Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Khamis, 30 April 2009

*.* Adakah daging arnab halal dalam Islam untuk dimakan? *.*

Adakah daging arnab halal dalam Islam untuk dimakan?

Jawapan:

Berkata Al-Imam Al-Nawawi dalam Al-Îdhâh fi Manâsik Al-Hajj: “Adalah haram dengan sebab sudah ada dalam ihram haji atau umrah, membinasakan tiap-tiap binatang darat yang liar (bukan binatang jinak), atau pada asalnya binatang itu liar yang halal dimakan atau pada ashalnya binatang itu halal dimakan dan samada binatang itu dijinakkan dan lain dijinakkan, dimiliki, atau tiada dimiliki, maka ia binasakan binatang yang bersifat yang tersebut dan keadaan yang tersebut, maka mestilah ia membayar ganti membinasakan binatang liar itu waktu ia ada dalam ihram haji atau ‘umrah dan haram membinasakan belalang, dan tiada haram menangkap ikan dan menangkap binatang laut iaitu binatang yang tiada hidup melainkan ia di dalam laut (air), adapun binatang hidup di darat serta hidup dalam laut ( air), maka haram membinasakan dia. Dan erti membinasakan itu di sini ialah menggangu akan binatang itu.

Adapun burung air yang menyelam dalam air dan keluar dari air, maka haram dibinasakan dia, dan tiada haram membinasakan binatang dan burung yang tiada halal dimakan dan tiada haram membinasakan yang diperanakkan di antara dari yang halal dimakan dan dari yang haram dimakan. Telur burung yang halal dimakan dan susu binatang yang halal diminum adalah haram dibinasakan dan diganggu, dan diganti dengan membayar harganya.”

Katanya: “Adapun binatang atau burung yang diharamkan pada pemburu dan membinasakan dan menangkap akannya dengan sebab seseorang itu sudah ada dalam ihram haji atau ‘umrah, maka wajib ia membayar pada memburu binatang atau burung yang ada sebaya dengannya, dengan dibayar dengan sebaya dengannya iaitu pada memburu kasawari dibayar dengan unta, dan pada keldai hutan dan seladang dengan lembu, dan pada dhabb dengan kambing kibasy dan pada kijang dengan ‘anz (kambing biasa betina) dan pada arnab dengan ‘anâq (kambing biasa betina berumur empat bulan hingga belum setahun).”


Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim bersama (متّفق عليه) daripada sahabat Anas Radhiallahu ‘anhu telah berkata: “Kami telah menggempur seekor amab ditempat Marr Al-Zhahran (dekat Makkah) dan saya tangkap akan dia dan saya bawa akannya kepada sahabat Thalhah dan ia sembelih akannya, kemudian ia kirimkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan warâ’ arnab itu (daging yang ada di atas-atas dari paha) dan dua pahanya, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menerima keduanya (yakni dari arnab yang telah dimasak itu)”.
Dari hadis yang shahîh yang tersebut di atas dan dari kata Al-Imam Al-Nawawi dalam Al-Îdhâh, maka binatang yang bernama arnab pada kalangan orang Melayu adalah nyata arnab itu binatang halal dimakan oleh umat Islam.

Tersebut dalam kitab Mathla’ Al-Badrain oleh Al-‘Allâmah Al-Syeikh Muhammad Ismail Daud Fathani dalam Kitab Makanan: “Binatang daratan yang halal setengah daripadanya: Unta, lembu, dan arnab iaitu binatang yang diketahui oleh ramai pendek dua tangannya dan panjang dua kakinya.”
Ini setengah-setengah dalil menunjukkan binatang arnab halal dimakan dagingnya dan halal menjualnya dan halal membelinya.

Adalah kerana orang-orang Melayu jarang makan arnab itu, maka arnab adalah ganjil pada selera orang Melayu.
Jika ada kegemaran pada penternak arnab, dan ada menjadi suatu mata pencarian hidup pada arnab itu, maka sayugialah orang-orang Melayu mengambil peranan mengedarkan arnab itu kepada ramai supaya menjadi suatu hidangan kepada golongan orang Melayu.


Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1990

Nota: siri56/1990
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2718&mode=thread&order=0&thold=0

Rabu, 29 April 2009

*.* Pesan En.Bad 03 (Al-Fatihah) - Pasaran Arnab Di Malaysia *.*

# Badruzamani Azmi Says:
August 19th, 2008 at 3:16 pm

Saudara Adzrull…

Untuk makluman saudara, penternakan arnab di Malaysia sekarang ini masih berada di peringkat ‘lemah’ lagi kerana pengeluaran hasil arnab masih belum dapat memenuhi permintaan pasaran.

