Selamat mencuba~!
Sepintas Lalu Arnab Kiut
- Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.
Halatuju Arnab Kiut
- Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.
Operasi Arnab Kiut.
- Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
- Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
- Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
- Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
- Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
- Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
- Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
- Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
- Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.
- Arnab Kiut (001993569-U)
- No 6, Jalan Sungai Mulia, Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.
- Laman Blog Rasmi : www.ArnabKiut.blogspot.com
- Laman Fan Page Rasmi : www.facebook.com/ArnabKiut
- Laman Blog Mini : www.twitter.com/ArnabKiut
- Email Rasmi : ArnabKiutRabbitry@gmail.com
- No Tel : 019 3737311 (Ahmad Fahmi Alias, Pengurus)
Pengikut
*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*
Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur
Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio
Selasa, 31 Mac 2009
*.* Bagaimana ingin menyuntik Ivermectin (Cara dan Dos) - PART 2 *.*
Selamat mencuba~!
*.* Bagaimana ingin menyuntik Ivermectin (Cara dan Dos) - PART 1 *.*
Vet ti bagitahu kawan inject kat bawah kulit di tengkuk (kawasan yg banyak kulit la) Dan seorang pembantu perlu memegang arnab itu untuk mengelakkan ia dari meronta2.
Antara advice dari vet itu ialah:
- Beli ivermectin 1% 100ml pada harga RM75 sebotol
- Dapatkan penyuntik dan jarum yg paling halus.
- Sediakan kain bersih utk bersihkan jarum selepas sekali jab.
- Satu sessi boleh pakai 1 jarum tiga kali (dibersihkan sebelum jab arnab lain)
- Cucuk jarum ketampok botol, Tonggengkan botol ivermectin.
- Dapatkan 0.3mL, jentik sikit jika ada bubble.
- Tekan penyuntik sampai terpancut keluar 0.1ml , so baki 0.2mL.
- Ingat!! jangan suntik udara kedalam badan arnab.
- Picit2 sket bahagian yg hendak dicucuk, biar kebas2 sikit.
- Cubit dan tarik sedikit kulit atas tengkuk.
- Cucuk pada bahagian cubitan seberapa cepat yg boleh, tekan penyuntik.
- Tarik secara pantas.
- Gosok2 dan lurut bahagian yg dicucuk tadi agar ubatnya meresap ke bahagian lain.
- Ulangi suntikan itu selepas 2 minggu supaya telur parasit & kutu yg baru menetas juga dihapuskan.
- Suntik semua arnab yg berkongsi cell dan kandang yg sama.
- Ingat !!! hanya 0.2ml bagi arnab yg bersaiz 1~2kg, dan 0.1mL untuk arnab dibawah 1kg.
Arnab yg baru disuntik akan mengeliat atau termenung sebentar.
Sila betulkan saya jika ada kesilapan. - Jangan over dose atau anda akan menjadi "PEMBUNUH ARNAB SENDIRI"
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah.
Isnin, 30 Mac 2009
*.* Hari ke-12 dan 13 *.*
*.* Perkongsian Maklumat dr BJM- Sun Shade dan Ivermectin(kadar) *.*
Menternak arnab projek kedua kami.. Projek pertama ikan keli...hampeh...!!! Thank you kepada bro joe atas tunjuk ajar untuk start projek arnab nie... Rasa berbaloi bila dapat 25ekor anak arnab - first batch Kalau nak tengok gambar2 bunnies kami, layarilah http://sites.google.com/site/purplerabbit75/ |
Selamat Datang ke thread ini.
Kwn ni pon tak pandai mana pun.
Arituh kebun kawan pun kena comments dek sorang doktor vet.
Kawan tuliskan disini komen2 itu untuk dikongsi bersama:
1-Katanya waktu tengahari kalu arnab kita bernafas bergegar, maksudnya suhu terlalu tinggi bagi arnab...dia suruh kawan cover seluruh kaw. pakai sun shade 70%.
2- Untuk upgrade air ventilation kita kena pakai kipas blower dan vacum.
3- Jgn tunggu ada kurap baru nak take action, jiga arnab kita tergaru2, mungkin ada serangan kutu dan aneka jenis parasit dan kuman2. So bagi suntikan ivermect 1% pada kadar 0.2ml pada SEMUA arnab dewasa dan 0.1ml pada SEMUA arnab remaja.
Semalam kawan dah jadi pakar suntik, Semua arnab dalam simpanan kawan termasuk yg tinggal diluar kandang telah kawan suntik dengan jayanya.
Pagi tadi check alhamdulillah, semuanya masih OK, tiada yg mati (risau gak overdose).
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah.
Sabtu, 28 Mac 2009
*.* Perbandingan Peratus Protein Dalam Rumput Mengikut Jenis Rumput *.*

