Mari Berkenalan Dengan Myxomatosis.Myxomatosis adalah penyakit yang hanya menjangkiti arnab. Ia disebabkan dan berpunca dari virus Myxoma. Pertama kali ianya dikesan/ditemui adalah pada awal 1900'an di Uruguay, ianya dengan 'sengaja' diperkenalkan ke Australia dengan tujuan untuk mengawal populasi arnab di sana yang dianggap sebagai haiwan perosak.
Kajian lapangan yang pertama untuk mengawal populasi pada tahun 1938, kajian dengan skala besar diperkenalkan pada tahun 1950. Ianya memberi kesan yang sangat efektif, mengurangkan bilangan populasi arnab dari 600 juta ke 100 juta didalam masa 2 tahun.
Myxomatosis disebarkan melalui kutu dan nyamuk. Oleh itu, seboleh-bolehnya arnab rumah/periharaan haruslah dihindarkan dari serangga perosak ini.
Penggunaan vaksin.Ada vaksin yang disediakan untuk arnab peliharaan, tetapi diharamkan di Australia kerana mereka takut dengan kesan kekebalan yang ditunjukkan oleh vaksin tersebut menular ke arnab liar, ini kerana vaksin itu menggunakan virus lain, ianya virus Shope Fibroma.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com