salam iceburn
Email Balas Dari iceburn KL
wsalam,
Bulu kaki dia takda masalah, tapi kalau nak trim pon untuk tujuan grooming pon okie jugak dan jugak untuk tujuan kebersihan pon.
Masalah kaki tergelincir nih kena amik berat, nanti kaki dia tercedera, masalah gelincir nih datang dari keadaan lantai dia, dimana lantai 'tile' yg licin akan membuat kaki dia tergelincir.
Sebab tu kalau boleh untuk usia kecil, tidak digalakkan dilepaskan di kawasan berpemukaan licin(lantai tile, lantai simen licin, tikar getah), sebab kaki anak arnab dalam usia nih tidak begitu kuat untuk cengkaman, ada terjadi beberapa kes dimana kaki arnab ter'kepak'(kay park), keadaan terkepak ni akan kekal sampai bila-bila.
Jadi, buat masa kecik nih, elok dilepaskan di kawasan dia boleh berjalan dengan baik(melompat kot~ ehehehe). nanti baca blog saya, saya post pasal arnab kaki terkepak.
Pasal baka tu, dia kecik lagi, kalau dah besar rasanya bulu dia akan bertambah panjang, akan menunjukkan ciri-ciri anggora dia, kalau bulu dia bila besar nanti takat tu jer, maknanya arnab ni dah mix(cross), so dia tak pure anggora, tapi masih boleh dipanggey anggora(jangan risau~!) ehehehe
untuk bantuan, bolehlah berhubung dengan petshop kawan saya di jalan pengkalan chepa(jalan nak ke airport), nama dia en.syam ghaz.
Dia ada sediakan kemudahan vet untuk rabbit bagi kawasan kelantan. kalau dapat kesana, bagitau awak direkomen dari blogger arnabkiut, dia mesti tau. sekian~ papai~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com