Berikut ialah jenis-jenis rumput dan kandungan protein yang terkandung didalamnya.
Perhatian! Tujuan menjelaskan kandungan protein sekadar ingin menerangkan dan menjelaskan bahawa rumput jenis Napier salah satu pilihan terbaik dijadikan makanan pemangkin menggantikan sebahagian diet pallet untuk diberi kepada arnab.
*Carta diatas ihsan(dengan kebenaran) En.Syam (http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/)
Jumaat, 27 Mac 2009
*.* Statistik Pelawat dari 20/03/09-26/03/09- Nuffnang *.*

*Carta statistik ihsan dari laman Nuffnang.com.my(klik gambar untuk melihat statistik dengan lebih jelas)
-ArnabKiut(iceburn) Bukan Sekadar Blog-
Selasa, 24 Mac 2009
*.* Usia Kami Dah 6 Hari *.*
*.* Hama Telinga (Ear Mites)- Rawatan dan Pencegahan *.*

Arnab yang dipelihara di luar rumah selalunya mudah untuk dijangkiti atau dihinggapi oleh hama telinga(ear mites). Hama telinga bukanlah sesuatu yang dianggap terlalu serius(jika dikawal), tetapi jika ianya dibiarkan, penyakit ini boleh membawa kepada jangkitan(boleh juga membawa kepada kematian) dan mengakibatkan pekak.

Jika arnab anda dijangkiti hama telinga, anda akan mendapati telinga arnab tadi terdapat bahan seperti lilin(waxy) berwarna coklat didalam lubang telinga samada disebelah atau kedua-dua belah. Anda akan mendapati arnab anda selalu menggaru-garu dan menggoyangkan kepalanya lebih dari selalu yang dilakukan pada kebiasaannya(sebelumnya). Selepas sehari dua bahan coklat tadi akan berkerak(keras) dan berkeping. Arnab anda juga akan mengalami kesan-kesan tanda calar didalam telinga.

Kaedah merawat bagi penyakit ini agak mudah. Terdapat beberapa cara pengendalian dan jenis rawatan yang boleh

Untuk rawatan menggunakan minyak:
Panaskan minyak dengan suhu 'suam-suam kuku'(lukewarm).
Gunakan penitik atau picagari plastik tanpa jarum.
Pada hari pertama, titikkan 2-3 titik didalam telinga dan dengan lembut urutkan bahagian asas(luaran) telinga. Anda juga boleh menggunakan putik kapas bagi tujuan melumurkan dan meratakan bahagian didalam telinga.
Lakukan pada hari ke-2,4,6,8 dan 10(seperti hari pertama).
Lakukan lagi rawatan pada hari ke 14, 21 dan 28. Telur hama boleh hidup sehingga 21 hari justeru itu pastikan rawatan diberi mengikut hari yang ditetapkan.
Dengan rawatan ini, jangkitan hama ini sepatutnya terhapus.
Jangan tanggalkan kerak yang terdapat didalam telinga arnab. Ini akan mengakibatkan keadaan luka terbuka, luka akan menyebabkan jangkitan. Ia juga mendatangkan kesakitan kepada arnab anda. Kerak/Kuping itu akan tertanggal dengan sendiri dan akan dikeluarkan bila arnab anda menggoyangkan kepalanya.
Bukanlah satu tindakan bodoh jika anda membersihkan dengan mencuci bahagian telinga(telinga sahaja!) di hari-hari ganjil semasa proses(3,5,7,9). Ini dapat membantu mencegah jangkitan dan juga dapat membantu proses rawatan tersebut. Sekali lagi, berhati-hati jangan memberi tekanan kepada arnab anda dengan menanggalkan/mencabut kerak/kuping.


