August 19th, 2008 at 3:16 pm
Saudara Adzrull…
Untuk makluman saudara, penternakan arnab di Malaysia sekarang ini masih berada di peringkat ‘lemah’ lagi kerana pengeluaran hasil arnab masih belum dapat memenuhi permintaan pasaran.
Selain itu, kos makanan yang meningkat menyebabkan ramai penternak secara kecil - kecilan ‘gulung tikar’ kerana tidak mampu memasarkan hasil ternakan mereka kepada pasaran tempatan atau global.
Justeru itu, syarikat saya dan syarikat MyWabbit Rabbitry Farm mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus penternakan arnab secara komersil pada 24 Ogos ini di Sungai Buloh (tarikh tutup penyertaan esok).
Dalam kursus itu nanti akan dibentang kertas kerja, objektif kursus, plan jangka panjang, projek, perbincangan dan soal jawab. Selain itu, ada dijual buku penternakan arnab secara komersil (nanti saya iklankan kat sini)sebagai rujukan.
Adakala teori dalam buku tidak semestinya betul jika tidak disusuli dengan amali. Namun, risiko kematian arnab dalam sistem ‘try & error’ dapat dikurangkan jika dapat berbincang dan mendapat konsultansi dari mereka yang berpengalaman.
Selain itu, kos permakanan dapat dikurangkan dan kadar pertumbuhan arnab dapat ditingkatkan. Selain, kerjasama antara sesama peserta dapat dijalinkan agar proses penjualan / pemasaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa banyak masalah.
Jangan ulangi kesilapan projek ternakan arnab (dalam PPRT) terdahulu. Masalah memerlukan penyelesaian, bukannya 1001 alasan.Jadi, bak kata Dr. Irfan Khairi (Mentor Jutawan Internet dalam eBuku Mentor Usahawan, “Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini”.
Dalam buku digital itu juga, Dato’ Dr Fadzillah Kamsah (Mentor Pakar Motivasi & Kaunseling) berkata, “Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang”
Jadi, cukupkah dengan sekadar membaca sahaja?
"Berburu ke padang datar,:)
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi."
-------------------------
* dari pesanan arwah ni, untuk menguasai suatu bidang, kita tak cukup dengan hanya membaca sahaja tanpa mempraktikkan apa yg dipelajari...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com