Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Rabu, 25 Februari 2009

*.* Arnab Cannibal, Halal atau Tidak? *.*


Originally Posted by ameka View Post
ok2...arnab boleh dimakan..halal..
tapi,arnab jenis pet halal ke dimakan?
satu lg,ade arnab yg menyerang arnab lain malah makan sesama arnab..contohnya ibu arnab akan makan anak arnab bile die lapo..adakah arnab yg bersifat cannibal ni boleh kita makan?halal ke?
_________________________________________________________________
Arnab bukanlah suatu haiwan yg "maging" (makan daging) atau caniballistic. Sifatnya "ma'un" (makan dedaun) secara alami. Antara punca2 arnab makan anaknya sendiri:
1. Jika ia tertekan/stress pd awal kelahirannya. Contohnya kita buka/usik kotak sarangnya pd hari pertama ia melahirkan. Biasanya tuannya terlalu excited/ghairah nak tengok.
2. Jika ibu arnab merasa anak2nya terancam. Contohnya kita pegang anak arnab yg berumur <2hari dan kesan bau2an dari tgn kita (bau rokok/kari/minyak wangi dll) terlekat pd anaknya itu. Ibu akan rasa confuse & terancam.
3. Jika ia tertekan/stress dgn bunyi2 persekitaran yg terlalu bising di kandang arnab. Contohnya bunyi mesin rumput, lori, gegaran dll.
4. Kadangkala berlaku keadaan dimana ibunya tergigit/termakan (secara tidak sengaja) anak yg baru dilahirkan, ketika ia memakan tembuni/uri nya selepas melahirkan.

Cuba elakkan perkara di atas dan sebelum kita pegang anak arnab kita harus cuci bersih tangan kita, kemudian kita pegang serta belai ibunya dulu utk mententeramkannya. Tindakan spt ini juga akan memindahkan bau ibu ke tangan kita. Barulah kita pegang anaknya pula.

Kita kena fahamkan naluri (instincts) arnab tu secara menyeluruh.

Arnab adalah antara haiwan yg telah dihalalkan utk umat islam makan, tertakluk pada sah syarat penyembelihan. Jgnlah kita haramkan yg halal dan jgnlah kita confuse benda yg dah jelas.

Tapi di dlm konsep komersial jika ada ibu yg nyata tersangat caniballistic/over-protective eloklah kita sembelih kerana kita tiada masa nak melayan sifat ini dlm skala komersial.

Maka dgn itu faktor pemilihan baka pedaging yg baik itu sgt penting, biasanya NZ White & Californian tidak/kurang sifat caniballistic. Malah sifat keibuannya antara yg terbaik dan boleh menyusukan anak tumpang.

*.* Produk Hiliran Dari Arnab Oleh Capt *.*

Breeder yg export 5000 REX sebulan ke china tu dari mana dan dah berapa lama establish?
Rasanya tak wajar kita sasarkan yg terlalu tinggi (sehingga kadang2 tak realistik). Cadangan aku, buat pedaging dgn plan pemasaran berikut dulu:
1. Produk Hulu: Arnab baka pedaging (Baka/kualiti? kuantiti? Pelanggan / Saluran pemasaran?) jual daging / carcass. 2. Produk hiliran: Produk berunsurkan daging arnab – cut-meat / burger / sosej / bebola daging dll. 3. Produk hiliran: Kulit belulang dan bulu (pelbagai gred - industri kulit) 4. Produk hiliran: Kaki / tapak tangan (industri hiasan / souvenir) 5. Produk hiliran: Sisa penyembelihan - lemak, darah, tulang (buat baja / protin tambahan makanan haiwan - blood / bone meal) 6. Produk hiliran: Sisa kandang / tahi arnab (buat baja)
Kalu boleh capai peringkat ni, kita boleh sasarkan yg lebih mencabar spt rex coat dll. Maaf kalu apa aku cadangkan ni nampak agak negatif tapi kita harus sejajarkan antara harapan, impian dan kenyataan. Kita harus brainstorm dulu utk mendapatkan idea yg padu.

