Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Sabtu, 24 Januari 2009

*.*Jersey Wooly Zoo Negara *.*

Semalam pegi satu petshop kat belakang zoo, actually dia nih penternak(pengedar) untuk petshop2 yg ada kat area KL. Tengok ader 2 jenis rabbit dia bela, satu dari baka anggora, satu jenis lagi dari baka Jersey Wooly(katanya). Harga dia pon kira okie, maybe nak beli ler lepas nih, tengah kira2 duit, tengok2 poket... ader brapa isi... huhuhuhu
Tapi lepas balik rumah, tengok ke rupa arnab yg ader kat rumah, tengok punya tengok, baka New Zealand(kata petshop) yg ako beli kat carefour tu macam rupa jersey wooly jer... huhuhuh ntah la...

Sabtu, 17 Januari 2009

*.* Repost lagi-Post2 dlm forum BJ yg kurasa perlu dikongsi *.*

Joe mendula

Kadang2 masa kita kesan penyakitnya dah terlewat, apapun awak dah cuba sedaya mungkin....kita redha ajer lah, dalam pengalaman aku sendiri pun perkara arnab terbaik mati ni pun dah beberapa kali terkena.Kita hanya buleh menimize dengan cuba study faktor penyebab..

Antara perkara yg boleh diambil perhatian.

- Jangan letak bersebelahan ngan ayam, arnab alergy hama.

- Jangan terus bagi sayur dari pasar. Rendam dan cuci dulu.

- Pastikan kebersihan kandang, bekas makan & minum.

- Jangan biarkan ia stress-Elakkan dia dari kebisingan atau lokasi kandang biarlah jauh dari kawasan lalu lalang dan yg kurang aktiviti manusia.

- Pastikan dedak tidak berkulat (kehijau-hijauan)

- Sebaiknya gunakan dedak yg mengandungi Probiotic, Antibiotic & Anti Oxidant.

- Elakkan kandang jgn terkena pancaran matahari terus.

- Bekalkan kain bersih yg kering utk ia memanaskan badan waktu musim hujan.

tapi tukar lain dan basuh hari2.

- Gunakan EM-AS 1:200 dalam air minuman dan spray sekitar kandang sekali seminggu.

Apapun...kita hanya merancang, kalu musibah nak tiba kita tak dapat menahannya.

Semangat jangan luntur, ingat..kalaupun mati sekor, insyallah ibu yg lain akan gantikan ngan anak arnab baru 8 ekor sekali beranak... Saya sendiri pernah kena major mortality...separuh arnab mati akibat sampar ayam...tapi alhamdulillah, beberapa bulan ajer dah recover.

OK...kalau takde cabaran tuh takde thrill la..mental mesti tahan ..ok, selamat berjaya.

------------------------------>

Capt (Rtd) Zaman... ex-Royal Engineers

Sekadar berkongsi pengalaman... saya mula menternak arnab secara kecil2an - sederhana mulai '87. Pulangan / pembiakan yg cepat, teknik penjagaan mudah, risiko mortality agak rendah jika baka pedaging yg bermutu (New Zealand White & Californian) dsb. Peringkat awal sales memang "under-supply" terutama capture market 70:30 antara luar-negara:lokal. Sales merudum setelah tahun ke3 apabila glut dan market-share mengecil. Masalah utama rata2 org lokal fobia dgn perkataan "ARNAB" walaupun dibanding dgn red-meat yg lain ianya jauh lebih bermutu. Pd saya kepincangannya lebih kepada marketing & product presentation. Dagingnya harus dijual sebagai "cut-meat", satey, processed burger-patties, nugget dll. Elakkan "whole-carcass" (tu yg nampak mcm kucing). Banyak produk hiliran yg lain dari ternakan Arnab. i.e. Kulit, felt, rabbit-foot dll. Sisa kandangnya juga antara yg terbaik dibuat baja organik samada dikompos atau tanpa process kerana ianya tidak "panas". Saya masih membela arnab sebagai sebahagian dari sistem perladangan integrasi saya. Tapi sekarang cuma dari jenis "LionHead" & "Angora" utk pasaran haiwan kesayangan di pet shops. Sisa kandangnya dibuat baja organik secara Vermikompos (menggunakan cacing pengomposan - Harimau & Merah). TQ

"-Originally Posted by iffan04 View Post

...tergerak nak buat comercial pula.......pemakanan dia..."

