Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Jumaat, 30 Disember 2011

Rabbit Nipple Drinker Tube System






1-50pcs RM5.80/pc
51-100pcs RM5.60/pc
101-200pcs RM5.40/pc
201-500pcs RM5.20/pc
500pcs and above RM4.80/pc

Hos 30meter RM30.00/roll
Satu set 1x Nipple, 1x T-Joint dan 1x Spring

Arnab Kiut For Sale (Year End Sale) www.facebook.com/arnabkiut

Arnab New Zealand White X-Lab (2-3 bulan)
Seekor RM50.00
5 ekor RM200.00
10 ekor RM450.00
20 ekor RM800.00
Cal 0173030433 @ 0132855242

Hotot, Angora, Netherland Dwarf dan Local Short Hair
Dari RM40-150

Lagi gambar-gambar arnab di www.facebook.com/arnabkiut
Call 013-2855242 or 017-3030433

Khamis, 8 Disember 2011

Alfalfa Hay Bale dan secekak Timothy Hay. Pengantaran ke seluruh MALAYSIA juga disediakan!!!

Alfalfa Hay Bale dan secekak Timothy Hay.
HARGA BARU LEBIH MURAH DARI KAMI!!!!

Alfalfa Hay semi compact-
1-4 kg RM13/kg
5-9 kg RM11/kg
10-15 kg RM10/kg
16-20 kg RM9/kg
21 dan seterusnya RM7/kg
Kandungan tinggi protin utk membantu penghasilan susu ibu arnab dan membantu anak arnab membesar dengan baik.

Timothy Hay
1-4 kg RM14/kg
5-9 kg RM12/kg
10-15 kg RM11/kg
16-20 kg RM10/kg
21 dan seterusnya RM8/kg
Kandungan fiber yang tinggi membantu didalam penjagaan bulu arnab.

Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak juga disediakan.
Call 0173030433 @ 0132855242 Fahmi

Rabu, 9 November 2011

*.* Arnab Kiut 4 Sale November 2011 *.*





DOB: 13/9/2011
TYPE: DLH (Domestic Long Hair)
Price: RM170.00 - rm200.00
Call 0132855242 please mention code from facebook.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.284452548253702.75843.211750388857252&type=3

Jumaat, 21 Oktober 2011

Solusi kearah penternakan arnab pedaging secara sistematik, efektif dan efisyen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama betul ako tak menulis dan berdikusi di ruangan blog Arnab Kiut ni gamaknya. Mungkin akibat desakan hidup, kekangan waktu, kesibukan kota (ehehehe ;p) dan kemalasan yang membataskan kelajuan jari jemari ako untuk menari-nari memetik butang-butang keyboard. Ya, kebelakangan ini ako banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja luar bidang dan memperluaskan sudut pandang dengan kerja-kerja lebih bersifat kepartian dan masyarakat setempat. Ada yang memberi sokongan dan galakan tak ramai jugak yang jengkel dengan kelantangan jejari ako memetik isu-isu politik dan setempat di ruang mukabuku(FB- www.facebook.com/iceburn ), namun itu semua tidak menjadi hal dan ku anggap enteng kerana pegangan ako biarlah telus dan tidak berselindung untuk menyuarakan hal dan hak, bukan menikus dan diam demi melindungi periuk nasi dan bisnes saudagar arnab.
Ako kira-kira, sudah setengah abad, eh? ehehehe sudah tahun keempat ruangan blog Arnab Kiut ini memapari skrin monitor dan bersarang di blogspot, yang dulunya kami beruangan di alamat www.arnabkiut.blogspot.com dan kini setelah dibelanja oleh seorang tokei "amik gambar-Encik Big", Arnab Kiut Rabbitry @Kuala Lumpur beralamat www.ArnabKiut.com . Tak pernah terpikir(Tipu!) akan dapat alamat berdotcom nih, tapi orang yang baik hati itu da belanja, "SAYA SUKA~! SAYA SUKA~!". Tak lama lepas tu pulak setelah sekian lama bermain di FB dengan berlandaskan laman profil peribadi sendiri, ako pon membuka sebuah halaman Fan Page yang beralamat www.facebook.com/ArnabKiut . Pada awalnya tidak begitu cergas dan bergerak, yelar orang pon tak kenal dan ramai yang masok group lagi dari Like fan page tu, tapi kebelakangan ini Alhamdulillah, mula bergerak dan aktif dan hampir juga mencapai 500 orang pengunjung yang ako iktirafkan mereka sebagai "Kiuterz~". Dari ruangan fan page itu lah lebih mudah mereka bertanyakan pendapat, berkongsi maklumat dan ber-ber yang lain.
Untuk kesudahan berleter panjang lebar itu tadi, ako dengan riang hati akan mengutarakan isu-isu yang ku kira penting dan harus diteliti demi kelestarian industri 'PerArnaban' ini. Berikut adalah antara isu--isu yang ako ketengahkan kali ini:-
1- Isu harga daging arnab yang tiada kesudahan, solusi dan pakatan penurunan harga.
2- Isu masalah pemasaran daging arnab dan produk hiliran.

