Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!
Memaparkan catatan dengan label Penyakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyakit. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mac 2011

*.* Toilet Train, Lantai Licin(Tile/Jubin), Diet, Makan Wayar dari Group ArnabKiut di FB*.*


  • salam..saya masih baru dalam arena pembelaan arnab nih..baru 4 hr lepas beli arnab jenis pet mix lion head + anggora..umur die bru 6 minggu..sy bagi die mkn pallet farm sajer n air masak..the prob was, die mkn cikit2 jer pallet tu..if sy letak dlm bekas mkn die tu penuh, balik keje tgk tak abis pon n cume luak separuh jer..tu nak tnye tuan, mmg bby rabbit nih jenis mkn cikit ke die de sakit? pastu tak pe ke klu sy ajar die main kat dlm rumah??anything relate to stress tak klu kuarkan die dr cage tu n letak die kat lantai umh? sbb bile sy bukak pintu cage die tu seharian die tak kuar pon dr cage tu..just main2 dlm cage die tu jer..really2x need ur advice tuan..
    3 jam yang lalu ·
    · Lapor · Hapuskan Pengumuman
  • untuk dikongsi:
    samalam arnab saya di serang cirit birit..sib baik peringkat awal,

    saya perasan ada bunyi seperti arnab mengerang, tak penah bunyi selama nih.
    saya check 3 ekor arnab saya tu, pastu dapat kesan salah sekor ada bunyi seperti mengerang n krup2 krup spt mengunyah (tapi tak makan pn).
    then saya ada bau busuk tak seperti biasa dalam cage, bau mcm tahi ayam freshh tu..
    saya angkat arnab yang berbunyi tu, periksa..pastu tgok kat bawah ada najis hijau melekat..sah arnab saye kena cirit birit..

    saya terus bawa arnab tu ke vat, then vat cuci guna air tempat kotor tu, then buat suntikan di bahu arnab saye.
    Lepastu saya beli YAKULT, bagi arnab tu minum.

    Syukur selepas 3-4 jam, arnab saya dah kembali normal, najisnya bulat2 seperti biasa..
    hari ni arnab tu aktif sgt...

    puncanya adalah arnab tu mungkin termakan sebiji button remote astro di rumah ni kot?

    sb malam sebelum kena tu sy lepaskan dan dapati remote astro tu ada kesan gigitan n hilang sebiji buttonnye. so saya tak tahu yang mana satu makan benda tu. then paginya salah sekor kena cirit birit, mungkun dia yang makan n mungkin sebab ni juga boleh jadi penyakit nih?

    Thanks....

    kawan2 semua jauhilah remote astro or Tv dari arnab kita..hehehehehe
    2 jam yang lalu ·
    · Lapor · Hapuskan Pengumuman
  • sumiyyah::saya bahagikan soalan mengikut bahagian
    1-diet pemakanan arnab berbeza mengikut usia dan baka, baka normal- induk betina 120gm sehari(pellet), jantan 60gm sehari(pellet) dan anak cerai susu(60-90hari) 80gm sehari(pellet), pemberian hay/rumput kering pula ada tidak terhad. bagi baka giant sukatan tadi adalah double. boleh juga bagi dia makan buah-buahan, sukatan dia sesudu besar untuk sekali seminggu. baik utk penghadaman dia. boleh baca pasal diet rabbit kat
    www.arnabkiut.com
    2-untuk usia yang seperti ini, sangat sesuai jika diajar dahulu "toilet train", caranya jangan keluarkan lagi dia dari sangkar untuk masa 2-3minggu, selepas tempoh tu, bukak pintu sangkar dan biarkan dia sendiri explore, insyaAllah dia akan kenal sangkar sebagai toilet dia. satu hal kemungkinan arnab tadi tidak suka keluar dari sangkar mungkin lantai terlalu licin(dibuat dari tile/jubin), sediakan dia tapak kesat dari karpet atau kain buruk, anak arnab usia 6 minggu tidak begitu kuat lagi untuk berjalan diatas jubin licin, elakkan dia terlalu kerap jalan diatas permukaan tersebut, ini dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang dipanggil "splay leg". itu pon bleh baca dalam blog.

    razlan:: arnab memang punya perangai macam2, arnab saya(si BOBO) tidak suka makan wayar tapi suka "baca" suratkhabar.

    http://www.facebook.com/group.php?gid=281937363709

Ahad, 27 Jun 2010

*.* Arnab Kiut @ Facebook - Rawatan menyuntik ivermec untuk scabies/kurap *.*

Rosmila Mohamad(Facebook) Sesi rawatan oleh En Philips Morris(iceburn). Alhamdulillah, BitBit dah sehat! ('-')Y

pada 23hb Jun pukul 12.02 pagi · · · Kongsi

- Seekor arnab dikenakan bayaran RM15 bagi satu rawatan.
- Ada yang pernah suntik di beberapa tempat lain juga datang dan mendapat rawatan arnab dengan saya. Lepas tu arnab dia terus okie~

Selasa, 19 Januari 2010

*.* Sore Hock / Luka(sakit) Tumit Part 2 *.*

Okieh, ini adalah sambungan dari kejadian malapetaka yang akan dilalui oleh penternak² baka hybrid vigor dan separa vigor dan kingkong... eheheheh kesinambungan kepada penceritaan mengenai penyakit luka di tumit atau lebih hensem dipanggil "SORE HOCK"!!!

