Arnab yang dipelihara di luar rumah selalunya mudah untuk dijangkiti atau dihinggapi oleh hama telinga(ear mites). Hama telinga bukanlah sesuatu yang dianggap terlalu serius(jika dikawal), tetapi jika ianya dibiarkan, penyakit ini boleh membawa kepada jangkitan(boleh juga membawa kepada kematian) dan mengakibatkan pekak.
Hama telinga ialah sejenis parasit, ianya dikenali dengan nama Psoroptes Cuniculi. Hama ini tergolong di dalam golongan keluarga 'arachnid'(binatang yang tergolong dalam golongan antropoda), binatang lain yg tergolong dalam keluarga ini juga ialah labah-labah dan kalajengking! Jangka hayat bagi seekor hama telinga ini ialah 21 hari.
Jika arnab anda dijangkiti hama telinga, anda akan mendapati telinga arnab tadi terdapat bahan seperti lilin(waxy) berwarna coklat didalam lubang telinga samada disebelah atau kedua-dua belah. Anda akan mendapati arnab anda selalu menggaru-garu dan menggoyangkan kepalanya lebih dari selalu yang dilakukan pada kebiasaannya(sebelumnya). Selepas sehari dua bahan coklat tadi akan berkerak(keras) dan berkeping. Arnab anda juga akan mengalami kesan-kesan tanda calar didalam telinga.
Kaedah Rawatan
Kaedah merawat bagi penyakit ini agak mudah. Terdapat beberapa cara pengendalian dan jenis rawatan yang boleh anda praktikkan, seperti 'Rabbit RX' atau rawatan/ubat hama telinga untuk kucing. Anda juga boleh menggunakan minyak yang berasaskan bahan semulajadi seperti minyak bayi atau minyak sayuran. Minyak ini akan melemaskan hama tersebut lalu membunuh mereka!
Untuk rawatan menggunakan minyak:
Panaskan minyak dengan suhu 'suam-suam kuku'(lukewarm).
Gunakan penitik atau picagari plastik tanpa jarum.
Pada hari pertama, titikkan 2-3 titik didalam telinga dan dengan lembut urutkan bahagian asas(luaran) telinga. Anda juga boleh menggunakan putik kapas bagi tujuan melumurkan dan meratakan bahagian didalam telinga.
Lakukan pada hari ke-2,4,6,8 dan 10(seperti hari pertama).
Lakukan lagi rawatan pada hari ke 14, 21 dan 28. Telur hama boleh hidup sehingga 21 hari justeru itu pastikan rawatan diberi mengikut hari yang ditetapkan.
Dengan rawatan ini, jangkitan hama ini sepatutnya terhapus.
Jangan tanggalkan kerak yang terdapat didalam telinga arnab. Ini akan mengakibatkan keadaan luka terbuka, luka akan menyebabkan jangkitan. Ia juga mendatangkan kesakitan kepada arnab anda. Kerak/Kuping itu akan tertanggal dengan sendiri dan akan dikeluarkan bila arnab anda menggoyangkan kepalanya.
Bukanlah satu tindakan bodoh jika anda membersihkan dengan mencuci bahagian telinga(telinga sahaja!) di hari-hari ganjil semasa proses(3,5,7,9). Ini dapat membantu mencegah jangkitan dan juga dapat membantu proses rawatan tersebut. Sekali lagi, berhati-hati jangan memberi tekanan kepada arnab anda dengan menanggalkan/mencabut kerak/kuping.
Jika rawatan yang anda beri tidak menampakkan sebarang perubahan atau pulih. Sila bawa arnab anda ke Vet atau mana-mana Pejabat Haiwan daerah yang berdekatan. Mereka akan memberi suntikan 'ivermectin' kepada arnab anda.
Jika arnab tadi yang di suntik ingin disembelih dan dimakan, pastikan ianya melepasi 48hari, kerana ivermectin boleh mengakibatkan serangan jantung dan darah tinggi.
Kaedah Pencegahan(Persekitaran)
Kaedah pencegahan untuk ianya berlaku lagi ialah, dengan membersihkan sepenuhnya kandang arnab anda, cuci dengan dettol/klorox/racun rumpai dan serangga. Lakukan dengan menyembur kawasan kandang termasuk bahagian dalam dan luar. Terlebih dahulu asingkan penghuni kandang(arnab anda~). Biarkan dalam sejam dua, selepas ianya kering, siram dengan air paip dan biarkan kering, selepas kering semburkan semula dengan racun serangga/rumpai tadi(saya terlupa nama racun) dan lakukan semula seperti mula-mula. Selepas dibilas dengan air, tunggu dalam 4-5 jam, selepas diyakini kering sekering-keringnya~ bolehlah masukkan kembali arnab tadi kedalam kandang. Diberitahu juga oleh vet saya, keadaan suhu yang dingin juga dapat membiakkan hama dengan cepat, jadi pastikan keadaan dalam kandang dengan suhu yang normal, kalau boleh waktu malam sediakan tirai atau bidai menutupi kandang-kandang anda. Okie?
-ArnabKiut Blog (Bukan Mengadu Nasib, Tapi Menuntut Hak!)
2 ulasan:
adakah rawatan perlu di bagi tiap2 hari or selang sehari
seperti yg tercatat, rawatan diselangkan sehari, selepas hari pertama, kedua, 4,6,8,10,14,21,28. boleh kalau nak dilakukan kerap, hari2 sampai sembuh, tapi dikhuatiri arnab akan stress/murung. sebelum lakukan rawatan bodek la dulu, belai2 dia... ehehehhe
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com