Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Sabtu, 31 Oktober 2009

*.* Mengenal Arnab Berkualiti??? *.*

-- On Fri, 10/30/09, RIZAL <*************@yahoo.com.my> wrote:

From: RIZAL <**************@yahoo.com.my>
Subject: Reply: Rabbit Breeding or Nest Box N Food Auto Feeder
To: nuckcull@yahoo.com
Date: Friday, October 30, 2009, 12:31 PM

salam...
bagaimana kita nak kenal pasti breeder yg btl2 menjual arnab yg
berkualiti.. skrg nie ramai yg jual arnab letak harga ikut suka hati..
di malaysia adakah harga arnab mengikut harga
pasaran terkini? Ingin penjelasan..
tq..

The ad can be viewed at http://www.mudah.my/vi/4212288.htm

---------------------------------------------------------------------

This e-mail was sent through a web form on www.mudah.my about
your ad "Rabbit Breeding or Nest Box N Food Auto Feeder".

The person that contacted you does not know your email until you respond to
the letter. Observe that we don't know whether the sender's e-mail (**************@yahoo.com.my)
is correct or not.

The e-mail was sent from ip-number 202.*********** at 12:21 on the 30/10 2009.

---------------------------------------------------------------------
http://www.mudah.my - The marketplace of Malaysia
Mudah.my Sdn Bhd (formerly known as 701Search Sdn Bhd) (782603-v)


Wsalam,

Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada saya,sukar jugak untuk dijawab... eheheh

Secara amnya, pembeli haruslah terlebih dahulu mengenal pasti jenis baka yang ingin diperolehi, secara terperinci dan mendalam, cuba halusi ciri-ciri yang ada pada baka yang ingin dibeli tersebut. Dari situ saudara boleh memilih arnab-arnab yang dijual di kedai atau diiklankan didalam internet mengikut ciri-ciri baka yang saudara sudahpon arif selok-belok rupanya.

mengenai harga yang ditawarkan pula, selalunya sebut harga ini terbahagi kepada beberapa faktor:-
  • samada penjual itu tidak mengetahui jenis baka yg dijual(hentam kromo).
  • samada penjual itu tidak tahu harga pasaran untuk arnab yg dijual.
  • faktor harga selalunya bergantung kepada kawasan pasaran arnab di iklankan. untuk arnab yang sama bakanya, dalam kawasan KL selalunya harga mahal dan tinggi, tapi di luar KL harganya kadang² murah, malah ada yg jauh lagi murah.
  • selalu saya lihat, ada yg meletakkan nama baka yang salah kepada baka yang bukan sepatutnya. Local Lop Ear di letakkan Holland Lop. Arnab putih baka kampung(tidak capai piawai berat pedaging) diletakkan New Zealand White. Malahan, ada yang lebih berani meletakkan perkataan 'PURE', 'SHOW QUALITY' dan sebagainya.

Perkara-perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan (sedikit-sebanyak) pasaran arnab menjadi kucar-kacir, dimana pembeli yang tertipu sukar untuk mempercayai penjual lain yg jujur...

Diharap penerangan saya jelas.

Ahmad Fahmi Alias aka iceburn
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

Rabu, 21 Oktober 2009

*.* Tahap Matang Arnab - Mula Menggatal *.*

1 ulasan:

suriati jaafar berkata...

assalamualaikum....
pasal arnab ni, arnab jantan dan arnab betina saya (umur 4 bulan stgh) duduk dalam satu sangkar sejak kecil ?
1) bila masa yang sesuai utk pisahkan mereka ? sebelum sampai umur mengawan or setelah dia bunting ?
2) umur berape biasanya arnab mula mengawan ?

iceburn berkata-kata...

waalaikumusalam,
Selalunya umur matang sesekor arnab tergantung kepada baka. Ada yang mencapai tahap matang seawal umur/usia 4-5bulan dan ada pula yang terlalu lambat sehingga memakan masa 9-12bulan. Pada lazimnya, kebanyakan arnab baka-baka pet yang bersaiz kecil seperti Angora, LionHead, Lop Ear, Dutch dan lain-lain mencapai tahap matang diantara umur 4-6bulan, bergantung kepada baka arnab tersebut. Manakala tahap kematangan untuk arnab dari baka-baka giant pula adalah yang paling lambat didalam senarai kematangan arnab(bukan bermakna baka giant akan bersikap kebudak-budakan walaupon badan dah besar bagak~!). Sesetengah baka giant boleh mencecah setahun(12 bulan) untuk mencapai tahap kematangannya. Oleh sebab itu, baka-baka giant tidak disenaraikan didalam barisan baka-baka untuk dijadikan pedaging(istilah mudahnya -baka pedaging).
Untuk persoalan-persoalan yang timbul dari apa yang sedari ajukan, eloklah dipisahkan arnab-arnab itu ketika ini, ini kerana tidak mahu timbul kepayahan dimana berlakunya kejadian beranak tidak dirancang(melahirkan tanpa perancangan).
Arnab akan mula mengawan apabila mencapai tahap matang.
walla~

*.* Tahap Biang(HEAT) & Masa Sesuai Kahwin *.*

2009/10/15 <Hanif_Bakar67575@********.net>

Assalamulaikum,

Fahmi San,

Nak continue Tanya lagi tentang arnab.

