihuni oleh penjantan2 teguh aku~
Yang ni ialah Taman Tergantung Babylon, dihuni oleh 3 ekor budak kecik berumur 5 minggu, aku adobt dorang nih... mak dia kecundang ketika pergaduhan merebut lombong bijih tu...
Kandang lama akan menjalani transformasi dari segi saiz dan sistem saluran najis.
Sebelum tu ia akan di bakar dulu~ ehehehe lepas tu cuci dengan air~ lepas tu baru di transformasi~Hah~ yg ni hadiah masa proses pemindahan penjantan2 lombong ni ke lombong masing2, hero dia Bubble~ yg bagi scratch paling best nih~ ehHEhehHE

*.* Ruang Dan Privasi - Perebutan Kawasan Melombong Gee Hin dan Hai San *.*

Kesesakan...
Membawa kepada kesempitan ruang dan privasi...

Bilamana ruang dan privasi menjadi terhad...

Terjadilah pertelingkahan...

Penjantan antara penjantan...

Merebut teritori dan kawasan...

Maka...
Kakinya dibalut~ dibalut~ dibalut~
  • Bersihkan luka dengan air bersih.
  • Gunakan antiseptik yg bleh dibancuh dalam air suam, bersihkan luka dengan air bercampur antiseptik tersebut(dettol, etc.).
  • Sapukan krim antiseptik(pembunuh kuman-bertujuan untuk mengelakkan jangkitan) di kawasan luka.
  • Letakkan/tutupkan kain 'gauze'(sebelum tu, sapukan sedikit krim antiseptik di 'gauze' tadi) di kawasan luka.
  • Balut kawasan luka tadi dengan kain pembalut/'bandage'.
  • Tadaaa~


Bagaimana Merawat Luka Arnab

*.* REPOST - Rex Dari Malacca - By NewHillz *.*

http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

Rex Pejantan




Ni adalah Harlequin Rex. Bezakan warna dia dgn Mini Rex NH yang sebelum ni?
Harlequin iaah warna arnab yang bercampur antara hitam dan oren.
Harlequin rex ni adalah penambahan baru kepada Newhillz Rarebitz.
NH namakan dia "Chuck"...."Chuck" adalah Rex jantan...berat dia 2kg

Mau Lagi??? sila lawati http://newhillz-rarebits.blogspot.com/

*.* REPOST - Membesar dengan sihat dan Gebu!! - Zack *.*

http://arnab-gebu.blogspot.com/
Membesar dengan sihat dan Gebu!!

Kat sini kami nak kongsikan gambar arnab2 ,
yang berjaya membesar dengan sihat dan gebu!!!
Pada masa akan datang kami akan membiak baka ini..
(Pada mulanya nak jual tapi bile dah besar camnie sayang plak,
jadi kami telah membuat keputusan untuk dijadikan baka seterusnya...)


Mau lagi??? sila lawati http://arnab-gebu.blogspot.com/

*.* REPOST - Tambah Ahli Keluarga Baru - By Dehan2 *.*

http://www.dehan2.blogspot.com/

Tambah Ahli Keluarga Baru - My Rabbit

Sepanjang minggu ni aku dok tengok tiap-tiap hari bila ler arnab ni nak beranak...sebabnya dah 5-6 hari dia dah tunjukkan tanda-tanda nak beranak...mencabut bulu untuk dibuat sarang...kalau yang lepas takde pon sampai 5-6 hari...tau-tau dah beranak...Alhamdulillah...pagi tadi aku tengok ada perubahan sikit kat bulu dia...makin berkurangan di bawah perut...jenguk punya jenguk dalam kotak sarang...ada 5 ekor anak dia...legaaaa...lama den mengunggu...aku agak dia baru beranak tak sampai 4-5 jam...berak kencing pon ada darah lagi...

