
Sepintas Lalu Arnab Kiut
- Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.
Halatuju Arnab Kiut
- Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.
Operasi Arnab Kiut.
- Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
- Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
- Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
- Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
- Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
- Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
- Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
- Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
- Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.
- Arnab Kiut (001993569-U)
- No 6, Jalan Sungai Mulia, Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.
- Laman Blog Rasmi : www.ArnabKiut.blogspot.com
- Laman Fan Page Rasmi : www.facebook.com/ArnabKiut
- Laman Blog Mini : www.twitter.com/ArnabKiut
- Email Rasmi : ArnabKiutRabbitry@gmail.com
- No Tel : 019 3737311 (Ahmad Fahmi Alias, Pengurus)
Pengikut
*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*
Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur
Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio
Sabtu, 23 Mei 2009
Selasa, 19 Mei 2009
*.* Sistem Pencernaan Arnab *.*
Sistem pencernaan yang kompleks ini dibina khusus untuk menampung diet serat yang tinggi dan bekerja untuk terus-menerus menolak makanan ke usus dimana ia dicampur adukkan dan di asingkan, satu fenomena isi perut yang asing didalam dunia haiwan hanya terdapat di dalam sistem pencernaan arnab, guinea pigs dan chinchillas.
Kandungan yang tinggi jenis-jenis serat, iaitu boleh dihadam dan tidak boleh dihadam, amat penting diberi perhatian untuk memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan baik.
Serat tidak boleh hadam penting untuk didalam memberi peranan sebagai perangsang usus untuk bertindak dengan baik, dengan partikel besar melalui sistem pencernaan dengan cepat dan lancar, sebelum ia dikeluarkan menjadi gumpalan yang keras.
Serat mudah hadam yang kaya dengan nutrisi bertindak didalam beberapa tujuan. Selain dari serat ini melalui terus kedalam sistem, pecahan yang lebih kecil serat mudah hadam memasuki ruang caecum(usus buta) iaitu kantung yang bersambung dengan usus besar, dimana ia dicernakan menjadi pekatan(pra-tahi). Pekatan ini akan di keluarkan menjadi tahi lembut atau caecotrophs, dimana arnab yang sihat akan memakan kembali kesemua tadi semula seperti mana ia dikeluarkan.

Jadi sistem yang sempurna ini, ia berfungsi dengan satu jenis makanan akan melalui sistem pencernaan sebanyak dua kali, untuk membekalkan nutrien berganda kepada arnab.
Jika diet tidak mengandungi kandungan serat yang tinggi, ini akan menyebabkan usus menjadi kembung(berangin), keadaan ini terjadi kerana makanan melalui sistem pencernaan dengan perlahan. Ini akan mengakibatkan pembiakan bakteria dengan cepat didalam caecum kerana caecotrophs tidak dibuang dengan cepat, ini mengakibatkan peningkatan risiko saluran usus tersumbat oleh makanan dan bulu. Kembung usus sangat merbahaya kepada arnab yang boleh membawa kepada kematian mengejut. Walaubagaimanapun jika ianya cepat dikesan dan dirawat, arnab anda dapat diselamatkan.
Tanda-tanda awal masalah berkaitan perut dan usus ini selalunya disertakan cirit-birit atau sembelit, kurang selera makan, perut kembung dan kelesuan. Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai kesihatan arnab anda, bawa terus ke klinik haiwan yang berdekatan.
Diterjemah dari laman Mat b Salleh oleh,
iceburn a.k.a Ahmad Fahmi Alias
nuckcull@yahoo.com
Turut dibantu,
Elin
Ahad, 17 Mei 2009
*.* Pesan En.Bad 04 (Al-Fatihah) *.*
December 6th, 2007 at 12:30 pm
sy mempunyai dua ekor arnab, jantan dan betina. baru-baru ni si betina baru melahirkan 4 ekor anak arnab, sy mletakkan anak2 arnab tu ke dlm satu kotak sederhana kecil..pnjang dlm 30cm tinggi dlm 5cm. sy msukknny skali ke dlm sangkar siibu & bapanya.. tp si ibu x mahu mnyusukan anak2nya dan si bapa pula semacam xsuke kepada anak2nya sebab sy lihat bapanya selalu menendang2 anaknya itu.. soalan sy, bagaimana cara menjaga dan memberi mkn kepada anak2 arnab?
# Badruzamani Azmi Says:
December 7th, 2007 at 7:43 am
Si ibu tak suka sebab bau tangan anda sudah melekat kat si anak. Ada satu penyembur untuk anak arnab ni Sembur pada anak - anak arnab tu dan sembur juga bau itu pada hidung si ibu.
Ataupun, jika anda memakai sesuatu bau (jangan minyak angin sudah la :)), tangan anda yang pegang anak itu, pegang juga hidung si ibu supaya baunya sama.
JANGAN sesekali letak bapa arnab dengan anak - anak. Bapa ini hanya guna untuk bunting si ibu aja. Bukan ia pandai jaga anak pun. :)
Seboleh - bolehnya, seminggu sebelum kelahiran (cara nak tau ibu itu hamil atau tak, raba secara lembut di bahagian perut, akan ada macam ketulan. Lagi satu si ibu telah mengalami proses mengawan (arnab betina di bawa ke sangkar arnab jantan bukan sebaliknya) 25 hari mestilah diasingkan dari arnab lain selama 2 minggu), pindahkan ke kotak didik dan jangan ganggu (kecuali sekadar bagi makanan aja)ia sangat terutama ketika ia kelihatan gelisah dan menarik - narik bulunya (waktu malam).
Jika ia sudah melahirkan anak, biarkan si anak dengan si ibu selama 3 minggu sehingga si anak bercerai susu dengan si ibu. Anak arnab yang berusia kurang dari 3 minggu, hanya makan susu si ibu.
Jika bilangan anak - anak yang baru lahir itu lebih 8 ekor, pindahkan yang selebihnya kepada ‘ibu susuan’ yang lain.
Harap Norsakinah memahami penerangan saya. Jika masih memerlukan penerangan seterusnya, boleh kirimkan komen di sini. :)
Khamis, 14 Mei 2009
*.* 2nd Batch sudah muncul~! *.*