Hari ini ako akan ajar camna nak rawat, eh! bukan... rawat luka dulu dengan ubat luka(iodin pon bleh), bila luka da kering mesti kena balut... camna nak balut? nih yang ako nak ajar... sila baca dan beri perhatian yer murid² ehehehehe :)

Langkah 1. Dapatkan gumpalan bebulu arnab anda, pastikan dari arnab yang sihat walafiat(tiada jangkitan penyakit berjangkit-kurap dan sebebagainya)- bantuan dari sikat haiwan dapat membantu anda mengumpul gumpalan bebulu tersebut(bleh beli kat petshop). Gumpalkan bebulu tadi di tapak tangan sehingga anda memperolehi segumpal bebulu yang lembut, seperti span tetapi rasa seperti alas yang selesa dengan saiz lebih kurang 2" x 2" x 1"(dalam). Alas lain selain dari bebulu arnab tidak direkomen, ini kerana setelah arnab itu melalui pengalaman berdiri diatas tapak lantai yang keras, benda² lain akan mendatangkan keburukan dari kebaikan. Tolong JANGAN CUBA INI selagi anda tidak memperolehi gumpalan bebulu arnab! Kapas, 'gauze' atau apa saja alas lain tidak akan dapat menggantikan bulu arnab sebenar.

Langkah 2. Potong pembalut(bandage) VetWrap 'lekat sendiri', lebih kurang 9 inci panjang dan 2 inci lebar. Ambil bahagian yang dipotong tadi dan guntingnya menjadi seperti bentuk huruf "H" seperti gambaran yg diberi. Tinggalkan sebahagian 1 inci diantara keratan bentuk "H" tadi(seperti rajah).Bahagian tidak dipotong ini akan digunakan sebagai alas tumit arnab.Langkah 3. Sementara seorang memegang arnab dengan baik dengan bahagian perut menghadap ke atas, seorang lagi akan meletakkan gumpalan bebulu arnab yg disediakan tadi di tapak kaki arnab, dengan cermat letakkan seberapa banyak gumpalan bebulu di bahagian kaki arnab yang sudah 'togel' itu. Pegang bebulu tadi di tempatnya dan letakkan pula VetWrap seperti didalam rajah.

Langkah 4. Hati² jangan balut terlalu ketat(anda sepatutnya boleh memasukkan sekeping batang aiskrim ke celahan itu-ruang diperlukan), pastikan ada celahan udara atas dan bawah tapak kaki. Anda perlu lakukan ini banyak cubaan, periksa supaya bebulu tadi tidak menggelincir.

Langkah 5. Balutan yang hampir siap sepatutnya kelihatan seperti ini...

Langkah 6. Apabila arnab melakukan lipatan pada kakinya(betul ke?), balutan tadi(diatas bahagian tumit) akan mengakibatkan sedikit kesan cubitan(sakit tesepit). Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, buatkan sebahagian lubang diantara tapak kaki dan keting arnab. Guntingkan bahagian tadi dalam bentuk bulatan dengan menggunakan gunting tajam. Tarik pembalut tadi keatas sebelum menggunting(takut tegunting kaki arnab pulak!)


Langkah 7. Pastikan anda check kaki arnab tadi beberapa jam selepas itu, jika terdapat kesan lebam di bahagian jari, mungkin ikatan/balutan tersebut terlalu ketat, buka balutan segera! biarkan kaki itu berehat seketika dan lakukan balutan sekali lagi dari mula.
Sebaliknya, jika balutan terlalu longgar, gumpalan bebulu mungkin akan berganjak kedudukannya, lakukan sekali lagi kemasan, practice make perfect kata orang KL... eheheheh

Cara balutan ini bukanlah digunakan untuk membalut luka terbuka! Gantikan balutan setiap minggu atau kerap. Jika balutan basah atau lembab, gantikannya segera, korang mesti taknak menghadapi keadaan yang lebih sukar jika perhatian penuh tak diberi... GOOD LUCK JAMES!

Terima Kasih kepada Dana Krempels, Ph.D. dari University of Miami Biology Department.

Yang suka borak pasal Arnab,
Ahmad Fahmi Alias a.k.a iceburn
ArnabKiut® Rabbitry Kuala Lumpur
Setiausaha Agung (Protem)
Persatuan Penggiat Industri Arnab Malaysia
Malaysian Rabbit Production Association (MyRPA)

Sabtu, 16 Januari 2010

*.* Hybrid Vigor(Vigour) - Baka Hybrid King Kong *.*

Saya terpanggil untuk menjelaskan dan membincangkan beberapa permasalahan yang mungkin atau sudahpun terjadi keatas industri penternakan arnab di Malaysia.

Permasalah yang disebut baka reject atau arnab untuk tujuan sembelihan yang diimport masuk dari negeri seberang(indonesia contoh paling dekat) dijual di pasaran Malaysia sebagai baka induk.

Hybrid Vigor(Vigour)

Pendifinisian kepada maksud perkataan Hybrid Vigor ini bolehlah dijelaskan secara ringkas sebagai baka yang di naik taraf ke taraf superb besar.

Di ladang² unggul seperti Crusader di Australia contohnya, mereka menghasilkan anak-anak dari baka Hybrid Vigor bagi tujuan sembelihan, dimana capaian berat anak-anak dari baka ini mencapai 3.5KG dalam tempoh 60-65hari. Cara ini digunakan kerana penghasilan daging didalam karkas akan meningkat dengan lebih baik dan cemerlang.

Bagaimana Hybrid Vigor ini dihasilkan?

