Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Ahad, 27 September 2009

*.* In-Breeding Cacat/Bengong/Terencat/Tak Sihat/Kurang Vitamin C/Kurang Daya Tahan Penyakit *.*

Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
memang akan dicrosskan lagi... tapi tggu anak dia besar la... mintak2 anak rabbit tu ade yg betine.. nanti blh la crosskan balik ngan bapak dia...
Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
uiks? sumbang mahram~...
Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
terpakse la.. dah tak de ND lain...
Aku cuma nak beri peringatan/nasihat... sebagai penternak, kita harus bertanggungjawab & beretika supaya menentukan:
  1. Ternakan dlm jagaannya, sihat serta dibela secara berperikemanusiaan.
  2. Ternakan dlm jagaannya diberi makanan berkhasiat & secukupnya.
  3. Sentiasa memperbaiki pembiak-bakaan & tidak mengamalkan "in-breeding" kerana ini boleh menyebabkan kelemahan & kecacatan "gene pool" dlm ternakannya.
Kelemahan baka dari syah84 tu akan memberi kesan negatif kpd pembeli & breeder yg beli dari syah84 pula nnt... So, cubalah kita lihat jangka-panjang... jgn ambil jln singkat/mudah... __________________
Capt (Rtd) Zaman

Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
dari pembacaan saya kat blog org putih, depa kata bapak+anak / mak+anak dibolehkan... tapi kalau adik beradik tak boleh...
Blog mana tu... tak semestinya org putih tu semuanya betul...

bapak X anak / mak X anak / adik beradik x sama sendiri... sama je = chances 25% (tertinggi) dari segi traits & risks...

tp aku quote dr Wiki, "Inbreeding is breeding between close relatives, whether plant or animal. If practiced repeatedly, it can lead to exposure of recessive, deleterious (harmful to health or well-being) traits. This generally leads to a decreased fitness of a population"...

Inbreeding may result in a far higher phenotypic expression of deleterious (memudaratkan/membahayakan) recessive genes within a population than would normally be expected. As a result, first-generation inbred individuals are more likely to show physical and health defects, including:
  • Reduced fertility both in litter size and sperm viability
  • Increased genetic disorders
  • Fluctuating facial asymmetry
  • Lower birth rate
  • Higher infant mortality
  • Slower growth rate
  • Smaller adult size
  • Loss of immune system function
__________________
Capt (Rtd) Zaman

Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
tah la... ade byk pendapat... jd gne la pendapat yg rase2 terbaik utk kite... bg yg kurang ongkos mcm saye nie, memang terpakse gune kaedah inbreeding..

p/s:- pd pendapat saye inbreeding nie memang tak leh nak elak.. kalau sekor arnab saye beranak... past ade org nak beli sepasang anak arnab, takkan la saye tak nak jual pulak? kalau perkare nie terjadi kat capt, ape yg capt akan buat?
Normally crossing anak kpd bapa atau emak (in-breeding) hanya dilakukan oleh experience breeder yang tahu akan susur galur dan health history line mereka. Itu pun jika anak itu dari kualiti yang superior, rare breed, hampir pupus. Dan selalunya ia hanya dilakukan sebagai 1 off practice.

Jika dlm kes takde ongkos spt Syah ckp, saya sarankan lebih baik Syah buat line-breeding daripada in-breeding. At least, risiko genetic defect dpt dikurangkan.

Secara general, in-breeding mmg tak bagus. __________________
Lawati lah blog saya....

Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
tah la... ade byk pendapat... jd gne la pendapat yg rase2 terbaik utk kite... bg yg kurang ongkos mcm saye nie, memang terpakse gune kaedah inbreeding..

p/s:- pd pendapat saye inbreeding nie memang tak leh nak elak.. kalau sekor arnab saye beranak... past ade org nak beli sepasang anak arnab, takkan la saye tak nak jual pulak? kalau perkare nie terjadi kat capt, ape yg capt akan buat?
Pada aku tiada istilah "TERPAKSA" dlm hal ni... sbb takda pihak yg memaksa... cuma mungkin keadaaan dan didorong oleh perasaan tamak (krn nak cepat menjual) shj.