Nih kat mana nih??? kat bilik??? kenapa??? hujan??? okie jer~

uiks~ silau lensa cahaya nih~

Yg rumput2 tu ialah daun/hay alfalfa, baik untuk membantu menambahkan susu ibu bersalin dan menyusukan anak. Baik jugak untuk ibu bunting, kandungan protein alfalfa ni agak tinggi.
Harap2 anak2 dia nih sihat la, first time beranak nih... eheheheh
Yang Berkhidmat Dengan Arnab,
iceburn a.k.a Ahmad Fahmi Alias
nuckcull@gmail.com
Rabu, 13 Mei 2009
* Arnab Kakinya Ter'kepak' ("Kay Park") - Splay Leg Rabbit *.*

Arnab kengkang....pernah terjadi tak? sian dia...jalan tak betul, kaki dia meleret sebelah. Cam ne nak buat? Kecil lagi |
nenas tu tak boleh buat apa2 kot... mungkin masa baru lahir ibu dia terpijak atau memang cacat kot..... kita tunggu pandangan dari org lain... kakak pernah juga dapat arnab cam tu... tapi akhirnya bila dah besar sikit disembelih.
Cadangan Dari En.Zaha(Arnab Manja)
rsnya urutan batin bleh kot. dlm perubatan dia org panggil AKU ( arnab kurang upaya ). so brikn lbih prhatian pada dia. kerana menjaga insan yang cacat amat besar ganjarannya. jk dh cerai susu, asing dr rakan2 yg sihat, takut nanti fizikalnya terdera oleh kelincahan member yg aktif
Cadangan Dari En.Hanip(Subang)
besarkanlah ia cuma takyah breed supaya tak kuar keturunan sebegitu lg. Bila cukup besar, pilihlah samada disembelih atau dijadikan pet tanpa keturunan.
ataupun, beri je pada YB Ciku... tau laa dikerjakannya nanti
Cadangan Dari En.Hairil( http://newhillz-rarebits.blogspot.com/ )
Ada jugak kes tu...ada bbrp sbb
1. Kecacatan Kelahiran/Kekurangan nutrien semasa tumbesaran
2. Kecederaan
letak platform/tile dlm sangkar supaya anak arnab ni dpt berpijak dgn selesa.
Kalau kaki dia kengkang sbb cedera, boleh dirawat dengan urutan dan menambah vitamin & mineral ke dalam air minuman.
Cuma ia akan mengambil masa sedikit untuk pulih
Cadangan Dari BJM(http://joe-rabbit.blogspot.com/)
Kengkang tuh sepatutnya boleh jalan...
Tapi kalau kaki dia dah ter "kepak" (pronc as "Kay" "Park"-see pic)..tuh, rasanya payah nak OK tuh.

