
Kudapan yang berlebihan amat tidak baik untuk arnab, samalah juga untuk manusia. Kebanyakan kudapan yang dijual di kedai haiwan mengandungi kadar gula dan karbohidrat tenaga makanan yang tinggi. Jika seseorang pemilik arnab mahu memberi arnabnya kudapan juga, kudapan yang terbaik ialah buah-buahan.

Nenas, mangga dan betik semuanya mengandungi enzim semulajadi yang dipercayai dapat mengurangkan masalah bebola bulu atau istilah lainnya 'Hairball'.

Buah-buahan atau kudapan lain mestilah diberi mengikut kadar yang sederhana, jika tidak arnab senang menjadi terlalu gemuk(overweight) dan menghadapi masalah kesihatan. Kadar diet sepatutnya mestilah tidak lebih dari setengah sudu masak sehari, dimana pemberian sepotong betik sekali seminggu adalah berpatutan.
Bagaimanapun, buah-buahan segar 'tidak boleh' diberi untuk arnab dibawah umur 4 bulan(sesetengah arnab 2bulan), ini kerana sistem penghadaman arnab pada usia ini tidak boleh memproses buah atau sayur segar. Jika diberi juga, arnab anda akan berhadapan dengan masalah radang usus(enteritis) yang mengakibatkan kematian dalam 48 jam!

2 ulasan:
salam..saya nana..saya ade membela englisg angora..dah berusia hampir 8 bln..betina.tp anggora saya sekarang mengalami pengguguran bulu yg melampau..knape ye?selain itu,bulu nye mcm berkumpul..saya tak tau knapa..sampai dah xbley di sikat..ape harus saye buat?
hUhUHUHU beli dengan saper yer? orang yg jual tak ajar cara nak bela ker? takper... kuarkan duit sikit, hantar pegi grooming, arnab memang akan sampai satu musim dia akan gugurkan bulu di badan dia(jgn lupa, arnab haiwan yang berasal dari negeri 4 musim).
klu rasa nak buat sendiri pon bleh, gunakan gunting rambut, gunting bulu tu jgn sampai tergunting kulit, agak²le sikit... ehehehhe tutup mata dia, biar dia tenang dulu...
susah? guna mesin gunting rambut~ hUhUHUhU selamat sikit... botakkan jer.... takper, bulu arnab tumbuh cepat~
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com