Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Selasa, 31 Mac 2009

*.* Bagaimana ingin menyuntik Ivermectin (Cara dan Dos) - PART 2 *.*

Setelah mendapat tunjuk ajar dan membaca serba-sedikit malah mendapat pandangan dari Bro.Joe dan arahan bagaimana ingin melakukan suntikan Evermectin dari vet-vet yang aku jumpa, aku pun dengan senang hati pergi beli picagari beserta jarum suntikan dengan saiz paling kecik(1ml), evermectin aku dah ada, aku amik ayah aku punya, dia suntik kat kambing~.Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Evermectin 1% dan picagari 1ml.Optimus Prime(OP) sedang menunggu giliran untuk disuntik.
Selak bulu dibahagian tengkuk untuk dan tarik kulit yg terlebih di bahagian tersebut(sebelum tu, belai2 beliau untuk memberi suasana tenang dan aman).
Diperlukan dua orang untuk kerja2 ini, seorang diperlukan untuk memegang beliau dengan kuat dan kemas. Seorang lagi diperlukan untuk menyuntik Evermectin. Cucuk dengan cermat di bahagian atas kulit yang ditarik tadi.Tekan dengan perlahan picagari dengan tujuan memasukkan evermectin kedalam tubuh beliau. Perhatian! proses ini akan menyebabkan sesetengah arnab terkejut(akibat sedikit kesakitan apabila evermectin masuk kedalam kulit), bersedia dengan sebarang kemungkinan(arnab akan tersentak atau meronta), pegang dengan kuat dibahagian yang boleh dipegang. Setelah semua dos yang diperlukan disuntik kedalam tempat suntikan( 0.2ml bagi arnab yg bersaiz 1~2kg, dan 0.1mL untuk arnab dibawah 1kg), tunggu lebih kurang 10saat(kira dalam hati, ramai2 kira pon boleh), ini bertujuan untuk ubat meresap kedalam sistem darah(tangan yg menjalankan suntikan didalam gambar tersebut adalah orang yg berpengalaman menyuntik selama 13tahun, dia yang cakap suruh tunggu ubat masuk dulu), dengan pantas tarik jarum suntikan/picagari keluar dari badan arnab. Gosok-gosok bahagian yang disuntik untuk tujuan meresapkan ubat kedalam badan pemiliknya.
Selepas disuntik, OP dalam keadaan bengong dan separa sedar, ini adalah tindakan dan perilaku normal, belai dan gosok2 arnab anda selepas itu dengan tujuan membodek beliau, jangan beri aiskrim seperti membodek anak anda. ehehehe
Selepas beberapa ketika, arnab anda akan dengan sendirinya sedar dan mula melakukan tindak-tanduk biasa seekor arnab~ walaa~Kalau susah sangat dan anda tidak yakin dengan menyuntik sendiri arnab anda, hantar sahaja ke vet yang berdekatan, aku sebab vet jauh dan aku lebih suka buat sendiri~ hUhUhUhUh
Selamat mencuba~!Ini Rachet(RC) selepas disuntik. Dia nih la yang paling teruk diserang hama(psoroptes), tapi setelah mendapat rawatan dan terapi minyak masak, berkurang jugak kuping di telinga, malah kuping di hidung terus hilang, aku inject jugak dengan tujuan dia sembuh dari dalam sepenuhnya. Dia nih la yang paling baik dengan aku, pasal aku selalu bawak kuar bagi minyak kot~ time nak inject pon dia diam jer, tak banyak kerenah... ehehhehe

*.* Bagaimana ingin menyuntik Ivermectin (Cara dan Dos) - PART 1 *.*

OK utk kampage dan iceburn.

