Sepintas Lalu Arnab Kiut

  • Pada pertengahan bulan Disember 2008 sebuah blog berkongsi maklumat mengenai penternakan arnab ditulis dalam Bahasa Malaysia telah diterbitkan dengan diberi nama Arnab Kiut diatas domain percuma dari Blogger(Blogspot). Dengan berbekalkan perkongsian maklumat dan kerja-kerja alih bahasa mengenai sistem penternakan dan pembiakan arnab dari blog-blog luar negara, Arnab Kiut berjaya menarik minat orang ramai dan penggemar arnab untuk berkongsi maklumat didalam blog tersebut. Sebuah syarikat milikan tunggal bumiputera diwujudkan dengan nama Arnab Kiut.

Halatuju Arnab Kiut

  • Semenjak dari awal penubuhan, Arnab Kiut sentiasa menekankan pentingnya mengkonsumsi daging arnab sebagai diet penting didalam pemakanan sehari-hari. Perkongsian maklumat penternakan arnab yang lebih berkisar kepada sistem pembiakan dan pemeliharaan yang betul juga diselitkan dengan perkongsian maklumat tentang kebaikan daging arnab. Terpanggil untuk menjadi salah satu pembekal bumiputera yang membekalkan daging arnab kepada pasaran tempatan, ini kerana ketika ini tidak ada satupun pembekal daging arnab milik bumiputera yang benar-benar boleh membekalkan daging arnab secara konsisten dan dalam jumlah yang banyak, malahan penternak terbesar arnab pedaging pula adalah dari kalangan bukan Melayu Islam yang diragui status 100% halalnya. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia, daging arnab semakin mendapat tempat di dalam selingan menu rakyat.

Operasi Arnab Kiut.

  • Setelah setahun beroperasi dengan membekalkan ilmu dan perkongsian maklumat, blog Arnab Kiut juga menjadi bahan rujukan kepada penternak-penternak untuk mendapatkan maklumat mengenai penternakan arnab. Tidak terhenti di situ, Arnab Kiut juga menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menjual dan membekal barangan berkaitan dengan penternakan dan pemeliharaan arnab kepada pengunjung dalam talian. Walaupun ketika itu terdapat dua atau tiga blog lain yang berkisar tentang penceritaan dan pemeliharaan arnab, tetapi kelainan yang disaji oleh blog Arnab Kiut telah berjaya menambat hati ramai khalayak pembaca blog. Blog dengan perkongsian maklumat tanpa had dan rahsia penternakan telah berjaya menuntun sekian ramai khalayak pembaca dan pemelihara menjadikan penternakan arnab sebahagian dari samada hobi ataupun penambah nilai pendapatan wang poket.
  • Pada sekitar bulan Mei 2009, pihak Arnab Kiut ditawarkan menjalankan kerjasama dengan individu perseorangan dengan mengimpot masuk 104 ekor arnab pelbagai jenis baka dari jenis pedaging dan hiasan dari Indonesia. Ianya adalah kemasukan pertama arnab dengan skala besar dari Indonesia ke Malaysia. Arnab-arnab itu dibawa ke Kampung Sungai Mulia, Gombak dan di biakkan disana. Setelah menjalankan kerjasama selama 5 bulan dengan individu tersebut, Arnab Kiut membuat keputusan untuk keluar dari bekerjasama terus diatas sebab-sebab masalah dalaman.
  • Tidak putus asa dengan pengalaman tersebut, Arnab Kiut terus mengorak langkah didalam penyebaran ilmu. Sekitar pertengahan tahun 2009, Arnab Kiut telah menjalankan kerjasama dengan Al Kamil Natural Resources untuk menjalankan kursus mengenai penternakan arnab. Kursus pertama yang dijalankan dihadiri sekitar 4-5 orang diadakan di sebuah nurseri bunga di Desa Melawati, Kuala Lumpur. Walaupun kehadiran tidak begitu memberangsangkan, pihak kami tidak terus putus asa untuk menyampaikan maklumat dan ilmu berkenaan penternakan arnab kepada khalayak penternak dan pemilik arnab.
  • Bermula dari tahun 2009 hingga kini, pihak Arnab Kiut dengan kerjasama Al Kamil Natural Resources telah menganjurkan kursus-kursus penternakan arnab pada setiap bulan. Penyertaan yang didaftarkan setakat ini telah mencecah kepada sekitar 80-90 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dari segenap pelusuk negara. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan dan menjadi perangsang kepada Arnab Kiut untuk terus menerajui bidang penternakan arnab di Malaysia.
  • Didalam tahun 2009 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan pihak pengimpot haiwan peliharaan Trendy Pets, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur dengan bersama-sama mempopularkan baka-baka arnab impot dari Thailand. Dengan jumlah kos impot yang jauh lebih murah dari Indonesia, arnab-arnab impot dari Thailand mudah mendapat tempat di hati peminat arnab Malaysia. Disamping menjalankan kursus dan latihan praktikal, pihak Arnab Kiut juga membekalkan benih-benih baka arnab pelbagai jenis yang dibawa masuk dari Thailand. Senario pemeliharaan arnab hiasan dan pedaging di Malaysia mulai berubah setelah sekian lama tenggelam dan senyap semenjak kegagalan penternak awal 1990-an. Beberapa penternak dan penulis blog berkenaan arnab mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Industri penternakan arnab kian mendapat tempat di kalangan penternak haiwan.
  • Setelah lebih setahun beroperasi tanpa mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, timbul inisiatif untuk mengorak langkah lebih profesional dan efektif. Pada sekitar pertengahan 2010, Arnab Kiut didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama “Arnab Kiut”.
  • Pada bulan November 2010, Arnab Kiut telah ditawarkan untuk membekalkan arnab bagi tujuan kajian untuk Jabatan Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sejumlah 14 ekor arnab dari baka New Zealand White berjaya dibekalkan ke fakulti tersebut pada pertengahan Disember 2010.
  • Sekali lagi pada April 2011, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah fakulti Farmasi memesan sejumlah 10 ekor arnab dari jenis dan baka yang sama bagi tujuan kajian. Pertengahan tahun 2011 juga pihak Arnab Kiut menjalankan kerjasama dengan membantu pihak Komuniti Gombak Setia dengan memberi khidmat nasihat didalam penternakan arnab di kawasan mereka. Sejumlah 200 ekor arnab dari pelbagai baka diternak di sana yang lebih dari separuh terdiri dari jenis pedaging baka New Zealand White yang dibekalkan dari rumah haiwan universiti-universiti tempatan dan institut kajian tempatan.
  • Disember 2018, Arnab Kiut diberi ruang untuk mengadakan pameran dan petting zoo arnab di ruang sebuah dewan tertutup berhawa dingin di MAHA 2018 di halaman ternakan. Berkonsepkan 'Experimental Show', Arnab Kiut berjaya menarik sekitar 5000 orang pengunjung dari seluruh negara. Penyertaan Arnab Kiut di dalam MAHA 2018 adalah satu pengiktirafan terbaik kewujudan Arnab Kiut di dalam arena dunia penternakan arnab di Malaysia.