1- Isu harga daging arnab-
Menurut pendapat dan tinjauan rambang yang dijalankan secara individual dan komen-komen di laman sosial juga perkongsian pendapat rakan-rakan. Harga daging arnab tidak begitu okie buat masa nih, rata-rata pembekal, penjual dan peruncit daging arnab masih bertahan dan menjual daging arnab pada harga rm20(ke atas) per kilo. Mengikut alasan-alasan peladang dan penternak skala besar yang ditemubual samada dari laman sosial ataupun secara runding terus( face 2 face), kebanyakan dari mereka tidak dapat menanggung modal pusingan yang tinggi jika menjual dibawah RM20/kg(paling rendah skang nih pon saya tengok rm25/kg). Kenapa hal ini boleh berlaku? Dari kata-kata mereka, harga makanan(pellet) yang mahal dan tinggi menyebabkan kerugian jika daging arnab dijual dibawah RM20/kg.
Sebenarnya kawan-kawan dan para penelaah ilmu yang dihormati, perkara ini berkait dengan sistem penternakan itu sendiri. Jika kita lihat bagaimana negara pengeluar daging arnab ketika ini iaitu China membolosi pasaran dunia, masa yang diambil hanya 12 tahun untuk mereka melonjak menjadi pengeksport daging arnab nombor 1 dunia. Perlu diingatkan, sebelum ini Perancis dan Itali adalah pengeluar utama daging arnab dunia(100 tahun), tetapi kini mereka pula mengimport daging arnab dari China. Apa yang China lakukan sehingga mereka berjaya ketahap itu? sihir? penipuan kad kredit? judi lumba arnab? bukan, bukan semua itu. Mereka bijak untuk melangkah lebih jauh dari garisan penamat, mereka mengguna pakai sistem yang sedia ada tanpa cuba mencipta sistem baru malahan memperbaiki dan mencantikkan lagi sistem tersebut (pesan Cikgu Kamel "kenapa mahu memikirkan bagaimana untuk mencipta roda yang baru, pakai jer roda yang sedia ada bulat, tak perlu pening kepala untuk mencipta yang lain"). Orang -orang cina tanah besar ini mempunyai segala sistem yang cantik bermula dari teknik penternakan, pemakanan, penghasilan makanan, penghasilan baka, penghasilan produk dan pemasaran yang efektif dan efisyen. Yang membuatkan mereka mendahului orang perancis dan itali dalam masa singkat.
Bolehkah kita menghasilkan buah maut seperti ini? Bolehkah anak Malaysia (1Malaysia?? eheheh) Boom! pasaran dunia?? BOLEH???
BOLEH! jawapannya ialah boleh! bermula dari bawah iaitu perbaiki sistem penternakan kita sendiri, guna pakai sahaja(ciplak- dengan izin) teknik dan sistem sedia ada dari China dan adaptasikan dengan keadaan dan suasana di bumi bertuah kita ini. Bagaimana caranya itu? haaaa... antaranya, yang paling utama dan paling mustahak, buang segala kebergantungan kepada pellet komersial yang dibeli, biarpun secara runcit atau pukal, ianya masih belum menang lagi dari segi harga dan kualiti mengikut kehendak sebenar sistem terbaik. Bagaimana? Hasilkan makanan sendiri, pellet, bokashi, silaj, lajjerami dan hay, gunakan Efektif Mikrob lokal(EM), gunakan sisa buangan industri makanan kita yang berlambak, manipulasi semua itu dan hasilkan daging arnab yang terbaik dan yang paling penting Prima dan Berkualiti.
Tahukah anda yang untuk penternakan arnab, sesuatu ROI(return of investment) nya amat cepat dan pantas seperti pembiakan arnab itu sendiri. Antara sebab mengapa peladang arnab berskala besar sekarang merungut kerugian adalah kerana tidak mempraktikkan sistem ini, apa itu?
Seekor arnab untuk tujuan sembelihan hanya memberi pulangan keuntungan jika disembelih dibawah usia 90 hari, jika ianya masih disimpan dan diberi makan(dengan tujuan mengharapkan ia bertambah besar dan gemuk/berat) lebih dari usia tersebut, ianya hanya akan membawa malapetaka kerugian sahaja tidak lebih dari itu. Ini mengikut kiraaan keuntungan yang diguna pakai secara internasional.