1. Mate/Mengawan

Macam mana kita nak pastikan yg Buck & Doe tu benar2 dah mengawan.

Adakah bila Buck dah kerabat Doe, lepas tu jatuh dgn sedikit bunyi berdecit tu

dia dah mengawan.

2. Kebiasaannya Doe tu asyik dok lari saja, jadi bila dia nak mengawan?.

3. Macam mana nak tahu bila Doe bersedia untuk mengawan?

4. Kalau nak bagi mengawana, cukup kah dgn masukkan Doe ke sangkar Buck lepas tu ..

biar sampai lama mana? Balik pada soalan nombor (1), tak pasti dia mengawan atau tidak..

Jawapan kepada soalan2 diatas, didahului dgn ucapan terimakasih.

Hanif

Arnab Seberang Jaya.

Penang.

Wsalam,
Sory lambat reply XD

Soalan 1, 2,3 dan 4.
Selalunya untuk mengawankan(mating) arnab, masa yang diambil adalah pada sebelah awal pagi dan lewat petang atau sebelah malam. Pada masa ini, kadar kesuburan induk adalah tinggi, induk jantan menghasilkan air mani dengan sperma yang subur.
Jangan kahwinkan pada waktu tengah hari(keadaan panas). Jika kandang terletak dikawasan tengah panas matahari, keadaan kandang panas(berbahang), boleh mempengaruhi keadaan kesuburan induk penjantan, arnab jantan boleh mandul...
Kaedah untuk mengahwinkan arnab ialah dengan memasukkan arnab betina kedalam sangkar arnab penjantan, JANGAN sesekali memasukkan penjantan kedalam sangkar betina. Tindakan ini akan mengakibatkan arnab jantan diserang dan boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Ini kerana induk betina memiliki sifat teritorial behavior yang tinggi.
Kaedah mengesan bagaimana untuk mengetahui adakah seekor induk betina(doe) telahpon disiram oleh penjantan ialah dengan melihat kesan dibahagian vagina betina, selalunya terdapat kesan air mani di lubang tersebut.
Semasa dimasukkan kedalam kandang penjantan tadi, tinggalkan pasangan tersebut untuk jangkawaktu sekitar 10-30minit. Selalunya, dalam tempoh masa ini "settle".
Jika induk betina mengeluarkan bunyi atau lari² dari penjantan, mungkin terdapat dua kemungkinan,
  • Kemungkinan induk betina belum sampai 'heat' (tahap biang), tidak perlu risau tahap heat penjantan... jantan 'on' sahaja bila² masa~ AHhahAHaA
  • Selalunya induk betina yg sudahpon bunting tidak akan mahu lagi ditunggang oleh jantan... lari dan mengeluarkan bunyi.
Kaedah untuk mengetahui tahap biang betina sudah sampai? susah nak dipastikan, tetapi secara normalnya, arnab betina akan terus menyerah apabila waktu suburnya telah sampai (48jam selepas beranak). Tapi kadang² tengok nasib jugak~ HuHUHUhUH
Ada juga terjadi bunting palsu beberapa kali, tetapi itu semua asam garam memelihara arnab~

*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*


Rabu, 7 Oktober 2009

*.* Takziah Dari ArnabKiut -Yushito Usui- Shin Chan *.*


isk...
pencipta manga popular shin chan Yushito Usui telah ditemui mati di sebuah tebing bukit di pedalaman pergunungan Gunma pada 12/09/09...
dia dipercayai terjatuh dari tebing dan menemui ajalnya...
saya bagi pihak ArnabKiut Blog mengucapkan takziah dan bersedih diatas pemergian mangaka Yushito Usui...
http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-09-20/body-identified-as-crayon-shin-chan-yoshito-usui
http://www.animenewsnetwork.com/news/2009-09-19/male-remains-found-in-gunma-prefecture-mountains

Ahad, 4 Oktober 2009

*.* 'Pet' atau 'Show Quality' - Apa Perbezaannya??? *.*

Apabila anda menginginkan seekor anak arnab, seringkali kedengaran pertanyaan dari penternak atau penjual, samada jenis kualiti yang dimahukan dari kalangan pet atau show kualiti?

