Tru-Luv Rabbitry berkata...
kawan, cepatnya sudah kurangkan kos. betul ke tumbuhan ni semua baik untuk arnab?
susah nanti tak berkualiti daging arnab tu jika tak cukup nutrisi.
2009 Mac 5 13:55
iceburn berkata...
sebagai tambahan kepada pergantungan pallet secara total, untuk arnab-arnab dari baka shorthair domestic, ramai yang dah cuba beri dari jenis tumbuhan-tumbuhan ni. lain jenis tumbuhan, lain kandungan nutrisi, kita boleh ambil sampel dari tumbuhan dan hantar ke makmal jabatan haiwan untuk diteliti kandungan nutrisi, samada ia mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh arnab atau tidak. saya hanya berkongsi apa yang saya pelajari samada dari proses lisan, bacaan atau praktikal.
Ada kawan yang memberi arnab dari baka dutch dan rex dia daun dan batang jagung, daun dan batang diberi kepada arnab, buah jagung dijual, bukankah ini mendatangkan sumber ekonomi. dari hasil jualan buah jagung bolehlah beli pallet untuk arnab. okie ker tak? mungkin jawapan saya agak radikal, tapi saya amat berbangga kawan dari TruLuv sampai melawat blog saya, ini hanya pandangan saya, terima kasih kerana memberi komen~
2009 Mac 5 14:28
iceburn berkata...
sambung sikit lagi, mengikut dari mereka-mereka yang berpengalaman, sesetengah dari tumbuh-tumbuhan ini boleh dijadikan pelapis kepada kebergantungan kepada Hay yang diimport dari luar. kalau kita boleh perolehi Hay yang ada kat Malaysia, dengan kandungan nutrisi dan zat yang sama, buat apa kita nak beli hay mahal2 yang diimport, lebih elok kita support local product~
Sekadar Pandangan... :)
2009 Mac 5 15:07
-Tujuan saya mengeluarkan contoh² makanan tambahan bagi menampung kos memelihara arnab yang semakin meningkat dengan peningkatan harga pallet dan ketidak stabilan harga di sesetengah tempat ini adalah kerana sekadar ingin berkongsi maklumat dan ilmu yang sedia ada samada dari sumber bacaan, lisan, pengalaman dan beberapa sumber lain. Bukanlah ingin menjatuhkan mana² pihak dalam pengusahaan makanan pallet, tetapi dari sini, dapatlah membantu penternak² yang baru bertatih untuk mengembangkan industri belakang rumah mereka.
Bukan tidak diberi terus pallet kepada arnab, tetapi dari pemberian makanan sampingan dapat menampung sehingga separuh dari kos memelihara arnab. Bagi mereka yang punya arnab setakat 10 ekor, mungkin tiada masalah untuk mengeluarkan wang membeli pallet RM20sekilo, mungkin memelihara arnab pun sekadar bertujuan untuk bertanding di show atau apa, tetapi apa yang saya keluarkan disini bertujuan memberi pendedahan kepada penternak² yang sedang berusaha untuk menjadikan industri ternakan arnab sebagai medium pendapatan utama mereka. Sikap mementingkan diri dan menjaga hanya kepentingan peribadi tanpa berkongsi dengan orang lain, adalah sikap yang paling harus kita jauhi.
Dengar-dengarkan~ dan selamat beramal~!!!
iceburn
The Legendary of The Burning Ice
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com