Pengikut

*.* Rancangan Tv9 "Makan Angin Musim ke 3" bersama Arnab Kiut *.*



Memelihara Arnab di Arnab Kiut Rabbitry Kuala Lumpur

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio

Sedutan temubual didalam ruangan 'Chit-Chat Bloggers' di #UMalayaRadio. Terima Kasih kepada team UMalaya Radio diatas undangan dan kerjasama menjayakan sesi temubual bersama kami Arnab Kiut Rabbitry!

Khamis, 14 Jun 2018

#KuliahKejam Siri 2. Dipetik dari Facebook Imran Zakhaev Founder ArnabKiut

🚹Okay. Sambung yang semalam.

Untuk memulakan sesebuah projek penternakan, banyak faktor yang perlu diambil kira, banyak sudut nak kena diteliti, faktor-faktor permasalahan yang perlu dijangka awal sebelum memulakan sesebuah projek penternakan.

Yang aku belajar dengan cikgu aku, yang paling utama dan asas sesebuah projek penternakan, ialah memaksimakan pengurangan kos, semua sudut kos perlu diminimakan. Baik dari permulaan infra hinggalah sehingga kos makanan ternakan itu sendiri.

Beberapa player besar yang pernah wujud dahulu sepanjang aku berada didalam industri arnab di Malaysia (since 2008) gagal akibat dari kegagalan masing-masing didalam meminimakan kos. Infra je dah separuh atau lebih dari budget penuh yang akan dikeluarkan, bangsal nak grand nak tip-top, kalau boleh nak tiru Europe, sistem nak fully auto, datang barn nak petik suis pastu balik, tapi modal ciput, sembang kemas, pengakhirannya menjadi antara liputan sejarah.

Bila kita tanya, kenapa gagal? Government tak tolong, market takda, harga jatuh, member saylang, masalah air di Selangor lebih kritikal...
Hey! Tahi!
Itu semua tahi lembu! (Sila baca-Bullshit!)

Kalau dah modal awal ko, lebih dari separuh ko modalkan buat bangsal, masukkan arnab import, bagi makan pellet komersial pulak... Memang kaput la...

