Assalamualaikum Capt, Saya tertanya2 juga dalam hati kenapa Capt jual baka yang sebaik Lionhead itu dibawah harga pasaran. Di Melaka ini saya pernah bertanya pada pet shop dan harganya adalah RM180 sama seperti Anggora jugak. Adakah terdapat masalah pasaran atau adakah itu hanyalah harga untuk kawan2. |
Begitulah hakikatnya:
1. Penternak kecil spt aku, yg jual "harga ladang" takkan nak bersaing harga di kedai haiwan.
2. Begitu juga ada yg membeli tu adalah penternak dan org tengah yg perlu membuat untung juga.
3. Matlamat aku dapat untung sikit dan cover kos pemakanan haiwan ternakan yg lain dah memadai bagiku.
4. Asalnya, aku beli baka / induk LionHead tu pd 2005 sbb anak aku nak bela. Bila dah besar & tak cute dia dah bosan. Baka Angora tu diberi oleh kawan. So, aku biakkan aje utk cover cost.
5. Tinjanya aku gunakan utk vermicomposting. “0” waste concept.
6. Selain itu... aku dapat network dan berkawan dgn penternak2 arnab yg lain. Jadi ilmu & pengalaman aku bela arnab dari tahun 80’an tak “terkubur”.
Memang aku dah lama sedar harganya boleh mencecah RM60 - RM210 kerana itulah harga yg salahsatu kedai haiwan di KL yg beli dariku RM40/ekor... tapi itu bukan mainstream aku dan aku takda masa buat retail. Itulah realitinya…
Yg penting kita harus REDHA... kita ada kos & risiko dan (setelah dikira untung/rugi) bersetuju utk jual RM40/ekor utk yg berumur 5minggu. Manakala kedai haiwan yg jual mahal tadi ada overhead costs, risiko dll kerana dia cuma jual apabila berumur >10minggu.
Dlm bisnez… Product Positioning & pricing strategy tu penting dikaji teliti... jgn kita ingat kita boleh jual "market price" kalu tak mampu bersaing dlm segala aspek lain.
*NOTA: Oleh kerana ada yg tak puashati & COMPLAIN yg harga aku terlalu murah... aku akan kaji semula harga jualan ladang aku... heheh... acah aje... so far, aku masih boleh maintain harga tu ketika ni. Taktaulah kalu dlm masa 2/3 bulan nnt... terutama bila harga kos makanan makin naik.
Capt (Rtd) Zaman
ESI Agrotech... "Use Organics... Let's Green the Earth"
Vermiculture * Vermicomposting * EM.1 Technology
Mobile: +60.12.2072460 email: query.agrotech@esi-group.com.my
Blogspace: http://www.zzlittlefarm.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com