Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Ahad, 31 Januari 2010

*.* Hakikat Ternak Arnab Hari Ini - Episod 3 Serangan Yahudi Mabuk~ *.*

  • Guest kepenting dlm myrpa adalah untuk golongan yg tentu..siapa yang jawatan dlm myrpa diaorg lah yg untung..suma pun org2 depa jugak.
    Details 2010-01-31 10:55 AM
  • Guest so yang mana takda jawatan..koarg tgk dgn koarg pun depa potong/tekan harga brg yang depa jual..sorry apa yg saya kata ni agak kurang ajar.tp hakikat
    Details 2010-01-31 10:58 AM
  • Guest kta sama melayu tak kan maju.sb suma dok penting kan diri sendiri.bila sembang suma sembang kta tolong satu sama lain utk maju kan penternakan arnab
    Details 2010-01-31 11:01 AM
  • Guest yg tak seberapa ni..kursus sampai 4- 5 ratus apa jadah..come on ikhlas sket..kata hebat ms 80an tp tak ke mana kenpa?
    Details 2010-01-31 11:03 AM
  • Guest pikir sma kawan2.org nak buat duit mcm2 cita boleh buat.apa jd tahun 80an ttp akan jd balik..bla buat krusus suma hebat..siap ada mahaguru yg ajar.tp
    Details 2010-01-31 11:08 AM
  • Guest tahun 80an mahaguru pun jatuh..tgk david wong broga idup jer dr dlu..kenapa?
    Details 2010-01-31 11:08 AM
  • Guest sb cina tlg naik bangsa diaorg dan kta melayu dok jatuh kan bangsa sendiri..bla kena tegur tau2 nak angin..
    Details 2010-01-31 11:10 AM
  • Guest apa2 pun aku wish koarg the best..saya yg rasa bagus la.udah2 la mkn duit org.niaga kalu makn lbh pun tak elok.jgn sampai 1 hari nnt salah kn kerajaan
    Details 2010-01-31 11:12 AM
  • Guest jer.diri sendiri mau kena tgk dulu sahabat
    Details 2010-01-31 11:13 AM
Assalamualaikum,
Sila lihat perangai diatas ini. Anda sendiri boleh menilai perangai manusia jenis apa ini.
Saya dengan berani mencabar orang ini untuk tampilkan diri secara anak jantan(kalau dia perempuan.. takyah la... ini cabaran anak jantan yang ada Telo!)
Orang seperti ini la yang memusnahkan masa depan industri arnab. Mahukan semuanya percuma, tiada sifat give and take. Pergi rumah orang masuk terus ke ruang dapur, bukak periuk amik nasik dan lauk, makan tanpa segan silu....

Jawapan dari ako, yang rasanya orang ini sedang memperkatakan Blog ako,
Bro, aku dapat lubang nak beli barang sebab ako pandai... ako dulu dah kongsi dengan orang mana ako dapat barang² tu, tapi apa ako dapat? ako hidop dengan sumber camni,ko? ko mungkin ada kerja tetap, kerja ofis, kerja lain...

Ko sentuh pulak pasal En.Kamel. Memang dia penternak arnab dulu, tapi dari zaman tahun 90' bukan 80'... kat situ ko da salah... Dia dulu berjaya menternak, sampai ada stall jual arnab goreng, kapasiti keluaran fryer sebulan 1000 ekor. Induk maintain 300ekor. Dia keluar duit beribu-ribu belajar pasal arnab sampai Australia(ko? seringgit pon berkira...)