Member datang nak tolong, JV kot ada ruang boleh kerjasama, awal-awal potong stim. Bagi harga Yahudi. Memang awal ko dah tetapkan harga ikut ko, konon nak kawal market. Alamak... Ko sendiri pun tak dapat jual harga tu, takkan ko nak suruh member jual harga lagi mahal dari ko jual? Memang pisang la bos...

Itu satu hal. Bila kita ajak buat supply chain, dia nak up, dia nak lead, tak nak mengalah, padahal sendiri boleh tau ko tak boleh jalan sendiri, jalan sekarang pun dah mengengkang, ROI pun dah kelaut, duit masuk pun cukup-cukup makan nak run yang ada, setahun boleh sembang lagi, masuk second round, kaput! Dan mula la balik alasan macam tadi tu.

Memang ramai yang terjun bidang arnab pedaging ni bila dengar harga daging karkas arnab cecah rm30-40 SEKILO. Kesian kat orang-orang tua pencen yang kena cong dengan ko tu, ko sembang atas kertas buat kira-kira cara ko, suruh dia labur duit EPF dia, sudahnya lebur...

Sebab apa? Sebab ko sombong ilmu. Ko ada ko simpan, yang ko takda ko taknak cari. Orang suruh datang kursus-kursus ternakan, ko pegi kursus marketing online, ko pg kursus main jual emas, duit pelabur ko bagi ko buat modal, tak berkat tau, pastu melingkup... Sudahnya ko salahkan orang lain...

Bila kita bahasa kan macam ni, mula la keluar ayat, "Ah, ko pun sama, bukan nak tolong Melayu, buat kursus kena bayar, ajar la percuma, ilmu kan untuk dikongsi".

Yang aku tulis ni bukan tolong Melayu? Aku tulis dalam bahasa melayu la ni bagi ko rajin membaca sikit, kalau aku tulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Vietnam, dah tentu ko skrol je news feed ko cari video budak² ravers untuk ko share dan happy happy.

Keluar la modal sikit bos, nak ilmu kena ada modal, yang tukang ajar ko ingat hirup embun subuh pastu bukak puasa makan daun pisang? Banyak berlambak orang buat kursus-kursus ajar macam-macam pasal ternakan, ko khususkan sikit pencarian ko tu, apa yang ko tak tau tu.

Nak belajar dengan aku boleh jer, mahal la sikit, sebab aku dah ada phd... Kahkahkah 😂😂😂

Tengok aku dah melalut ke laut.

Ok point dia.
1. Minimakan serendah mungkin kos permulaan projek. (Infra dan lain-lain)
2. Minimakan serendah mungkin kos makanan ternakan. (Kos makanan kosentrat dan suplemen lain)
3. Kuar modal pegi menuntut ilmu, belajar buat pellet.
4. Jangan sombong, member nak join hadap dengan baik, jangan pikir ko sorang je nak pergi haji balik hari, fikirkan winwin situation yang terbaik. 5.Cari supply chain, orang tengah la yang bantu ko melicinkan kerja, jangan termakan dakyah 'hapuskan orang tengah', aku tak setuju yg itu, orang tengah yang baik la, yang jahat ko rembat jer...
6. Sebab apa kena ada team work? Allah bagi kita kederat ni tak sama bos, ada orang dia boleh buat dari A sampai Z smooth dan cantik, ada orang sampai C dia dah pisang dan hilang arah. Jadi elok buat team work, jalinan kerjasama, bukan ko sorang nak sauk semua, yang breeding ko, yang grower ko, yang mating ko, yang sembelih ko, yang packaging ko, yang marketing ko, haish... Bangla pun lari ko bagi kerja semua tu kat dia...

Oklah, baca lagi sekali dari atas, ko tu sekolah dulu malas baca macam aku, sebab tu tiba-tiba ko dah sampai perenggan yang ini, kan? Ko skrol terus ke bawah kan? Nak tengok ending aku tulis apa kan? 😂😂😂

Mintak maaf la kalau ada terkasar bahasa atau ada ayat yang memang tepat menusuk ke jiwa ko... Kalau kawan tak nasihat kawan, takkan la Nepal jaga pintu Giant nak tolong nasihatkan?

