Saya ada membela arnab di rumah sebagai hobi.. ada 3 betina, 1 jantan, dan 4 baby (lebih kurang 1 bulan) yang masih hidup. Saya nak tanya something setakat ini, dah 7 ekor termasuk 2 ekor baby arnab saya mati pagi tadi.. Dia cirit birit pada malamnya, dan mati keesokkan harinya... saya ada bawa pi jumpa veteriner utk baby2 yg mati sebelum ni,dia bagi ubat utk busekan immune system dia, dan ubat cirit..tapi.. saya bagi dua kali..mati jugak akhirnya.. Ada apa-apa nasihat atau petua tak untuk mengelakkan cirit birit dan kematian pada baby2 rabbit saya yg masih hidup??...sayang nya, kalo semua mati..ni kali kedua dah si ibu beranak.., utk yg kelahiran pertama, semua anaknya mati apabila mencapai usianya lebih kurang sebulan lebih..Untuk pengetahuan, baby2 ini dah putus susu, dan makan sendiri..dalam kandang yg berasingan dr ibunya...dan saya juga kurangkan contact dgn orang ramai..exspecially anak saya..dia suka sgt arnab...sedih jugak tgk dia menangis setiap kali arnabnya mati..
terima kasih atas bantuan anda..
:) IDA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Email balas dari iceburn.wsalam.
mungkin ada beberapa pertanyaan yang perlu saya lanjutkan,
*berapa umur arnab-arnab yg mati tu?
*apa makanan yang selalu akak bagi?
*air minuman dari sumber apa?
*kedudukan kandang dimana? kalau boleh email saya gambar
*arnab-arnab tadi dari baka apa?
*ada bagi makanan lain selain pellet?
*bila tarikh/umur cerai susu yang akak asingkan dari ibu?
saya perlu tahu semua ciri2 kat atas ni. saya harap dapat bantu akak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Email balas dari IDA
Ok..
a) umur arnab-arnab yg mati adalah dalam 5-6 minggu
b) selalunya makanan yg sy bagi dedak arnab, sayur ada juga..tapi tak selalu.. normally kangkung
c) air minuman just bagi air paip shj
d) kedudukan kandang adalah di laman hadapan rumah..bawah auwning..sebelah porch kete
e) Anak2 arnab tu, ibu mereka ada 2 jenis, satu dr baka lion head dan satu lagi yg bulu panjang, jantannya arnab jenis biasa..
f) tarikh cerai susu..sy tak ingat tapi lebih kurang anak2 tu usia nya 4 minggu..baru lagi kami asingkan coz ibu dia dah bunting lagi..
harap maklumat yg sy berikan mencukupi...terima kasih

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Email balas dari iceburnOk..
a) umur arnab-arnab yg mati adalah dalam 5-6 minggu-usia2 ni memang dianggap usia yg kritikal. selalu terjadi anak arnab mati dalam usia ni.
b) selalunya makanan yg sy bagi dedak arnab, sayur ada juga..tapi tak selalu.. normally kangkung- sistem penghadaman anak arnab di bawah usia 2bulan tidak dapat menghadam sayur dan tumbuhan lain. jangan beri anak arnab makan sayur jika umurnya belum mencapai 2bulan(8minggu). Lagi2 anak arnab baka2 pets, kerana baka2 ini diimport dari luar, tahap kesesuaian mengadaptasi persekitaran agak terbatas, berbanding dengan arnab baka lokal.
c) air minuman just bagi air paip shj- kalau boleh, cuba beri air yg dah dimasak atau biarkan air paip itu untuk 3hari, lagi cantik kalau dapat tampung air hujan.
d) kedudukan kandang adalah di laman hadapan rumah..bawah auwning..sebelah porch kete - elakkan kandang terdedah cahaya matahari secara terus(direct contact), elakkan dari kena tempias hujan dan angin malam secra terus.
e) Anak2 arnab tu, ibu mereka ada 2 jenis, satu dr baka lion head dan satu lagi yg bulu panjang, jantannya arnab jenis biasa..- asingkan bapak arnab jika ibu sudah beranak, penumpuan keatas ibu selepas bersalin diutamakan.
f) tarikh cerai susu..sy tak ingat tapi lebih kurang anak2 tu usia nya 4 minggu..baru lagi kami asingkan coz ibu dia dah bunting lagi..-untuk baka2 import, eloklah diberi makanan tinggi protein utk membantu ibu menghasilkan susu yg cukup utk anak, jangan asingkan anak serta-merta selepas bercerai susu, satu lagi, ibu yg baru beranak tidak sesuai terus dikahwinkan, kalau boleh direhatkan dulu selama satu bulan lagi selepas bercerai susu. saya nasihatkan ibu yang dua ekor tu, akak gilir2kan dorang beranak, bulan pertama yang lionhead kahwin, akhir bulan dia beranak, akak kahwinkan yg bulu panjang pulak(bulan kedua), akhir bulan ketiga arnab yg bulu panjang akan beranak, ibu yg lionhead tadi anaknya sudah mencapai usia dua bulan, bolehlah dikahwinkan ibu lionhead tu, dengan cara yang saya sarankan akak praktik kan ni, jangkahayat ibu arnab akan dapat dipanjangkan sikit, sebab dia dapat cuti bersalin yg lebih panjang.
anak2nya juga dapat dijaga oleh ibu dengan tempoh yg lebih sikit, anak arnab dibawah 2bulan kalau dipisahkan akan senang diserang stress(tekanan jiwa). jangan tak tau, stress juga akibat kepada kemurungan, akibat dari kemurungan arnab taknak makan, bila taknak makan, dia akan kehilangan air dalam badan, akibatnya cirit-birit yang mengakibatkan dehidration(kurang air) dan penyudahnya mati. Sebab tu la kadang2 kita beli anak arnab dari petshop yg kita tak tau usia dia(selalunya dibawah dua bulan), sampai jer dirumah, 2-3 hari dah mati.
Saya harap semua maklumat ni dapat membantu.
Ahmad Fahmi Alias
0173030433
www.arnabkiut.blogspot.com
6 ulasan:
arnab awak memang cantik . arnab saya cantik juga satu tu dia macam panda tapi bila dah tengok macam tu
saya panggil dia panda awak beli kat mana arnab ni kiut je ramai pula tak gaduh pun
awak jadilah kawan saya ni nombor telefon saya 096316727
carrot boleh tak anak arnab makan?
info yg bgus..tul jgak akak tgk kalau kat pet shop mmg bunnynya comel2 sbb kecik2 je lagi..dlm sebulan 2 je umornya..xberani nak beli..wlaupun berkenan sgt2..
salam,saya nak tanya kalau arnab baru lahir bila ibu arnab akan menyusukannya???
Assalam,nak tanya sedikit kenapa ibu arnab saya kencingkan anaknya
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com