Selain itu, kos makanan yang meningkat menyebabkan ramai penternak secara kecil - kecilan ‘gulung tikar’ kerana tidak mampu memasarkan hasil ternakan mereka kepada pasaran tempatan atau global.

Justeru itu, syarikat saya dan syarikat MyWabbit Rabbitry Farm mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus penternakan arnab secara komersil pada 24 Ogos ini di Sungai Buloh (tarikh tutup penyertaan esok).

Dalam kursus itu nanti akan dibentang kertas kerja, objektif kursus, plan jangka panjang, projek, perbincangan dan soal jawab. Selain itu, ada dijual buku penternakan arnab secara komersil (nanti saya iklankan kat sini)sebagai rujukan.

Adakala teori dalam buku tidak semestinya betul jika tidak disusuli dengan amali. Namun, risiko kematian arnab dalam sistem ‘try & error’ dapat dikurangkan jika dapat berbincang dan mendapat konsultansi dari mereka yang berpengalaman.

Selain itu, kos permakanan dapat dikurangkan dan kadar pertumbuhan arnab dapat ditingkatkan. Selain, kerjasama antara sesama peserta dapat dijalinkan agar proses penjualan / pemasaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa banyak masalah.

Jangan ulangi kesilapan projek ternakan arnab (dalam PPRT) terdahulu. Masalah memerlukan penyelesaian, bukannya 1001 alasan.Jadi, bak kata Dr. Irfan Khairi (Mentor Jutawan Internet dalam eBuku Mentor Usahawan, “Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini”.

Dalam buku digital itu juga, Dato’ Dr Fadzillah Kamsah (Mentor Pakar Motivasi & Kaunseling) berkata, “Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang”

Jadi, cukupkah dengan sekadar membaca sahaja?

"Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi."
:)

-------------------------
* dari pesanan arwah ni, untuk menguasai suatu bidang, kita tak cukup dengan hanya membaca sahaja tanpa mempraktikkan apa yg dipelajari...

*.* Statistik 220409-280409 - 347 Pengunjung, Terima Kasih Banyak! *.*

Ribuan terima kasih kepada 347 pengunjung ArnabKiut untuk minggu ini, saya mendapat feedback yang baik dari anda semua, ada yg call tanya pellet arnab, ada yg call tanya jual arnab dan pelbagai2 persoalan berkaitan dengan dunia per'arnab'an. Selagi boleh saya jawab saya tolong jawab, kalau rasa2 ilmu tu belom saya perolehi dengan baik, saya try tanya pada yg pakar.
Sekarang saya dalam tempoh mengutip dan mengumpul segala pos-pos atau pesan-pesan dari Arwah En.Badruzamani yang banyak menyumbang artikel dan maklumat dalam dunia penternakan arnab ni. Seboleh-boleh mungkin saya akan cuba google mana-mana pos dan pesan beliau dengan sebanyak mungkin.
*Graf stats ihsan dari nuffnang.com.my

-Yang Arnab
iceburn/fahmi 0173030433
Waktu Urusan- selepas jam 12tengah hari-11malam. Kecuali hari sabtu, selepas jam 3petang.
No 6, Jalan Sungai Mulia, Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.

---------------------------------------------------------------
Untuk mereka yang baru memelihara arnab, dinasihatkan membaca link2 post ArnabKiut yang lepas dibawah ini:-
*.* ArnabKiut Blog - Kini Radikal... *.*
-Sindrom Ibu Muda
-Usia Paling Mudah Menemui Ajal
- Pengurusan Ibu Bersalin oleh Arwah Badruzamani
- Beberapa Peringatan Penting dari Bro.Joe
-Menu Pemakanan Arnab Bunting
- Arnab Cannibal, Halal atau Tidak?
- Repost lagi-Post2 dlm forum BJ yg kurasa perlu dikongsi
-Repost dari BJ Forum- Ori dari komen Capt(B) Zaman mengenai permasalahan 'in-breeding'
-REPOST-Fakta-Fakta Lain Mengenai Arnab (Bro.Joe)

Selasa, 28 April 2009

*.* Kami sudah 1 bulan lebih~! *.*

Hi nama saya OH01190309. Saya anak angkat kepada ibu kelabu dari Ulu Yam. Alamak tak biasa dengan flash kamera~!!!
Nama - OH01190309
Berat /Tarikh - 680 gram / 280409
Warna - Hitam dan Kelabu.
Tarikh Lahir - 19 Mac 2009.