Nak terus pelihara pun OK tapi perlukan special treatment, demi tidak menyusahkan diri nenas dan menghentikan penderitaan nya, beso sikit sok.., potong ajer ler....

Cadangan dari PurpleRabbit( http://sites.google.com/site/purplerabbit75/ )

Saya pun pernah dpt anak arnab OKU ni....betullah tu taruk flatform atau lantai tu guna kawat yg lubang kecik....arnab OKU saya tu sebab masa lahir separuh badan terbolos kebawah jaring...masa angkat tu guna penyepit...geli..maklum ler first time...tu yg terkepak tu.....
Replied untuk PurpleRabbit dari BJM
Kira awak lah yg telah meng"kepak" kan kaki dia tuh..
Maka....awaklah yang patut dihukum "sembelih"...huhuhu

Cadangan Dari Ahyun
Arnab kengkang:
saya rasa, dia punya tulang kaki ade patah
ini kes saya penah ade dulu....
bela sampei besar
dan akhirnya mati meragan sbb takde pompuan mau dia...
sbb dia takleh tekan kuat sama itu pompuan...
org cakap, itu air sudah naik penuh dia punya kepala...
tak buleh keluar...
itu pasal dia mati... ada ka patut...
Keputusan dari Nenas
TQ pada kwn2 yg bagi idea untuk arnab kengkang ni...mgkn istilah yg > tepat 'kepak' mcm yg bro Joe mention, sbb dia still boleh jalan. Ini gambar arnab tu..kesian kan...

Lepas urut sikit2, Nenas balut/bekungkan kakinya....(ntah lerr..try je..idea sendiri)Ini gambar nyer...


...tak de urut batin mcm geligaajaib suggest, pun x sampai hati nak serah kat bro. ciku, comel sgt...
*.* Email Dari KB - Perlu Potong Bulu? *.*

salam iceburn


wsalam,
Bulu kaki dia takda masalah, tapi kalau nak trim pon untuk tujuan grooming pon okie jugak dan jugak untuk tujuan kebersihan pon.
Masalah kaki tergelincir nih kena amik berat, nanti kaki dia tercedera, masalah gelincir nih datang dari keadaan lantai dia, dimana lantai 'tile' yg licin akan membuat kaki dia tergelincir.
Sebab tu kalau boleh untuk usia kecil, tidak digalakkan dilepaskan di kawasan berpemukaan licin(lantai tile, lantai simen licin, tikar getah), sebab kaki anak arnab dalam usia nih tidak begitu kuat untuk cengkaman, ada terjadi beberapa kes dimana kaki arnab ter'kepak'(kay park), keadaan terkepak ni akan kekal sampai bila-bila.
Jadi, buat masa kecik nih, elok dilepaskan di kawasan dia boleh berjalan dengan baik(melompat kot~ ehehehe). nanti baca blog saya, saya post pasal arnab kaki terkepak.
Pasal baka tu, dia kecik lagi, kalau dah besar rasanya bulu dia akan bertambah panjang, akan menunjukkan ciri-ciri anggora dia, kalau bulu dia bila besar nanti takat tu jer, maknanya arnab ni dah mix(cross), so dia tak pure anggora, tapi masih boleh dipanggey anggora(jangan risau~!) ehehehe
untuk bantuan, bolehlah berhubung dengan petshop kawan saya di jalan pengkalan chepa(jalan nak ke airport), nama dia en.syam ghaz.
Dia ada sediakan kemudahan vet untuk rabbit bagi kawasan kelantan. kalau dapat kesana, bagitau awak direkomen dari blogger arnabkiut, dia mesti tau. sekian~ papai~

