Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Jumaat, 19 Februari 2010

*.* Woody Toy, Netherland Dwarf, Teddy Bear, Fuzzy Lop dan Holland Lop untuk DIJUAL~!! Semua IMPORTED~! *.*



*.* Woody Toy, Netherland Dwarf, Teddy Bear, Fuzzy Lop dan Holland Lop untuk DIJUAL~!! Semua IMPORTED~! di http://arnabkiutpetstore.blogspot.com *.*

*.* Hakikat ternak Arnab Hari Ini - Season Finale *.*

Assalamualaikum,

Yang paling utama dan pertama sekali, ingin ako panjatkan syukur kepada Allah s.w.t atas limpah kurnianya dan rahmat yang tidak terhingga kerana banyak mengurniakan ako rezeki akhir-akhir ini, lagi banyak kena pukol dan hentam, lagi banyak rezeki yang masok~ Alhamdulillah....
Yang kedua dan tidak dilupakan, encik guest yang banyak membantu ako dalam berfikir dan bergerak dengan lebih radikal dan agresif. Tanpa encik guest, mungkin orang tak berapa pandang kursus yang ako anjurkan. Terima kasih yang tak terhingga kerana encik guest telah menghentam blog ako dan dengan jaya ako membidas kembali segala smash yang diberi. Hingga ke saat ini, perjalanan kursus kami semakin mendapat sambutan dan ada yang sanggup tunggu 1hb tiga punya kursus(RM500!). Sejak posting ako membidas en.guest tak bertelur tersebut di post, rating blog ako mencanak jugak naik, sekali ganda dikunjungi setiap hari.... memang rahmat betul en.guest ni... Semoga roh encik guest dicucuri rahmat hendaknya... amin...

Yang ketiga tidak lupa kepada para-para pembenci dan irihati, yang bertungkus-lumus menghantar email dan sms berbaur perkauman dan sawan babi. Tanpa dorongan keramat dari kalangan kalian, tidak dapatlah juga bergerak otak ako memikirkan perjalanan seterusnya dan seterusnya....

Yang keempat, tak lupa kepada pengunjung, peminat, pembaca, penelaah, pencari ilmu, pengkongsi ilmu, bloggers, webmaster, hackers, rakan²MyRPA, kawan², bapak², guru², otai² dan para sifu (tuan capt Zaman, bro Joe Mendula, en.Kamel, en.Mack Ayob, en.Hairil, en.Hanip, en.Ery) yang banyak menyokong dan membantu melancarkan perjuangan, malahan menjadi pembaca setia blog arnab yang tak seberapa ini. Ada yang siap hantar msg, "bang, ada salah ejaan dalam posting abang yang ni, yang ni...", terima kasih banyak, maaf tak sempat ako membalas sms encik tersebut...
Yang kelima, terima kasih kepada YB yang berkenaan kerana sudi menjengah ke blog ako dan meng'call' ako untuk bertanyakan pendapat dan berkongsi pandangan mengenai industri arnab kat Malaysia. Mintak maaf YB, saya mamai baru bangun tido... Sukar jugak nak bagi jawapan bila YB tanya ako, "Arnab ni ada market ker?" ehehehehehe... insyaAllah, sama² la kita 'cipta' market itu~:P

Yang keenam, terima kasih banyak kepada pelanggan² Bengy, pelanggan² Holland Lop dan Teddy Bear, tanpa korang... alamat tak berasap la muncung ako...
Hmmm... dua ari lepas ako baru jumpa dengan Bro.Joe(Pengerusi Agung-protem) MyRPA, kami selesaikan mana yang patut tentang pendaftaran MyRPA dengan ROS(register of society). Nampaknya perjalanan mendaftarkan persatuan sukar seperti yang dijangkakan awal, semalam ako pegi daftarkan, banyak jugak benda yang kena betulkan, kena tambah, kena tolak, kena edit dan segala macam kena lagi. Tapi dia(en.kerani) itu kata,
"kalau persatuan nak buat program ke, apa-apa majlis, boleh... takda masalah, cuma encik kena hantar surat rasmi kepada kami(ROS), untuk inform dan dapatkan kelulusan",
"kalau kami nak buat expo boleh?",
"BOLEH~ takda masalah, janji hantar surat rasmi, nanti lepas dah lulus register persatuan, tak perlu surat dah, ini hanya untuk tempoh protem jer..."
MyRPA juga dinasihatkan untuk mendaftarkan pertubuhan tidak bercawangan, bagi memudahkan kerja² pendaftaran dan kelulusan. Ini kerana, pertubuhan dengan cawangan ni agak rumit(23 fasal, cari pasal betul!), pertubuhan tidak bercawangan ni agak mudah sikit...(kena taip balik la perlembagaan...cis~)

Bila menggunakan penubuhan dengan cawangan, setiap cawangan yang dilantik atau ditubuhkan di negeri/tempat lain, perlu pula mendapatkan kelulusan dan pendaftaran dari ROS negeri yang diwakili. Tapi, dengan penubuhan persatuan tidak bercawangan, wakil setiap negeri dilantik berdasarkan AJK sahaja, maknanya, setiap AJK yang dilantik bolehlah mewakili negeri(alamat tempat tinggal) beliau... tak perlu daftar cawangan dengan ROS...
Berkenaan LOGO, en.Kazima dari terengganu sudahpun menyiapkan sebijik logo untuk diguna pakai, kepada sesiapa yang lain juga boleh menghantarkan logo mereka. Kalau okei dan diterima oleh semua kaum, kita akan guna logo tersebut.

Rabu, 17 Februari 2010

*.* Repost - ArnabKiut® Pets Store~ *.*

*.* Teddy Bear, Woddy Toy, Netherland Dwarf, Holland Lop dan Mini Rex *.*





Khamis, 4 Februari 2010

*.* Repost dari NewHillz Melaka - About Lionhead *.*

About Lionhead

Terbaca dalam shoutmix persatuan. Syed dari Johor bertanya pasal lionhead Double Mane dan Single Mane.
Memandangkan dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lionhead ni, NH akan cuba yang termampu untuk menjawab persoalannya.


Sejarah Lionhead
Ciri lionhead adalah disebabkan oleh mutasi yang berlaku pada gen yang mengawal bulu arnab.
Ini adalah mutasi yang terbaru pada abad ke 20, selepas kewujudan mutasi gen "satin".

Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa semua mutasi pada gen yang mengawal jenis bulu adalah disebabkan oleh gen resesif. Seperti bulu panjang resesif terhadap bulu pendek, bulu rex resesif terhap bulu biasa. Akan tetapi gen lionhead merupakan mutasi yang bersifat dominan (selepas ini akan diwakili oleh huruf "M" besar, dan gen bukan lionhead akan diwakili oleh "m" kecil).

Terdapat beberapa baka digunakan dalam penghasilan baka lionhead, antara baka yang paling banyak digunakan ialah Dwarf Angora dan Netherland Dwarf.

Oleh itu, jika kita lihat Arnab lionhead ARBA semuanya kecil-kecil belaka.

Apa maksud Dominan dan Resesif
Gen dominan merupakan gen yang bersifat "kuat". Gen yang dominan akan menunjukkan ciri tersebut tidak kira dalam apa keadaan sekali pun.

Contoh gen dominan
Gen Agouti - gen yang menghasilkan ciri "ticked" pada bulu arnab. Ciri yang wujud pada arnab liar. Diwakili oleh huruf "A"...............

Hah? nak baca lebih lagi? pegi ke laman pengamal kungfu shaolin(newhillz) nih, klik sini>>>NewHillz Melaka

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*