
Originally Posted by ameka View Post
ok2...arnab boleh dimakan..halal..
tapi,arnab jenis pet halal ke dimakan?
satu lg,ade arnab yg menyerang arnab lain malah makan sesama arnab..contohnya ibu arnab akan makan anak arnab bile die lapo..adakah arnab yg bersifat cannibal ni boleh kita makan?halal ke?
_________________________________________________________________
Arnab bukanlah suatu haiwan yg "maging" (makan daging) atau caniballistic. Sifatnya "ma'un" (makan dedaun) secara alami. Antara punca2 arnab makan anaknya sendiri:
1. Jika ia tertekan/stress pd awal kelahirannya. Contohnya kita buka/usik kotak sarangnya pd hari pertama ia melahirkan. Biasanya tuannya terlalu excited/ghairah nak tengok.
2. Jika ibu arnab merasa anak2nya terancam. Contohnya kita pegang anak arnab yg berumur <2hari dan kesan bau2an dari tgn kita (bau rokok/kari/minyak wangi dll) terlekat pd anaknya itu. Ibu akan rasa confuse & terancam.
3. Jika ia tertekan/stress dgn bunyi2 persekitaran yg terlalu bising di kandang arnab. Contohnya bunyi mesin rumput, lori, gegaran dll.
4. Kadangkala berlaku keadaan dimana ibunya tergigit/termakan (secara tidak sengaja) anak yg baru dilahirkan, ketika ia memakan tembuni/uri nya selepas melahirkan.
Cuba elakkan perkara di atas dan sebelum kita pegang anak arnab kita harus cuci bersih tangan kita, kemudian kita pegang serta belai ibunya dulu utk mententeramkannya. Tindakan spt ini juga akan memindahkan bau ibu ke tangan kita. Barulah kita pegang anaknya pula.
Kita kena fahamkan naluri (instincts) arnab tu secara menyeluruh.
Arnab adalah antara haiwan yg telah dihalalkan utk umat islam makan, tertakluk pada sah syarat penyembelihan. Jgnlah kita haramkan yg halal dan jgnlah kita confuse benda yg dah jelas.
Tapi di dlm konsep komersial jika ada ibu yg nyata tersangat caniballistic/over-protective eloklah kita sembelih kerana kita tiada masa nak melayan sifat ini dlm skala komersial.
Maka dgn itu faktor pemilihan baka pedaging yg baik itu sgt penting, biasanya NZ White & Californian tidak/kurang sifat caniballistic. Malah sifat keibuannya antara yg terbaik dan boleh menyusukan anak tumpang.