Kaedah Pencegahan(Persekitaran)
Kaedah pencegahan untuk ianya berlaku lagi ialah, dengan membersihkan sepenuhnya kandang arnab anda, cuci dengan dettol/klorox/racun rumpai dan serangga. Lakukan dengan menyembur kawasan kandang termasuk bahagian dalam dan luar. Terlebih dahulu asingkan penghuni kandang(arnab anda~). Biarkan dalam sejam dua, selepas ianya kering, siram dengan air paip dan biarkan kering, selepas kering semburkan semula dengan racun serangga/rumpai tadi(saya terlupa nama racun) dan lakukan semula seperti mula-mula. Selepas dibilas dengan air, tunggu dalam 4-5 jam, selepas diyakini kering sekering-keringnya~ bolehlah masukkan kembali arnab tadi kedalam kandang. Diberitahu juga oleh vet saya, keadaan suhu yang dingin juga dapat membiakkan hama dengan cepat, jadi pastikan keadaan dalam kandang dengan suhu yang normal, kalau boleh waktu malam sediakan tirai atau bidai menutupi kandang-kandang anda. Okie?
-ArnabKiut Blog (Bukan Mengadu Nasib, Tapi Menuntut Hak!)
Sabtu, 21 Mac 2009
*.* Menumpangkan Anak ke Ibu Susuan (Ibu Tumpang) *.*
Tips/Cara menumpangkan anak ke ibu susuan.(Bro.Joe Mendula via SMS)
- Keluarkan ibu susuan(ibu yang akan diberi anak angkat) dari kandang/tempatnya.
- Pilih anak tumpang(yang agak tersisih, perut agak kurus dan kempis).
- Gosok-gosok atau belai-belai ibu tumpang bagi menenangkannya, disamping bertujuan memindahkan bau badan ibu tumpang ke tangan kita bagi urusan seterusnya.
- Ambil anak tumpang tadi dan gosok-gosok/usap beliau ke badan ibu tumpang (tujuan bagi memindahkan bau badan ibu susuan yang baru ke badan anak angkatnya).
- Ambil bulu-bulu yang terdapat didalam kotak beranak(nestbox) ibu susuan dan lumurkan keseluruh badan anak tumpang.
- Akhir sekali, bolehlah meletakkan anak tumpang beserta bulu yang dilumurkan tadi kedalam kotak berkedudukan dicelah-celah adik-beradik angkatnya yang baru.
-ArnabKiut (Bukan Sekadar Blog)
Jumaat, 20 Mac 2009
*.* Statistik Pelawat dari 13/03/09-19/03/09- Nuffnang *.*
*.* Hilangkan kekotoran ditapak kaki arnab?? *.*
![]() |
Cuba elakkan dari merendam kakinya dalam air, umumnya arnab benci pada keadaan lembab atau berair,
Kulitnya sangat sensitif lak tuh - terutamanya pada kaki, diaorang hanya ada selapis bulu diantara kulitnya dan lantai, so jika bulu itu tertanggal mereka akan jadi sangat tidak selesa.
Jadi tekniknya adalah, letakkan tuala mandi didasar sebuah besen, masukkan air suam sekadar menenggelamkan sedikit tuala tadi (sangat cetek dan tidak melepasi ketinggian tapak kakinya, sekadar untuk membersihkan bahagian yang kotor itu).
Biarkan ia berjalan diatas permukaan berair itu, tuala didasar besen itu akan bertindak sebagai ejen penggosok. Tapi kawal jugaklah agar dia tidak cuba untuk melompat keluar.
Kebanyakkan arnab akan cuba melepaskan diri dari suasana begitu kerana mereka tidak suka pada air melainkan bagi kes2 terpencil.
Setakat yang saya selalu jumpa, air mandian ini hanya mendatangkan stress pada arnab...huhuhu.
Jika teknik ini tidak berkesan, terpaksalah nenas beli syampu yang paling mild pada kadar yg sikit jer (cthnya syampu utk baby yg tidak memedihkan mata tu atau untuk syampu utk pet). Tapi kain kat dasar besin tu kena ada gak.
Tapi pastikan awak lapkan kaki arnab tuh sampai kering lepas abis proses tadi.
Apa pun kan mencegah adalah lebih baik dari mengubati.......!!!!
Pastikan jaring sangkar anda itu bersih, supaya kaki dia tak jadi kotor...itu yang paling betul.
Kawan pun boring kalau borong arnab, dapat yang kaki "Kepam". Jadi maksudnya customer kita pun akan rasa tak syok.
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah.
Capt (Rtd) Zaman
ESI Agrotech... "Use Organics... Let's Green the Earth"
Vermiculture * Vermicomposting * EM.1 Technology
Mobile: +60.12.2072460 email: query.agrotech@esi-group.com.my
Blogspace: http://www.zzlittlefarm.blogspot.com/
Khamis, 19 Mac 2009
*.* HaloOooOO DoNia~!!! *.*