Vet ti bagitahu kawan inject kat bawah kulit di tengkuk (kawasan yg banyak kulit la) Dan seorang pembantu perlu memegang arnab itu untuk mengelakkan ia dari meronta2.
Antara advice dari vet itu ialah:
  • Beli ivermectin 1% 100ml pada harga RM75 sebotol
  • Dapatkan penyuntik dan jarum yg paling halus.
  • Sediakan kain bersih utk bersihkan jarum selepas sekali jab.
  • Satu sessi boleh pakai 1 jarum tiga kali (dibersihkan sebelum jab arnab lain)
  • Cucuk jarum ketampok botol, Tonggengkan botol ivermectin.
  • Dapatkan 0.3mL, jentik sikit jika ada bubble.
  • Tekan penyuntik sampai terpancut keluar 0.1ml , so baki 0.2mL.
  • Ingat!! jangan suntik udara kedalam badan arnab.
  • Picit2 sket bahagian yg hendak dicucuk, biar kebas2 sikit.
  • Cubit dan tarik sedikit kulit atas tengkuk.
  • Cucuk pada bahagian cubitan seberapa cepat yg boleh, tekan penyuntik.
  • Tarik secara pantas.
  • Gosok2 dan lurut bahagian yg dicucuk tadi agar ubatnya meresap ke bahagian lain.
  • Ulangi suntikan itu selepas 2 minggu supaya telur parasit & kutu yg baru menetas juga dihapuskan.
  • Suntik semua arnab yg berkongsi cell dan kandang yg sama.
  • Ingat !!! hanya 0.2ml bagi arnab yg bersaiz 1~2kg, dan 0.1mL untuk arnab dibawah 1kg.

    Arnab yg baru disuntik akan mengeliat atau termenung sebentar.

    Sila betulkan saya jika ada kesilapan.
  • Jangan over dose atau anda akan menjadi "PEMBUNUH ARNAB SENDIRI"
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Isnin, 30 Mac 2009

*.* Hari ke-12 dan 13 *.*

Halo~ saya dah bukak mata~!!!
Nampak sedap jer tengok kaki dia nih... eheheheh ngap~!Ini yang dua beradik satu ibu. Seekor lagi nih warna dia gelap sikit~

*.* Perkongsian Maklumat dr BJM- Sun Shade dan Ivermectin(kadar) *.*

Quote:
Originally Posted by purplerabbit View Post
Menternak arnab projek kedua kami..
Projek pertama ikan keli...hampeh...!!!
Thank you kepada bro joe atas tunjuk ajar untuk start projek arnab nie...
Rasa berbaloi bila dapat 25ekor anak arnab - first batch
Kalau nak tengok gambar2 bunnies kami, layarilah

http://sites.google.com/site/purplerabbit75/
Salam PR,

Selamat Datang ke thread ini.
Kwn ni pon tak pandai mana pun.
Arituh kebun kawan pun kena comments dek sorang doktor vet.

Kawan tuliskan disini komen2 itu untuk dikongsi bersama:
1-Katanya waktu tengahari kalu arnab kita bernafas bergegar, maksudnya suhu terlalu tinggi bagi arnab...dia suruh kawan cover seluruh kaw. pakai sun shade 70%.
2- Untuk upgrade air ventilation kita kena pakai kipas blower dan vacum.
3- Jgn tunggu ada kurap baru nak take action, jiga arnab kita tergaru2, mungkin ada serangan kutu dan aneka jenis parasit dan kuman2. So bagi suntikan ivermect 1% pada kadar 0.2ml pada SEMUA arnab dewasa dan 0.1ml pada SEMUA arnab remaja.

Semalam kawan dah jadi pakar suntik, Semua arnab dalam simpanan kawan termasuk yg tinggal diluar kandang telah kawan suntik dengan jayanya.

Pagi tadi check alhamdulillah, semuanya masih OK, tiada yg mati (risau gak overdose).
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Sabtu, 28 Mac 2009

*.* Perbandingan Peratus Protein Dalam Rumput Mengikut Jenis Rumput *.*


Berikut ialah jenis-jenis rumput dan kandungan protein yang terkandung didalamnya.
Perhatian! Tujuan menjelaskan kandungan protein sekadar ingin menerangkan dan menjelaskan bahawa rumput jenis Napier salah satu pilihan terbaik dijadikan makanan pemangkin menggantikan sebahagian diet pallet untuk diberi kepada arnab.