Sistem GMP / livestock farming practice dan phyto-sanitary di Australia adalah antara yg terbaik di dunia. Tak mungkin ade outbreak virus (bio-threat) yg tak terkawal dan tak boleh di isolate nya. Aku yakin sbb aku pernah ditumpangkan bekerja hampir 2thn di sana (di Queensland, NSW, NT & WA) bawah program Australian Defence Ministry pada tahun ‘80an dan bekerja di ladang2 secara part-time dihujung minggu semata2 nak mencari ilmu dan pengalaman di sana.

Kalu Bantak ada contact di Indon bagus juga tapi kita kena kenalpasti sumbernya. Jgn berurusan melalui telefon / emel aje. Sana semua “bisa Pak?!” Kat mana breeder tu? Kalu di Jawa Barat area Bandung, Bogor, Garut, Pengalengan, Ciamis & TasikMalaya dll boleh aku tlg look-up on my next trip there, insya’Allah.

*.* Produk Hiliran Dari Arnab Oleh Capt *.*

Breeder yg export 5000 REX sebulan ke china tu dari mana dan dah berapa lama establish?
Rasanya tak wajar kita sasarkan yg terlalu tinggi (sehingga kadang2 tak realistik). Cadangan aku, buat pedaging dgn plan pemasaran berikut dulu:
1. Produk Hulu: Arnab baka pedaging (Baka/kualiti? kuantiti? Pelanggan / Saluran pemasaran?) jual daging / carcass.
2. Produk hiliran: Produk berunsurkan daging arnab – cut-meat / burger / sosej / bebola daging dll.
3. Produk hiliran: Kulit belulang dan bulu (pelbagai gred - industri kulit)
4. Produk hiliran: Kaki / tapak tangan (industri hiasan / souvenir)
5. Produk hiliran: Sisa penyembelihan - lemak, darah, tulang (buat baja / protin tambahan makanan haiwan - blood / bone meal)
6. Produk hiliran: Sisa kandang / tahi arnab (buat baja)

Kalu boleh capai peringkat ni, kita boleh sasarkan yg lebih mencabar spt rex coat dll. Maaf kalu apa aku cadangkan ni nampak agak negatif tapi kita harus sejajarkan antara harapan, impian dan kenyataan. Kita harus brainstorm dulu utk mendapatkan idea yg padu.

Sistem GMP / livestock farming practice dan phyto-sanitary di Australia adalah antara yg terbaik di dunia. Tak mungkin ade outbreak virus (bio-threat) yg tak terkawal dan tak boleh di isolate nya. Aku yakin sbb aku pernah ditumpangkan bekerja hampir 2thn di sana (di Queensland, NSW, NT & WA) bawah program Australian Defence Ministry pada tahun ‘80an dan bekerja di ladang2 secara part-time dihujung minggu semata2 nak mencari ilmu dan pengalaman di sana.

Kalu Bantak ada contact di Indon bagus juga tapi kita kena kenalpasti sumbernya. Jgn berurusan melalui telefon / emel aje. Sana semua “bisa Pak?!” Kat mana breeder tu? Kalu di Jawa Barat area Bandung, Bogor, Garut, Pengalengan, Ciamis & TasikMalaya dll boleh aku tlg look-up on my next trip there, insya’Allah.

Sabtu, 21 Februari 2009

*.* Buat sendiri tempat minumnya~ *.*

Mari mencuba~ dan selamat mencuba~

Langkah Pertama
  • dapatkan tin sardin dengan bentuk leper, sebagai tapak takung air, selalunya sardin cap ayam ada jenis nih, tak tau sekarang ada ke tak.
  • untuk benda yg tegak tu, boleh digunakan tin/zink yg leper, sambungkan dengan bahagian takungan di bawah.
  • botol mineral dengan tutup yg dibuat lubang kecil untuk tujuan air keluar dalam tekanan kecil.
Langkah Kedua
  • lekatkan pada bahagian pintu atau dinging, ikat bahagian botol supaya lekat pada dinding seperti rajah dibawah.
  • Selamat Mencuba~!!!