Hi nama saya KK01180309. Saya anak tunggal ibu kelabu dari Ulu Yam.
Nama - KK01180309
Berat / Tarikh - 720 gram / 280409.
Warna - Kelabu.
Tarikh Lahir - 18 Mac 2009
Hi kami anak ibu oren, juga dari Ulu Yam. Kami tak reti amik gamba sekor-sekor... ehehhehe dari kanan kekiri atas- OO01190309, OK01190309, OO02190309, OK02190309 dan di kanan bawah OH01190309. Kamilah adik beradik kandung kepada OH01190309.
Berat / Tarikh(280409) - OO011900309/500 gram, OK011900309/ 380 gram, OO02190309/ 460 gram, OK02190309/ 420 gram, OH01190309/ 420 gram.
Warna - OO011900309 Oren, OK011900309 Kelabu, OO02190309 Oren, OK02190309 Kelabu, OH01190309 Hitam.
Tarikh Lahir - 19 Mac 2009

Isnin, 27 April 2009

*.* Nutri Blok - Alternatif Fikiran *.*

"Nutriblok keluaran MAtech meggunakan teknologi hasil penyelidikan oleh MARDI, Ia sebenarnya merupakan bahan campuran Urea Molas yang telah dicampur dengan ubat-ubatan bagi menghindari kambing dari menghidap penyakit kecacingan dan kurap. Ia diperbuat dalam bentuk ketulan untuk memudahkan kambing memakannya dengan cara menjilat dan menggigitnya."
Sumber dari
http://assakinahagrofarm.blogspot.com

Bentuk nutri blok inilah yg cuba diketengahkan oleh Arwah dalam penghasilan makanan tambahan bagi arnab. Sesuai dengan konsep ingin meringankan beban kos kepada penternak disamping dapat menjamin status Halal kepada makanan ternakan kita sendiri, dimana penghasilan makanan adalah dari sumber yg diyakini dan terjamin halal. Disamping dapat mengurangkan kos dan kebergantungan penuh kepada pellet arnab yg tidak menentu harganya di pasaran. Disamping dapat memberi arnab-arnab kita sumber nutrisi yg baik dan berkhasiat dengan lebih terjamin. Bagi saya bentuk nutri blok ini bolehlah dikecilkan saiznya sesuai dengan saiz arnab yg tidak besar seperti kambing. Dapat buat besar2 penumbuk pon jadi la~ eheheheheh

-Yang Arnab
iceburn

"Bukan Basa-Basi"

*.* Pesan En.Bad 02 (Al-Fatihah) *.*

Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Salam saudara Badruzamani,

Sy percaya penglibatan anda dalam penternakan arnab ni sudah berskala besar, mungkin sdr telah ada network yg banyak dan mungkin dapat membantu saya mendapat bekalan dedak arnab.

Harga runcit terbaik pun kat Melaka ni adalah RM39/25KG dan itu tersgt mahal. Pada skala saya yg kecil nih saya perlukan hny 25KG X 5guni (125kg)sebulan. +/- Rm200 sebulan. Maka tak layak untuk saya membeli terus dari beberapa kilang dedak yg terdapat di Melaka ini yg meletakkan min P.O qty - 500KG.

Soalannya..adakah anda mengenali mana2 supplier dedak yg boleh menghantar supply ke Melaka ini secara bulanan. Saya amat berharap jika ada pihak yg dapat membantu. Makanan alternatif yg saya gunakan sekarang ni pun belum dapat menidakkan dedak sebagai makanan utama arnab2 saya.
Dalam era 90 - an, sebilangan rakyat termiskin di Negeri Perlis telah dipilih untuk mengikuti projek Ternakan Arnab anjuran jawatankuasa PPRT. Namun, tidak lama kemudian, projek itu dikatakan gagal mencapai matlamat kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kos makanan yang meningkat berbanding kos pengeluaran. Ini menyebabkan kos operasi juga turut meningkat.

Lalu, sejak tahun 1999, saya telah membuat kajian ke atas sebab kegagalan projek tersebut dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah - masalah tersebut.

Kini, saya mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang penternak kecil - kecilan ingin berjaya, dia JANGAN bergantung kepada pellet semata - mata. Dia harus menghasilkan makanan arnab itu sendiri.

Kini, kami telah menjumpai 'rahsia' macam mana nak mengantikan pemberian pellet dan mengurangkan kos operasi (kos makanan) serta meningkatkan tumbesaran daging arnab. (Peserta kursus lepas tahu rahsia itu).