Sebagai breeder... kalu aku tahu seseorang breeder yg mengamalkan in-breeding atau apajua practice yg tak beretika... aku akan:
  1. Avoid sebarang transaksi bisnez dgn breeder tsb.
  2. Boycott breeder tsb.
  3. Beritahu org lain & kenalan kita (network/circle) supaya elakkan beli baka dari breeder tsb.
Cara kami QC biak-baka i.e. arnab & kucing:
  1. Rekod "lineage" baka dari mula kita beli / perolehi. Pastikan status pertalian darah setiap satu.
  2. Rekod mengawan (kalu arnab = buck & doe yg mana) (kalu kucing = sire & dam yg mana) tarikh, berapa kali mengawan, condition dll.
  3. Rekod anak (berapa ekor beranak, hidup berapa, mati berapa, hidup hingga cerai susu berapa, berat/tumbesaran dll).
Kami akan beritahu/nasihatkan pembeli:
  1. Pertalian darah anak yg dibeli tu...
  2. Biasanya kalu takda choice lain, kami akan nasihatkan beli yg pejantan dulu (kot manapun kalu nak biak, pejantan harus lebih tua dari induknya) dan tunggu induk dari litter & parent yg lain.
  3. Atau beli induk dari breeder yg lain.
Apa yg disarankan ni basic... mungkin breeder lain boleh tambah lg pendapatnya.

Memang buat masa ni tiada rule & kawalan... tapi ETIKA adalah bawah kawalan & conscience (moral judgement) sendiri... dan harus dititikberatkan oleh sesiapa yg berhasrat nak jadi breeder secara jangkapanjang.

Even utk unggas... i.e. broodstock / foundation stock Ayam Mutiara aku dibeli dari >10 breeder yg berasingan... jd chances % utk in-breeding diminimakan. Aku akan beli berperingkat2... tak sekaligus.

Aku mohon maaf kalu ada yg "kurang senang" dgn pendapat ni... tp ni utk long-term... it's not PURELY about making money. __________________
Capt (Rtd) Zaman

Quote:
Originally Posted by Eudrillus View Post
Pada aku tiada istilah "TERPAKSA" dlm hal ni... sbb takda pihak yg memaksa... cuma mungkin keadaaan dan didorong oleh perasaan tamak (krn nak cepat menjual) shj.

Sebagai breeder... kalu aku tahu seseorang breeder yg mengamalkan in-breeding atau apajua practice yg tak beretika... aku akan:
  1. Avoid sebarang transaksi bisnez dgn breeder tsb.
  2. Boycott breeder tsb.
  3. Beritahu org lain & kenalan kita (network/circle) supaya elakkan beli baka dari breeder tsb.
Cara kami QC biak-baka i.e. arnab & kucing:
  1. Rekod "lineage" baka dari mula kita beli / perolehi. Pastikan status pertalian darah setiap satu.
  2. Rekod mengawan (kalu arnab = buck & doe yg mana) (kalu kucing = sire & dam yg mana) tarikh, berapa kali mengawan, condition dll.
  3. Rekod anak (berapa ekor beranak, hidup berapa, mati berapa, hidup hingga cerai susu berapa, berat/tumbesaran dll).
Kami akan beritahu/nasihatkan pembeli:
  1. Pertalian darah anak yg dibeli tu...
  2. Biasanya kalu takda choice lain, kami akan nasihatkan beli yg pejantan dulu (kot manapun kalu nak biak, pejantan harus lebih tua dari induknya) dan tunggu induk dari litter & parent yg lain.
  3. Atau beli induk dari breeder yg lain.
Apa yg disarankan ni basic... mungkin breeder lain boleh tambah lg pendapatnya.

Memang buat masa ni tiada rule & kawalan... tapi ETIKA adalah bawah kawalan & conscience (moral judgement) sendiri... dan harus dititikberatkan oleh sesiapa yg berhasrat nak jadi breeder secara jangkapanjang.

Even utk unggas... i.e. broodstock / foundation stock Ayam Mutiara aku dibeli dari >10 breeder yg berasingan... jd chances % utk in-breeding diminimakan. Aku akan beli berperingkat2... tak sekaligus.

Aku mohon maaf kalu ada yg "kurang senang" dgn pendapat ni... tp ni utk long-term... it's not PURELY about making money.
Rasanya Capt dah cover the whole essence about breeding.

In fact in all type of breeding, individual with unwanted trait should be spayed/neutered.
Sbb tu lah dlm pedigree breeding, kita ada pet, breeding, show quality.

Tp memandangkan kita tidak menjurus ke pedigree breeding; sekurang2nya kita kenalah cuba elakkan penghasilan baka yang tidak sihat.

Saya practice spay/neutered untuk pet quality kittens. __________________
Lawati lah blog saya....