Ibu arnab yang warna oren aku beli kat apek Ulu Yam dah beranak~ nih anak yang warna oren, ada tujuh ekor~nyit-nyit~ rasa nak picit~ HAHAhAhAH
(lahir pagi tadi... 19/03/09)

Rabu, 18 Mac 2009
Isnin, 16 Mac 2009
*.* Niple Bottle 'Living World' 950ml *.*


- Isian maksimum hampir 1Liter (950ml / 32.123 oz)
- Sesuai untuk arnab dan guinea pig.
- Jenama 'Living World'
- Kertas label kat belakang tu, panjang dari atas sampai bawah lebihkurang 1kaki(30.48cm).
COD, call saya dinombor 017-3030433/019-3737311 Fahmi
*.* Pallet/Makanan Arnab Bengy 6088 DiJual *.*

Pallet jenis ini baik untuk arnab kerana kandungan nutrisi didalam makanan
dijelaskan di atas pek, sesetengah pallet arnab yang lain tidak menjelaskan
isi kandungan nutrisinya.
Anda boleh terus datang ke kandang ternakan kami di Setapak, 15 minit dari Kuala Lumpur.
Pembelian dengan jumlah yang banyak boleh diberi pertimbangan harga. Pemborong
juga di alu-alukan.
Sasaran jualan kami ialah Penternak kecil-kecilan, bagi menampung kenaikan
harga pallet arnab dipasaran.
Dengan harga satu guni/pek 25kilo RM40, harga untuk sekilo hanya RM1.60 sahaja!! Harga biasa di kedai runcit/haiwan RM2.50-RM3.00(Itupun jenama biasa).
Dibawah ialah kandungan Nutrisi yg terdapat didalam pallet:-
Bengy-6088
Crude Protein (min).....15%
Crude Fat (Min).........3 %
Crude Fibre (Max).......15%
Moistre (Max)...........13%
Calcium.................0.8~15%
Phosphorus(min).........0.5%
Kami juga menyediakan makanan arnab dari jenama Bengy yang lain. Harga akan
diberi atas permintaan.
Price: RM 40
Sila hubungi 017-3030433 / 019-3737311
Ahad, 15 Mac 2009
*.* Ternakan untuk Peroleh Wang(Bukan buang masa) *.*
Alhamdulillah, tapi....Shhh..Ery nih, skang kita tak leh kaitkan arnab dan pendapatan atau "Arnab Untuk Wang". Kita semua disini sedang diserang hendap kerana dikatakan meletakkan "pocket money" sebagai motivation. Maklumlah kita tak menyayangi arnab tuh sejak umur 7 tahun. Tapi takpelah....kawan pun tak jual cert....tak jual pedigree....kawan jual arnab sahaja.... Just nilaikan antara AirAsia dan apa2 airlines tambang mahal yg lain. Masing2 ada misi dan visi tersendiri...... Bagus...bagus, kawan pun semakin teruja untuk layan baka holland lop ini, tak cukup ngan holland lop, skarang nih seal point cashmere lop kwn pun semakin meningkat dewasa. Don't worry, kawan akan sentiasa membelai mereka setiap hari, juga..... kawan akan bercakap dengan mereka... Bab crown dikepala holland lop tuh....don't worry, meeting specifications, bab angle kejatuhan telinga pun.....excellent. Tapi bab harga.....ala2 AirAsia. Bila tiba masanya, kawan akan publish di semua public advertisment portal, diblog dan bleh wat brochure sekali. Motivation sebenar adalah....arnab mampu milik oleh semua golongan, bukan "WANG". Tuduhan itu melulu. |