Hybrid Vigor dihasilkan dari perkahwinan dua baka terpilih, samada dari baka New Zealand White(betina) tulen dikahwenkan dengan Flemish Giant(jantan) tulen atau Californian(betina) tulen dikahwenkan dengan Flemish Giant(jantan) tulen. Anak-anak dari hasil perkahwenan ini akan cepat membesar, berat capaian pada usia 60hari yang sangat menakjubkan. Syarat untuk menghasilkan baka Hybrid Vigor mestilah menggunakan bapa penjantan dari baka Giant(Flemish, Holland, American Checkerd atau German) dan dikahwinkan dengan induk betina dari baka pedaging(NZW, Californian dan lain²).

Kenapa menghasilkan baka ini?

Orang-orang ini(penternak arnab unggul diluar sana~) menghasilkan baka cross diantara pedaging dan giant breed ini bagi tujuan menghasilkan anak yang dapat mencapai kadar tumbesaran yang cepat didalam masa yang singkat, kadar jumlah anak yang lahir banyak(8 ekor), dua sifat ini dipinjam dari sifat bapa dan ibu anak arnab itu sendiri, dimana sifat 'mencapai tumbesaran pantas' diambil dari sifat Giant dan sifat 'beranak banyak' diambil pula dari sifat Pedaging.

Bila baka giant dan pedaging ini dikahwinkan, anak-anak yang dilahirkan banyak kerana ia mengikut sifat dan kejadian arnab baka pedaging tulen, anak-anak yang lahir tadi juga mencapai tahap tumbesaran yang cepat. Disebabkan sifat² inilah, anak² ini diberi gelaran "Hybrid Vigor"~!!!!

Bila ko nak ceritakan pasal masalah dia ni Fahmie?

Masalah yang timbul? ya... setelah anak-anak yang dilahirkan, sepatutnya ianya hanya menjadi stok sembelihan (stok penggemukkan daging - Fryer), tetapi ada segelintir penternak tidak beretika, dengan slamber bodohnya menjual baka yang sepatutnya disembelih ini sebagai jualan baka induk(baka yang digunakan sebagai induk).

Itu yang kadang-kadang ada yang jadi, bila kita kahwinkan induk baka New Zealand White kita dengan pejantan New Zealand White tiba-tiba anak yang lahir warna-warni~, anak lahir sikit(3-4ekor), pejantan dan induk betina lambat matang(kahwin banyak kali tak jadi, sampai umur 7-8bulan baru bleh bunting), kitaran bunting dalam setahun menjadi sikit....

Kenapa begitu?

Baka Hybrid Vigor tu dihasilkan dari baka bapa Giant, jadi sifat² baka giant seperti beranak sikit, lambat matang, cepat membesar, kitaran beranak dalam setahun kurang, semua itu akan diwarisi oleh anak-anak Hybrid Vigor yang dilahirkan.

Diorang yang menghasilkan baka ni hanya ingin mengambil satu atau dua sifat sahaja dari sifat² yang disenaraikan tadi, iaitu cepat membesar dan capaian maksimas. Jadi sifat² gagal yang lain tidak diambil kisah. Kerana pada usia 60 hari, anak-anak itu akan di sembelih.

Tapi disebabkan kebanyakan kita(di Malaysia) tidak tahu, senang² je kena cong dengan geng² dari seberang dengan kehadiran baka² New Zealand White 6-8kg~! pergh!!!! hUhUhUhUhU

Yang suka borak pasal arnab,
Ahmad Fahmi Alias a.k.a iceburn
ArnabKiut Rabbitry
Setiausaha Agung (protem)
Persatuan Penggiat Indutri Arnab Malaysia
Malaysian Rabbit Production Association (MyRPA)

Isnin, 2 November 2009

*.* Sore Hock / Luka(sakit) Tumit Part 1 *.*



'Sore Hock' / Luka(sakit) Tumit

Kepeningan kepala berlaku apabila breed² superb besar dan gemuk mula menunjukkan penyakit² ganjil.
Sore Hock?
Penyakit luka bernanah dan membusuk di tapak kaki, rawatan segera dapat membendung dari penyakit melarat menjadi bertambah buruk dan bengong...
'Sore hock' terjadi akibat dari beberapa perkara yang merangkumi persekitaran, anatomi dan genetik pejadah...

Mengikut dari beberapa tenaga pengajar dan laman pengajar, apa yang dapat disimpulkan dan dirojakkan kedalam isu ArnabKiut kali ini ialah bagaimana untuk mencegah, mengobat, merawat, mengenal punca dan me.. me.. yang lain.

Apa penyebab Sore Hock?

1- Keadaan kebersihan tempat tinggal/kandang/sangkar arnab yang kotor(poor hygiene) dan 'tempat tidur' yang basah dan lembab(damp bedding).
2- Kot Rex(Rex coats) - kekurangan bulu di bahagian tumit untuk melindungi tumit.
3- Kuku panjang - keadaan kuku seperti kuku pontianak, membuat kaki terjungkit dan mengakibatkan beban terhimpun ke arah tumit belakang.
4- Kegemukkan(obesiti) - badan terlalu berat mengakibatkan tumit arnab tidak berjaya menampung berat badan.
5- Arnab tidak bergerak/statik(immobility) - kandang bateri, muat² badan jer..
6- Lantai kandang yang tidak sesuai(permukaan terlalu keras)
7- Baka besar atau giant.

Kenapa arnab boleh kena 'Sore Hock'?

Seperti dalam banyak² situasi, untuk mengetahui dan memahami bagaimana arnab boleh kena 'sore hock', kita haruslah melihat dan memahami keadaan arnab liar yang tinggal di hutan²(bukan di hutan bukit nanas atau bukit cahaya seri alam).