Pemakanan dia, kalu di ladang sy... cuba iffan04 lihat posting sy di thread "Ternakan Ayam Belanda & Ayam Api2 / Mutiara". Pelbagai cara kita nak mengurangkan kos makanan ternakan malah menambah-nilai mutu dagingnya.

Utk yg >2bln keatas, sy memang dok bagi rumput Napier, rumput Decumbens, rumput Guatemala, petola, kacang botol, daun keledek, dll sebelah pagi.

JANGAN sekali2 bagi PETAI BELALANG, walaupun berprotin tinggi tapi ada unsur yg boleh mengakibatkan maut kpd arnab.

Petang pulak bagi pellet arnab. Kekadang bagi Alfalfa & Timothy Hay (sbb sy punya skrg LionHead & Angora utk Pet market - nakkan ianya kelihatan cantik).

Elakkan beri dedaun hijau, carrot atau sayuran jika umur <2bln>kerana ianya masih tiada enzim utk menghadham makanan tu. Nanti cirit-birit sampai maut. Wslm..

Khamis, 15 Januari 2009

*.* Repost dari BJ Forum- Ori dari komen Capt(B) Zaman mengenai permasalahan 'in-breeding' *.*

Quote:
Originally Posted by hanz View Post
...elok gak hang timbulkan soal in-breeding ni, bole xplain skit?
"In-breeding" ni adalah pembiakan antara hubungan kesaudaraan yg rapat dlm haiwan / tumbuhan. Jika diulang berkali2 ia akan meningkatkan peratusan "homozygosity" (ciri2 DNA yg serupa) dlm keturunan tersebut.

Kadar peratusan terjadinya persamaan DNA dlm "in-breeding" dianggar:

1. Ayah/anak betina - ibu/anak jantan - abang/kakak/adik -> 25%
2. Adik/abang tiri & adik/kakak tiri -> 12.5%
3. Pakcik/anak saudara - Makcik/anak saudara-> 12.5%
4. Sepupu -> 6.25%

Kesan negatif "In-breeding":

* Penurunan kadar kesuburan, jumlah anak & kualiti sperma/telur
* Peningkatan masaalah genetic
* Penurunan kadar kelahiran
* Peningkatan kematian anak
* Penurunan kadar tumbesaran
* Saiz dewasa yg membantut
* Pengurangan daya-tahan penyakit
* Byk masaalah lain


Sebagai penternak... adalah penting kita merekod pembiakan, baka dll data utk ternakan kita supaya dpt mengurangkan risiko di atas.

*.* Perbandingan Kadar Zat dari 3 Jenama Pallet Arnab *.*

_________________ FFM-5910___Cargill-8012____Bengy-6088
Crude Protein (min)........17%..........16% ............15%
Crude Fat (Min).............2%............2.5%.............3 %
Crude Fibre (Max)..........20%..........18%.............15%
Moistre (Max)...............13%...........13%............. 13%
Calcium...................0.8~1.5%.......0.75%.... ......0.8~15%
Phosphorus(min)...........0.5%..........0.45%..... ....0.5%
Price.........................RM45...........RM44. ...........RM33

Isnin, 12 Januari 2009

*.* REPOST-Fakta-Fakta Lain Mengenai Arnab (Bro.Joe)*.*

  • Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
  • Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
  • Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
  • Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
  • Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
  • Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
  • Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
  • Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
  • Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran

*.* REPOST-Hala-Tuju Penternakan Arnab Pedaging Bro.Joe Melaka*.*

Hala-Tuju Penternakan Arnab Pedaging

Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan mengenai arnab pedaging semakin diminati oleh masyarakat Malaysia. Di pasaran antarabangsa pula, semenjak merebaknya virus nipah terhadap khinzir dan virus selesema burung terhadap ayam & itik , daging arnab telah menjadi alternatif terbaik dan banyak persatuan dan badan-badan kerajaan negara-negara tertentu telah mula mengambil langkah-langkah positif bagi mempertingkatkan pengeluaran arnab.

Amat malang sekali, di Malaysia ini pihak-pihak yang sepatutnya mengambil bahagian secara serius kearah usaha itu, sekadar mengambil dasar tunggu dan lihat. Di beberapa negara lain hospital-hospital mereka telah pun menggantikan menu daging ayam kepada daging arnab, perusahaan sosej & burger pun kini telah menambah variasi produk mereka dengan peghasilan produk berasaskan daging arnab.

