dengan ini, secara rasmi nya pelantikan Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) bagi Persatuan Penternak-Penternak Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) MARBA.
Mesyuarat yang bermula jam 9.00pagi dengan pendaftaran ahli seramai 53orang, telahpun bermula pada 10pagi dengan pembentangan kisah pengalaman dan pengkesahan ilmu dari beberapa Otai dan disambung pula dengan perkongsian maklumat pemakanan dari Dr Jaafar (X-Mardi).
Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) MARBA ialah:-
Saudara En. Abdul Nasir Bin Hj Ali (Joe Mendula)
Naib Pengerusi
Saudara En.Zaha Salleh (ArnabManja)
Setiausaha
Saudara Ahmad Fahmi Alias (ArnabKiut)
Penolong Setiausaha
Saudara En.Zafarin (NSRabbit)
Bendahari
Saudara Hisham (Shamza)
Johor
Mohd Fuad B Mohd Hassan
Kedah
Khairil Azuan (Dehan2)
Kelantan
Azmi b. Harun
P.Pinang
En.Mohd Rifdi
Melaka
Syakirin
Dua lagi nama ini belum sempat saya menyemak tempat yang diwakilkan..
Jamhuri Osman
Sufian
Dari posting Bro Joe Mendula(Pengerusi MARBA)
Halatuju Persatuan Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA)
- Menyatukan golongan penternak arnab seMalaysia dibawah satu naungan.
- Berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam teknik penternakan, pemakanan dan pemasaran produk berasaskan arnab.
- Mendesak penglibatan jab2 kerajaan dan agensi2 berkaitan dalam membangunkan industri ini.
- Mencuba untuk menubuhkan koperasi bagi mengadakan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan.
- Membantu mempromosikan produk berasaskan arnab agar para penternak tidak ditindas oleh orang tengah yang tidak bertanggung-jawab.
- Mengenalpasti baka-baka terpilih untuk jurusan pedaging dan arnab hias selain menetapkan speksifikasi ideal.
- Menjadi rujukan atau hub kepada mana2 pihak yang mahukan supply atau mahu menjadi pembekal produk berasaskan industri arnab.
__________________
Kebun Arnab Ar Rasya