Kelas daging arnab dipasaran dunia terbahagi kepada 3 kelas,
KELAS FRYER
Usia arnab 60-90 hari.
Pada usia ini karkas arnab paling tinggi nilai harga jualannya. Daging arnab pada usia ini juga masih muda dan lembut, kebanyakan penggemar daging putih akan memilih arnab pada usia ini untuk dikonsum. Fryer meat ini boleh dikira daging kelas pertama dan prima.
KELAS ROASTER
Usia arnab 91hari ke 12bulan.
Pada usia ini, daging arnab mula liat dan agak sukar dijadikan masakan ringkas. Ianya hanya sesuai di panggang atau dibakar. Harga atau nilai pasaran untuk karkas daging arnab jenis ini rendah sedikit dari kelas fryer. Daging pada usia ini boleh lah dikira daging-daging yang boleh dibikin produk-produk penamat (end product) seperti nugget dan patty.
KELAS STEW
Usia arnab setahun dan keatas(arnab pencen)
Pada usia ini daging arnab sangat liat. Sesuai dijadikan stew, sup dan sesetengah penternak luar negara akan menjual arnab stew class mereka ke kilang-kilang menghasilkan produk makanan haiwan (kucing dan anjing). Harganya? paling rendah dan murah.

Jadi, sekarang anda sendiri boleh nilai dan fikirkan, dimana letaknya nilai daging arnab samada yang anda beli ataupun yang anda jual ketika ini di Malaysia. Adakah anda penghasil FRYER? 90 hari anda semelih? jujur? atau umur 4-5 bulan dgn berat 3 kilo baru semelih? bagaimana dengan harga? jual dengan harga FRYER, ROASTER atau STEW?
Yang kelakarnya, ramai yang beranggapan untuk pasaran Malaysia, daging arnab dianggap daging eksotik. AhAHhahahahah itu penyakit paling kronik yang dibawa oleh pendakwah dari tanjung karang ke serata tanah Malaysia ni. Macamana nak jadi eksotik kalau sekarang ramai yang menceburi bidang menternak arnab ni, ramai yang sudah pandai(berkat menuntut ilmu dari bermacam perguruan- tidak termasuk perguruan songsang t.karang). Pernah beliau cuba mengawal harga supaya semua orang mengikut harga tetap(harga siling), mestilah dijual pada harga atas RM30/kg! gila apa??? berapa ramai orang dalam malaysia nih boleh beli daging arnab dgn harga tu? dapat 10% dari penduduk malaysia? dapat 1% pon dah kira bertuah!
Manusia dijadikan untuk bersaing, samada sihat atau tidak itu bukan masalah, yang masalahnya kepayahan untuk melakukan jualan. Bagaimana dapat menjual daging dengan harga mahal disertakan dengan kuantiti yang banyak, selain kepada orang tengah, memang jual 5 ekor sebulan jer larrr...
Sampai sini dulu ako berprovokasi dan berkongsi intel, mata pon da kuyu, rokok pon dah habis. Nanti ako sambung lagi bab pemasaran pulak. Tulis panjang-panjang kang orang ingat ako gila. Okie Selamat Maju Jaya~!