aku pon seperti apa yang ako rasa benar(secara peribadi), industri penternakan arnab haruslah diberi peluang untuk sama2 bersaing dalam pasaran, bukan lagi dimonopoli oleh segolongan sahaja, biar semua orang mampu milik dan terpulang kepada individu untuk memperlakukan arnab milik mereka dengan apa cara sekalipon. pandangan sempit yang mengatakan arnab jenis nih kelas atasan, arnab jenis nih kelas bawahan, tidak benar, ia tergantung keatas bahu setiap individu untuk mengaplikasikan apa sahaja keatas milikannya. tak salah kalau ada yang nak sembelih buat lauk holland lop lepas nih, jangan rasa bersalah, hak tetap hak. tidak ada sesiapa yang boleh dan mempunyai imuniti untuk menetapkan cara dan melabel orang lain.
aku tetap dengan pendirian aku, selagi boleh kongsi, aku kongsi, takda ilmu yang boleh aku simpan sendiri tanpa perkongsian. ilmu semua tu aku kutip dari orang lain, jadi ia juga milik orang lain untuk disampaikan dan dikongsi.
-------------------------
*.* ArnabKiut Blog-Kongsi- *.*
Jumaat, 13 Mac 2009
*.* Buek Sendiri Kotak Sarang Ibu Bersalin (Nestbox) *.*

- Papan lapis dengan keluasan 4'x8' kaki dengan ketebalan 3/4'' inci.
- Gergaji(Nak senang kalau ada jenis mesin).
- Dawai sangkar berukuran 1/2"x1"inci atau 1/2''x1/2''inci pun boleh.
- En.Tukul dan Pn.Paku.




Khamis, 12 Mac 2009
*.* Statistik Blog ArnabKiut *.*

*.* Diet Asas Seekor Arnab *.*

- Air yang bersih.
- Pallet yang segar dan baik.
- Jerami (Hay).
- Sayuran (pilihan/ sila rujuk di bawah)
- Kudapan (pilihan/ sila rujuk di bawah)
Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.
Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan)
- Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
- Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
- Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
- 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
- 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadi lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)
Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)
- Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
- Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
- Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
- Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
- Kudapan.(pilihan)
Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)
- Tiada had pemberian jerami.
- 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
- Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
- Kudapan.(pilihan)
Arnab Otai (selepas 6 tahun)
- Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
- Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
- Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.
Jerami (Hay)
- Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
- Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
- Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
- Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.
Pallet
- Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
- Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.

Sayuran dan Kudapan
Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.
Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~
Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu). JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.
Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua... eheheheh
okie~ itu sahaja... bye~!

Isnin, 9 Mac 2009
*.* Komen Balas Isu Kuping/Kudis/Kurap *.*
4 ulasan:
- Tanpa Nama berkata...
-
kat keliling mata pun ade kudis nih... kang sapu minyak kang x buta ker rabb nih..???
cian aku tengk...
bawak g vet pun cam x de kesan jer nih... - 2009 Mac 3 00:53
- Ezzra berkata...
-
sifoo...
nak g lebat bulu nak guna ape plak??? - 2009 Mac 3 00:57
- iceburn berkata...
-
en. Tanpa Nama,
kalau sapu minyak kelapa tak mendatangkan mudarat sampai buta la (serasa saya), tapi bawak pegi vet pon takder kesan, macam kritikal jer penyakit dia, usaha dulu dengan sapu minyak goreng ikan, biar kawasan tu lembab supaya kuping tidak begitu menyakitkan arnab.
usaha dulu, penyingkiran arnab adalah pilihan terakhir... asingkan arnab tu dengan arnab yg lain... kandang kasi bersih, cuci dan sembur dengan klorox... - 2009 Mac 4 18:40
- iceburn berkata...
-
Ezzra
choiiiiii~!!!
jangan panggey gua sifoo~ marah otai2 gua nanti~ huuhuhuHuHu
ada petua nak bagi arnab bulu dia cantik dan lebat, tapi sanggup dengan tidak jer la, ada otai2 yg cakap, bagi minum sesudu minyak zaitun. petua ni selalu digunakan untuk bulu dia berkilat, kadang2 penternak/penjual akan beri masa sehari sebelum arnab akan dipasarkan.
tapi kalau ikot teori dik.. arnab nih kena tengok baka dia jugak, kalau arnab tu dah peringkat F4-F5 ke, walaupon datuk dia anggora bulu lebat, tapi dia dah keturunan yg keberapa ntah, bulu datuk dia yg lebat tu dah tak lebat bila sampai ke dia. masalah ni terjadi jugak kepada masalah 'In-Breeding'
boleh rujuk di bahagian ni
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/01/repost-dari-bj-forum-ori-dari-komen.html - 2009 Mac 4 18:49