*Carta diatas ihsan(dengan kebenaran) En.Syam (http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/)

Jumaat, 27 Mac 2009

*.* Statistik Pelawat dari 20/03/09-26/03/09- Nuffnang *.*


Sekali lagi terima kasih kepada pelawat-pelawat blog dan rakan penternak. InsyaAllah dengan sokongan padu dari kalian semua, saya akan mempertingkatkan lagi isi ilmiah dan kandungan ilmu-ilmu penternakan arnab supaya kita semua mendapat manfaat yang baik dari sini. Teruskan menyokong dan bersama-sama memangkin ke arah menjayakan industri belakang rumah masing-masing~!
*Carta statistik ihsan dari laman Nuffnang.com.my(klik gambar untuk melihat statistik dengan lebih jelas)
-ArnabKiut(iceburn) Bukan Sekadar Blog-

Selasa, 24 Mac 2009

*.* Usia Kami Dah 6 Hari *.*

Yang ni geng yang umur 5 hari, bulu2 dah mula tumbuh, dalam gambar kurang jelas, kamera HP tak berapa lawa. Yang paling bawah tu warna kelabu, mewarisi warna bapa beliau.
Hah! tu dia dah keluarkan kepala~!Yang nih dari geng dua beradik yang lahir awal sehari, dia nih dah nam hari. Mata tak bukak lagi, bulu2 halus dah naik, macam tikus pon ader gak rupa dia... ehehehe

*.* Hama Telinga (Ear Mites)- Rawatan dan Pencegahan *.*

Pengenalan
Arnab yang dipelihara di luar rumah selalunya mudah untuk dijangkiti atau dihinggapi oleh hama telinga(ear mites). Hama telinga bukanlah sesuatu yang dianggap terlalu serius(jika dikawal), tetapi jika ianya dibiarkan, penyakit ini boleh membawa kepada jangkitan(boleh juga membawa kepada kematian) dan mengakibatkan pekak.

Hama telinga ialah sejenis parasit, ianya dikenali dengan nama Psoroptes Cuniculi. Hama ini tergolong di dalam golongan keluarga 'arachnid'(binatang yang tergolong dalam golongan antropoda), binatang lain yg tergolong dalam keluarga ini juga ialah labah-labah dan kalajengking! Jangka hayat bagi seekor hama telinga ini ialah 21 hari.

Jika arnab anda dijangkiti hama telinga, anda akan mendapati telinga arnab tadi terdapat bahan seperti lilin(waxy) berwarna coklat didalam lubang telinga samada disebelah atau kedua-dua belah. Anda akan mendapati arnab anda selalu menggaru-garu dan menggoyangkan kepalanya lebih dari selalu yang dilakukan pada kebiasaannya(sebelumnya). Selepas sehari dua bahan coklat tadi akan berkerak(keras) dan berkeping. Arnab anda juga akan mengalami kesan-kesan tanda calar didalam telinga.

Kaedah Rawatan
Kaedah merawat bagi penyakit ini agak mudah. Terdapat beberapa cara pengendalian dan jenis rawatan yang boleh anda praktikkan, seperti 'Rabbit RX' atau rawatan/ubat hama telinga untuk kucing. Anda juga boleh menggunakan minyak yang berasaskan bahan semulajadi seperti minyak bayi atau minyak sayuran. Minyak ini akan melemaskan hama tersebut lalu membunuh mereka!




Untuk rawatan menggunakan minyak:
Panaskan minyak dengan suhu 'suam-suam kuku'(lukewarm).
Gunakan penitik atau picagari plastik tanpa jarum.
Pada hari pertama, titikkan 2-3 titik didalam telinga dan dengan lembut urutkan bahagian asas(luaran) telinga. Anda juga boleh menggunakan putik kapas bagi tujuan melumurkan dan meratakan bahagian didalam telinga.
Lakukan pada hari ke-2,4,6,8 dan 10(seperti hari pertama).
Lakukan lagi rawatan pada hari ke 14, 21 dan 28. Telur hama boleh hidup sehingga 21 hari justeru itu pastikan rawatan diberi mengikut hari yang ditetapkan.
Dengan rawatan ini, jangkitan hama ini sepatutnya terhapus.
Jangan tanggalkan kerak yang terdapat didalam telinga arnab. Ini akan mengakibatkan keadaan luka terbuka, luka akan menyebabkan jangkitan. Ia juga mendatangkan kesakitan kepada arnab anda. Kerak/Kuping itu akan tertanggal dengan sendiri dan akan dikeluarkan bila arnab anda menggoyangkan kepalanya.
Bukanlah satu tindakan bodoh jika anda membersihkan dengan mencuci bahagian telinga(telinga sahaja!) di hari-hari ganjil semasa proses(3,5,7,9). Ini dapat membantu mencegah jangkitan dan juga dapat membantu proses rawatan tersebut. Sekali lagi, berhati-hati jangan memberi tekanan kepada arnab anda dengan menanggalkan/mencabut kerak/kuping.

