Salam saudara Badruzamani, Sy percaya penglibatan anda dalam penternakan arnab ni sudah berskala besar, mungkin sdr telah ada network yg banyak dan mungkin dapat membantu saya mendapat bekalan dedak arnab. Harga runcit terbaik pun kat Melaka ni adalah RM39/25KG dan itu tersgt mahal. Pada skala saya yg kecil nih saya perlukan hny 25KG X 5guni (125kg)sebulan. +/- Rm200 sebulan. Maka tak layak untuk saya membeli terus dari beberapa kilang dedak yg terdapat di Melaka ini yg meletakkan min P.O qty - 500KG. Soalannya..adakah anda mengenali mana2 supplier dedak yg boleh menghantar supply ke Melaka ini secara bulanan. Saya amat berharap jika ada pihak yg dapat membantu. Makanan alternatif yg saya gunakan sekarang ni pun belum dapat menidakkan dedak sebagai makanan utama arnab2 saya. |
Lalu, sejak tahun 1999, saya telah membuat kajian ke atas sebab kegagalan projek tersebut dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah - masalah tersebut.
Kini, saya mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang penternak kecil - kecilan ingin berjaya, dia JANGAN bergantung kepada pellet semata - mata. Dia harus menghasilkan makanan arnab itu sendiri.
Kini, kami telah menjumpai 'rahsia' macam mana nak mengantikan pemberian pellet dan mengurangkan kos operasi (kos makanan) serta meningkatkan tumbesaran daging arnab. (Peserta kursus lepas tahu rahsia itu).
Namun, disebabkan pengeluaran bahan tersebut masih lagi terhad, saya tidak dibenarkan mengumumkannya setakat ini. Saya minta maaf. Cuma, kalau boleh adunkan beberapa jenis rumput seperti rumput Israil + Napier + hampas kacang soya + gula melaka (cair pekat) sebagai makanan alternatif. Masukkan sedikit BIO LIVESTOCK dalam botol air minuman dan campuran makanan tadi. Semoga, ia dapat mengurangkan kebergantungan pada makanan pellet terutama dari Eropah.
p/s - Saya memang tak percaya pada pellet dari Eropah terutama selepas kenyataan seorang pensyarah di Eropah yang pernah menyatakan bahawa hampir 70% pembuat pellet di sana telah mencampurkan sejenis lemak BABI ke dalam kandungan pellet mereka. Kalau boleh, kita perlu wujudkan makanan arnab sendiri mengikut cara kita yang dibenarkan syarak. Ini dah jadi sebagai fardhu kifayah terhadap umat Islam.
Thank Sdr Zamani, Maaf tanya sikit lagi, Bahan2 tu nak kena dikisar lumat dan dijemur ke? dah tu camana nak di bentukkan? Kalau bolehlah....kongsikan ler sikit dgn kawan2. |
Secara teorinya, hampas soya / hampas kelapa / hampas jagung / Napier / Rumput Israil di kisar di cincang dahulu. Keringkan seketika ( dalam 3 jam di bawah panas terik). Kemudian, masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan gula merah / gula melaka.
Kalau kreatif, cuba bentuk dalam bentuk selinder / blok / kepal bulat - bulat menggunakan acuan / plastik.
Sebagai tambahan, boleh cuba BIO LIVESTOCK. Guna sedikit sahaja untuk bancuhan 1 kilo makanan.
p/s - Arnab dewasa memerlukan makanan berfiber tinggi. Tetapi, makanan ini tidak sesuai untuk anak arnab. Kalau baja banyak tu, selain jual, tanam la jagung madu / tumbuhan yang mampu menjadi rantaian makanan kepada arnab.
09-21-2008, 06:57 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com