Yang ni kire pertama kali beranak jugak...tengok badan kecik jer...dalam kecik-kecik tu pon...5 ekor anak dia...sekali tengok nampak semua turun bapak dia...spesis anggora-hotot...semoga sehat sejahtera membesar hendaknya...jom tengok hari pertama kelahiran!

Nak tengok lagi??? sila lawati http://www.dehan2.blogspot.com/

*.* REPOST:: Arnab Vampire - By BJM *.*

http://joe-rabbit.blogspot.com

Masalah Gigi Terlebih Panjang- Incisor Malocclusion


Simptom:

Simptom “gigi terlebih panjang” atau disebut incisor malocclusion ini mudah dilihat. Arnab akan menghadapi kesukaran untuk makan, maka ia akan menjurus kepada penurunan berat badan.

Mulut arnab akan sukar ditutup kerana dihadang oleh gigi yg terlebih panjang itu. Permulaan keadaan tidak normal ini boleh dikesan dgn cara memeriksa struktur gigi atas dan bawah seseekor arnab. (Sebaiknya arnab dipegang secara membaring semasa melakukan proses ini). Air mata arnab mungkin akan mengalir dan ia berada pada situasi yg tidak selesa semasa pemeriksaan........

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://joe-rabbit.blogspot.com

*.* Cerita Panas - IVK Kluang *.*

"Cerita terhangat dipasaran nih datang dari seorang forumer bernickname cdfarmhouse, cerita berkisar kes terbaru dan misteri terjadi di IVK Kluang, sebarang komen dan ketidakpuasan hati, sila lanjutkan ke ruang komen, pendapat anda semua dapat membantu melancarkan proses darah saya yang membuak nih... "

Question salam kepada semua

saya ni penternak baru dari johor...nak berkongsi cerita skit ni....
apa pendapat tuan-tuan penternak semua jika arnab disembelih dan ditanam dgn kuantiti yg banyak dengan alasan untuk menghalau penternak yang menyewa kandang????

adakah ini satu ketidakadilan atau hak penyewa?

MaklumBalas NewHillz
Arnab CdFarm ke yang kena sembelih?
Ni mcm kes penghapus etnik ni...

MaklumBalas Iceburn
cuba ko perincikan apa soalan ko nih... ako tak berapa nak paham... macam bebelit... apa yg ako paham, arnab penternak(penyewa) kena semelih pastu ditanam...(oleh pemberi sewa)


Video Bagaimana Ingin Membogelkan Kulit Arnab dari Arnab~
http://www.youtube.com/watch?v=KU0I1PIunco

MaklumBalas Ciku
Johor dimana tu?...........
kes salah faham/hasad dengki/iri hati/hati kaulu ni bukan kepada penternak arnab sahaja malah semua peringkat kehidupan kita ada cabarannya.... Allah bagi cabaran kepada kita supaya keimanan kita meningkat.....
Nasihat kawan baliklah kepada Allah yg menurunkan ujian.... manusia itu hanya penyebab untuk ujian kita........sabaq nooo..........carilah sebab mengapa org tu sanggup berbuat demikian........ mungkin tempat kita bela/ternak tu x sesuai dan berhampiran dengan jiran yg berhati kering...... agak2 kalau boleh bawak berbincang ..berbincang lah....kalau tidak bagi lah kawan arnab tu ..daripada kena sembelih n tanam...kan sayang....sorry to hear that........

MaklumBalas Ery
manalah tahu trainer kursus tu dengan cina tu dah tak sebulu
bak kata abang long

MaklumBalas Capt(B) Zaman
Aku terdengor gak berita ni... hang saksi dgn mata sendiri ke? Atau "hearsay" je? Ada gambor2 & butir2 terperinci... aku nak selidik & "hunggah" pihak atasan...

Kalu dr berita tu (1 pihak je)... byk isu ketidak-adilan... "principles of natural justice" tak diikuti...

Hang tlg email details kat aku...