Jika rawatan yang anda beri tidak menampakkan sebarang perubahan atau pulih. Sila bawa arnab anda ke Vet atau mana-mana Pejabat Haiwan daerah yang berdekatan. Mereka akan memberi suntikan 'ivermectin' kepada arnab anda.

Jika arnab tadi yang di suntik ingin disembelih dan dimakan, pastikan ianya melepasi 48hari, kerana ivermectin boleh mengakibatkan serangan jantung dan darah tinggi.






Kaedah Pencegahan(Persekitaran)
Kaedah pencegahan untuk ianya berlaku lagi ialah, dengan membersihkan sepenuhnya kandang arnab anda, cuci dengan dettol/klorox/racun rumpai dan serangga. Lakukan dengan menyembur kawasan kandang termasuk bahagian dalam dan luar. Terlebih dahulu asingkan penghuni kandang(arnab anda~). Biarkan dalam sejam dua, selepas ianya kering, siram dengan air paip dan biarkan kering, selepas kering semburkan semula dengan racun serangga/rumpai tadi(saya terlupa nama racun) dan lakukan semula seperti mula-mula. Selepas dibilas dengan air, tunggu dalam 4-5 jam, selepas diyakini kering sekering-keringnya~ bolehlah masukkan kembali arnab tadi kedalam kandang. Diberitahu juga oleh vet saya, keadaan suhu yang dingin juga dapat membiakkan hama dengan cepat, jadi pastikan keadaan dalam kandang dengan suhu yang normal, kalau boleh waktu malam sediakan tirai atau bidai menutupi kandang-kandang anda. Okie?

-ArnabKiut Blog (Bukan Mengadu Nasib, Tapi Menuntut Hak!)

Sabtu, 21 Mac 2009

*.* Anggaran dan Kiraan Kasar Industri Penternakan Arnab - En.Zaha Blog Arnab Manja(Besut) *.*

zahasalleh said...

Assallamualaikum!, Terima kasih diatas minat tuan utk memelihara arnab.Walau apapun tujuan ternak @ bela arnab, potensinya cukup memberangsangkan. Produk yg mempunyai pasaran yg tersendiri samada untuk hobi ( pet ), daging ( meat ), perubatan ( medical ), Tarikan taman permainan dan sebagainya. Sedikit info utk pengetahuan tuan. Penternakan arnab di Malaysia masih lagi pada skala kecil tetapi permintaan amat tinggi. dgn kapasiti penduduk berjumlah hampir 24 juta, pasaran domestik utk pet amat tinggi sekali kerana memang sifat rakyat malaysia amat penyayang. sekurang-kurangnya 1% @ 240 ribu rakyat Malaysia memelihara pelbagai spesis haiwan utk hobi semata-mata dan dari 240 ribu itu, dgn mengambil kira hanya 10% yg bela arnab bermakna 24 ribu ekor setahun @ 2000 ekor sebulan. Jika dibuat pecahan ikut negeri, secara purata setiap negeri semenanjung memerlukan 181.8 ekor anak setiap bulan!. Ini anggaran minima sahaja. Tetapi permintaan sebenar adalah jauh lebih tinggi. Berdasarkan maklum balas blog saya http://arnab-manja.blogspot.com , permintaan melebihi jangkauan. Kajian market yg tlh sy buat, utk daerah saya ( besut, Terengganu ) dgn kapasiti penduduk 200 ribu ialah 160 ekor sebulan ( ada 8 kedai haiwan ternak @ 20 ekor setiap kedai ), pasir puteh, bachok, melor, Kota Bharu ( Kelantan ) bilangan penduduk 500 ribu(15 kedai ternak haiwan bersamaan 300 ekor sebulan). Jadi permintaan sebenar sebulan utk area yg disebutkan ialah 460 ekor. Pengeluaran sy skrg hanya antara 50 – 80 ekor setiap 50 hari pd kadar RM6/ekor. Utk market bandar besar pantai barat tentulah lebih tinggi dgn kepadatan penduduk yg agak tinggi & harga seekor juga adalah tinggi, sekitar RM20 – RM35/ekor ( anak ) Dewasa RM50 – RM80. Produk berasaskan penternakan arnab seperti biojisim ( najis ), perubatan-ubat kuat ( arnab jantan boleh mengawan setiap lima minit & betina bila-bila masa jika diperlukan ), extract ( pati ), makanan segera ( burger, sosej dsb ) belum diterokai sepenuhnya. Permintaan utk daging juga tinggi.
Jadi inilah masa yg sesuai utk kita terokai alam penternakan arnab. Rebutlah peluang ini.