iceburn
Rumah belakang kubur batu 8
0242 20102011

Selasa, 20 September 2011

*.* Bagaimana jika Harga Daging Arnab Jatuh??? *.*


Dari Mata Hati Arnab Kiut Rabbitry~

Khamis, 28 Julai 2011

*.* Tawaran Berniaga di Bazar Ramadhan 2011 *.*

Cage: 6304
Size: 24" x 17" x 20"
5 x 6304 = RM201.00 (RM40.20 each)
10 x 6304 = RM368.50 (RM36.85 each)
15 x 6304 = RM536.00 (RM35.73 each)

Cage: 6900
Size: 19" x 13" x 16"
5 x 6900 = RM171.00 (RM34.20 each)
10 x 6900 = RM313.50 (RM31.35 each)
15 x 6900 = RM456.00 (RM30.40 each)


TAWARAN DIBUKA UNTUK BELIAN PUKAL, KEPADA PENIAGA YANG INGIN MENGADAKAN JUALAN ARNAB DIBULAN RAMADHAN. HARGA RUNCIT RM48.00 dan RM60.00 SEBUAH. HUBUNGI KAMI DAN DAPATKAN TEMPAHAN ANDA SEKARANG~
0173030433 & 0132855242 (SMS TIDAK DAPAT DILAYAN)

Ahad, 24 Julai 2011

*.* Arnab Teddy Bear Rabbit 4 Sale (July 2011) *.*

Teddy Bear 4 Sale July 2011.
D.O.B 13&19 July 2011
Color as seen on ur screen~Rm250-350/ekor.
Cal 0173030433 or 0132855242 (No SMS plz~)
VVV Klik link dibawah untuk lebih banyak gambar VVV

Rabu, 13 Julai 2011

*.* Fuzzy Lop 4 Sale~!!! *.*

FUZZY LOP FOR SALE RM180-250~!!! 017-3030433 FAHMI

Sabtu, 18 Jun 2011

*.* Nipple Rabbit For Sale, Nipple Paip Arnab *.*





1-50pcs RM5.80/pc
51-100pcs RM5.60/pc
101-200pcs RM5.40/pc
201-500pcs RM5.20/pc
500 and above pcs RM4.80/pc.

Satu set include 1x nipple dan 1x T-joint.
Not include hos 8mm.

Selasa, 24 Mei 2011

KURSUS TERNAK ARNAB KOMERSIL EFEKTIF DAN EFISYEN PERLADANGAN BUTIK - TEORI (28/05) PRAKTIKAL (29/05)

Kursus Ternak Arnab Komersil Efektif dan Efisyen Secara Perladangan Butik - Teori (28/05/2011) dan Praktikal (29/05/2011)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

‎*.* UPDATE Kursus Arnab - Kursus teori akan dijalankan pada 28/05/2011(SABTU) dan Kursus Praktikal Membina Sangkar, Feeder Box dan Nest Box akan dijalankan pada 29/05/2011(AHAD). Teori RM100/orang dan Praktikal RM300/orang (Percuma 1x sangkar contoh, 1x Feeder Box dan 1x Nest Box. Sebarang tempahan tempat sila hubungi 017-3030433.

* Pihak ArnabKiut Rabbitry(001993569-U) kini sedang menjalankan Kursus Penternakan Arnab Dengan Cara Mudah dan Efektif (Secara Perladangan Butik).

TEMPAT KURSUS DI BALAI PENGHULU GOMBAK SETIA, BATU 6, JALAN GOMBAK (Sebarang perubahan tempat akan diberitahu). SILA LIHAT PETA GOOGLE MAP DI BLOG WWW.ARNABKIUT.COM .

*.* Tawaran TerBAEK! Arnab Kiut - Kepada peserta kursus 17/4 dan 8/5 yang lepas, yang ingin sekali lagi menyertai kursus samada sebab terlewat datang atau tidak jelas dan mahukan lebih info. BOLEH return balik, kami hanya kenakan caj RM10.00/orang(bekas peserta 17/4 dan 8/5 sahaja). Jikalau datang dengan membawa kawan baru, hanya bayar RM100.00 untuk kawan anda dan anda PERCUMA!