Namun, disebabkan pengeluaran bahan tersebut masih lagi terhad, saya tidak dibenarkan mengumumkannya setakat ini. Saya minta maaf. Cuma, kalau boleh adunkan beberapa jenis rumput seperti rumput Israil + Napier + hampas kacang soya + gula melaka (cair pekat) sebagai makanan alternatif. Masukkan sedikit BIO LIVESTOCK dalam botol air minuman dan campuran makanan tadi. Semoga, ia dapat mengurangkan kebergantungan pada makanan pellet terutama dari Eropah.

p/s - Saya memang tak percaya pada pellet dari Eropah terutama selepas kenyataan seorang pensyarah di Eropah yang pernah menyatakan bahawa hampir 70% pembuat pellet di sana telah mencampurkan sejenis lemak BABI ke dalam kandungan pellet mereka. Kalau boleh, kita perlu wujudkan makanan arnab sendiri mengikut cara kita yang dibenarkan syarak. Ini dah jadi sebagai fardhu kifayah terhadap umat Islam.
Hampas Kelapa
Hampas Soya
Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Thank Sdr Zamani,

Maaf tanya sikit lagi, Bahan2 tu nak kena dikisar lumat dan dijemur ke? dah tu camana nak di bentukkan? Kalau bolehlah....kongsikan ler sikit dgn kawan2.
Pernah tengok Nutri Blok tak? Kaedah kini cara nak beri makanan 'tambahan' kepada kambing. Selalunya ia di gantung. Ini kerana jika di letak dalam bekas seperti pellet, selalunya arnab akan letak najisnya sama dalam tu.

Secara teorinya, hampas soya / hampas kelapa / hampas jagung / Napier / Rumput Israil di kisar di cincang dahulu. Keringkan seketika ( dalam 3 jam di bawah panas terik). Kemudian, masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan gula merah / gula melaka.

Kalau kreatif, cuba bentuk dalam bentuk selinder / blok / kepal bulat - bulat menggunakan acuan / plastik.

Sebagai tambahan, boleh cuba BIO LIVESTOCK. Guna sedikit sahaja untuk bancuhan 1 kilo makanan.
Selamat berjaya.JagungRumput Napier
p/s - Arnab dewasa memerlukan makanan berfiber tinggi. Tetapi, makanan ini tidak sesuai untuk anak arnab. Kalau baja banyak tu, selain jual, tanam la jagung madu / tumbuhan yang mampu menjadi rantaian makanan kepada arnab.

09-21-2008, 06:57 PM

*.* Pesan En.Bad 01 (Al-Fatihah) *.*

# Badruzamani Azmi Says:
May 1st, 2007 at 10:56 am

Penyakit yang selalu menyerang arnab ialah selesema, jangkitan kulat dan bakteria, perut kembung dan telinga patah.

Jangkitan selesema dan perut kembung adalah akibat memberi sayur yang mudah layu dan cuaca sekitar sejuk. Jangkitan kulat adalah kerana tempat tinggalnya tidak bersih. Telinga patah pula berlaku kerana cara memegang arnab yang tidak betul.

Selain itu, banyak faktor yang menyumbang kepada kematian. Antara seperti cuaca, virus dan sebagainya. Cuba dapatkan maklumat dan ubat yang sesuai di Jabatan Ternakan Haiwan yang terdekat dengan anda. :) Atau anda juga boleh dapatkan 2 buku berkenaan arnab secara detail di laman Sabak Agro.

Kos makanan pernah menjadi faktor kegagalan kebanyakan penternak arnab terdahulu. Dedak arnab memang mahal. Tetapi ia perlu juga. Cuma jangan jadikan ia sebagai makanan utama. Anda boleh mencuba campuran antara hampas kelapa di campur dengan hampas kacang soya dan kulit nenas yang di kusar lumat. Kesemua bahan ini, anda boleh dapat secara percuma di sesetengah tempat. Akhir sekali, masukkan gula melaka yang sudah dicairkan dan gaul hingga sebati. Anda juga boleh masukkan pelbagai sayur dan jagung / lobak merah yang telah dikisar.

Semoga penerangan saya ini membantu sedikit sebanyak saudara. Dari pengalaman saya dulu, saya hanya bermula dengan 6 ekor arnab sahaja dulu. Dalam masa kurang dari 2 tahun, sudah ada sampai generasi ke 13. Jadi, kalau penjagaan yang betul dan makanan yang baik (tidak semestinya mahal), arnab mampu memberi pulangan yang baik pada anda. Dagingnya memang sedap selepas di masak kari atau kurma.