*.* Masalah 'Niple' Botol Minuman Tak Keluar Air *.*

Quote:
Originally Posted by nenas View Post
Nenas pernah beli yg niple jer pastu letak botol mineral. Tapi arnab tu, tak minum...Nenas syak niple tu yang stuck, atau kena tolak kuat baru air kuar. Ataupun, Nenas yg salah beli, mungkin tu didesign untuk kucing atau binatang yg lebih kuat kot....
NewHillz
Untuk anak arnab, jgn isi air penuh, anak arnab susah nak tolak ball bearing tu sbb pressure tinggi.

Saya guna botol mineral 500ml, letak separuh dulu, bila arnab besar sikit baru isi full load.

Isnin, 16 Februari 2009

*.* Import Baka Pedaging New Zealand White (NZ) *.*

Dibawah ialah post yg dipetik dari forum BJ(Bicarajutawan), menawarkan kepada sesiapa yg mahu memiliki arnab baka pedaging dengan cara mengimport beramai2, jikalau ada sesiapa yg berminat, bolehlah join sekali dalam senarai yg sudahpon di up 16/02/09. Sebarang pertanyaan terus hubungi En.Joe.
____________________________________________________________________
OK camnih...Kalau kita beli bawah 75 ekor..harga import sekor ialah RM750,

Kalu kita beli lebih 75 ekor, harga import sekor ialah RM350.

Apa kata kita pakat ramai2 untuk bring in 80 ekor.Dah tak larat nak tunggu lagi, mari kita import dari Australia...tak kena kuarantine kat KLIA.

Cuba wat survey...brapa orang ada kat sini...andaikan jantan betina adalah 1:1,

OK kwn start dulu...kalau ada yg berani sila tambah nama anda kat bawah ni...

cukup total 80ekor...korang siapkan duit kita jumpa kat Melaka..kita tandatangan surat perjanjian pastuh matikan stem..
Aku dapatkan saksi...so don't worry kwn tak tipu duit korang


Nama____________Kuantiti_______Harga (sekor RM350)___Total
  1. Joe Mendula ------- 4----------------RM1,400-----------4
  2. Aes2028 -----------2----------------RM700-------------6
__________________
JOE AGRO BIZ
Menternak,Memborong dan Menjual Arnab.
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Sabtu, 14 Februari 2009

*.* Immuplus - Meng'imun'kan arnab anda *.*

NewHillz
Geng2 Rabbit yang nak try tingkatkan imun arnab...boleh guna product ni...
Produk Ayurvedic dari India...Vet yg rekemen...sblm ni kawan guna untuk kucing2 dirumah untuk prevention terhadap serang Parvovirus...
Alhamdulillah...sebelum ni berjaya selamatkan byk kitten yg dah lembik tak bermaya...
Dah reconfirm with vet, selamat untuk semua Haiwan...di India, diorang guna untuk Lembu, kambing dan ayam

Selamat mencuba...

*.* Bagaimana mengurus perjalanan arnab jarak jauh *.*

Nenas
Salam & hi all...
Cepatnya tread ni bertukar page...

Arnab Nenas baru 9 ekor. Bercampur, ada yg beli kat kl, ada yg beli kat kuantan.Tu pun masih kecil.