-RM10.00 untuk kos makan/minum.(TAWARAN HANYA UNTUK KURSUS TEORI SAHAJA)

* Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kursus teori menternak arnab Hias(Pets) & pedaging, tidak mengira status, bangsa dan keturunan. Samada sudah mempunyai ternakan arnab atau belum mempunyai ternakan arnab.

*Kami menukarkan jumlah yuran terbaru untuk kursus teori.

RM100, YA! RM100!

Untuk beri peluang kepada ramai orang mendapat maklumat teknikal dan sistematik didalam penternakan arnab komersial.

Yuran RM100! hanya untuk menampung kos tempat, fotokopi modul kursus, sijil serta makan dan minum.

* Kenapa memilih kami?

1. Penjelasan secara teori oleh tenaga pengajar dengan pengalaman menternak arnab berkapasiti 1000 ekor setiap bulan, pernah menjadi tenaga pengajar untuk kursus-kursus menternak arnab pada tahun 90'an.

2. Kami akan membuka rahsia "Bagaimana untuk Menternak Arnab dengan Kos MURAH dan EFEKTIF".

3. Mengajar segala teknik penjagaan, pengurusan ladang, merekod, pemakanan(murah dan efektif) dan lain-lain teknik berkaitan.

4. Kami mahu semua orang tahu menternak arnab dengan kos yang PALING MURAH dan EFEKTIF(tidak dibebankan dengan kos pellet yang MEMBUNUH penternak)

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;

1. Pengenalan - halatuju industri arnab

2. Biologi arnab

3. Sistem pencernaan

4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul

5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder

6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan

7. Teknologi ternakan;

· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan

· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan

· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)

· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan

· Rutin/operasi harian penternakan

· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)

· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)

· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)

· Teknik pengurusan anak menyusu

· Teknik pengurusan anak ceraisusu

· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)

· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti

8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit

9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan

10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan memerangkap/menghasilkan gas metana.

11. Biosekuriti ladang ternakan

Kursus Teori

Yuran:: RM100/orang

Masa:: 10.00pagi-5.00petang (satu hari), Pendaftaran 9.30-9.59pagi

Tarikh:: 28 Mei 2011.

Tempat:: BALAI PENGHULU GOMBAK SETIA, BATU 6, JALAN GOMBAK(Sebarang perubahan tempat akan diberitahu kelak).

Kursus Praktikal - ASAS 1 (Teknologi Pembinaan Sangkar, Feeder Box dan Nest Box.

Yuran:: RM300/orang

Masa:: 10.00pagi-5.00petang (satu hari), Pendaftaran 9.30-9.59pagi

Tarikh:: 29 Mei 2011.

Tempat:: BALAI PENGHULU GOMBAK SETIA, BATU 6, JALAN GOMBAK(Sebarang perubahan tempat akan diberitahu kelak).

Ya~! itulah harganya~! Ilmu ini untuk dikongsi? siapa untung? anda dan kami....

Anda? Ilmu menternak arnab secara MURAH dan EFEKTIF...

Kami? Lebih ramai yang bergiat didalam penternakan arnab, menggunakan teknik penternakan dengan kos MURAH, semua orang akan MAMPU makan daging yang BERKHASIAT~!

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi saya 017-3030433

Yang Berkhidmat utk ArnabKiut,

Ahmad Fahmi Alias,

ArnabKiut Rabbitry (001993569-U)

Sesi Bergambar

Selasa, 12 April 2011

*.* SARAWAK UBAH HARI INI UNTUK HARI ESOK!!! *.*


BANGKIT RAKYAT BUMI KENYALANG! HAPUSKAN NEPOTISME! HAPUSKAN RASUAH! TUKAR KERAJAAN HARI INI UNTUK ANAK KITA HARI ESOK!!!!