Arnab liar menghabiskan masa lapang dengan riang ria berlari² di persekitaran yang berlantaikan rumput dan tanah. Keadaan muka bumi ini beradaptasi dan memberi kelonggaran kepada kuku untuk terbenam kedalamnya dengan baik, dengan ini juga memberi satu situasi dimana kesemua lapisan tapak kaki arnab dari bahagian depan sehingga kebelakang mencecah bumi. Keadaan ini juga(tanah dan rumput yg lembut dan natural) dapat mengurangkan tekanan keatas kaki arnab.

Terbalik pula kepada keadaan sebaliknya(paham?), keadaan tapak lantai yang keras membuatkan kuku arnab tidak dapat terbenam kedalam. Ia tidak memberi apa² perbezaan jika permukaan itu diperbuat dari karpet, kayu, besi(dawai), plastik(tidak dialas dengan kertas atau habuk kayu), kesemuanya memberi keputusan yg sama.

Sebab? kuku tidak dapat terbenam dengan baik kedalam permukaan tersebut. Keadaan tapak kaki dibahagian depan yang tergantung(lifted off) dan keseluruhan besar tekanan tertumpu kepada tumit belakang(hocks). Menyebabkan masalah mendatang seperti tekanan kesakitan.

Jika arnab anda adalah dari baka gemuk dan debab(giant breed), tekanan yang menimpa tumit itu lebih besar dan masalah luka tu selalu akan terjadi. Begitu juga arnab yang tidak selalu melompat²(hopping around) berlaku adalah kerana ingin mengurangkan tekanan dikawasan tumit kaki.Didalam keadaan arnab yang dibela didalam rumah yang mempunyai tapak lantai yg kesat juga(karpet), perkara sore hock ini bleh berlaku.

Sampai ketemu lagi diminggu hadapan~ ako dah pening~ hUhUhUhU nanti ako sambung lagi cara rawatan dan beberapa perkara yg ako cuba pikirkan nanti~

Isnin, 29 Jun 2009

*.* Soalan-soalan shoutbox~! *.*

  • white_panda salam.... bestnyer blog bro.ice nih... arnab2 kiut2... Tgh mencari contoh2 kandang yg mudah dbuat... hehehehe
    Details
    2009-06-29 4:03 AM
    iceburn:: eheheh wsalam WP, nak cari contoh kandang paling mudah? bleh terus pegi http://artnabcomeyworldwide.blogspot.com. Saya tengok kandang arnab yg dia buat agak pratikal dan mudah, dia nih ada pengalaman bertukang2 agaknya~ HuHuHuhhhuHuhU :D

  • LebaiCute skang tgh wat project tanam pokok pisang. nak amik daun pisang kasi rabbit makan. cover cost dedak hehehe...
    Details
    2009-06-29 12:36 AM
    Tanam Napier lagik elok lebai, lagik tinggi protein, napier nih kalau diselia dengan baik, takda nampak macam pokok semak pon. ehehehe
    Contoh Pokok Napier.
  • miss_selfridge awk tau x area2? coz 2kali sebulan saya akn bwk bunny sy g vet. skali suntik rm 30+ multivitamin..tq
    Details
    2009-06-28 8:40 PM
  • miss_selfridge salam... en. iceburn, boleh tau x kt mane nk BELI UBAT SUNTIKAN IVOCIP (lvermectin). i mean kt farmasi mane??
    Details
    2009-06-28 8:39 PM
    wsalam, Ivermectin ni jual kat farmasi haiwan, veterinar pon jual jugak. Cuba pegi jabatan haiwan berdekatan dengan tempat miss, kalau dok dekat subang, try tengok kat Lazuli, saya bleh dapatkan Ivecmectin, nanti saya konfirm harga balik~
  • comey u ada link dgn sesape yg bela rabbit untuk pedaging?rabbit2 u sume utk pedaging or as hobby? i need links for myfuture project. tlg ya B-)
    Details
    2009-06-28 4:23 PM
    Saya tengah sediakan satu kertas kerja untuk projek arnab pedaging, syarikat kami sedang membawa masok baka arnab pedaging dari Indonesia. Nanti dah siap dan konfirm, saya akan post dalam ArnabKiut Blog~ tq~
  • comey hmmm....biasanye rabbit start salin bulu umur 3bulan kan? berapa lama ye dia nak habis salin bulu tu?
    Details
    2009-06-28 4:13 PM
    kejap jer dia salin bulu~ arnab nih haiwan yg datang dari negara2 4 musim selalunya, kalau musim panas dorang selalu salin bulu~ tapi kalau nak beranak pon dia akan cabut bulu~ kena konfirm balik betul2! :D

Isnin, 15 Jun 2009

*.* Kurap~ *.*

Tanpa Nama berkata...

hy...
nk tmpang tnye... arnab sy cergas...
juz..kat ku2 n hdung arnab 2 ade cam gatal2 la.. bdarah... tlinga pn de jgak... kurap ke???

iceburn berkata-kata...

hy~
sila baca posting dari link-link dibawah~

http://arnabkiut.blogspot.com/2009/02/kurapkupingkudis-di-telinga-kaki-dan.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/komen-balas-isu-kupingkudiskurap.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/hama-telinga-ear-mites-rawatan-dan.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/bagaimana-ingin-menyuntik-ivermectin.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/bagaimana-ingin-menyuntik-ivermectin_31.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/04/hama-dan-semburan-racun-serangga-tujuan.html
http://arnabkiut.blogspot.com/2009/04/semburan-hama-dan-kutu-mites-germs.html

Aku harap semua pengunjung blog yang ada masalah pasal arnab, baca balik posting-posting yang lepas-lepas, nak ulang2 cerita yang sama susah nanti~ ehehehhe

Yang Berkhidmat dengan Arnab,
iceburn
Arnab Kiut Rabbitry
No 6 Jalan Sungai Mulia
Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
(Batu 5 Jalan Gombak, Kg Sg Mulia, Belakang Pasar Besar Gombak)

Sabtu, 6 Jun 2009

*.* Ruang Dan Privasi - Perebutan Kawasan Melombong Gee Hin dan Hai San *.*

Kesesakan...
Membawa kepada kesempitan ruang dan privasi...

