From: Azlinda Azam <**************@yahoo.com>
Subject: info
To: "arnab kiut blogspot"
Date: Monday, July 13, 2009, 1:10 AM
wsalam,
aik? dah asingkan dari jantan, tapi masih beranak? ajaib~!
dari mana datang benih anak yg lahir kali kedua nih? memang cik linda yakin yg takda sebarang talian antara ibu dan penjantan tadi?
memang pelik.... tapi takpa la, dah rezeki nak dapat baby lagi.
apa yg penting sekarang, penjagaan yg rapi ke atas ibu dan anak yg dilahirkan itu.
saya sarankan sediakan sebuah kotak kayu dan kumpulkan semua bulu yg dicabut oleh ibu kedalam kotak kayu, lumurkan anak² dia tadi dengan bulu² ibu dia, dan masukkan kedalam kotak kayu tadi(kotak didik).
sebelum tu usap dan bela ibu dengan tujuan memindahkan bau ibu ke atas tangan cik linda, dan dengan tujuan lain untuk menenangkan keadaan ibu tadi.
selepas pindahkan anak kedalam kotak didik dengan melumurkan anak tadi dengan bulu² ibunya, cik linda sekali lagi usap ibunya dan sapukan tangan/jari ke hidung ibu tadi.
tentang pemakanan untuk ibu bersalin, seperti yg saya sarankan sebelum ini, sediakan ibu itu dengan sajian tinggi protein, yg paling mudah ialah Alfalfa Hay, dengan kandungan protein yg tinggi dan bau yg menyelerakan, arnab selalunya tidak akan menolak sajian ini.
atau untuk pilihan lain, cik linda boleh juga sediakan hay sendiri, dengan menuai pokok² rumput napier(saya ada tunjukkan contoh pokok dalam pos² sebelum ini) yg tumuh meliar di sekitar bumi Malaysia ni. ehehehe harvest dulu seeloknya pagi, jemur atau dibiarkan ia layu, pada sebelah petang, cik linda potong² daun napier tadi menjadi potongan² kecil, terus boleh diberi kepada arnab(ibu tadi), arnab jantan juga boleh makan.
tapi pilihan yg pertama tadi adalah pilihan yg paling utama, ini kerana kandungan protein yg tinggi dalam Alfalfa membantu penghasilan susu yg banyak untuk menampung anak² yg ramai.
pilihan lain/terakhir jika ibu tidak memberi susu secara normal,
cik linda perlu beri susu secara manual, samada dengan cara memegang ibu tadi dan aturkan baby arnab ke puting² ibu,
atau boleh beli susu tepung untuk anak kucing di kedai haiwan atau pasaraya. berikan secara manual, samada dengan cara menggunakan picaragari tanpa jarum atau menggunakan kain bersih yg disimpulkan dibahagian hujungnya, dicelup kedalam susu tadi, dan beri kepada baby arnab untuk dihisap.
cara yg kedua ini agak sukar, anak² arnab punya bermacam² perangai tidak dijangka...Awek orang putih ini sedang memberi susu secara manual kepada anak arnab ini, ibu arnab ini sedang dirawat kerana menghidapi penyakit Mastitis. Susu yg diberi kepada anak arnab ini adalah susu kambing. Untuk cerita lanjut boleh layari, http://littlerascalsfarm.com/babyrabbits.htm
Cara-cara untuk memberi susu kepada baby arnab disebabkan perangai ibunya yg macam²...**Gamba² diatas dirompak dari http://www.welshrabbitry.com/birth.html
1 ulasan:
Saya nk tanya...
Arnab saya baru beranak.
Tp knapa dia x mau jaga ank dia?
Dah la x mau bg susu, nk tidoq skali pun x mau.
Ni y rasa nk sembelih ni.
Tolong la bg jawapan scepat y mungkin sblum anak2 tu mati...
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com