Ok aku pun dah skrol balik apa yg aku tulis dari atas. Macam ni deal dia, esok malam aku nak tulis bab pengurangan kos, sembang pasal buat pellet, kalau korang share posting yang ini, cukup 10 share, aku tulis, kalau tak tengok la mood aku esok mcmn... Ahaha

Yang ikhlas,
Ahmad Fahmi Alias
Founder ArnabKiut
0123413277 (takda Whatsapp)
0193737311 (ada Whatsapp, jgn call, Along banyak cal no ni, aku malas angkat 😂😂😂)
#ArnabKiut #KuliahKejam #JanganNangisDiBucuKatil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com



*.* Kursus dan Bengkel 15hb JULAI 2012*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikutan kejayaan kami mengadakan sesi Kursus pada kursus-kursus yang lepas dengan kehadiran melebihi jangkaan , kami sekali lagi terpanggil dan di sarankan mengadakan satu lagi sesi kursus pada bulan Julai ini.
Sesi kursus kali ini jugak diadakan di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Seperti biasa, jika quota peserta telah dipenuhi iaitu 10 orang, pihak kami akan menurunkan jumlah yuran bayaran bagi peserta yang seterusnya seperti yang kami lakukan pada kursus yang lepas-lepas.
Kenapa Kursus Penternakan Arnab Kiut?
Tanya peserta yang lepas-lepas, mereka punya jawapan! :)

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik. (Sesi Julai 2012)
Tempat :- Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)
Tarikh :- 15hb Julai 2012 (AHAD)
Yuran :- RM100/peserta.

-Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
-Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 10hb Julai 2012(SELASA) jam 5.00ptg.
-Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

**Modul Kursus Perladangan Butik Arnab**

Modul-modul;
1. Pengenalan - halatuju industri arnab
2. Biologi arnab
3. Sistem pencernaan
4. Baka dan ciri-ciri arnab pedaging unggul
5. Teknologi pembinaan sangkar, nestbox, drinker, feeder
6. Teknologi bangsal, infrastruktur dan sekuriti ternakan
7. Teknologi ternakan;
· Teknik kenalpasti jantina induk dan pejantan
· Teknik persediaan baka untuk dibiakkan
· Teknik pemakanan(pelet komersil & hay)
· Teknik merekod & tanda pengenalan ternakan
· Rutin/operasi harian penternakan
· Teknik pembiakan intensif (pusingan 45/60 hari)
· Teknik palpasi(kenalpasti kebuntingan)
· Teknik pengurusan nestbox(kelahiran, kematian & takaian)
· Teknik pengurusan anak menyusu
· Teknik pengurusan anak ceraisusu
· Teknik pemilihan & pengkelasan anak(calun induk dan pedaging)
· Teknik takaian induk & pejantan rendah kualiti
8. Kebersihan, kawalan, dan pencegahan penyakit
9. Kuarantin, rawatan dan pemulihan kesihatan
10. Pengurusan tinja dan pembuatan baja kompos dan gas metana
11. Biosekuriti ladang ternakan


"It is fatal to enter any war without the will to win it."
Fahmi 017-3030433
Elin 013-2855242




View Larger Map

Kursus Teori & Praktikal Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik

Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik Sesi Jun


Kursus Teori Penternakan Arnab Komersial Secara Perladangan Butik.

Tempat :- Balai Penghulu Mukim Setapak, Gombak Setia, Batu 6 Jalan Gombak.

Masa :- 10:00 pagi - 5:00 petang (Pendaftaran 9:30pg-9:59pg)

Tarikh :- 25hb Feb 2012 (SABTU)

Yuran :- RM100/peserta.


  • Sila dapatkan tempat seawal mungkin dengan mendaftar dengan saya secara SMS nama dan no. ic ke 0173030433.
  • Untuk mendaftar setiap peserta diwajibkan mendepositkan yuran sebelum 17hb Feb 2012(JUMAAT) jam 5.00ptg.
  • Senarai modul boleh didapati di blog www.ArnabKiut.com
  • Makan Tengahari, Air Mineral dan Sijil disertakan.

"It is fatal to enter any war without the will to win it."

Fahmi 017-3030433

*.* ArnabKiut Rabbitry @KL Video~ *.*

Related Posts with Thumbnails
TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Rumah Kasih Harmoni (RKH) memerlukan sebuah TV , DVD
player/computer/ perlatan eletrik, permaianan/almari, perabot,
alat muzik/percusion dsb. utk anak2 di RKH..

Sekiranya berhasrat sila hubungi Usth. Rohana (HP: 013-3303430 - Wakil
di Keramat AU 2A)
Email:rkh@ykppm.org.my

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

ALAMAT & PENGURUS:

RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-6397015


Saper nak tolong Rumah Kasih Harmoni(Anak Yatim)?
dorang baru nak berjinak-jinak bela arnab,
klu ada yang rasa nak sedekah arnab buat dorang bela, buat main2 budak tu...
bleh amik alamat atau contact number kat blog ako...

Kandang arnab mereka yang pertama(sementara)...

Anak-anak istimewa ini sedang bermain-main dengan arnab mereka~
__________________
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net

*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*