*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.
-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.
**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**
Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan
"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242
View Larger Map
Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik
Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.
Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)
Yuran :- RM100/peserta.
- Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
- Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
- Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
- Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.
"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm
Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..
Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my
KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)
TABUNG PEMBELIAN BAS
Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.
Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!
Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm
ALAMAT & PENGURUS:
RUMAH KASIH HARMONI - RKH
No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my
PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:
HP: 019-3133430 / 013-6397015
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*


























Assallamualaikum!, Terima kasih diatas minat tuan utk memelihara arnab.Walau apapun tujuan ternak @ bela arnab, potensinya cukup memberangsangkan. Produk yg mempunyai pasaran yg tersendiri samada untuk hobi ( pet ), daging ( meat ), perubatan ( medical ), Tarikan taman permainan dan sebagainya. Sedikit info utk pengetahuan tuan. Penternakan arnab di Malaysia masih lagi pada skala kecil tetapi permintaan amat tinggi. dgn kapasiti penduduk berjumlah hampir 24 juta, pasaran domestik utk pet amat tinggi sekali kerana memang sifat rakyat malaysia amat penyayang. sekurang-kurangnya 1% @ 240 ribu rakyat Malaysia memelihara pelbagai spesis haiwan utk hobi semata-mata dan dari 240 ribu itu, dgn mengambil kira hanya 10% yg bela arnab bermakna 24 ribu ekor setahun @ 2000 ekor sebulan. Jika dibuat pecahan ikut negeri, secara purata setiap negeri semenanjung memerlukan 181.8 ekor anak setiap bulan!. Ini anggaran minima sahaja. Tetapi permintaan sebenar adalah jauh lebih tinggi. Berdasarkan maklum balas blog saya http://arnab-manja.blogspot.com , permintaan melebihi jangkauan. Kajian market yg tlh sy buat, utk daerah saya ( besut, Terengganu ) dgn kapasiti penduduk 200 ribu ialah 160 ekor sebulan ( ada 8 kedai haiwan ternak @ 20 ekor setiap kedai ), pasir puteh, bachok, melor, Kota Bharu ( Kelantan ) bilangan penduduk 500 ribu(15 kedai ternak haiwan bersamaan 300 ekor sebulan). Jadi permintaan sebenar sebulan utk area yg disebutkan ialah 460 ekor. Pengeluaran sy skrg hanya antara 50 – 80 ekor setiap 50 hari pd kadar RM6/ekor. Utk market bandar besar pantai barat tentulah lebih tinggi dgn kepadatan penduduk yg agak tinggi & harga seekor juga adalah tinggi, sekitar RM20 – RM35/ekor ( anak ) Dewasa RM50 – RM80. Produk berasaskan penternakan arnab seperti biojisim ( najis ), perubatan-ubat kuat ( arnab jantan boleh mengawan setiap lima minit & betina bila-bila masa jika diperlukan ), extract ( pati ), makanan segera ( burger, sosej dsb ) belum diterokai sepenuhnya. Permintaan utk daging juga tinggi.
Jadi inilah masa yg sesuai utk kita terokai alam penternakan arnab. Rebutlah peluang ini.