Jumaat, 25 Mac 2011

*.* Toilet Train, Lantai Licin(Tile/Jubin), Diet, Makan Wayar dari Group ArnabKiut di FB*.*


  • salam..saya masih baru dalam arena pembelaan arnab nih..baru 4 hr lepas beli arnab jenis pet mix lion head + anggora..umur die bru 6 minggu..sy bagi die mkn pallet farm sajer n air masak..the prob was, die mkn cikit2 jer pallet tu..if sy letak dlm bekas mkn die tu penuh, balik keje tgk tak abis pon n cume luak separuh jer..tu nak tnye tuan, mmg bby rabbit nih jenis mkn cikit ke die de sakit? pastu tak pe ke klu sy ajar die main kat dlm rumah??anything relate to stress tak klu kuarkan die dr cage tu n letak die kat lantai umh? sbb bile sy bukak pintu cage die tu seharian die tak kuar pon dr cage tu..just main2 dlm cage die tu jer..really2x need ur advice tuan..
    3 jam yang lalu ·
    · Lapor · Hapuskan Pengumuman
  • untuk dikongsi:
    samalam arnab saya di serang cirit birit..sib baik peringkat awal,

    saya perasan ada bunyi seperti arnab mengerang, tak penah bunyi selama nih.
    saya check 3 ekor arnab saya tu, pastu dapat kesan salah sekor ada bunyi seperti mengerang n krup2 krup spt mengunyah (tapi tak makan pn).
    then saya ada bau busuk tak seperti biasa dalam cage, bau mcm tahi ayam freshh tu..
    saya angkat arnab yang berbunyi tu, periksa..pastu tgok kat bawah ada najis hijau melekat..sah arnab saye kena cirit birit..

    saya terus bawa arnab tu ke vat, then vat cuci guna air tempat kotor tu, then buat suntikan di bahu arnab saye.
    Lepastu saya beli YAKULT, bagi arnab tu minum.

    Syukur selepas 3-4 jam, arnab saya dah kembali normal, najisnya bulat2 seperti biasa..
    hari ni arnab tu aktif sgt...

    puncanya adalah arnab tu mungkin termakan sebiji button remote astro di rumah ni kot?

    sb malam sebelum kena tu sy lepaskan dan dapati remote astro tu ada kesan gigitan n hilang sebiji buttonnye. so saya tak tahu yang mana satu makan benda tu. then paginya salah sekor kena cirit birit, mungkun dia yang makan n mungkin sebab ni juga boleh jadi penyakit nih?

    Thanks....

    kawan2 semua jauhilah remote astro or Tv dari arnab kita..hehehehehe
    2 jam yang lalu ·
    · Lapor · Hapuskan Pengumuman
  • sumiyyah::saya bahagikan soalan mengikut bahagian
    1-diet pemakanan arnab berbeza mengikut usia dan baka, baka normal- induk betina 120gm sehari(pellet), jantan 60gm sehari(pellet) dan anak cerai susu(60-90hari) 80gm sehari(pellet), pemberian hay/rumput kering pula ada tidak terhad. bagi baka giant sukatan tadi adalah double. boleh juga bagi dia makan buah-buahan, sukatan dia sesudu besar untuk sekali seminggu. baik utk penghadaman dia. boleh baca pasal diet rabbit kat
    www.arnabkiut.com
    2-untuk usia yang seperti ini, sangat sesuai jika diajar dahulu "toilet train", caranya jangan keluarkan lagi dia dari sangkar untuk masa 2-3minggu, selepas tempoh tu, bukak pintu sangkar dan biarkan dia sendiri explore, insyaAllah dia akan kenal sangkar sebagai toilet dia. satu hal kemungkinan arnab tadi tidak suka keluar dari sangkar mungkin lantai terlalu licin(dibuat dari tile/jubin), sediakan dia tapak kesat dari karpet atau kain buruk, anak arnab usia 6 minggu tidak begitu kuat lagi untuk berjalan diatas jubin licin, elakkan dia terlalu kerap jalan diatas permukaan tersebut, ini dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang dipanggil "splay leg". itu pon bleh baca dalam blog.

    razlan:: arnab memang punya perangai macam2, arnab saya(si BOBO) tidak suka makan wayar tapi suka "baca" suratkhabar.

    http://www.facebook.com/group.php?gid=281937363709

Sabtu, 19 Mac 2011

*.* Teddy Bear 4 Sale~!!! *.*


Teddy Bear
Betina/Jantan
RM299/ekor
2 bulan
Klik link dibawah untuk lihat contoh arnab yg sedang dalam jualan~

Jumaat, 18 Mac 2011

*.* Arnab Kiut secara keras menentang sebarang bentuk binaan dan pembinaan REAKTOR NUKLEAR di Malaysia! *.*


Lu nak kayakan poket pelabur nuc, lu nak bohong orang kampung, lu punya pasal, contoh da banyak, kasi repair power window proton saga dulu, kasi betul atap mahkamah dengan stadium dulu, baru pikir nak buat Reaktor Nuklear! NO NUCLEAR!!!!!!

