Kalau dr pengalaman saya dan saudara Ciku yg wat tanaman Cili,Kita guna semburan Malathion kasi kutu cpt mati.... P/s-Jangan plak hampa try kt arnab hampa plak... |
huih~ tu kutu jenis aper bro~? hUHUhUhUH jangan buat hal~ kang dengan arnab dengan yang makan arnab sekali jalan~! HuHuHHuH
Malathion- boleh digunakan untuk disembur ke dalam kandang yang diinfeksi oleh hama/kutu, amat berkesan, ia adalah sejenis racun serangga~(vet yang ajar suntik tu, dia suruh guna racun ni untuk sembur kandang, lepas tu kandang dijemur/dibiarkan kering selama beberapa jam, bilas dengan air dan sembur lagi kali kedua, biar kering beberapa jam, bilas dengan air... tunggu kering... baru bleh masukkan arnab).
http://en.wikipedia.org/wiki/Malathion
Replied dari Ciku
Malathion memang sesuai utk mencuci kandang...(bukan kepala ) segala jenis hama, kutu, seranggg boleh padam..... kalau reban ada material dari kayu, papan .. campurkan sedikit racun kulat Thiram or pegasus dll..... pasti segala masalah kutu,kulat, hama n serangga akan selesai.....
Tapi ingat supaya berhati2, cuci, bilas bersih2 sebelum keringkan.....kalau x berhati2 nanti ada yg mati arnab kita tu.........
Apa beza hama dan kutu? Yang mana satu akan terjadinya kurap? Apakah faktor2 yang menyebabkan terjadinya kurap? Apakah langkah2 yang perlu diambil, untuk mengekang kehadiran penyakit kurap? |
Aruah Nenek Kwn Cakap:
- Serangan kutu rambut - Bulu tak tertanggal tapi arnab terkeruk2.
- Serangan kurap (hama Scabies) - Bulu tertangal dan berbintat2
- Ear Mites kutu Telinga - Dia attack kat telinga sampai berkuping2.
- Tungau - kutu merah yang suka menggali kulit dan beranak pinak sampai point gigitannya menjadi membengkak.
Punca...
1-Ada arnab "pembawa" dicampurkan dikalangan arnab2 anda yg lain.
2-Sangkar selalu lembab (kayu) dan tidak dibersihkan sepenuhnya.
3-Kitaran udara yang tidak baik.
4-Tuan arnab tu sendiri berkutu, berkurap, panau, tungau dsb dan menjangkiti arnab peliharaannya...hehe gurau daa.
Replied dari NewHillz
Pendapat saya, kita kena ada treatment & quarantine plan...
Cara penyelesaian nya ada 2 peringkat
1. Disinfect ladang/kebun.
Rawat arnab, samada guna Ivermec atau tick/flea/mites repellant drugs
Bersihkan sangkar/reban dengan racun serangga. Proses ini memerlukan dedikasi dan konsistensi.
Jika belum membuat sangkar, pertimbangkan sangkar yang diperbuat dari logam, sbb lebih mudah dibersihkan.
2. Kuarantin
Pasti kan arnab baru dikuarantine sebelum diperkenalkan kepada populasi supaya jangkitan semula tidak berlaku.
Bak kata pepatah "Prevention better than cure"
Malathion memang sesuai utk mencuci kandang...(bukan kepala ) segala jenis hama, kutu, seranggg boleh padam..... kalau reban ada material dari kayu, papan .. campurkan sedikit racun kulat Thiram or pegasus dll..... pasti segala masalah kutu,kulat, hama n serangga akan selesai..... Tapi ingat supaya berhati2, cuci, bilas bersih2 sebelum keringkan.....kalau x berhati2 nanti ada yg mati arnab kita tu......... |
Tul tu...bilas sebersih yg mungkin...memang kita tak boleh pastikan 100% tiada sisa racun...tp at least pastikan dos yang tertinggal tak boleh membunuh...
kalau spray dgn clorox tu, prevent dari kutu or hama or tungau ?? kalau sangkar rangka besi kira better than kayu kan ? |
Clorox just for bacteria and virus...
sesuai kalau ada masalah jangkitan kuman/virus
Tak membantu dlm kes tick/flea/mites...
Replied Question dari Hf9000
klu layor api kat sangkar?
Replied dari Newhillz
Adik beradik heat treatment ler tu...
Kena pastikan coverage menyeluruh...
Agak sukar untuk sangkar berkerangka kayu, sbb kawasan terlindung tidak dapat dilayur, atr sbb knp saya lebih suka sangkar besi...normally, saya guna "fogging" atau semburan Bygone...kemudian bilas bersih, sebelum dijemur di tengah panas.
Jika ada guna bahan2 ni dalam sangkar, buang....masukkan yang baru dan bersih bila masalah tick/flea/mites dapat dikawal.
Haiwan lain kucing peliharaan, ayam, tikus juga boleh menjadi host tick/flea/mites. Ada kemungkinan jangkitan inter-spesis boleh berlaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com