December 28th, 2007 at 1:22 am
saya nie mmg minat bela arnab dari zaman kanak2 lagi slalu bela arnab tapi kebanyakan tak penah kekal lama…skrg saya dah bekerja di kampung sendiri dan menetap di rumah so senang le utuk saya bela arnab…lebih kurang dalam 7-8 bulan saya bela arnab2 nie…
# Badruzamani Azmi Says:
December 28th, 2007 at 9:37 am
Selalunya, cukup untuk bela satu arnab pejantan sahaja bagi 5 ekor arnab betina. Ini kerana, adakalanya pejantan akan bergaduh sesama sendiri akibat ‘cemburu’.Bagi ibu arnab, arnab betina yang baru merupakan ‘ancaman’ kepada anak - anaknya. Sebab itu, ia bertindak agresif pada arnab lain bagi melindungi anak - anaknya.
Sepatutnya, ibu yang ingin melahirkan anak harus diletak dalam kotak didik dan diasingkan dari arnab lain selama sebulan tanpa gangguan manusia (sekadar bagi makan kat si ibu sahaja)
Jadi, bagi kes niella, saya nasihat letak arnab betina baru tu dalam sangkar jantan terlebih dahulu. Selepas 3 minggu, sembelih / jual arnab jantan seekor (biar ada satu ekor induk jantan sahaja). Asingka juga arnab jantan dan arnab betina yang baru tu kerana kemungkinan ia sudah hamil. Lihat perubahan dalam tempoh sebulan pada arnab betina itu.
Jika niella nak jana duit dari arnab, anak arnab yang berusia lebih 3 minggu (sudah bercerai susu) boleh dijual sebagai haiwan peliharaan. Cuba cari pembekal sangkar arnab dan sedia ‘kit’ yang secukupnya untuk arnab tersebut seperti manual penjagaan, makanan, bekas makan dan minum, alas najis di bawah sangkar dan sebagainya, bagi mereka yang baru belajar untuk membela arnab.
Pada usia 35 hari, ia boleh di jual untuk daging. Selalunya jual ibu yang 2 kali sudah melahirkan anak (biar anak arnab cerai susu dulu) dan arnab jantan yang lebih dari seekor (jika arnab betina 5 ekor atau kurang).
Najis / air kencing, bolehlah digaul dengan ‘tanah hitam’ untuk dijadikan baca kompos. Tutup dengan apa sahaja dan peram selama 2 minggu sebelum dipek dalam plastik 1 Kg untuk dijual.
Bulu arnab boleh dicuci dengan tawas / air kapur untuk menghilangkan bau sebelum dibilas dengan air dan dikeringkan. Kemudian, ia boleh dibentuk sebagai aksesori (ikut kreatif masing - masing) / dijual kepada pembuat aksesori.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com