Bagi seorang penternak, mendifinisikan arnab peliharaannya dalam kategori pet atau show adalah perkara normal, dimana mereka suatu hari akan terjebak juga dalam pertandingan atau per'show'an. Manakala bagi rakyat marhaen dan biasa² sahaja, bukanlah membeli arnab untuk tujuan ternakan dan pembiakan, semestinya didalam benak dan akal mereka cukuplah arnab itu diperlihara sebagai pet dan bukan untuk ditunjuk². Dan diatas ketidak berpengalamannya orang² biasa seperti segelintir anda pembaca, mengklasifikasikan arnab yang dilihat semua adalah dari suku pet kualiti. Tidak terlintas pula difikiran anda(mungkin?) bagaimanalah gamaknya arnab dari suku show kualiti yang dicanang²kan itu~ Bagi rakyat marhaen dan biasa membela arnab sekadar untuk melihat perilaku dan bermain-main seketika dan disimpan kembali atau membeli arnab hanya untuk menggembirakan anak, langsung tidak terfikir yang didalam arena sukan show arnab terdapat ciri-ciri ekspresi pelik dan perkataan² fesyen yang tidak membawa sebarang makna dalam diri mereka.

Kualiti Pet: Apabila seorang penternak memberitahu yang arnab itu adalah dari kualiti pet, sudah tentu yang arnab itu tidak mempunyai peluang untuk memenangi sebarang pertunjukan(show?). Mungkin ekor arnab tersebut terpanjang setengah sentimeter atau telinganya sebelah senget yang membuatkan tidak layak untuk bertanding. Selalunya arnab dari kualiti pet secantik dan sehensem seperti arnab kualiti show, malahan kadang² arnab² pet kualiti ini memiliki personaliti dan karisma yang lebih menarik dari arnab² yang dijual sebagai suku kualiti show.

Kualiti Show: Sesetengah dari anak arnab yang lahir mempunyai ciri-ciri sebijik(spitting image) dari standard yang klasifikasikan mengikut 'buku' manual baka² arnab. Semua rupaparas hampir²(sikit²) dari segi saiz, letak hidungnya, letak telinganya, letak bulu jambulnya(crown) dan lain-lain. Disebabkan inilah arnab itu tadi layak dijadikan arnab untuk show atau sebagai 'display set'. Untuk mengawal dan mengelakkan rupaparas show ini yang sedikit demi sedikit berubah, penternak juga memilih arnab dari kualiti show ini sebagai induk untuk baka-baka arnab seterusnya.

Jadi didalam alam per'arnab'an di Malaysia yang masih lagi didalam tempoh-tempoh merangkak ini, aku mengharapkan kesefahaman antara penternak dan pembela untuk mengkategorikan arnab-arnab masing².
Sampai sudah ketelinga aku yang ada antara pemilik² dan pengimport² arnab yang mula mengklasifikasikan arnab² milik aku dan si polan(rakan ternak lain) bukan dari kategori kualiti show dan arnab² yang dimiliki dan diimport beliau dari kategori SHOW QUALITY~
Kenapa perlu ada sifat² PHd dalam kalangan komuniti yang masih dalam proses pembangunan dan masih didalam keadaan pautan antara komuniti masih gagal.
Yang menjadi lebih pelik, macamana orang² yg memiliki PHd ini boleh mengkategorikan arnab² milik ako tanpa pernah sekali pun pergi/melawat ladang milik kami(aku dan Hj). Dengan enteng dan sinis mengklasifikasikan arnab² milik kami low kualiti, arnab dari kalangan rakyat marhaen dan sebagainya...
Walaupun sebelum ini ada berlaku ketidak sefahaman(fahaman biasa dan luarbiasa) antara ahli forum penternakan arnab dari BicaraJutawan.com dan Lowyat.net, tetapi kami tetap memperakui yang arnab(Holland Lop) yang dipelihara dan dimiliki oleh azian(LazzyBunny), tim(TruLuv) dan rakan² mereka adalah dari 'pure breed' dan kualiti show. Kami tidak langsung menghasut atau membisik ke telinga pembeli supaya jangan beli atau berurusan dengan geng² lowyat.net. Kami juga tetap menyokong penternakan dari Beh&Yo untuk terus menjaga breed Holland Lop dan Netherland Dwarf nya.
Apa yang penting, adalah networking antara penternak dan pembela, perlu ada sefahaman dan kategori mengkategori cukuplah sekadar pada apa yang kita miliki, bukan mengklasifikasikan milik orang lain.

http://www.wikihow.com/Choose-Your-Pet-Rabbit

Yang Berkhidmat Dengan Arnab,

Ahmad Fahmi Alias aka iceburn

*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*