Bilamana ruang dan privasi menjadi terhad...

Terjadilah pertelingkahan...

Penjantan antara penjantan...

Merebut teritori dan kawasan...

Maka...
Kakinya dibalut~ dibalut~ dibalut~
  • Bersihkan luka dengan air bersih.
  • Gunakan antiseptik yg bleh dibancuh dalam air suam, bersihkan luka dengan air bercampur antiseptik tersebut(dettol, etc.).
  • Sapukan krim antiseptik(pembunuh kuman-bertujuan untuk mengelakkan jangkitan) di kawasan luka.
  • Letakkan/tutupkan kain 'gauze'(sebelum tu, sapukan sedikit krim antiseptik di 'gauze' tadi) di kawasan luka.
  • Balut kawasan luka tadi dengan kain pembalut/'bandage'.
  • Tadaaa~


Bagaimana Merawat Luka Arnab

*.* REPOST:: Arnab Vampire - By BJM *.*

http://joe-rabbit.blogspot.com

Masalah Gigi Terlebih Panjang- Incisor Malocclusion


Simptom:

Simptom “gigi terlebih panjang” atau disebut incisor malocclusion ini mudah dilihat. Arnab akan menghadapi kesukaran untuk makan, maka ia akan menjurus kepada penurunan berat badan.

Mulut arnab akan sukar ditutup kerana dihadang oleh gigi yg terlebih panjang itu. Permulaan keadaan tidak normal ini boleh dikesan dgn cara memeriksa struktur gigi atas dan bawah seseekor arnab. (Sebaiknya arnab dipegang secara membaring semasa melakukan proses ini). Air mata arnab mungkin akan mengalir dan ia berada pada situasi yg tidak selesa semasa pemeriksaan........

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://joe-rabbit.blogspot.com

Rabu, 13 Mei 2009

* Arnab Kakinya Ter'kepak' ("Kay Park") - Splay Leg Rabbit *.*

Quote:
Originally Posted by nenas View Post
Arnab kengkang....pernah terjadi tak? sian dia...jalan tak betul, kaki dia meleret sebelah. Cam ne nak buat? Kecil lagi
Cadangan Dari Kak Fauziah(Sg Buloh)
nenas tu tak boleh buat apa2 kot... mungkin masa baru lahir ibu dia terpijak atau memang cacat kot..... kita tunggu pandangan dari org lain... kakak pernah juga dapat arnab cam tu... tapi akhirnya bila dah besar sikit disembelih.

Cadangan Dari En.Zaha(Arnab Manja)
rsnya urutan batin bleh kot. dlm perubatan dia org panggil AKU ( arnab kurang upaya ). so brikn lbih prhatian pada dia. kerana menjaga insan yang cacat amat besar ganjarannya. jk dh cerai susu, asing dr rakan2 yg sihat, takut nanti fizikalnya terdera oleh kelincahan member yg aktif

Cadangan Dari En.Hanip(Subang)
besarkanlah ia cuma takyah breed supaya tak kuar keturunan sebegitu lg. Bila cukup besar, pilihlah samada disembelih atau dijadikan pet tanpa keturunan.

ataupun, beri je pada YB Ciku... tau laa dikerjakannya nanti

Cadangan Dari En.Hairil( http://newhillz-rarebits.blogspot.com/ )
Ada jugak kes tu...ada bbrp sbb
1. Kecacatan Kelahiran/Kekurangan nutrien semasa tumbesaran
2. Kecederaan

letak platform/tile dlm sangkar supaya anak arnab ni dpt berpijak dgn selesa.

Kalau kaki dia kengkang sbb cedera, boleh dirawat dengan urutan dan menambah vitamin & mineral ke dalam air minuman.

Cuma ia akan mengambil masa sedikit untuk pulih
Cadangan Dari BJM(http://joe-rabbit.blogspot.com/)
Kengkang tuh sepatutnya boleh jalan...
Tapi kalau kaki dia dah ter "kepak" (pronc as "Kay" "Park"-see pic)..tuh, rasanya payah nak OK tuh.



Nak terus pelihara pun OK tapi perlukan special treatment, demi tidak menyusahkan diri nenas dan menghentikan penderitaan nya, beso sikit sok.., potong ajer ler....
Cadangan dari PurpleRabbit( http://sites.google.com/site/purplerabbit75/ )

Saya pun pernah dpt anak arnab OKU ni....betullah tu taruk flatform atau lantai tu guna kawat yg lubang kecik....arnab OKU saya tu sebab masa lahir separuh badan terbolos kebawah jaring...masa angkat tu guna penyepit...geli..maklum ler first time...tu yg terkepak tu.....