Dari tinjauan kami terhadap permintaan daging arnab masakini, ada pengusaha yang terkebil-kebil, apabila ada pihak yang berhasrat untuk memborong 10,000 ekor arnab sebulan. Tapi hakikatnya angka itu dianggap kecil berbanding dengan permintaan sekarang. Langkah segera perlu diambil.

Sebenarnya penternakan arnab pedaging sudah bermula pada hujung era 80an, namun kehangatan komoditi itu hanya sementara, gara-gara peningkatan harga dedak pada masa itu dan ditambah lagi dengan kegagalan pelan pemasaran untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang khasiat daging arnab serta prospektif perusahaan arnab itu sendiri.

Mungkin juga kerana ketiadaan medium perantaraan pada masa lalu, pengeluar dan pembeli tidak dipertemukan, tapi hari ini wadahnya berbeza, Internet sudah menjadi medium pengataran yang baik. Para peternak sudah boleh berbincang didalam forum atau blog, pasarang juga mudah dicari.

Memang perusahaan arnab pedaging berada pada zaman susah sebelum ini , arnab bukanlah komoditi penting, yg diperlukan oleh masyarakat, kerajaan sendiri pun tidak merasa perlu untuk campur tangan dalam menentukan harga arnab. Berbeza dengan harga lembu, ayam, kambing atau komoditi penternakan lain yg termasuk kedalam komoditi utama.

Pada ketika harga daging lembu & ayam melonjak, kerajaan pantas mengambil langkah perlu mengawal kenaikan harga tersebut,..tapi berbeza pada ketika harga arnab susut pada RM3~RM4 /kilo satu ketika dahulu, tiada siapa yang mempertahankan penternak arnab pada masa itu. Maka pasaranlah yg akan menentukan harga arnab. Hal ini jugalah yg menyebabkan harga arnab disesebuah daerah itu tidak selari dan berbeza-beza. Sehingga jika kita ingin memulakan usaha penternakan arnab pedaging ini, kita harus melakukan survei pada harga pasaran terlebih dahulu dan melakukan perhitungan untung-ruginya.

Masalah penternakan arnab pedaging hari ini adalah jumlah order yg sering kali tidak sesuai dengan kemampuan peternak. Kebanyakan P.O datang meminta daging arnab dalam jumlah yg sangat besar serta secara konsisten.

Bayangkan saja, rakan kami pernah mendapatkan permintaan daging arnab (sudah disembelih) sebanyak 5 ton!! Umumnya berat karkas arnab adalah 33% (sepertiga) dari berat hidup, ertinya jika arnab hidup memiliki berat 3kg, maka saat disembelih berat dagingnya hanya sekitar 1kg saja. Jika P.O tersebut menuntut jumlah sebanyak 5 ton daging arnab/bulan maka kita harus menyiapkan 15 ton arnab hidup, atau 5000 arnab/bulan.

Tentu ini bukan perkara yg mudah, banyak aspek yg harus difikirkan, bermula dengan tempat penyembelihan, pekerja, freezer,dll. Dan pastinya P.O seperti itu biasanya bersifat profesional, yakni jika kita tidak mampu memenuhi P.O tersebut sepertimana dalam ageement perjanjian, maka kita akan dikenakan denda. Ini sangat rumit !!, tapi itulah cabarannya, yang berjaya melepasinya akan muncul sebagai pemenang. Ganjarannya satu perniagaan yang sangat menguntungkan.....fikir-fikirkanlah.

Artikel ini telah di'repost' kembali dari laman web Bro.Joe dari Melaka. Tq bro~!

Sila klik sini untuk ke laman beliau--->*.*

Sila klik sini pula untuk ke blog beliau--->*.*

Rabu, 7 Januari 2009

*.* Arnab2 lain yg baru masok~! *.*



Si Kompot nih berasal dari Brussel selatan, belah Pilah sana... dia nih... ako takleh pegang lama2, bukan sebab dia menggelinja nak lepas... bukan... tapi... ako rasa nak picit jer... AHHAhAhAH
hah~!! yg nih di import dari pergunungan Kilimanjaro selatan, sebelah sentul pasar sana... mata dia bukan lobam kena tumbok... memang ader kaler camtu kat mata dia... lawa kan??? hUHUHuHu

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*