*.* Menumpangkan Anak ke Ibu Susuan (Ibu Tumpang) *.*

Setakat nih, arnab Domestic Short Hair(DSH) aku yang baru beranak berada dalam keadaan stabil. Ibu yang berwarna oren beranak 7 tu, semua anak dia sehat, cuma setelah perbandingan saiz dari pemerhatian kasar, didapati seekor anaknya agak kurus dan kecik, berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. So, aku dengan senang hati terus menjalankan projek anak angkat keatas si kecik itu. Tapi bagaimanakah caranya???(sila baca dengan intonasi 'baku')

Tips/Cara menumpangkan anak ke ibu susuan.(Bro.Joe Mendula via SMS)
  • Keluarkan ibu susuan(ibu yang akan diberi anak angkat) dari kandang/tempatnya.
  • Pilih anak tumpang(yang agak tersisih, perut agak kurus dan kempis).
  • Gosok-gosok atau belai-belai ibu tumpang bagi menenangkannya, disamping bertujuan memindahkan bau badan ibu tumpang ke tangan kita bagi urusan seterusnya.
  • Ambil anak tumpang tadi dan gosok-gosok/usap beliau ke badan ibu tumpang (tujuan bagi memindahkan bau badan ibu susuan yang baru ke badan anak angkatnya).
  • Ambil bulu-bulu yang terdapat didalam kotak beranak(nestbox) ibu susuan dan lumurkan keseluruh badan anak tumpang.
  • Akhir sekali, bolehlah meletakkan anak tumpang beserta bulu yang dilumurkan tadi kedalam kotak berkedudukan dicelah-celah adik-beradik angkatnya yang baru.
Selamat Mencuba~!
-ArnabKiut (Bukan Sekadar Blog)

Jumaat, 20 Mac 2009

*.* Statistik Pelawat dari 13/03/09-19/03/09- Nuffnang *.*

Terima kasih kepada pengunjung setia Laman ArnabKiut. Sokongan anda semua amat saya hargai~
statistik ihsan dari nuffnang.com.my

*.* Hilangkan kekotoran ditapak kaki arnab?? *.*

Quote:
Originally Posted by nenas View Post
baik ler bro. Sifo, macam mana kita nak hilangkan kotor2 yg kaler coklat/kuning2 kat kaki arnab tu...tak lawa aaaa. dulu2 nenas rajin basuh kaki depa, ada cara lain tak? Tq
Sehelai kain lembut dan air suam udah cukup

Cuba elakkan dari merendam kakinya dalam air, umumnya arnab benci pada keadaan lembab atau berair,

Kulitnya sangat sensitif lak tuh - terutamanya pada kaki, diaorang hanya ada selapis bulu diantara kulitnya dan lantai, so jika bulu itu tertanggal mereka akan jadi sangat tidak selesa.

Jadi tekniknya adalah, letakkan tuala mandi didasar sebuah besen, masukkan air suam sekadar menenggelamkan sedikit tuala tadi (sangat cetek dan tidak melepasi ketinggian tapak kakinya, sekadar untuk membersihkan bahagian yang kotor itu).

Biarkan ia berjalan diatas permukaan berair itu, tuala didasar besen itu akan bertindak sebagai ejen penggosok. Tapi kawal jugaklah agar dia tidak cuba untuk melompat keluar.
Kebanyakkan arnab akan cuba melepaskan diri dari suasana begitu kerana mereka tidak suka pada air melainkan bagi kes2 terpencil.
Setakat yang saya selalu jumpa, air mandian ini hanya mendatangkan stress pada arnab...huhuhu.