MaklumBalas CDFarmHouse
saya ni penternak arnab kecil-kecilan di simpang renggam...saya selalu ambil stok makanan,ubat dgn baka dekat penternak yang kena aniaya ni. kes ini berlaku di institut veterinar kluang di unit arnab. saya percaya klu ada sapa2 kat sini yang pegi kursus arnab haritu mesti ada jumpa penternak yang menyewa didlm institut tu... arnab penternak ni la yg kena sembelih...dua hari sebelum kejadian saya ada pg ambil stok kat penternak tu kat ins.veterinar, kat depan reban dia diaorg dah gali lubang, ugut dkt dia nak sembelih arnab klu xmau kluar juga sebelum 3hb. pada hari kejadian penternak tu mintak saya tolong pg tgk betul ke diaorg nak buat mcm tu. saya pun pg la,smp pkl 9am, gate pintu dpn dah tutup...xkasi org msk ke unit arnab,diaorg kata ada operasi. tepat pkl 930am ada polis, pegawai pejabat tanah dgn ahli majlis daerah..semua pelawat diminta beredar. diaorg suruh blk pasal ada operasi katanya. saya pun blk la....kira2 pkl 11, penternak tu telefon saya kata arnab dia semua dah kena sembelih dan ditanam. hari ni saya pg ins.veterinar saja2 nak menyiasat nak tgk betul ke tidak,, tgk tempat penternak tu dah kosong....lebih kurang mcm tu la ceritanya....

MaklumBalas BJM
Quote:
Originally Posted by cdfarmhouse View Post
..ada polis, pegawai pejabat tanah dgn ahli majlis daerah..
semua pelawat diminta beredar. diaorg suruh blk pasal ada operasi katanya. saya pun blk la....kira2 pkl 11, penternak tu telefon saya kata arnab dia semua dah kena sembelih dan ditanam..
Ada kes yang cuba diselindungkan tu...?
Kawan awak berternak kat dalam tu....dia juga bekerja kat situ ker....?

MaklumBalas cdfarmhouse
salam bang,, saya ni yang ambil arnab kat abg haritu...simpang renggam...
dia menyewa kat situ...dah dkt 10thn...klu yg saya dgr dari penternak tu dia dgn pengrah kat situ mmmg xsebulu. dah lama diaorg nak halau dia. atas alasan nak ambil blk kandang...tapi kat sana ada lima kandang, 1 dah hancur, lg 3 bleh pakai tapi xada arnab pun,,...

tapi kenapa diaorg kena sembelih arnab tu? klu sita aje xbleh ke?

MaklumBalas BJM
Ler awak ker tu Din....biasa ada faq2 kat nick awak tu...
Org nak tunjuk power kat dunia ni, macam tu lah....
Rasanya pengarah tu takut ada rahsia besar dia terbongkar tuh....
Dia dalam ketakutan kalau ada arnab kat dalam IVK tuh...nanti ada inquiry datang.

MaklumBalas NewHillz
Knp breeder tu tak keluar awal2...kalau saya dah lama cabut...
Mungkin diorang sembelih sbb ada penyakit tak???

MaklumBalas Iceburn
banyak ker?? kenapa dia tak bawak lari arnab tu? semelih pastu tanam...

apa sebenarnya konpirasi dorang nih... kurang jelas ko...

kalau ada penyakit, kena ada penjelasan la bro... ini siap paggil polis, orang majlis daerah... macam kes besar jer..

MaklumBalas BJM
Dah 10 tahun dia kat situ....dah sebati ngan kawasan tuh....malahan dia tak rasa perlu kuar sebab dia tak rasa bersalah...

Dia tak jangka, perkara cam tuh sanggup dilakukan...
Kalau dia tahu, pasti dia dah kibarkan jalur gemilang seperti yg dilakukan oleh penternak babi paya mengkuang.

Bila dah PBT pun terlibat....rasanya dia perlu cari biro bantuan pembangkang tuk bantu kot...