4 ekor mati, pelbagai punca.
1 ekor suspect mabok kot (kl ke ktn) sbb masa dlm perjalanan, dia jer yg lompat sana sini. Ingatkan happy jer naik kereta (3lagi dok senyap), bila sampai kat Gambang, dia senyap, cuak dah rasanya...sampai jer kat rumah dah lembik, esoknya mati...(Arnab ada mabok ke? huhu)
2 ekor mati disebabkan cirit birit. Bertukar pallet, bertukar rumah kot...
1 ekor mati sbb dia pi pandai2 keluarkan kepala dr cage.

Sekarang tengah maintain2 makanan dia + belajar character rabbit2 ni. Try2 bagi makan daun itu ini....(pallet masih makanan utama). Oh, beli pallet FFM 5910 kat Kuantan,RM44.25/25kg. Rabbit biasa..plg murah baru jumpa RM 18. Setiap ekor dah direkodkan, semua ikut yg belajar kat bj ni...

Nanti bila free Nenas upload photo rabbit2 tu. Okey..
------------------------------------------>
Joe Mendula
Salam Nenas.

Untuk travelling...sebaiknya gunakan carrier(kurang tingkap)...bukan sangkar dan masuk kan dalam keadaan berhimpit..sikit, jgn bagi kaw luas.

Beli ubat anti-stress dan bagi sebelum dan selepas travelling...arnab nih kalu stress bule bwk mati.

Cuba mantain pakai FFM tu, jgn tukar2 lagi...baik untuk kesihatan.

Jangan lupa juga bagi rumput kering secara kerap (jerami kering sahaja dah cukup)

RM18 tuh rasanya agak mahal di kaw pantai timur, sebab Zaha K.Terengganu(arnab_manja) tu buleh tolak bawah RM10.

Tapi kalu kat kwn JB,M'ka, NS & KL...RM18 tu kira murah benar dah tu.

OK Nenas...selamat berjaya.
__________________
JOE AGRO BIZ

*.* Kurap/Kuping/Kudis di telinga, kaki dan bahagian-bahagian lain *.*

Kampage
salam, mau tanya otai/sifoo, akunyer arnab tu ada seko yg aku rs kena penyakit. kat kaki dia ngan idung dia ada cam kelemumur berkuping2 kaler putih.. aku tgk arnab tu cam x selesa jer...cam gatal2 kot...lgsatu kat telinga dia pon ada..tp mcm ketul2 kecik kuping tuh...apa penyakit tuh?? bahayo ker tak kat partner dia??? ubat apa yg sesuai...toloooong ...tq

Jow Mendula
Kene pegi dapatkan jab dari vet secepat mungkin....kurap ler tuu....penyakit tu tak bahaya...tapi boleh menjangkiti arnab lain...berkurap sumanya nanti.
Tp bagi kwn sendiri....kwn akan lumur tempat jangkitan tuh dan sekitarnya dengan minyak goreng ikan dulu...pastu quarantine...jauh dari arnab2 lain...kalau 1 minggu tak improve...baru gi jumpa vet. Kat Vet swasta...1 jab tu kene RM30. Kat Jabatan Vet...RM10.
Kandang dah kena spray clorox nih....kosongkan beberapa jam lepas spray.

Kampage
tq..sifooo...alamaaaakkk..cemana nih...cell kosong dh takder...tuan, kene lumur sumer tempat yg kene tu ka??/..mau satu badan dia kene minyak nih....

Joe Mendula
Kalau dah tahap satu....badan, baik bwk gi vet.
Sangkar temporary...baru RM50 ajer....yg kecik sket rm38 jer.
Lain kali pun bleh pakai.

NewHillz
Betul tu...pastu cage lama, kalau dpt jemur, dan cuci dgn shampoo kutu kucing...supaya kutu Sarcoptes scabiei yg sbb kan scabies mati.