Isnin, 11 Mei 2009
*.* Lagi Email Yang Kita Kongsi - Terima Kasih~! *.*

salam,

Maklumbalas dari ArnabKiut Blog by iceburn
wsalam,
"sbnrnya linda tak tau apa lg yg diperlukan arnab slain bg minuman ngan makanan.linda hanya bg air paip cmpr ngan cecair vitamin yg dibeli di kedai haiwan.pastu mkanan hanya dedak biasa yg dijual rm1.50 sekilo.secara purata arnab ni mkn dedak 10kg sebulan."
jenis pellet takda masalah, selagi boleh dapat pellet dengan harga murah itu dah kira okie, linda boleh pelbagaikan menu makanan arnab, ada lagi beberapa jenis makanan tambahan untuk arnab, samada linda cari dari petshop, atau cuba baca beberapa artikel yg saya tulis dan upload ni, contoh-contoh gambar tumbuhan dan rumput pun ada saya sertakan>> http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/penerangan-berangkai-untuk-makanan.html http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/makanan-sampingan-atau-kudapan-treats.html http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/makanan-tambahan-bagi-mengurangkan-kos.html untuk air minuman, takda masalah bagi air paip, cuma kalau boleh elakkan, sebab air paip ada klorin, kalau kita minum pon sakit perot kan? kalau boleh untuk arnab sepasang, apa kata kalau tampung air hujan atau susah sangat, bagi air yg dah masak.
rujuk gambar-gambar rumput dan beberapa tumbuhan yg saya post dari artikel2 di atas tu, jenis sayur yg tidak digalakkan diberi kepada arnab adalah dari jenis-jenis sayur yang berunsur sejuk dan angin(orang pompuan paham sayur mana kot), ada orang selalu beri kobis, sebenarnya kobis tak elok, sayur ni angin lebih, arnab takleh berangin-angin ni, nanti perut dia kembung.... kalau serius bleh mati...

ada beberapa cara, kalau pandai, cuba raba bawah perut ibu tu, tekan secara cermat dan berhati-hati disekitar kelangkang kaki belakang bahagian perut, kalau rasa-rasa macam ada 'isi', ada la tu, tapi kalau kita rekod hari dia kahwin, kita dapat agak la bila dia beranak, arnab akan bunting sekitar 28-32hari, kalau lagi sehari dua dia nak beranak dia akan cabut 70-80%bulu dari badan dia, jadi bila nampak tindakan dia macam nih, sediakan dia tempat untuk beranak(kalau tak rekod tarikh dia kahwen). Satu lagi, kalau kita selalu tengok arnab kita, cuba suruh orang yg jarang tengok, kalau dia kata arnab tu gemok dari masa last dia tengok, arnab tu bunting la~(ini teori aku..AhHAHA)
arnab akan melalui satu musim dimana dia akan mengemaskinikan bulu-bulu dia, so jangan risau, itu tindakan biasa.

Jumaat, 8 Mei 2009
*.* Sembelih Arnab dan Lapah dari Saudara Abu Nuha Sabah *.*
ARNAB GORENG 10 Februari 2009
Posted by Abu Nuha in Keluarga.trackback
Ketika di Mesir dulu, saya dan isteri pernah makan daging arnab. Kebiasaan masyarakat Mesir apabila ingin membeli daging ayam, itik, arnab, burung yang masih hidup, boleh memilih sendiri di reban yang disediakan.
Kemudian, tukang sembelih akan menguruskan haiwan itu menurut keinginan kita dalam tempoh kurang setengah jam bergantung kepada jumlah pelanggan. Kalau pelanggan ramai, lambatlah sedikit.
Mungkin kita mahu ayam kampung (baladi) atau ayam karan, kemudian sama ada dilapah dan dipotong empat atau potong lapan, ataupun kita hanya mahu dibersihkan tanpa dipotong-potong.
Tetapi menempah dan memilih arnab, kemudian disembelih, dilapah dan diselesaikan depan mata, begitu menyedihkan. Arnab adalah haiwan yang comel dan cantik.
Kali ini, di rumah (Labuan), ahad lepas saya memberanikan diri menyembelih sendiri dua ekor arnab yang ditinggalkan di Labuan.
Malas rasanya mahu membawa balik ke KK. Tidak susah menyembelih arnab ini, cuma kesian saja mengenangkan kecomelannya.
Sebenarnya, arnab yang disembelih itu belum cukup umur lagi. Masih remaja, dan ia pula jenis arnab bulu panjang yang isi dagingnya tidak padat.
Arnab jenis ini biasanya yang dimanfaatkan ialah bulunya yang panjang dan cantik.
Pengalaman dan langkah pertama itu penting untuk mendapat langkah seterusnya.
Dahulu sudah pernah sembelih kambing biri-biri, kali ini arnab. Ayam belum lagi. Heheheh.. (buat malu kompeni betullah!)
Daging arnab rasanya seperti ayam. Boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Tapi, goreng pun sodap.
Lawati laman blog Abu Nuha di www.abunuha.wordpress.com
*.* Anak Arnab Selalu Mati *.* Via Email