Jika teknik ini tidak berkesan, terpaksalah nenas beli syampu yang paling mild pada kadar yg sikit jer (cthnya syampu utk baby yg tidak memedihkan mata tu atau untuk syampu utk pet). Tapi kain kat dasar besin tu kena ada gak.
Tapi pastikan awak lapkan kaki arnab tuh sampai kering lepas abis proses tadi.

Apa pun kan mencegah adalah lebih baik dari mengubati.......!!!!
Pastikan jaring sangkar anda itu bersih, supaya kaki dia tak jadi kotor...itu yang paling betul.

Kawan pun boring kalau borong arnab, dapat yang kaki "Kepam". Jadi maksudnya customer kita pun akan rasa tak syok.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Quote:
Originally Posted by ekroyorke View Post
...everytime spray air nak bersihkan cage,they will come to the water sources...
Hama (mites) suka biak pada environment yang lembab... hama juga adalah salah-satu punca kurap dll... so, tentukan sangkar tu kering.
__________________
Capt (Rtd) Zaman
ESI Agrotech... "Use Organics... Let's Green the Earth"
Vermiculture * Vermicomposting * EM.1 Technology
Mobile: +60.12.2072460 email: query.agrotech@esi-group.com.my
Blogspace: http://www.zzlittlefarm.blogspot.com/

Khamis, 19 Mac 2009

*.* HaloOooOO DoNia~!!! *.*


Ibu arnab yang warna oren aku beli kat apek Ulu Yam dah beranak~ nih anak yang warna oren, ada tujuh ekor~nyit-nyit~ rasa nak picit~ HAHAhAhAH
(lahir pagi tadi... 19/03/09)

Nih pulak ibu arnab yang warna kelabu tricolor tu~ anak dia lahir 5, tapi 3ekor dah keras~ hUuhHuHuh~ tinggal ler dua adik-beradik nih... (Lahir semalam 18/03/09)

Rabu, 18 Mac 2009

*.* Arnab Untuk Dijual - Bro.Joe Melaka *.*

*.* Arnab Untuk Dijual - Bro.Joe Melaka *.*

Isnin, 16 Mac 2009

*.* Niple Bottle 'Living World' 950ml *.*

Drinking bottle dibandingkan dengan botol 100plus 1.5Liter.
Niple dan botol minuman untuk arnab dan haiwan seangkatan dengannya.
  • Isian maksimum hampir 1Liter (950ml / 32.123 oz)
  • Sesuai untuk arnab dan guinea pig.
  • Jenama 'Living World'
  • Kertas label kat belakang tu, panjang dari atas sampai bawah lebihkurang 1kaki(30.48cm).
Harga satu set ialah RM20(belian lebih dari 5 unit 1/RM18)
COD, call saya dinombor 017-3030433/019-3737311 Fahmi

*.* Pallet/Makanan Arnab Bengy 6088 DiJual *.*

Kami mengedar dan menjual makanan arnab dari jenama Bengy (no kod 6088),
Pallet jenis ini baik untuk arnab kerana kandungan nutrisi didalam makanan
dijelaskan di atas pek, sesetengah pallet arnab yang lain tidak menjelaskan
isi kandungan nutrisinya.
Anda boleh terus datang ke kandang ternakan kami di Setapak, 15 minit dari Kuala Lumpur.
Pembelian dengan jumlah yang banyak boleh diberi pertimbangan harga. Pemborong
juga di alu-alukan.
Sasaran jualan kami ialah Penternak kecil-kecilan, bagi menampung kenaikan
harga pallet arnab dipasaran.
Dengan harga satu guni/pek 25kilo RM40, harga untuk sekilo hanya RM1.60 sahaja!! Harga biasa di kedai runcit/haiwan RM2.50-RM3.00(Itupun jenama biasa).

Dibawah ialah kandungan Nutrisi yg terdapat didalam pallet:-
Bengy-6088
Crude Protein (min).....15%
Crude Fat (Min).........3 %
Crude Fibre (Max).......15%
Moistre (Max)...........13%
Calcium.................0.8~15%
Phosphorus(min).........0.5%

Kami juga menyediakan makanan arnab dari jenama Bengy yang lain. Harga akan
diberi atas permintaan.

