Kandang bersaiz 2x2x2kaki dengan berkapasiti 10 sel dua tingkat dibina menggunakan 70% bahan binaan baru dan selebihnya dari barangan terpakai/terbuang.

Penggunaan dawai mata punai bersaiz 1/2 x 1/2 inci, penggunaan dawai jenis ini adalah diatas sebab² harganya yg murah dan praktikal. Segulung RM90 harga kat sini.

Keadaan kandang yg hampir 50% siap dalam masa tak sampai sehari. Kelihatan didalam gambar, tingkat pertama yg menampung 5 sel tempat tinggal arnab yg setiap sel bersaiz 2x2x2kaki. Rangka untuk pintu dan sebahagian dinding tengah menggunakan kayu untuk siling(lebar 3cm/1.5in).
Pandangan tepi sisi , bahagian belakang dan atap kandang di tutup dengan plywood nipis bersaiz 3mm.
Leluncur tinja/tahi diperbuat dari bahan terpakai yg dibeli di kedai membuat signboard dan banner, bahan tersebut dipanggil poly carbinate dengan harga RM30 untuk saiz 4x10kaki. Cadangan awal ingin menggunakan zink rata, tetapi kos untuk sekeping zink bersaiz 3x8kaki RM25(nipis) dan RM35(tebal) membantutkan hasrat untuk menggunakan bahan itu.


1 ulasan:
wah..bnyak info rabbit..suke..=)
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com