Email balas dari iceburn.
wsalam.
mungkin ada beberapa pertanyaan yang perlu saya lanjutkan,
*berapa umur arnab-arnab yg mati tu?
*apa makanan yang selalu akak bagi?
*air minuman dari sumber apa?
*kedudukan kandang dimana? kalau boleh email saya gambar
*arnab-arnab tadi dari baka apa?
*ada bagi makanan lain selain pellet?
*bila tarikh/umur cerai susu yang akak asingkan dari ibu?
saya perlu tahu semua ciri2 kat atas ni. saya harap dapat bantu akak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok..
harap maklumat yg sy berikan mencukupi...terima kasih

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya harap semua maklumat ni dapat membantu.
Ahmad Fahmi Alias
0173030433
www.arnabkiut.blogspot.com
Sabtu, 2 Mei 2009
*.* Apa aku lakukan ketika ini?? *.*
Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnianya, berjaya aku menaikkan malah menyemarakkan industri per'arnab'an yang sekian lama aku pendamkan dalam hati, sejak sekian lama aku menanti dan memikirkan bila masa yang sesuai untuk memulakan penternakan arnab ini.
Kalau dari latar keluarga, hanya kebelakangan ini baru keluarga aku menternak, kalau diikutkan suatu masa dahulu, aku bukanlah dari keluarga penternak, bapa aku seorang bekas pegawai kerajaan, jawatan lampau dia adalah seorang pengaturcara komputer atau dalam bahasa penjajahnya, Computer Programmer, dari dialah aku belajar selok belok komputer dan pengaturcaraan serba sedikit, sekarang dia fulltime pencen~ eheheheheh sambil-sambil menternak kambing dan beberapa unggas kampung. Emak aku? seorang bekas kerani di Pos Malaysia, seringkali jugak la aku dilepaskan bermain-main di kawasan bungkusan parcel Pos Besar KL. Okie cukup dengan pengenalan latar keluarga aku. Aku? Sekarang partimer di sebuah cyber cafe di Danau Kota KL, mungkin minggu depan atau dua minggu lagi, menjadi pengurus di situ. Secara keseluruhan masa aku di lepaskan ke atas papan kekunci dan tetikus juga layar papar gambar nih...
Berbalik kepada tajuk untuk posting kali ini, Apa aku lakukan ketika ini?? aku sedang dalam perjalanan pembikinan satu buku manual dan teori penternakan khusus kepada industri dan penternakan Arnab. Bahan-bahan yang aku kumpul sejak sekian lama dari laman-laman web, dari penulisan blog-blog luar negara, mahupun dalam negara, aku terjemahkan dan aku bukukan untuk berkongsi bersama-sama korang-korang diluar sana. Apa yang aku perlukan kat sinih, ialah satu penamat kepada apa yang kita semua tunggu selama ini, manual penuh dan lengkap beserta teori dan praktikal yang terbaik untuk penjagaan penuh untuk haiwan lagomorph yang dikenali Arnab ini....
Dengan rasa rendah diri, aku mengundurkan jari dari papan kekunci dan nantikan kemunculan penulisan buku/manual tentang arnab yang akan (insyaAllah) siap tak lama lagi...
Sekian Terima Kasih.
Yang Berkhidmat Dengan Arnab,
iceburn
0173030433 nuckcull@yahoo.com

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.
-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.
**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**
Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan
"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242
View Larger Map
Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.
Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)
Yuran :- RM100/peserta.
- Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
- Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
- Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
- Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.
"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm
Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..
Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my
KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)
TABUNG PEMBELIAN BAS
Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.
Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!
Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm
ALAMAT & PENGURUS:
RUMAH KASIH HARMONI - RKH
No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my
PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:
HP: 019-3133430 / 013-6397015
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*

