Quote:
Originally Posted by Newhillz View Post
Normally crossing anak kpd bapa atau emak (in-breeding) hanya dilakukan oleh experience breeder yang tahu akan susur galur dan health history line mereka. Itu pun jika anak itu dari kualiti yang superior, rare breed, hampir pupus. Dan selalunya ia hanya dilakukan sebagai 1 off practice.

Jika dlm kes takde ongkos spt Syah ckp, saya sarankan lebih baik Syah buat line-breeding daripada in-breeding. At least, risiko genetic defect dpt dikurangkan.

Secara general, in-breeding mmg tak bagus.
Yes, normally one-off utk rare & extinct species atau kalu SUPERIOR characteristics of SHOW quality... that's the exception... tu pun kalu seseorang tu benar2 faham genetic traits, dominant & recessive etc.

In this case... dia takleh nak buat Line breeding lg sbb tu foundation stock nya... takda great grandparent or grandparent stock lagi...

So, just imagine pet quality... bapa x anak... kemudian anaknya nnt sepasang dijual pada breeder lain... & breeder tu plak kahwinkan lg dah jd... abang x adik... and so on... tu yg dimaksudkan risiko deleterious (harmful to health or well-being) traits...

Nak senang buat out-crossing je lah... __________________
Capt (Rtd) Zaman

Quote:
Originally Posted by Newhillz View Post
...In fact in all type of breeding, individual with unwanted trait should be spayed/neutered.
Sbb tu lah dlm pedigree breeding, kita ada pet, breeding, show quality.

Tp memandangkan kita tidak menjurus ke pedigree breeding; sekurang2nya kita kenalah cuba elakkan penghasilan baka yang tidak sihat.

Saya practice spay/neutered untuk pet quality kittens.
Ya, ni kita belum cerita pedigree breeding lg... sbb lebih complex & stringent control... kalu boleh, kita cuba start practice yg basic dululah. __________________
Capt (Rtd) Zaman
ESI Agrotech... "Use Organics... Let's Green the Earth"
(Environmental Solutions Integrated)
Vermiculture * Vermicomposting * EM Technology™
Mobile: +60.12.2072460 email: query.agrotech@esi-group.com.my

Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
kalau gitu, nanti bile anak ND tu dah besar, blh la kawinkan dgn ND capt... blh ker?
Kita kena tgk dulu kualiti anak yg terhasil...ada ciri ND tak...yg takde ciri2 yg dikehendaki tu kira "pet" kualiti.

Yg mirip pada ND tu baru jd "breeding" kualiti dan digunakan untuk pembiakan.

Untuk membuat pemilihan, Syah kena well verse tentang standard ND dulu.

Quote:
Originally Posted by syah84 View Post
macam mane nat wat out-crossing?
Apa yg Syah buat skrg ni dipanggil out cross.
Jantan baka yg terpilih dicross dgn female dari line lain atau sebaliknya

Dlm kes Syah, untuk hasilkan baka yang kecil yg mirip ND, induk & pejantan seharusnya dari individu yg kecil

Pemilihan dibuat pada anak2 yang terhasil. Part ni bergantung kepada how strong genetic ND Syah. Mungkin semua anak dlm litter ni tak boleh digunakan untuk future breeding.

Jika ada anak yang berpotensi, ia akan di out-cross lg dengan arnab daripada line yang tidak berkaitan.

Pemilihan pada bibit terhasil dibuat lg. Proses ini diulang sekurang-kurangnya 3 generasi sebelum Syah boleh buat line breeding.

Kebaikan out crossing,
  • Kita dpt increase gene pool.
  • Kita dpt menghasilkan generasi yang lebih vigorous (tertakluk pada parentage yg kita guna)

Keburukan
  • Teknik ni bukan untuk mereka yang nak cepat lihat hasil.
  • Potensi untuk kita menyebarkan genetik yg tidak baik ke dalam lineage tetap ada. Cth jika salah satu induk yg digunakan itu ada genetic defect yang recessive, ciri ni tetap boleh diturunkan ke anak2 dan generasi seterusnya.

Secara keseluruhan, breeding tidak semudah mengkacukkan seekor arnab betina dan arnab jantan...

p/s: Capt, ada apa2 nak tambah? __________________
Lawati lah blog saya....
1) Petani hujung minggu
2) Arnab di Melaka
3) Vermikompos
4) Mount Ophir Cattery
5) Perfume Original Harga Runtuh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*