Selak bulu dibahagian tengkuk untuk dan tarik kulit yg terlebih di bahagian tersebut(sebelum tu, belai2 beliau untuk memberi suasana tenang dan aman).
Diperlukan dua orang untuk kerja2 ini, seorang diperlukan untuk memegang beliau dengan kuat dan kemas. Seorang lagi diperlukan untuk menyuntik Evermectin. Cucuk dengan cermat di bahagian atas kulit yang ditarik tadi.Tekan dengan perlahan picagari dengan tujuan memasukkan evermectin kedalam tubuh beliau. Perhatian! proses ini akan menyebabkan sesetengah arnab terkejut(akibat sedikit kesakitan apabila evermectin masuk kedalam kulit), bersedia dengan sebarang kemungkinan(arnab akan tersentak atau meronta), pegang dengan kuat dibahagian yang boleh dipegang. Setelah semua dos yang diperlukan disuntik kedalam tempat suntikan( 0.2ml bagi arnab yg bersaiz 1~2kg, dan 0.1mL untuk arnab dibawah 1kg), tunggu lebih kurang 10saat(kira dalam hati, ramai2 kira pon boleh), ini bertujuan untuk ubat meresap kedalam sistem darah(tangan yg menjalankan suntikan didalam gambar tersebut adalah orang yg berpengalaman menyuntik selama 13tahun, dia yang cakap suruh tunggu ubat masuk dulu), dengan pantas tarik jarum suntikan/picagari keluar dari badan arnab. Gosok-gosok bahagian yang disuntik untuk tujuan meresapkan ubat kedalam badan pemiliknya.
Selepas disuntik, OP dalam keadaan bengong dan separa sedar, ini adalah tindakan dan perilaku normal, belai dan gosok2 arnab anda selepas itu dengan tujuan membodek beliau, jangan beri aiskrim seperti membodek anak anda. ehehehe
Selamat mencuba~!Ini Rachet(RC) selepas disuntik. Dia nih la yang paling teruk diserang hama(psoroptes), tapi setelah mendapat rawatan dan terapi minyak masak, berkurang jugak kuping di telinga, malah kuping di hidung terus hilang, aku inject jugak dengan tujuan dia sembuh dari dalam sepenuhnya. Dia nih la yang paling baik dengan aku, pasal aku selalu bawak kuar bagi minyak kot~ time nak inject pon dia diam jer, tak banyak kerenah... ehehhehe
8 ulasan:
teringat arnab goreng..haha
AhHAHAhAHHAhAh
saya buat suntikan yang sama keatas rabbit saya di klinik vet. doktor ada pesa rabbit saya akan jg sleepy for 48 hours, tapi rabbit saya lebih hyper lepas kena suntik tu! hahahahaha
kalau tak yakin nak inject sendiri, eloklah hantar ke vet... saya kena pratikal untuk menghadapi kemungkinan dikemudian hari. sebab saya bela arnab nih untuk dikomersialkan, mungkin menumpukan dalam pedaging satu hari nanti, jadi kena la tau nak jab ivermectin sendiri, kalau nanti dah beratus arnab, nak hantar pegi klinik semua? mampus nak bayar kos injection nanti... ehehehe
arnab akak pun kena..rasa2nya,tinge dia cam penuh ngan kuping2 dlm tu..camne nak cuci payah..dia pun asyik menggaru2 je..dalm 4 ekor yg akak perasan..leh mati ke sakit ni
bleh mati. silalah hantar kepada yg pakar. klu hantar kat saya pon bleh. seekor dikenakan RM15.00
Kalo nak anta kat encik, encik kat mana😔
Kat mana nak beli ivermectin ni tuan?
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com