Mesti korang(termasuk ko) terpikir kenapa dia bleh stop dan brenti tak buat arnab lagi, sampailah sekarang(2009-2010). Aku bila dah borak panjang dengan dia, ako tanya dia, apa sebab utama ternakan arnab gagal tahun-tahun tu?
  • Networking problem, masa tu takda internet(murah dan efisyen... ko pon pakai internet nak maki orang), henset pon orang tak ramai pakai masa tu, yang ada pon telepon rumah, jadi tak efisyen, dia buat ladang arnab kat Perlis, bayangkan... market kat Perlis masa(90') macam mana...
  • Kesan dari penutupan AMLT(tau tak ko AMLT?), jadi salah satu lubang market masa tu takda... terkesan satu Perlis...
  • Selepas penutupan AMLT, sebahagian besar penternak arnab yang terkesan dengan penutupan tersebut, kebanyakan dari mereka di Perlis(sebelah utara Umumnya), mahu meneruskan sendiri menternak dan memasarkan arnab. Pernah ada yang mengutarakan penubuhan satu persatuan, tapi kebanyakan dari mereka samada tidak mahu atau tidak menghiraukan perkara ini. Mereka mahu memasarkan sendiri arnab mereka(seperti guest/ko), jadi.... seorang demi seorang gugur....
Mengenai jawatan didalam MyRPA, ako dipilih, bukan ako yang pilih diri ako sendiri. Kalau anda merasakan diri anda layak untuk menjawat sebarang jawatan didalam persatuan, sila ketengahkan diri anda, kalau orang ramai rasa ko layak, mesti ko akan dilantik jadi sultan punya... Setakat cakap bedegar-degar pastu sembunyi², macam arnab kena neut... eheheheh
Kalau masa mesyuarat tempoh hari, kenapa tak calonkan diri(klu malu, suruh la kawan calonkan), ko ingat ako nak sangat ke jawatan nih? menaip sampai pagi, kehulu kehilir, potostat apa bala, isap rokok banyak, kalau ko betul berani tampilkan diri ko, ako dengan rela hati bagi ko jawatan yang ako sandang, beserta dengan penarikan diri dari persatuan ni... berani??? lupa lak... ko penakut... takda.... ehehehe kena neut... lupa plak...

Ko betul sembah david wong kan? sebab tu tak perasan yang david wong buat kursus sampai RM1200, bawak pegi makan KFC lagi... eheheheh
anyway, terima kasih kepada ko, menjadi pembaca setia blog ako... walaupon bacaan ko percuma... ntah ernah ker tidak ko klik nuffnang punya iklan... maklumlah... anggapan ko semua orang dapat duit senang, makan angin dengan asap jer... ehhehehehe

Ka kami da buat RM100 dulu, kenapa tak join? kenapa nak kena tunggu? bila kami nak naik sampai RM500 melenting pulak ko... itula... kerja suka tangguh-tangguh... Tuhan marah...
Kan ko ada pilihan lain, ramai lagi orang buat kursus arnab, kenapa ko serang-serang orang(dah macam babi hutan... sondol² ehehehe), ko bleh pilih antara ramai-ramai yang buat kursus arnab, kenapa ko nak marah²? lupa plak... tabiat pondan memang camnih... eheheheh

dah la... tulis panjang-panjang pon bukan dapat bayaran... hUhUHuHuh ko kan suka baca percuma... eheheheh selamat bermuka tebal dan membaca secara percuma~

2 ulasan:

firdaus pandan berkata...

Assalamualaikum fahmi,

Aku rasa tak patut 'kutu' ni kutuk2 lu. Ilmu memang lah tuhan punya dan patut di kongsi tapi tak salah kalau dikenakan sikit bayaran. betol tak? Dont worry bro, aku pembaca setia blog ko dan akan skong ko.

Kepada 'kutu', lu tak payah lah nak kutuk2. sebenarnya orang mcm ko ni yang rosakkan orang melayu. Mana ada benda free lagi bro dalam dunia ni. Lu nak hantar anak pi sekolah SRK pun kena bayar yuran. Apersal lu tak marah plak kat kementerian pendidikan? pikir skit bro. Benda baru nak naik kita sama kita dah bercakar. Bila nak maju?

fahmi, agak2 bila kita leh lepak sama ni? asal call lu manjang bz ajer?

iceburn cartello berkata...

wsalam firdaus,
pasal komen ko, ako no komen... XD
pasal masa free? kebanyakan masa ako free adalah ketika orang lain sedang bekerja~ sabtu atau ahad mmg ako jrg free...
belanja makan la~ ada bran? AHHAhAHA

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*