Ini mungkin ada kena mengena ngan soalan2 yg diajukan peserta kursus arituh kot....

MaklumBalas NewHillz
Aku takut lubang tu gimmick je...
Arnab dah dihangkut kemana2 entah...

MaklumBalas Hf9000
hehehe... arnab dah jadi stok org tertentu

MaklumBalas NewHillz
Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
semelih pastu tanam...
Membazirlah diorang ni...bg kat kita kan bagus, leh wat fiesta makan daging arnab....

MaklumBalas cdfarmhouse
sbb dia tok guru saya kat sini, belajar bela arnab. bukan senang nak dpt bang sa lain ajar bela, bebudak uitm pun praktikal dgn dia.juga atas sbb teknikal, lawyer dia xkasi dtg..sbb bleh cahrge diaorg ceroboh kwsn

MaklumBalas NewHillz
Kesian gak dgr citer dia...Aku dengar rabbit baru beranak pun depa sembelih...tak berperikemanusiaan betol...Aku mmg benci orang yang menganiaya binatang ni...
Ko benci orang jgn lah sampai haiwan tak bersalah jadi mangsa
tak kisah ler dia bangsa apa pun...Org yg teraniaya kita kena tolong dan bagi sokongan moral...
tu lah...nak wat camne...rabbit dah masuk tanah...
Dia tak bwk kes ni ke mahkamah ke?

MaklumBalas cdfarmhouse
masa saya dtg ambil stok dgn penternak tu 2hari sebelum , ada kira 20ekor bakal beranak, mmg disembelih pihak vet. yg tinggal skrg ni anak2 yg blem cerai susu aje...itu pun xtau la smp bila. baka rex dgn netherland dwarf ada lg kot tinggal anak2 kot. try la tanya unit arnab kot2 dia nak jual. skrg ni nak proceed mahkamah dia dah kira total kerugian nak claim rm800ribu.abis la duit pembayar cukai kat malaysia buang mcm tu aje

Maklum Balas NewHillz
boleh ke anak2 tu survive?
Ko belilah anak2 arnab tu..selamatkanlah mereka dari tangan manusia2 yang kejam...

Duit pembayar cukai tu isu kecik, yang penting dpt memberi pengajaran pada org yang menjadi dalang..

MaklumBalas cdfarmhouse
dah tanya dah...diaorg kata unit arnab xjual baka skrg ni, mcm2 alasan kasi. mungkin bukan kroni diaorg xbleh kot...patut sy punya anak rex tu 4ekor , dah xada rezeki xdapat ler....yg pasti mmg penternak tu nak ambil tindakan.biar rasa pengarah tu, apa la masalah dia tu...bukan xbleh bincang baik2.

MaklumBalas BJM
Quote:
Originally Posted by Newhillz View Post
Apa soalan yang ditanya????
Mungkin soalannya berbunyi begini...IVK Keluan pernah membeli 20ekor arnab dari EARC 2 tahun lalu dengan harga RM2000 seekor, apakah status arnab2 tuh sekarang...?

MaklumBalas NewHillz
Jwpn dia : Mati berak darah...sbb tuan dia cekik darah orang...

MaklumBalas iceburn
RM2k seekor? ehehehhe best betol~ AhHAHAhHA kurap betul la~ bagi aku kan elok~ bleh tambah kandang lagi~ ehehehe
__________________________________________________________________
"Sebelum orang lain tanya, baik aku jawab, tak takut ke keluarkan cerita camni dalam blog anda? tak~ isu ini perlu diketengahkan, bukan untuk disimpan menjadi bahan muzium atau arkib~"

"Jika takut risiko, jangan bicara pasal perjuangan"

-Yang Berkhidmat dgn Arnab
iceburn
ArnabKiut Rabbitry
No 6 Jalan Sungai Mulia,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.
+6017-3030433 / +6019-3737311


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*