Jumaat, 24 April 2009

*.* Arnab Garang?? Grrrrr~!!! *.*

Quote:
Originally Posted by zii
En. Joe nak tanya sikitlah ...rasa agak pelik pada satu ekor arnab ni... baka NZW .... dari kecil lagi dah garang ..suka gigit ..nak kata dia tertekan tak mungkin tapi .... kalau dok bagi makanan asyik nak gigit kita je...hari ni pun saya kena gigit lagi ..geram tul...... sepanjang saya bela arnab tak adalah pula baka jenis tu garang kecuali 2 jenis arnab yang sy pasti ada juga yang garang...(nak cakap jenis apa pun tak tahu ).

tentang makanan arnab pula hari semalam kehabisan kena beli kat kedai .... mungkin 2 tiga hari lg tempahan makanan arnab tu sampai.... sebab stock kat tempat tu pun dah kehabisan.... ada pesan FFM 10 guni dan yang hijau 10 guni. arnab kak pulak dah pandai pilih tu yang susah
.
Quote:
Originally Posted by ciku View Post
Sorry mencelah.......terkenang arnab garang........ada kawan n otai tu bela arnab garang ... masa nak bagi makan perlu pakai sarung tangan kulit...... kalau x mesti luka kena gigit ........hahahaha ... sedihnya skg tinggal dalam kenangan sahaja......

OK Kak Zii, Selain dari stress...inilah antara beberapa sebab lain kenapa arnab menggigit. Tak tau arnab akak tu tergolong dalam kategori yg mana satu...

  • Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
  • Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
  • Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih.
  • Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
  • Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
  • Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik utk meletakkan tangan kita dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
  • Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan
Quote:
Originally Posted by ciku View Post
Hahahah........hahahha........macam2 teori.......hahaha......anyway thank.......
Siapa yg x tahan kena gigit or x mau lagi kena gigit ....meh bagi kat kawan.... biar kawan jaga arnab tu....... ( item akhir tu kelakar.....sesilap arnab tu mati terkejut....hahahaha)
Bila org tanya, kenalah kwn bagi teori stakat yg tau...hehe.

Hang ni pun...patut bagi tip2 atau ayat2 yg patut diamalkan waktu deal ngan menatang yg garang2 nih.

Yg biasa dengau petua orang2 tua ialah bacakan untuk mengambil berkat Surah Al Lahab (111),...abis tuh twist kan apa2 kain, katanya insyallah buleh menundukkan hati orang atau haiwan yg sedang bengis itu.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Khamis, 23 April 2009

*.* Lawatan dari Lanz Rabbit Studio *.*

Malam tadi aku menerima lawatan mengejut dari salah seorang blogger yg aktif dalam industri arnab. Beliau yang dimaksudkan ialah Lanz dari blog Lanz Rabbit Studio (http://lanzrabbit.blogspot.com/). Setelah menjenguk dan bertukar-tukar buah fikir, Lanz dengan tujuan asalnya ingin mendapatkan Bengy 6088 dari aku telah pon berminat untuk menyuntik sendiri arnab2nya yg dikhabarkan juga diserang hama dan pepijat~ ehehehehhe
Dibawah ialah Lop Ear yg Lanz buka untuk dijual~
Kalau ada sesiapa berminat, silalah terus ke blog Lanz untuk urusan jual beli dengan beliau~
Terima kasih kerana sudi datang ke kandang ako yg selekeh~ AHhaHAhAhHA

-Yang Arnab,
iceburn 0173030433

*.* Statistik Pelawat dari 16/04/09-22/04/09- Nuffnang *.*


Buat masa terdekat nih, kerja-kerja mengupdate blog ArnabKiut nih agak lembab dan malar, mungkin kerana perubahan musim dan ketidaktentuan masa untuk menulis. Tapi atas pemerhatian yang aku dapat dari pelbagai pihak malah statistik dari Nuffnang sendiri menunjukkan peningkatan, aku akan teruskan lagi mengumpul bahan-bahan berkaitan dengan isu dan info dunia penternakan arnab nih. Pening jugak memikir apa lagi bahan yg nak disumbat kedalam blog nih, visitor dah meningkat, bahan dah menunjukkan kecairan... Apa yg penting sokongan dan pendapat dari korang semua amat perlu untuk menggerakkan blog yg tak seberapa nih, aku masih lagi menunggu pendapat dan persoalan2 lazim berkaitan dengan Arnab.


Yang Arnab,


iceburn


-Statistik ihsan dari Nuffnang.com.my


Sabtu, 18 April 2009

*.* LionHead Jantan Yang Pertama *.*

Aku baru dapat seekor LionHead jantan dari seorang kawan yg dah terpaksa melepaskan arnab ni, dia baru habis belajar kat KL nih dan akan balik ke tempat asal dia di Sarawak. So dia dah tak bleh nak teruskan menjaga arnab nih, so ako pon berminat nak menjaga arnab dia.
Nama dia Bubbles, dia diperlihara dalam rumah, so aku ikot kehendak kawan yg pelihara dia dulu untuk terus pelihara dia dalam rumah, tapi mula2 kena ajar dia toilet train dulu la...
Berat jugak mamat nih, 3kilo lebih... yer la kot, sebab umor dia dah setahun dah...