Selasa, 15 Mac 2011

*.* Pellet Arnab- Halal Atau .....???? *.*


  • *********
    Aslmkm. Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang makanan ternakan keli dan ayam yang mengandungi unsur2 mencurigakan dan tak halal. Macamana dengan arnab? adakah pelet2 yang kita pegang hari-hari tu bebas dari lemak/benda2 haram? ada tak pembekal makanan arnab yang suci macam mknan ikan dll? esp untuk arnab yang kita nak makan.

    • azlita:: bagus jugak soalan sedari pasal halal haram nih. saya akan beri hujah yang saya paham dari pembelajaran saya.
      ayam dan ikan keli ialah haiwan yang bergantung kepada khasiat nutrien/protin haiwan untuk tumbesaaran, untuk menggantikan kebergantungan harga tinggi bagi bahan dari hasil laut(fish meal) yang semakin naik, pembuat pellet ikan dan ayam menggantingkannya dengan sumber lain dari protin haiwan. yang paling murah dan mudah didapati ialah lemak/sumber babi.
      manakala arnab pula tergolong didalam ternakan yang hanya memerlukan dan WAJIB makan dari jenis sumber nutrien/protein dari tumbuhan, sumber protin lazim dalam pellet arnab ialah dari kacang soya, lemak kelapa sawit dan tumbuhan pembekal fiber seperti rumput napier dan decumbens. pembuat pellet arnab tidak perlu mengeluarkan kos tinggi utk memasukkan protin haiwan(lemak/protin babi) kedalam pellet arnab, walaupun arnab itu makan pellet dicampur lemak haiwan, ianya tidak menyerap kedalam sistem tumbesaran dan tindakan itu hanya satu pembaziran. sebab itu harga pellet arnab dan harga dedak ayam dan ikan keli jauh lebih tinggi.
      untuk jalan selamat dan ragu2, lebih baik sdari hasilkan pellet sendiri atau beri makan arnab tumbuhan 100%.

Khamis, 17 Februari 2011

*.* Air Kencing Putih/Oren Susu - Fosforus/Phosphorus dan Mandikan *.*

*******
salam..sy nak tanya..knp air kencing arnab saya tukar warna mcm teh susu?? sbb Pellet die ke?? ke die sakit perut?? -__-"
5 jam yang lalu · · · Lihat Persahabatan
  • Anda suka ini
    • Iceburn Arnab Kiut
      warna putih didalam kandungan air kencing ialah rembesan lebihan dari bahan fosforus yang terkandung didalam makanan dia(pellet selalunya), cuba belek packing pellet tu, mesti ada tulis kandungan dia(antaranya fosforus).
      perkara ini adalah normal~ :)
      43 minit yang lalu ·
    • ******* oh okay.. xda tulis kandungan pun sbb beli makanan yg timbang tu,plastic merah..huhu..:) pastu kn,arnab x boleh mandikan ke? sbb sy ada baca2,dia kata jgn mandikan sbb arnab sensitif sejuk..
      9 minit yang lalu ·
    • Iceburn Arnab Kiut bagi arnab yang masih kecik, tahap ketahanan dia terhadap suhu sejuk adalah kurenk, kadar pengepaman paru2 akan bertambah disebabkan keadaan sejuk melampau secara tiba2. ini boleh menyebabkan paru2 overload dan pecah. so fatal...
      3 minit yang lalu ·
    • *******
      paru2 pecah??wuwu..nasib baik x mandikan 1 badan..basuh kaki je..btw,trima kasih yer.. :)
      beberapa saat lalu ·
    • Iceburn Arnab Kiut sesamer kaseh~
      beberapa saat lalu ·


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*