Price: RM 40
Sila hubungi 017-3030433 / 019-3737311

Ahad, 15 Mac 2009

*.* Ternakan untuk Peroleh Wang(Bukan buang masa) *.*

Quote:
Originally Posted by Joe Mendula View Post
Alhamdulillah, tapi....Shhh..Ery nih, skang kita tak leh kaitkan arnab dan pendapatan atau "Arnab Untuk Wang".

Kita semua disini sedang diserang hendap kerana dikatakan meletakkan "pocket money" sebagai motivation.

Maklumlah kita tak menyayangi arnab tuh sejak umur 7 tahun.

Tapi takpelah....kawan pun tak jual cert....tak jual pedigree....kawan jual arnab sahaja....

Just nilaikan antara AirAsia dan apa2 airlines tambang mahal yg lain. Masing2 ada misi dan visi tersendiri......

Bagus...bagus, kawan pun semakin teruja untuk layan baka holland lop ini, tak cukup ngan holland lop, skarang nih seal point cashmere lop kwn pun semakin meningkat dewasa.

Don't worry, kawan akan sentiasa membelai mereka setiap hari, juga..... kawan akan bercakap dengan mereka...

Bab crown dikepala holland lop tuh....don't worry, meeting specifications, bab angle kejatuhan telinga pun.....excellent. Tapi bab harga.....ala2 AirAsia.

Bila tiba masanya, kawan akan publish di semua public advertisment portal, diblog dan bleh wat brochure sekali.

Motivation sebenar adalah....arnab mampu milik oleh semua golongan, bukan "WANG". Tuduhan itu melulu.
ehehehe, nih bila ada promosi tambang murah nih cakap la yer bro.joe~
aku pon seperti apa yang ako rasa benar(secara peribadi), industri penternakan arnab haruslah diberi peluang untuk sama2 bersaing dalam pasaran, bukan lagi dimonopoli oleh segolongan sahaja, biar semua orang mampu milik dan terpulang kepada individu untuk memperlakukan arnab milik mereka dengan apa cara sekalipon. pandangan sempit yang mengatakan arnab jenis nih kelas atasan, arnab jenis nih kelas bawahan, tidak benar, ia tergantung keatas bahu setiap individu untuk mengaplikasikan apa sahaja keatas milikannya. tak salah kalau ada yang nak sembelih buat lauk holland lop lepas nih, jangan rasa bersalah, hak tetap hak. tidak ada sesiapa yang boleh dan mempunyai imuniti untuk menetapkan cara dan melabel orang lain.
aku tetap dengan pendirian aku, selagi boleh kongsi, aku kongsi, takda ilmu yang boleh aku simpan sendiri tanpa perkongsian. ilmu semua tu aku kutip dari orang lain, jadi ia juga milik orang lain untuk disampaikan dan dikongsi.