Rabu, 15 April 2009

*.* Perubahan Kandungan Protein di dalam daun Jagung dan Napier *.*

Perubahan Kandungan Protein di dalam daun jagung dan napier mengikut peringkat umur



Dipetik dari www.fao.org
NewHillz
Melaka Bandaraya Bersejarah
http://www.freewebs.com/newhillz-rabbit/
http://newhillz-rarebits.blogspot.com/
No HP-013-6016643
Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Ler...daun jagung tu pada kadar 10% jer ker, hampeh betui.
Napier lah yg 10% tu bro...

Jagung kan 22% pada umur 1-2 minggu...kemudian drop kepada 12% pada umur 10 minggu...

Daun jagung yg saya bagi aritu umur dia 4 minggu...so CP around 17-18%
NewHillz
Melaka Bandaraya Bersejarah
http://www.freewebs.com/newhillz-rabbit/
http://newhillz-rarebits.blogspot.com/
No HP-013-6016643

Replied dari BJM
Opss...yer lah, awal pagi tadi masih mamai lagi....huhu.
Wah takleh tunggu berbuahlah kalu camtuh, 1~2 minggu dah kena potong.

Thanks....yg awak bagi arituh dah...ditelan arnab2 saya. licin.
Napier tu pun bini saya dah tanam semuanya ari Isnin arituh.

*.* Sindrom Ibu Muda (Young Doe Syndrome) *.*

Kongsi2 Lagi....Ini sejenis lagi penyakit tentang kelenjar susu.

Sindrom Ibu Muda (Young Doe Syndrome)

Penyakit ini sering terjadi pada arnab2 betina muda pada kelahiran yang pertama dan kedua.

Penyebabnya adalah septicemia (keracunan darah) akibat mastitis (bisul) sehingga terjadi bengkak pada kelenjar susu.

Kuman stapphylorus aureus memasuki kelenjar susu melaui luka pada kelenjar atau puting susu. Mastitis ini menyebabkan , suhu badan induk panas, nafsu makannya kurang. Puting susu bengkak dan keras, sehingga induk tak mau menyusukan anaknya.

Anak-anak arnab itu akan mati karena tak mendapatkan susu dari induknya.

Rawatan:
  • Asingkan Induk yang sakit itu.
  • Penyakitnya dapat di sembuhkan kalau belum terlambat.
  • Ubatnya, suntikan dengan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
  • Selain itu, kandang hendaklah dibersihkan, di sembur atau di cuci dengan Asepto.
  • Anak-anak arnab ditumpangkan pada ibu tumpang semasa ibu kandungnya disolate.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
yg ubat tu... pilihan salah satu dari jenis ubat tu ker? atau diberi keseluruhan dari senarai yang BJM beri??

Asepto ni racun ker antiseptik ker vaksin?
Pilih salah satu jer.
Asepto tu adalah produk pembasmian microbilogical organism.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Selasa, 14 April 2009

*.* Kebarangkalian yang lebih ringan untuk penyakit arnab LebaiCute *.*

Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
salam
ada sesaper bleh tolong jawabkan soalan ni?

Lebai Cute berkata...

Bukan komen tapi soalan.

Ibu arnab aku dekat tetek dia ada ketul2 bulat kalau kita rasa. besar lebih kurang taik arnab juga. aku rasa susu dalam kantung dia dah jadi keju kot. apo ko rasa. harap2 jgnlah penyakit
2009 April 11 22:39
Ibu tu baru cerai susu ke?
Ada kes yang ibu hasil susu berlebihan..bila anak dipisahkan secara serta merta...kelenjar susu membengkak...
Cuba tuam dengan tuala suam dahulu...sambil massage area tu...kalau ada susu keluar...try perah sebanyak yg mungkin...ulang beberapa kali...

Seeloknya ceraikan anak secara berperingkat...dari yang bersaiz besar hingga yg terkecil.

Kecuali kalau area tu merah..mungkin dah ada infection, perlu dptkan rawatan dari vet segera.
Selalunya mereka akan bagi antibiotic dan ubat tahan bengkak

*.* Myxomatosis (Part 2)*.*

Mari Berkenalan Dengan Myxomatosis.
Myxomatosis adalah penyakit yang hanya menjangkiti arnab. Ia disebabkan dan berpunca dari virus Myxoma. Pertama kali ianya dikesan/ditemui adalah pada awal 1900'an di Uruguay, ianya dengan 'sengaja' diperkenalkan ke Australia dengan tujuan untuk mengawal populasi arnab di sana yang dianggap sebagai haiwan perosak.
Kajian lapangan yang pertama untuk mengawal populasi pada tahun 1938, kajian dengan skala besar diperkenalkan pada tahun 1950. Ianya memberi kesan yang sangat efektif, mengurangkan bilangan populasi arnab dari 600 juta ke 100 juta didalam masa 2 tahun.Selepas itu dengan sengaja juga ia diperkenalkan di Perancis pada tahun 1952. Pada tahun 1954, 90% dari populasi arnab liar di Perancis mati. Diperkenalkan di UK pada tahun 1953, diketahui penyebaran virus tanpa campur tangan manusia. Pada tahun 1955, lebih kurang 95% dari populasi arnab di UK juga mampus.

