Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Selasa, 1 September 2009

*.* Kepada Pengunjung Blog Yang Di Hormati *.*

Kisah Pengunjung Blog

ako baru tadi dapat panggilan telefon dari salah sorang pengunjung blog ako.
ako tak paham betul kenapa la ada sesetengah orang nih tak boleh nak cakap baik-baik dan penuh adab bila call orang.
"helo, saya nak tanya"
terus jer cakap camtu...
"yer??"(ako nih dah macam kaunter pertanyaan).
dengan suara dia nak tak nak cakap, dengan nada orang baru bangun tido... ako dah la tak brapa sehat... dengar lagi orang call tak bagi salam... lagila ako hangin...
ramai jer orang bukan melayu/Islam call ako, boleh jer dorang cakap selamat pagi/petang,
susah betul la... pastu tanya ako macam², tanya ako jual apa, arnab berapa banyak...
buat masa sekarang ako dah tak hantar pellet dah, ako kena komitmen kat ladang...
jadi budak nih nak suruh ako hantar pellet ke sungai buluh... terang-terang kat blog tulis minimum order 5beg baru bleh hantar... nih dia nak suruh hantar kurang...
tanya ako ada jual Holland Lop tak... ako cakap takda...
tanya ako ada jual Lop Ear tak... ako cakap takda...
ako cakap tak jual arnab... dia macam marah... salah ker ako tak jual arnab tapi tulis blog pasal arnab???????
kalau regular visitor blog ako, dia mesti perasan ako tak pernah advertised pasal jual arnab dalam arnabkiut, yang ada orang lain punya ako ads, itupon ako repost balik...

ako bising nih bukan pasal apa... kadang memikirkan kenapa takleh nak cakap elok-elok dengan orang yg baru kita kenal... bila first kontek dengan orang pon perangai dah macam nih, memang takda la... susah la nak terus berniaga dengan orang tu...
bukan kali nih jer ako kena... ari tu dah ada sekali.... bukan main belagak... ingat ako jual pellet jer... dia bela arnab kampung... belagak macam bela HL show qualiti... tanya ako mana pellet bagus(padahal dia pon tak tau), ako cakap la ako jual dua jenis... satu Bengy dan satu lagi FFM... ako tanya dia bela arnab apa, dia cakap arnab kampung jer...
so ako advised la bengy... kurang kos sikit... dia tanya FFM tu untuk apa... ako cakap untuk grower... so dia nak yg grower la... ako okie jer... dah dia nak camtu...
ako ajak la pg ladang(FFM stor kat ladang)
dlm keta dia soal ako macam²,
macam ako nih buat keja bodo jer(bela arnab)...
sampai ladang baru dia bukak mata...
ako memang tak pernah nak belagak... tapi bila kes² macam nih kena gunakan autoriti...


ini bukan marah... ini nasihat~
minda bersaru betol....
chiau sin~ __________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*

7 ulasan:

Newhillz Hairil berkata...

Tuan Iceburn jangan cepat marah...nanti dengan kandang2 saya jual...hahahaha...

iceburn cartello berkata...

bukan marah~ hUhUhUhU bengang jer~ hUHUhUh ako juga manusia biasa...

encik big berkata...

ekekeke.. lek ciben.. byk ckp pijak je perot! hahaha.. minggu ni wa singgah lagi.. singgah sahur..

Uda berkata...

Salam sdara ice..sy ni pengunjung baru blog sdara & baru je berjinak-jinak membela arnab (jenis kampung je). Pagi smlm sy tinjau kandang arnab sy,dia dah beranak 4 ekor tapi cuma tinggal sekor je yang still hidup. So,sy assume mesti baby2 tu mati dipijak oleh mak dia. Mak dia lak nmpak monyok,diam di satu sudut seperti mengalami gangguan emosi. Maka atas faktor keselamatan sy dh alihkan baby arnab yg idup tu dari kandang mak dia. Soalannya 1)Betul ke tindakan sy tu? 2) Adakah mak dia akan benarkan baby yg dialih tadi untuk menetek setiap kali pagi dan petang dengan pengawasan sy? (Lepas selesai sy alihkan semula.) Terima kasih.

iceburn cartello berkata...

soalan 1- Tindakan awak akan jadi betul jika anak tadi diberi perhatian penuh, dengan penyusuan secara manual setiap pagi dan petang. pastikan anak itu betul-betul kenyang.Setelah mengasingkan anak dari ibu tadi, pastikan tempat anak itu diletakkan berada dalam keadaan yg selesa dimana suhu persekitaran tidak terlalu sejuk, ini kerana anak itu kini tinggal seekor, tidak ada medium yg dapat menghangatkan badannya lagi disekeliling.
soalan 2- awak terpaksa pegang ibu dia dan berikan susu secara manual. baca posting saya mengenai menyusukan baby rabbit secara manual.

peratus untuk seekor anak arnab bertahan seorang diri didalam keadaan baru lahir adalah sedikit, ini kerana dalam keadaan ini banyak perkara perlu dititik beratkan.
tindakan mengalihkan anak dari ibu pula adalah tindakan yg perlu sekali dielakkan. tapi dah terbuat, takper...
ibu yang mengalami kemurungan itu kemungkinan adalah akibat dari sindrom bunting muda/ibu muda. kalau dapat beri ibu tadi air anti-stress. beri ibu tadi makanan tinggi protein untuk membantu dia memulihkan diri dari kesakitan melahirkan baby. Kadang-kadang terjadi ibu memakan anak² yg lemah dan tidak sihat, ini berpunca dari tindakan untuk mengurangkan persaingan anak² yg lain menyusu dan untuk menambah protein didalam badan ibu. Kandungan protein didalam anak arnab adalah tinggi, ini membantu ibu kembali bertenaga, begitu juga ibu akan makan uri yg keluar.

Uda berkata...

Terima kasih sedara..tapi ade satu lagi berita buruk. Awal2 pagi tadi sy mak dia dah pegi mengadap ilahi tanpa sempat sy menyelamatkannya. Ibu tumpang plak takde sebab sy bela sepasang je termasuk bapak dia. So,baby yg idup sekor lagi tu cuma bergantung harap pd sy je skarang. Sy cuma bagi susu tepung fernleaf..letak sket ujung jari dan sentuh kat mulut dia. Tapi baby tu dia asyik menggeliat,agak susah nak bagi. Boleh tak ice bagi tips? Sy taknak kehilangan baby tu,huhu..

iceburn cartello berkata...

takziah, itu ketentuan dari Tuhan...
cuba bagi secara manual dengan menggunakan secebis kain perca/towel yg bersih, bahagian bucu/hujung kain disimpulkan halus. bancuhkan susu kucing yang boleh dibeli dari kedai/supermarket. jenama yang disyorkan ialah Milkodog.
sukatan bagi anak arnab:-
bancuh susu mengikut dose kitten dibahagi dua,
1-2 minggu 2ml, 2-3minggu 5-7ml, 3-6minggu 13-15ml. Lap dengan tisu basah dibahagian dubur sehingga anak itu buang air.
untuk lebih mudah dan sistematik, boleh gunakan picagari tanpa jarum(picagari untuk orang suntik insulin-diabetes 1ml). masukkan picagari di celah sisi/pipi mulut anak itu.
jangan baringkan ia semasa disusukan, takut nanti dia tersedak masok susu dalam peparu.
yang penting suhu sekitar anak itu perlu dijaga. jangan biarkan dia sejuk.
pembahagian susu tu perlu kerap, 0.3-05ml pada setiap kali bagi, kalau boleh 2-3jam sekali.
semoga berjaya :D

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*