Vet ti bagitahu kawan inject kat bawah kulit di tengkuk (kawasan yg banyak kulit la) Dan seorang pembantu perlu memegang arnab itu untuk mengelakkan ia dari meronta2.
Antara advice dari vet itu ialah:
- Beli ivermectin 1% 100ml pada harga RM75 sebotol
- Dapatkan penyuntik dan jarum yg paling halus.
- Sediakan kain bersih utk bersihkan jarum selepas sekali jab.
- Satu sessi boleh pakai 1 jarum tiga kali (dibersihkan sebelum jab arnab lain)
- Cucuk jarum ketampok botol, Tonggengkan botol ivermectin.
- Dapatkan 0.3mL, jentik sikit jika ada bubble.
- Tekan penyuntik sampai terpancut keluar 0.1ml , so baki 0.2mL.
- Ingat!! jangan suntik udara kedalam badan arnab.
- Picit2 sket bahagian yg hendak dicucuk, biar kebas2 sikit.
- Cubit dan tarik sedikit kulit atas tengkuk.
- Cucuk pada bahagian cubitan seberapa cepat yg boleh, tekan penyuntik.
- Tarik secara pantas.
- Gosok2 dan lurut bahagian yg dicucuk tadi agar ubatnya meresap ke bahagian lain.
- Ulangi suntikan itu selepas 2 minggu supaya telur parasit & kutu yg baru menetas juga dihapuskan.
- Suntik semua arnab yg berkongsi cell dan kandang yg sama.
- Ingat !!! hanya 0.2ml bagi arnab yg bersaiz 1~2kg, dan 0.1mL untuk arnab dibawah 1kg.
Arnab yg baru disuntik akan mengeliat atau termenung sebentar.
Sila betulkan saya jika ada kesilapan. - Jangan over dose atau anda akan menjadi "PEMBUNUH ARNAB SENDIRI"
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah.
7 ulasan:
dimana boleh dapatkan vaksin tersebut? and dimana juga nak beli picagari?
kalau cari di farmasi/klinik haiwan ada jual. ivermectin nih digunakan untuk binatang ternakan lain jugak, kambing, lembu, anjing, kucing dan arnab. cuma dos suntikan jer bergantung kepada jenis haiwan dan berat haiwan. saya boleh dapatkan ivermectin untuk encik. hubungi saya untuk keterangan. untuk picagari, boleh jugak beli picagari dari farmasi, mintak dia picagari 1ml kegunaan untuk orang sakit diebetes, untuk kegunaan inject insulin. fahmi 0173030433
AZAM BERTANYA...ADAKAH VAKSIN INI MAMPU UNTUK MENGELAKKAN SELSEMA DAN CIRIT BIRIT KERANA INILAH PENYAKIT YANG PALING DI TAKUTI
banyak lagi penyakit yg perlu ditakuti. ini hanya untuk rawatan scabies. untuk cirit dan selsema kena cegah cara lain. persekitaran bersih dan sihat utk elak selsema, pemberian makanan baik dan tidak cerai susu terlalu awal utk elak cirit.
I ade baca, ivermectin ni boleh letak belakang telinga tikus belanda untuk kutu. Yang ni ivermectin sama juga ke? Susah betul nak cari. Mana boleh beli?
Amanda
http://theminiherd.blogspot.com
whatsapp ArnabKiut 0193737311
kami ada jual. RM145.00 100ml, percuma 20 bilah syringe dan jarum
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com