-------------------------
*.* ArnabKiut Blog-Kongsi- *.*

Jumaat, 13 Mac 2009

*.* Buek Sendiri Kotak Sarang Ibu Bersalin (Nestbox) *.*

Halu~ ketemu lagi kita dalam rancangan "Buek Sendiri".
Kali ini saya akan menunjukkan salah satu contoh kotak bibit yang boleh kita bikin sendiri dengan mudah dari bahan-bahan yang kita boleh perolehi di kedai-kedai berdekatan.
Bahan-bahan asas untuk pertukangan ini ialah:-
  • Papan lapis dengan keluasan 4'x8' kaki dengan ketebalan 3/4'' inci.
  • Gergaji(Nak senang kalau ada jenis mesin).
  • Dawai sangkar berukuran 1/2"x1"inci atau 1/2''x1/2''inci pun boleh.
  • En.Tukul dan Pn.Paku.
Mula lukis paten kotak itu diatas papan lapis(seperti gambar dibawah). Bahagian berwarna hijau adalah untuk bahagian sisi kotak dengan ukuran 16"x8", bahagian atas dan belakang kotak berwarna kuning dengan ukuran 8"x10" dan bahagian hadapannya berwarna biru dengan ukuran 3 1/2"x10". Pastikan bahagian atas dan belakang dibuat dengan ukuran 10" lebar dan 8" tinggi supaya sesuai dengan bahagian sisi dengan ukuran 8".
Seterusnya potong mengikut ukuran yang sesuai dengan lukisan tadi, dari sisi kanan ke kiri(atas ke bawah mengikut rajah) dimulakan dari ukuran 16", 32", 48", 58", 68" dan 78"inci. Sambungkan semua bahagian mengikut kesesuaian gambarajah dan contoh yang diberi.
Setelah disambungkan kesemua papan lais tadi, potong dawai untuk bahagian bawahnya dengan ukuran 9 1/2"x16". Lekatkan dengan paku kecil atau stapler keras. Ikutla mana yang korang rasa sesuai. Tadaaa~ semua dah siap~!
Ribuan terima kasih diberikan kepada tuan punya cara, iaitu nenek Laura dengan tatacara pembinaan kotak bibit nih~

Khamis, 12 Mac 2009

*.* Statistik Blog ArnabKiut *.*

Memberansangkan jugak la statistik kemasukkan pengunjung ke blog ni lepas cerita2 panas berlaku di forum BJ, ehehehehehe kadar pengunjung menurun mendadak dari 5/3 sampai 8/3, tapi bila jer post2 panas berlaku 9/3 kat forum BJ, tetiba kenaikkan mendadak berlaku kat blog aku~ huhUhUhUhu terima kasih la kepada pengunjung2 yang sudi melawat blog nih~

*.* Diet Asas Seekor Arnab *.*

  • Air yang bersih.
  • Pallet yang segar dan baik.
  • Jerami (Hay).
  • Sayuran (pilihan/ sila rujuk di bawah)
  • Kudapan (pilihan/ sila rujuk di bawah)

Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.

Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan)

  • Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
  • Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
  • Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadi lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)

Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)

  • Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
  • Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
  • Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)

  • Tiada had pemberian jerami.
  • 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Otai (selepas 6 tahun)

  • Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
  • Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
  • Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

Jerami (Hay)

  • Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
  • Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
  • Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
  • Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

Pallet

  • Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
  • Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.

Sayuran dan Kudapan

Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu). JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua... eheheheh
okie~ itu sahaja... bye~!

Isnin, 9 Mac 2009

*.* Komen Balas Isu Kuping/Kudis/Kurap *.*

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kat keliling mata pun ade kudis nih... kang sapu minyak kang x buta ker rabb nih..???
cian aku tengk...
bawak g vet pun cam x de kesan jer nih...

Ezzra berkata...

sifoo...

nak g lebat bulu nak guna ape plak???

iceburn berkata...

en. Tanpa Nama,
kalau sapu minyak kelapa tak mendatangkan mudarat sampai buta la (serasa saya), tapi bawak pegi vet pon takder kesan, macam kritikal jer penyakit dia, usaha dulu dengan sapu minyak goreng ikan, biar kawasan tu lembab supaya kuping tidak begitu menyakitkan arnab.
usaha dulu, penyingkiran arnab adalah pilihan terakhir... asingkan arnab tu dengan arnab yg lain... kandang kasi bersih, cuci dan sembur dengan klorox...

iceburn berkata...

Ezzra
choiiiiii~!!!
jangan panggey gua sifoo~ marah otai2 gua nanti~ huuhuhuHuHu
ada petua nak bagi arnab bulu dia cantik dan lebat, tapi sanggup dengan tidak jer la, ada otai2 yg cakap, bagi minum sesudu minyak zaitun. petua ni selalu digunakan untuk bulu dia berkilat, kadang2 penternak/penjual akan beri masa sehari sebelum arnab akan dipasarkan.

tapi kalau ikot teori dik.. arnab nih kena tengok baka dia jugak, kalau arnab tu dah peringkat F4-F5 ke, walaupon datuk dia anggora bulu lebat, tapi dia dah keturunan yg keberapa ntah, bulu datuk dia yg lebat tu dah tak lebat bila sampai ke dia. masalah ni terjadi jugak kepada masalah 'In-Breeding'
boleh rujuk di bahagian ni
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/01/repost-dari-bj-forum-ori-dari-komen.html

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*