Sistem pencernaan yang kompleks ini dibina khusus untuk menampung diet serat yang tinggi dan bekerja untuk terus-menerus menolak makanan ke usus dimana ia dicampur adukkan dan di asingkan, satu fenomena isi perut yang asing didalam dunia haiwan hanya terdapat di dalam sistem pencernaan arnab, guinea pigs dan chinchillas.
Kandungan yang tinggi jenis-jenis serat, iaitu boleh dihadam dan tidak boleh dihadam, amat penting diberi perhatian untuk memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan baik.
Serat tidak boleh hadam penting untuk didalam memberi peranan sebagai perangsang usus untuk bertindak dengan baik, dengan partikel besar melalui sistem pencernaan dengan cepat dan lancar, sebelum ia dikeluarkan menjadi gumpalan yang keras.
Serat mudah hadam yang kaya dengan nutrisi bertindak didalam beberapa tujuan. Selain dari serat ini melalui terus kedalam sistem, pecahan yang lebih kecil serat mudah hadam memasuki ruang caecum(usus buta) iaitu kantung yang bersambung dengan usus besar, dimana ia dicernakan menjadi pekatan(pra-tahi). Pekatan ini akan di keluarkan menjadi tahi lembut atau caecotrophs, dimana arnab yang sihat akan memakan kembali kesemua tadi semula seperti mana ia dikeluarkan.Lapisan mukus untuk caecotrophs ini tinggal didalam perut untuk beberapa jam untuk memberi ruang kepada bakteria yang dikandunginya bekerja. Akhirnya, asid didalam perut melarutkan mukus tadi dan melepaskan nutrisi penting yang akan terus diserap.
Jadi sistem yang sempurna ini, ia berfungsi dengan satu jenis makanan akan melalui sistem pencernaan sebanyak dua kali, untuk membekalkan nutrien berganda kepada arnab.
Jika diet tidak mengandungi kandungan serat yang tinggi, ini akan menyebabkan usus menjadi kembung(berangin), keadaan ini terjadi kerana makanan melalui sistem pencernaan dengan perlahan. Ini akan mengakibatkan pembiakan bakteria dengan cepat didalam caecum kerana caecotrophs tidak dibuang dengan cepat, ini mengakibatkan peningkatan risiko saluran usus tersumbat oleh makanan dan bulu. Kembung usus sangat merbahaya kepada arnab yang boleh membawa kepada kematian mengejut. Walaubagaimanapun jika ianya cepat dikesan dan dirawat, arnab anda dapat diselamatkan.
Tanda-tanda awal masalah berkaitan perut dan usus ini selalunya disertakan cirit-birit atau sembelit, kurang selera makan, perut kembung dan kelesuan. Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai kesihatan arnab anda, bawa terus ke klinik haiwan yang berdekatan.
Diterjemah dari laman Mat b Salleh oleh,
iceburn a.k.a Ahmad Fahmi Alias
nuckcull@yahoo.com
Turut dibantu,
Elin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com