Myxomatosis disebarkan melalui kutu dan nyamuk. Oleh itu, seboleh-bolehnya arnab rumah/periharaan haruslah dihindarkan dari serangga perosak ini.
Penggunaan vaksin.
Ada vaksin yang disediakan untuk arnab peliharaan, tetapi diharamkan di Australia kerana mereka takut dengan kesan kekebalan yang ditunjukkan oleh vaksin tersebut menular ke arnab liar, ini kerana vaksin itu menggunakan virus lain, ianya virus Shope Fibroma.

Isnin, 13 April 2009

*.* Abscess Capsule(Bisol daa) dan Myxomatosis (Part 1)*.*

Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
salam
ada sesaper bleh tolong jawabkan soalan ni?

Lebai Cute berkata...

Bukan komen tapi soalan.

Ibu arnab aku dekat tetek dia ada ketul2 bulat kalau kita rasa. besar lebih kurang taik arnab juga. aku rasa susu dalam kantung dia dah jadi keju kot. apo ko rasa. harap2 jgnlah penyakit
2009 April 11 22:39
Sapa Lebai Cute tuh ??, Zaha ker? macam2 lebai ada rupanya yer...

Rasanya tu macam simptom mammary tumor,
Cara rawatannya sama juga seperti Abscess capsule (Bisol daa) atau Myxomatosis .......hanyalah "bedah & buang", membiarkan keadaan itu lebih lama, hanya akan menambah parah.

Bila dah berakar umbi, ianya tak mungkin dapat dibersihkan secara total, maksudnya...selepas pembedahan pun..ia akan muncul lagi.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Replied dari Iceburn
weohh~ bedah dan buang yer? ehehehe berat jugak masalah nih. Kalau rasa macam berat jer jalan penyelesaian tu, rasanya elokla di singkirkan

tapi adakah kesemua puting susu akan berkemungkinan mengidap penyakit ini, atau hanya yang terjadi tu takkan menjangkit kepada puting yg lain? rasanya kalau ibu arnab tu masih ada anak yg masih menyusu, agak sukar jalan kerja penyingkiran tu... tapi kalau ada ibu tumpang yg berkebolehan, takda masalah rasanya...
"Bila dah berakar umbi"-nih dah klasifikasi sebagai kanker(barah da~) ker? berat jugak nih...eh? tumor tu barah la kan?hUhuHUHU

Lebai Cute(sila klik) salah seorang pengunjung blog aku la BJM... kalau visitor tanya macam2 yg diluar pengetahuan aku, kena la merujuk kepada Otai² kat BJ nih.. ehehehe

Replied dari Bro.Joe Mendula
Yer memang tumor tu adik beradik kanker, rawatannya adalah bedah dan buang. Kalau dia masih dalam lactating period, biarlah ia besarkan dulu anak dia....insyallah, ibu itu masih mampu bertahan.

Lepas tu...banyak pakar vet mencadangkan wat dua surgery sekali....buang tumor dan spay terus...

Tapi saya pernah tertengok di "History Channel" , selain dari teknik pembedahan ini, satu lagi rawatan yang diharamkan oleh badan perubatan dunia tetapi mempunyai banyak testimoni yang berjaya merawat cancer.... ialah"biji buah aprikot"...perlaksanaannya hanya boleh didapati dihospital2 di Mexico.

Dari extrak biji buah appricot tadi mereka menghasilkan Amygdalin, laetrile dan vitamin b17 yang dikatakan berkemampuan melenyapkan cancer.

So..selain dari biji apricot yang mempunyai kadar vitamin B17 tertinggi....biji buah epal juga mempunyai komposisi tersebut.

Haha..kalau nak buat experiment...anda carilah 10gm biji(kernel) epal, jemur sampai kering, ditumbuk lumat. Serbuk itu dibancuh kedalam air minuman arnab.

Tapi percubaan secara gamble ini adalah atas tanggung-jawab masing2...