Replied untuk PurpleRabbit dari BJM
Kira awak lah yg telah meng"kepak" kan kaki dia tuh..
Maka....awaklah yang patut dihukum "sembelih"...huhuhu

Cadangan Dari Ahyun
Arnab kengkang:
saya rasa, dia punya tulang kaki ade patah
ini kes saya penah ade dulu....
bela sampei besar

dan akhirnya mati meragan sbb takde pompuan mau dia...
sbb dia takleh tekan kuat sama itu pompuan...

org cakap, itu air sudah naik penuh dia punya kepala...
tak buleh keluar...
itu pasal dia mati... ada ka patut...
Keputusan dari Nenas
TQ pada kwn2 yg bagi idea untuk arnab kengkang ni...mgkn istilah yg > tepat 'kepak' mcm yg bro Joe mention, sbb dia still boleh jalan. Ini gambar arnab tu..kesian kan...



Lepas urut sikit2, Nenas balut/bekungkan kakinya....(ntah lerr..try je..idea sendiri)Ini gambar nyer...



...tak de urut batin mcm geligaajaib suggest, pun x sampai hati nak serah kat bro. ciku, comel sgt...

Isnin, 11 Mei 2009

*.* Lagi Email Yang Kita Kongsi - Terima Kasih~! *.*

Dihantar melalui email-

salam,
saya linda dr kuantan phg.
ada beberapa soalan nak tanye,
linda sudah pelihara sepasang arnab 5bulan lps.jaga dr umur 2bln.
sbnrnya linda tak tau apa lg yg diperlukan arnab slain bg minuman ngan makanan.
linda hanya bg air paip cmpr ngan cecair vitamin yg dibeli di kedai haiwan.pastu mkanan hanya dedak biasa yg dijual rm1.50 sekilo.secara purata arnab ni mkn dedak 10kg sebulan.
adakah linda perlu variasikan mkanan yg lain.kdg2 linda ada lepaskan arnab di kawasan sekitar rumah jadi ia akan mkn rumput2.adakah boleh?
skrg dah kurang lps sbb arnab betina grg.sll nak mengigit smpi linda rase tak nak pelihara dah.tp rasa syg lak.
sayuran apa yg sesuai untuk arnab?
bgaimana kita nak tahu arnab bunting?
kenapa arnab linda skrg ada gugur bulu seperti gumpalan kecil bulu.
ibu arnab ni baka anggora tapi lps lahir,linda tgk anak2 mcm arnab biasa termasuk juga ngan arnab linda sekarang.
ikutkan kita perlu pergi vaterinar setiap brapa bulan skali?linda tak pernah cucuk arnab ni.tak tahu kat mana klinik haiwan di kuantan.pernah tanya kwn yg plihara arnab tp diorg ckp tak pergi klinik haiwan pun.
harap en dpt menjawab soalan2 ni.
tq

Maklumbalas dari ArnabKiut Blog by iceburn

wsalam,
"sbnrnya linda tak tau apa lg yg diperlukan arnab slain bg minuman ngan makanan.linda hanya bg air paip cmpr ngan cecair vitamin yg dibeli di kedai haiwan.pastu mkanan hanya dedak biasa yg dijual rm1.50 sekilo.secara purata arnab ni mkn dedak 10kg sebulan."
jenis pellet takda masalah, selagi boleh dapat pellet dengan harga murah itu dah kira okie, linda boleh pelbagaikan menu makanan arnab, ada lagi beberapa jenis makanan tambahan untuk arnab, samada linda cari dari petshop, atau cuba baca beberapa artikel yg saya tulis dan upload ni, contoh-contoh gambar tumbuhan dan rumput pun ada saya sertakan>> http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/penerangan-berangkai-untuk-makanan.html http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/makanan-sampingan-atau-kudapan-treats.html http://arnabkiut.blogspot.com/2009/03/makanan-tambahan-bagi-mengurangkan-kos.html untuk air minuman, takda masalah bagi air paip, cuma kalau boleh elakkan, sebab air paip ada klorin, kalau kita minum pon sakit perot kan? kalau boleh untuk arnab sepasang, apa kata kalau tampung air hujan atau susah sangat, bagi air yg dah masak.

"adakah linda perlu variasikan mkanan yg lain.kdg2 linda ada lepaskan arnab di kawasan sekitar rumah jadi ia akan mkn rumput2.adakah boleh?
skrg dah kurang lps sbb arnab betina grg.sll nak mengigit smpi linda rase tak nak pelihara dah. tp rasa syg lak."
rujuk gambar-gambar rumput dan beberapa tumbuhan yg saya post dari artikel2 di atas tu, jenis sayur yg tidak digalakkan diberi kepada arnab adalah dari jenis-jenis sayur yang berunsur sejuk dan angin(orang pompuan paham sayur mana kot), ada orang selalu beri kobis, sebenarnya kobis tak elok, sayur ni angin lebih, arnab takleh berangin-angin ni, nanti perut dia kembung.... kalau serius bleh mati... pasal arnab garang cuba rujuk artikel yg ni>> http://arnabkiut.blogspot.com/2009/04/arnab-garang-grrrrr.html

"bgaimana kita nak tahu arnab bunting?"
ada beberapa cara, kalau pandai, cuba raba bawah perut ibu tu, tekan secara cermat dan berhati-hati disekitar kelangkang kaki belakang bahagian perut, kalau rasa-rasa macam ada 'isi', ada la tu, tapi kalau kita rekod hari dia kahwin, kita dapat agak la bila dia beranak, arnab akan bunting sekitar 28-32hari, kalau lagi sehari dua dia nak beranak dia akan cabut 70-80%bulu dari badan dia, jadi bila nampak tindakan dia macam nih, sediakan dia tempat untuk beranak(kalau tak rekod tarikh dia kahwen). Satu lagi, kalau kita selalu tengok arnab kita, cuba suruh orang yg jarang tengok, kalau dia kata arnab tu gemok dari masa last dia tengok, arnab tu bunting la~(ini teori aku..AhHAHA)
"kenapa arnab linda skrg ada gugur bulu seperti gumpalan kecil bulu."
arnab akan melalui satu musim dimana dia akan mengemaskinikan bulu-bulu dia, so jangan risau, itu tindakan biasa.