Khamis, 12 Februari 2009

*.* Demam Selsema *.*

Originally Posted by syahimy
huhuhu... arnab anggora mcm panda mati semalam.. baru aje umur 7 bulan.. hasil pun belum dapat lagi... keadaan dia masa tu.. suhu telinga panas sgt, keadaan hidung n mulut basah, nafas keadaan kencang n badan bergigil.. boleh tahu arnab tu kena penyakit apa ye n ada tak cara nak mengubatinya...
------------------->
Dia selesema tuh....selalu berlaku jika cuaca extreme.
Amalan biasa, tumbuk 0.5 biji panadol...campur dalam air minuman dia.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website - Kebun Arnab Ar Rasya

Khamis, 5 Februari 2009

*.* Resipi-sipi *.* Bebola Daging Arnab (Rabbit Meat Ball)

eheheh atas permintaan cik marul(LB), nih resepi untuk hang~


Bahan-bahannya:


300 gm daging arnab ( dikisar )

2 ulas bawang putih ( ditumbuk )

1 biji bawang besar ( dicincang )

2 biji telur ayam

2 sudu besar tepung jagung

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk lada putih

Minyak untuk menggoreng

Sos cili atau sos tomato

Cara-cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk lalu digaul dengan rata.
Kemudian bentukkan campuran tersebut menjadi bebola kecil.
Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
Toskan dan hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.

Rabu, 4 Februari 2009

*.* Repost dari BJ Forum *.* Ori post by Badruzamani, jemputan menyertai Gabungan.

Ada siapa buat sistem pawah tak? Misalnya penternak mengambil upah bela arnab penternak baru sehingga berumur sesekian usia sebelum sebelum memulangkan balik pada tuannya. Atau penternak sedia ada menternak arnab untuk penternak yang tidak ada tempat nak bela dan kandang dengan syarat win - win situasion.

Dah ramai daftar syarikat? Kalau dah ramai, saya mencadang penubuhan "GSPAM"? Ada sokongan dan cadangan lain?

GSPAM bermaksud GABUNGAN SYARIKAT PENTERNAK ARNAB (M) MALAYSIA. Ini sebagai menguatkan kreabiliti kita dan reputasi. Selain itu, dengan ahli penternak dalam gabungan ini, ramai ahli akan mendapat syafaat nanti (mungkin saya akan terang dalam konsortium tak lama lagi (doakan saya sembuh cepat).

Isyaallah konsortium akan di adakan pada awal bulan Mac untuk membincangkan
  • Penyelarasan harga daging arnab peringkat ladang, jualan, arnab sudah proses dan arnab hidup dan sebagainya.
  • Pengurusan gabungan dan sebagainya.
  • Kursus Pertama dan masa, tempat dan tarikh.
  • Ingatkan kalau saya lupa nak terang PLAN HALA TUJU DAN MANFAAT.
  • Hal - hal yang berbangkit.

Kalau ada cadangan lain, sila kemukan.
:: Post ini diambil dari laman forum Bicara Jutawan dan dari thread pasal Arnab. Page 243 post #2430.

*.* Geng Baru *.*



Ahad lepas dalam perjalanan balik dari beli kambing untuk transit, aku singgah Ulu Yam, kebetulan bapak ku kenal satu apek, apek nih ader bela arnab dan aku pon beli dua ekor betina, yg dah umur 4bulan. Apek ni jual kira timbang kilo, RM30 sekilo, timbang dua ekorAdd Image arnab nih dapat lah 3kg 200g. Kira seko jatuh 1.6kg la, bawak la balik, setelah dibawa balik, keadaan arnab ini sihat sampai hari ni.
Yang ni kaler kelabu gelap, berbeza dengan yg jantan lama tu, dia nih ader stripe kat idong kaler putih... masok jer kandang jantan tu, mak aii~ habis kener kuda dek jantan... huHuHuHuh
Yang ni kaler oren, berat pon dalam 1.5kg skang, umur cina tu cakap 4bulan lebih dah dekat 5. Harap² dapatlah melahirkan anak² berbaka sihat lagi sebulan.. eheheheyg ni acit... pepagi dah akan cereal.. eheheheh kepala tengah weng la tu~


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*