Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Isnin, 24 November 2008

*.* Pagi Yang Indah - Protem Persatuan Penternak² Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) > MARBA *.*

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan rahmatNya, pada tanggal 22 November 2009 tempoh hari, hari yang penuh sejarah, telah termakbul segala doa-doa kalian wahai kekanda-kekanda dan sahabat-sahabat untuk kita semua berpayungkan di bawah satu naungan,
dengan ini, secara rasmi nya pelantikan Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) bagi Persatuan Penternak-Penternak Arnab Malaysia (Malaysia Rabbit Breeders Association) MARBA.
Mesyuarat yang bermula jam 9.00pagi dengan pendaftaran ahli seramai 53orang, telahpun bermula pada 10pagi dengan pembentangan kisah pengalaman dan pengkesahan ilmu dari beberapa Otai dan disambung pula dengan perkongsian maklumat pemakanan dari Dr Jaafar (X-Mardi).

Ahli JawatanKuasa Penaja(Protem) MARBA ialah:-

Pengerusi
Saudara En. Abdul Nasir Bin Hj Ali (Joe Mendula)

Naib Pengerusi
Saudara En.Zaha Salleh (ArnabManja)

Setiausaha
Saudara Ahmad Fahmi Alias (ArnabKiut)

Penolong Setiausaha
Saudara En.Zafarin (NSRabbit)

Bendahari
Saudara Hisham (Shamza)

Senarai AJK (terbahagi setiap negeri)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Saudara En.Kamil (Abg Kay)

Johor
Mohd Fuad B Mohd Hassan

Kedah
Khairil Azuan (Dehan2)

Kelantan
Azmi b. Harun

P.Pinang
En.Mohd Rifdi

Melaka
Syakirin

Dua lagi nama ini belum sempat saya menyemak tempat yang diwakilkan..
Jamhuri Osman
Sufian


Dari posting Bro Joe Mendula(Pengerusi MARBA)
Halatuju Persatuan Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MARBA)
  • Menyatukan golongan penternak arnab seMalaysia dibawah satu naungan.
  • Berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam teknik penternakan, pemakanan dan pemasaran produk berasaskan arnab.
  • Mendesak penglibatan jab2 kerajaan dan agensi2 berkaitan dalam membangunkan industri ini.
  • Mencuba untuk menubuhkan koperasi bagi mengadakan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan.
  • Membantu mempromosikan produk berasaskan arnab agar para penternak tidak ditindas oleh orang tengah yang tidak bertanggung-jawab.
  • Mengenalpasti baka-baka terpilih untuk jurusan pedaging dan arnab hias selain menetapkan speksifikasi ideal.
  • Menjadi rujukan atau hub kepada mana2 pihak yang mahukan supply atau mahu menjadi pembekal produk berasaskan industri arnab.
Usul-usul lain akan dibangkitkan dari masa ke semasa.
__________________
Kebun Arnab Ar Rasya

7 ulasan:

Zul berkata...

Bagaimana untuk saya menyertai MARBA?

E-mail : putra_black@hotmail.com
Tel : 012-6075703
Nama : Mohd Zulfadzly Bin Mohd Tumari

Saya berharap mendapat respon daipada pihak tuan secepat mungkin.

Terima kasih

iceburn cartello berkata...

nanti laman web MARBA yg rasmi akan dilancarkan, dalam tu ada e-form utk isi. tq~

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas layanan dingin yang diberikan. Jauh mengembara 4 jam, tapi Tuan Iceburn layan kami seperti musuh. Saya betul2 kecewa.

iceburn cartello berkata...

ler... sampai camtu sekali...
dengan kehadiran seramai 59 orang, termasuk yang tidak menyenaraikan kehadiran mereka didalam list kehadiran, saya tidak kenal semua yang hadir, anda pon tidak memperkenalkan diri anda kepada saya, layanan seperi musuh yang dimaksudkan itu macamana? adakah kerana ahli majlis mesyuarat tidak memberikan jawatan kepada saudara? adakah kami memulaukan cadangan dari saudara?
jika benar seperti apa yang saudara rasa ketika hadir ke majlis itu, saya berharap kita dapat bersemuka secara gentlemen, saya tidak dapat melayan semua orang pada waktu itu, kerana untuk pengetahuan saudara, hanya saya, en.kamel(pengerusi majlis sebelum pelantikan protem) sahaja yang bertungkus lumus untuk menyiapkan acara dan agenda, borang pendaftaran ahli di fotostat sebanyak 3 kali.
saya ketika ini didalam kerja² menyiapkan minit mesyuarat dan perlembagaan penubuhan. jika tuan rasa layanan kami untuk pihak tuan ketika itu seperti musuh, apa yang dapat saya katakan lagi...
ini adakah perjumpaan sulung, saya menjangkakan kehadiran sekitar 20 orang sahaja, tidak tersangka angka mencecah ke 60 orang. pada sesi suai kenal di kedia makan pon tidak ramai yang hadir, ramai yang balik cepat... saya pon tak paham kenapa ramai yang taknak bersuai kenal...
walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih dengan kehadiran pihak tuan² dan puan² diatas kehadiran ke mesyuarat ini.
tuan boleh perkenalkan diri secara personal dan membincangkan masalah yang tuan hadapi pada hari tersebut kepada saya melalui email atau telefon saya sendiri. saya sedia menerima segala jenis persoalan yang berbangkit.
nuckcull@gmail.com 019-3737311

iceburn cartello berkata...

untuk tambahan pengetahuan tuan,
kehadiran pada hari tersebut bukan semua datang dari info di blog saya(arnabkiut), ada yang dari bicarajutawan, ada dari arnabmanja, ada dari mulut ke mulut... saya amat kesal jika saya dituduh tidak mesra dan memusuhi sesiapa...
saya sekali lagi meminta maaf jika perkara ini menjadi sangat berat kepada saudara...

Newhillz Hairil berkata...

Kepada Tanpa Nama; saya rasa ini ada kaitan dengan nama samaran pemilik blog ni - IceBurn = Air Batu Bakar - Luar sejuk tp di dalam membara...

Unknown berkata...

choi! choi!choi! ahahahah
bro dari batu pahat... diharap dapat berbincang dengan sebaiknya mengenai permasalah bro...

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*