Hari ini ako ingin membincangkan beberapa tajuk yang sering kali diajukan soalannya kepada ako samada dalam bentuk panggilan telefon, email ataupun telepati...
Tajuk pertama kita hari ini ialah:-
Para pembaca yang dihormati sekalian. Seringkali kita mendengar atau terbaca didada-dada iklan ataupun layar web yang memaparkan iklan seperti berikut:-
"Holland Loop Pure Breed untuk dijual RM200".Apa yang menjadi masalah didalam ayat atau contoh iklan diatas?


"kenapa anak holland loop(ini pun dah salah!-LOP) aku yang lahir, ada telinga dia jatuh sebelah jer, ada pulak yang tak jatuh-jatuh. Dah besar dah, dekat 3bulan lebih lahir... kenapa????"
Ako bercerita sedikit mengenai tajuk ini bukannya kerana apa. Beberapa kali ako mendapat panggilan yang bertanyakan mengenai arnab yang ako jual(Holland Lop), adakah PureBred atau tidak. Secara terang-terangan ako nyatakan didalam iklan-iklan ako, ako tidak nyatakan perkataan 'purebred' bermakna arnab yang diiklankan itu bukanlah 'purebred', jika dinyatakan, kena la ako berikan 'cert' atau surat beranak arnab yang dinyatakan ke'pure'annya tu.
Bagaimana pula dengan 'Pet Quality', apa yang dimaksudkan dengan 'Pet Quality'?
Mengikut guru-guru yang mengajar ako serba sedikit mengenai mengenal baka dan pengkelasan baka ni, 'pet qua' nih adalah golongan atau kumpulan anak arnab dari baka 'pure bred' yang disapihkan atau di'reject' dari dijadikan induk. Contohnya, jika seekor ibu(Purebred) melahirkan anak seramai 4 ekor, hanya seekor sahaja yang dipilih untuk dijadikan induk, selalunya yang terbaik yang akan dipilih. Ini bermakna, 3 ekor lagi bukanlah tidak baik atau cacat, tetapi yang seekor terpilih adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Kenapa? kerana ibunya seekor 'purebred', tidak ada percampuran baka silang dengan baka lain. Samada seekor yang terpilih itu dijadikan induk untuk tujuan pertandingan(show) atau induk yang menhasilkan baka-baka kemudian, itu terpulang kepada beliau(pemilik).
Belum lagi kita bincangkan mengenai BOB, GC, GCJ, BCG, BBG dan bermacam-macam sambungan singkatan huruf lagi... cukuplah sekadar beberapa yang dapat saya kongsikan bersama itu.

Tajuk seterusnya pula ialah...
Seringkali kita tertanya-tanya, kenapa untuk jenis arnab dari baka ini, dijual dengan harga tinggi(contoh paling senang Holland Lop dan Netherland Dwarf). Bukankah sepatutnya arnab dijual dengan harga murah?
Untuk menjawab persoalan ini, perlulah diterangkan sebab-musabab kepada harga untuk sesetengah baka melampau tinggi berbanding 'arnab kampung'~
Sebab pertama, kebanyakan baka-baka eksotik seperti Holland Lop, Netherland Dwarf dan beberapa jenis yang lain adalah terdiri dari golongan mereka yang sukar untuk beranak banyak. Selalunya sesuatu kelahiran, jumlah anak arnab yang diperolehi sedikit, untuk mendapat jumlah 4 ke 5 ekor anak arnab untuk baka2 ini adalah suatu perkara yang jarang-jarang berlaku. Selalunya secara lazim kelahiran sekitar 2-3 ekor sahaja. Didalam kelahiran itu juga, tidak semestinya kesemuanya dapat hidup 100%. Jadi itu lah perkara pertama yang membikin harga untuk baka-baka tersebut agak tinggi.
Sebab kedua, tahap untuk matang yang berbeza dari arnab baka pedaging dan kampung, ada sesetengah baka(selalunya baka GIANT- Holland/German Giant, Flemish Giant, Giant Bt Caves dan Giant2 yg lain) yang memerlukan tempoh matang yang agak lambat untuk dikahwinkan. Ada sesetengah bred yang mencapai umur 8-12bulan baru matang untuk beranak. Dengan kadar bilangan anak yang lahir sikit juga membuatkan baka-baka ini tidak begitu popular untuk dikomersialkan semada sebagai pedaging atau petulang.
Sebab Ketiga, 'rare', janggal, kadang-kadang, susah diperolehi dan perkataan yang sewaktu dengannya. Beberapa jenis baka yang sukar diperolehi di Malaysia, diimport masuk dari negara-negara luar, jadi perkara pucuk/pokok yang perlu diambil kira ialah kos pengangkutan dan penginapan para pendatang asing ini ke Malaysia yang semestinya bergantung kepada jenis alat tranportasi mereka-meraka itu, naik lori ka, naik kapal terbang ka, naik tongkang ka, semua itu yang menjadikan titik harga kepada seseekor arnab yang dijual kemudian.
Sebab Keempat, satu usaha untuk memartabatkan dan menaik tarafkan industri arnab di Malaysia sedang dijalankan oleh rakan-rakan penternak arnab, dengan cara menstabilkan dan menyelaras satu sebut harga yang standard dan sesuai dengan keadaan. Kita tidak mahu lagi orang katakan memelihara dan membiakkan arnab adalah satu kerja sia-sia dan seterusnya membuktikan memelihara dan membiakkan arnab boleh mendatangkan rezeki yang dapat menampung setidak-tidaknya wang dapur atau sekartun dua gudang garam(malahan, sudah ako buktikan, dengan duit menternak dan memelihara arnab, ako sudahpun memiliki seorang isteri~ ;P).
Cukup dulu setakat ini pakcik berceloteh. Sehingga kita bertemu lagi didalam rancangan yang sama, mungkin selepas ini pakcik akan membincangkan mengenai tajuk 'market' dan tajuk-tajuk lazim yang lain.
Laman orang amerika yang memelihara PureBred New Zealand White yang melahirkan anak 100% berwarna putih~ ---> http://www.lynweissrabbitry.com/
Laman BRC yang memaparkan standard yang ditetapkan BRC untuk arnab ----> http://www.thebrc.org/stds.htm
Yang suka beborak dengan Arnab,
Ahmad Fahmi Alias
ArnabKiut® Rabbitry n MyRPA
Kuala Lumpur
p/s- Al-Fatihah untuk keluarga Abang Din Beramboi. Semoga rohnya dicucuri rahmat...