Dikhabarkan ada doktor yang mengidap kanser paru2 yg kronik...selepas menulis wasiat dan telah bersedia untuk mati. Tapi malam itu dia telah menyuntik extrak laetrile itu pada dirinya sendiri. Dan beliau telah sembuh sepenuhnya dalam tempoh yg singkat. __________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah


Ahad, 12 April 2009

*.* Baka Arnab Baru Ditemui.... *.*

Spesis terbaru yang telah berjaya dikahwinkan...
Ini baka kahwin dengan penguin... Pengnab Arguin
Nih spesis kahwin dengan harimau bintang... Arnab Bintang.
Nih pulak kahwin dengan Panda.... Arnanda Pannab... dah macam nama orang india... eheheheh
Yang last nih... kahwin ngan harimau belang kat hutan Malaysia... bapak dia la yg jadi ikon Maybank tu... ehehehe nama dia Armau Harinab...

Jumaat, 10 April 2009

*.* Kornea Ulcer - Rawatan Awal *.*

Quote:
Originally Posted by kampage View Post
salam bang...nak tanya nih..kalo spray..arnab tu tak jilat ker???..kalo dia jilat ada effect tak??..kang tak pasal2 gol lagi satu arnab saya hehehe..dah laa makin kurang nih....
Pasti kan dah kering, baru lepas kan arnab tu...Dia Alkohol base so cepat kering...
Bila dah kering, dia jilat no hal

Quote:
Originally Posted by kampage View Post
lagi satu nk tanya sifoo2...kalo yang sakit mata tu apa sebabnya...kat mata dia ada mcm selaput kaler putih...cam nak buta jer...
Kornea ulcer...
Ada yg disbbkan
1. Stress
2. Infection bakteria, fungi, virus, protozoa, atau chlamydia
Dedua ni boleh berlaku serentak...

Rawatan:
Guna solcoseryl eye gel....selepas 10 min letak antibiotic eye oinment tanpa steroid...yang bentuk cream, dlm tube mcm ubat gigi...

Make sure eye oinment tu tanpa steroid...jangan guna eyedrop yang biasa dijual di farmasi i.e decadrop etc...

Kornea mata haiwan tak sama mcm manusia...
Pada mata manusia, steroid akan menghilangkan bengkak...tp pada mata haiwan seperti kucing dan arnab, ia akan membuat keadaan semakin teruk....bebola mata boleh pecah!

Tp kalau dah tahap kronik, dan melibatkan jangkitan, susah sikit nak baik. Sbb pada kornea takde pembuluh darah...sistem pertahanan badan tak dpt hantar sel darah putih & fibroblast untuk melawan jangkitan...

Seterusnya, pastikan arnab diberi vitamin A & C...
Saya sarankan guna anti-stress water soluble vitamin. Masukkan dlm air minuman...

NewHillz
Melaka Bandaraya Bersejarah
http://www.freewebs.com/newhillz-rabbit/
http://newhillz-rarebits.blogspot.com/
No HP-013-6016643

*.* Semburan Hama Dan Kutu / Mites & Germs Spray *.*

Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
selain dari di jab terus ke bawah kulit, ada kaedah lain tak BJM? kaedah oral ker, bagi makan ubat ke..
kalau ianya dikesan dari awal kaedah menggunakan terapi minyak tu boleh diambil kira la, tapi bila dah sampai tahap kritikal dan hilang akal tu..
ader sesiapa yang tau ada antibiotik atau vaksin pencegahan untuk penyakit2 umum arnab nih?
Macam2 kaedah ada dalam merawat kurap, kutu & hama nih, cuma lom try jer...
Sebagai contoh arituh Newhill ada suruh cuba spray type...berkesan gak bagi kurap hidung tahap sederhana....tak yah enjit, so bolehlah pakai pada ibu yg bunting dan anak2 yg bawah usia kritikal.

Nih Ubat Spray dari keluaran Aristopet, bule beli dari klinik vet atau petshop besar.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Sebagai contoh arituh Newhill ada suruh cuba spray type...berkesan gak bagi kurap hidung tahap sederhana....tak yah enjit, so bolehlah pakai pada ibu yg bunting dan anak2 yg bawah usia
Replied dari NewHillz
Ni spray type yg saya guna untuk mild case, setakat kurap kat kaki, telinga mmg cepat...Saya beli untuk kucing saya...tp sesuai untuk semua jenis pets, spray dan ratakan, biarkan kering sebelum masukkan haiwan ke dalam cage.

Base dia alkohol dan bahan anti fungus, so bertindak 2 dlm 1, bunuh mites and stop secondary infection i.e fungus/germs.

Brand: Novarax
rege: rm40
lokasi pembelian: VALLY ANIMAL CLINIC, MELAKA


NewHillz
Melaka Bandaraya Bersejarah
http://www.freewebs.com/newhillz-rabbit/

http://newhillz-rarebits.blogspot.com/


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*