"ibu arnab ni baka anggora tapi lps lahir,linda tgk anak2 mcm arnab biasa termasuk juga ngan arnab linda sekarang." baka arnab yang dikahwin campurkan selalunya 60% ikut gen bapak dia, so kalau yg dikahwinkan dengan ibu anggora tadi dari baka lokal, maka kemungkinan besar dia mengikut baka bapaknya, malahan sesetengah kes, baka dari datuk moyang juga muncul untuk seekor dua anak arnab yg bertuah~

"ikutkan kita perlu pergi vaterinar setiap brapa bulan skali?linda tak pernah cucuk arnab ni.tak tahu kat mana klinik haiwan di kuantan.pernah tanya kwn yg plihara arnab tp diorg ckp tak pergi klinik haiwan pun."
pergi hanya bila perlu, kalau arnab-arnab tu menggambarkan keadaan dia sedang sakit je, sebab kos untuk ke klinik haiwan jugak agak tinggi sekarang, rasanya jabatan haiwan di kuantan boleh membantu, jika perlu arnab tu diberi amunisasi, berilah, tapi kalau dengan penjagaan yang betul, kandang yang bersih, pemakanan dia baik, insyaAllah arnab tu sehat. untuk dapatkan khidmat imunisasi rasanya sekitar RM15-20 sahaja untuk seekor arnab, kalau arnab ada seekor dua, rasanya takda masalah kot~

Isnin, 27 April 2009

*.* Pesan En.Bad 01 (Al-Fatihah) *.*

# Badruzamani Azmi Says:
May 1st, 2007 at 10:56 am

Penyakit yang selalu menyerang arnab ialah selesema, jangkitan kulat dan bakteria, perut kembung dan telinga patah.

Jangkitan selesema dan perut kembung adalah akibat memberi sayur yang mudah layu dan cuaca sekitar sejuk. Jangkitan kulat adalah kerana tempat tinggalnya tidak bersih. Telinga patah pula berlaku kerana cara memegang arnab yang tidak betul.

Selain itu, banyak faktor yang menyumbang kepada kematian. Antara seperti cuaca, virus dan sebagainya. Cuba dapatkan maklumat dan ubat yang sesuai di Jabatan Ternakan Haiwan yang terdekat dengan anda. :) Atau anda juga boleh dapatkan 2 buku berkenaan arnab secara detail di laman Sabak Agro.

Kos makanan pernah menjadi faktor kegagalan kebanyakan penternak arnab terdahulu. Dedak arnab memang mahal. Tetapi ia perlu juga. Cuma jangan jadikan ia sebagai makanan utama. Anda boleh mencuba campuran antara hampas kelapa di campur dengan hampas kacang soya dan kulit nenas yang di kusar lumat. Kesemua bahan ini, anda boleh dapat secara percuma di sesetengah tempat. Akhir sekali, masukkan gula melaka yang sudah dicairkan dan gaul hingga sebati. Anda juga boleh masukkan pelbagai sayur dan jagung / lobak merah yang telah dikisar.

Semoga penerangan saya ini membantu sedikit sebanyak saudara. Dari pengalaman saya dulu, saya hanya bermula dengan 6 ekor arnab sahaja dulu. Dalam masa kurang dari 2 tahun, sudah ada sampai generasi ke 13. Jadi, kalau penjagaan yang betul dan makanan yang baik (tidak semestinya mahal), arnab mampu memberi pulangan yang baik pada anda. Dagingnya memang sedap selepas di masak kari atau kurma.

Jumaat, 24 April 2009

*.* Arnab Garang?? Grrrrr~!!! *.*

Quote:
Originally Posted by zii
En. Joe nak tanya sikitlah ...rasa agak pelik pada satu ekor arnab ni... baka NZW .... dari kecil lagi dah garang ..suka gigit ..nak kata dia tertekan tak mungkin tapi .... kalau dok bagi makanan asyik nak gigit kita je...hari ni pun saya kena gigit lagi ..geram tul...... sepanjang saya bela arnab tak adalah pula baka jenis tu garang kecuali 2 jenis arnab yang sy pasti ada juga yang garang...(nak cakap jenis apa pun tak tahu ).

tentang makanan arnab pula hari semalam kehabisan kena beli kat kedai .... mungkin 2 tiga hari lg tempahan makanan arnab tu sampai.... sebab stock kat tempat tu pun dah kehabisan.... ada pesan FFM 10 guni dan yang hijau 10 guni. arnab kak pulak dah pandai pilih tu yang susah
.
Quote:
Originally Posted by ciku View Post
Sorry mencelah.......terkenang arnab garang........ada kawan n otai tu bela arnab garang ... masa nak bagi makan perlu pakai sarung tangan kulit...... kalau x mesti luka kena gigit ........hahahaha ... sedihnya skg tinggal dalam kenangan sahaja......

OK Kak Zii, Selain dari stress...inilah antara beberapa sebab lain kenapa arnab menggigit. Tak tau arnab akak tu tergolong dalam kategori yg mana satu...

  • Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
  • Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
  • Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih.
  • Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
  • Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
  • Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik utk meletakkan tangan kita dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
  • Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan
Quote:
Originally Posted by ciku View Post
Hahahah........hahahha........macam2 teori.......hahaha......anyway thank.......
Siapa yg x tahan kena gigit or x mau lagi kena gigit ....meh bagi kat kawan.... biar kawan jaga arnab tu....... ( item akhir tu kelakar.....sesilap arnab tu mati terkejut....hahahaha)
Bila org tanya, kenalah kwn bagi teori stakat yg tau...hehe.

Hang ni pun...patut bagi tip2 atau ayat2 yg patut diamalkan waktu deal ngan menatang yg garang2 nih.

Yg biasa dengau petua orang2 tua ialah bacakan untuk mengambil berkat Surah Al Lahab (111),...abis tuh twist kan apa2 kain, katanya insyallah buleh menundukkan hati orang atau haiwan yg sedang bengis itu.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Khamis, 23 April 2009

*.* Lawatan dari Lanz Rabbit Studio *.*

Malam tadi aku menerima lawatan mengejut dari salah seorang blogger yg aktif dalam industri arnab. Beliau yang dimaksudkan ialah Lanz dari blog Lanz Rabbit Studio (http://lanzrabbit.blogspot.com/). Setelah menjenguk dan bertukar-tukar buah fikir, Lanz dengan tujuan asalnya ingin mendapatkan Bengy 6088 dari aku telah pon berminat untuk menyuntik sendiri arnab2nya yg dikhabarkan juga diserang hama dan pepijat~ ehehehehhe
Dibawah ialah Lop Ear yg Lanz buka untuk dijual~
Kalau ada sesiapa berminat, silalah terus ke blog Lanz untuk urusan jual beli dengan beliau~
Terima kasih kerana sudi datang ke kandang ako yg selekeh~ AHhaHAhAhHA

-Yang Arnab,
iceburn 0173030433

Rabu, 15 April 2009

*.* Sindrom Ibu Muda (Young Doe Syndrome) *.*

Kongsi2 Lagi....Ini sejenis lagi penyakit tentang kelenjar susu.

Sindrom Ibu Muda (Young Doe Syndrome)

Penyakit ini sering terjadi pada arnab2 betina muda pada kelahiran yang pertama dan kedua.

Penyebabnya adalah septicemia (keracunan darah) akibat mastitis (bisul) sehingga terjadi bengkak pada kelenjar susu.

Kuman stapphylorus aureus memasuki kelenjar susu melaui luka pada kelenjar atau puting susu. Mastitis ini menyebabkan , suhu badan induk panas, nafsu makannya kurang. Puting susu bengkak dan keras, sehingga induk tak mau menyusukan anaknya.

Anak-anak arnab itu akan mati karena tak mendapatkan susu dari induknya.

Rawatan:
  • Asingkan Induk yang sakit itu.
  • Penyakitnya dapat di sembuhkan kalau belum terlambat.
  • Ubatnya, suntikan dengan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
  • Selain itu, kandang hendaklah dibersihkan, di sembur atau di cuci dengan Asepto.
  • Anak-anak arnab ditumpangkan pada ibu tumpang semasa ibu kandungnya disolate.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Quote:
Originally Posted by iceburn View Post
yg ubat tu... pilihan salah satu dari jenis ubat tu ker? atau diberi keseluruhan dari senarai yang BJM beri??

Asepto ni racun ker antiseptik ker vaksin?
Pilih salah satu jer.
Asepto tu adalah produk pembasmian microbilogical organism.
__________________
JOE AGRO BIZ
Website : Kebun Arnab Ar Rasya
Email : mjoe2447@gmail.com
HP : 0166490062
Lot 913C, KM4 Semabok,75050
Melaka Tengah,
Bandaraya Melaka Bersejarah
.

Selasa, 14 April 2009

*.* Myxomatosis (Part 2)*.*

Mari Berkenalan Dengan Myxomatosis.
Myxomatosis adalah penyakit yang hanya menjangkiti arnab. Ia disebabkan dan berpunca dari virus Myxoma. Pertama kali ianya dikesan/ditemui adalah pada awal 1900'an di Uruguay, ianya dengan 'sengaja' diperkenalkan ke Australia dengan tujuan untuk mengawal populasi arnab di sana yang dianggap sebagai haiwan perosak.
Kajian lapangan yang pertama untuk mengawal populasi pada tahun 1938, kajian dengan skala besar diperkenalkan pada tahun 1950. Ianya memberi kesan yang sangat efektif, mengurangkan bilangan populasi arnab dari 600 juta ke 100 juta didalam masa 2 tahun.Selepas itu dengan sengaja juga ia diperkenalkan di Perancis pada tahun 1952. Pada tahun 1954, 90% dari populasi arnab liar di Perancis mati. Diperkenalkan di UK pada tahun 1953, diketahui penyebaran virus tanpa campur tangan manusia. Pada tahun 1955, lebih kurang 95% dari populasi arnab di UK juga mampus.

Myxomatosis disebarkan melalui kutu dan nyamuk. Oleh itu, seboleh-bolehnya arnab rumah/periharaan haruslah dihindarkan dari serangga perosak ini.
Penggunaan vaksin.
Ada vaksin yang disediakan untuk arnab peliharaan, tetapi diharamkan di Australia kerana mereka takut dengan kesan kekebalan yang ditunjukkan oleh vaksin tersebut menular ke arnab liar, ini kerana vaksin itu menggunakan virus lain, ianya virus Shope Fibroma.


*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*