apa penyebab kematian kalau disertakan dengan tingkah laku berikut? kepada otai2 diharap dapat membantu..
- umur bawah sebulan
- mendongakkan kepala dan tercungap2
- seperti sesak nafas
- dalam 10minit lepas tu mati
- sebelum tu saya menyapu najis dibawah kandang
- adakah ciri terkejut dan serangan jantung?
Alamak...ada persoalan yg lom terjawab, sori baru terperasan.
- umur bawah sebulan - Usia kritikal, tahap ketahanan sgt lemah lebih2 lagi yg tidak berdamping disisi Ibunya.
- mendongakkan kepala dan tercungap2- Tanda2 akhir nazak sebelum kematian, biasanya diakhiri dgn kaki terketik2 dan akhirnya kejang.
- seperti sesak nafas -sama juga..tanda2 kematian
- dalam 10minit lepas tu mati - Yer, yg diatas tu adalah detik2 akhir..namun itu bukan penyebabnya.
- sebelum tu saya menyapu najis dibawah kandang - Menyapu tu tak jadi punca, tapi jika dia ada terkezutkan sesuatu masa anda menyapu tu, ianya boleh menjadi kebarangkalian.
- adakah ciri terkejut dan serangan jantung? - Mungkin juga, seperti yg pernah saya citerkan dulu, hanya dengan melepaskan kakinya yg tersepit ajer pun dah cukup untuk mem"panik"kan anak rabbit saya dulu. Dia melompat sekali, mengelupur, terketik2 kaki, tercungap2 dan terus gol kurang dari 3minit.
Adalah lebih mudah jika kita nampak symptom2 fizikal yang ditunjukkan oleh arnab sebelum kematiannya (Cirit, murung, cedera, dsb)
Namun, bagi kematian mengejut (10 minit yang lalu, ia normal dan cergas),tanpa necropsy dari pakar vet, ianya sukar untuk dipastikan.
Dalam kes2 terdahulu, berdasarkan pada pengamatan saya antara kriteria anak2 arnab yang mati secara mengejut ialah :
1- Salah satu arnab saya yg mati terkezut itu mempunyai saiz yg lebih kecil dari adik-beradiknya yg lain.
2- Dikalangan anak2 arnab yang diceraikan dari ibunya dibawah usia 6 minggu.
3- Dibaham kucing atau predator lain.
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com