Siapa yang menentu kan harga?
Siapa yang menentukan harga? penjual? pembeli? pemborong? kerajaan? persatuan? NGO? parti?
kadang2 kita berasa agak pening nak pikirkan siapa yang sebenarnya menentukan harga arnab yang sekarang ni hangat dibincangkan di laman2 so-sial dan kurang sial .
"willing to buy, willing to pay"
itu quote dari salah seorang guru ako, beliau menekankan, didalam isu harga arnab, tidak ada satu level penetapan kepada arnab yang dijual, samada dipasaran gelap atau terang.
jika seseorang individu itu, samada mahu membeli secara runcit(sekor-sekor) atau membeli secara borong, seramai mungkin arnab dari penjual, beliau mestilah mengikut harga yang ditawarkan oleh penjual, tetapi seperti biasa, pembeli berkelayakan untuk sesi tawar-menawar sehinggalah mencapai kata sepakat didalam menentukan harga arnab yang dibeli.
penternak/pemelihara/pemilik/pemengandungkan arnab pula perlulah pandai menetapkan harga kepada arnab-arnab yang dijual sesuai dengan penampilan dan kriteria arnab tersebut. ini tidak, arnab yang memliki gigi drakula tumbuh dari bawah pon dijual dengan riang gembiranya kepada pembeli.
selain kriteria, baka arnab juga memainkan peranan penting didalam penyesuaian harga,
arnab-arnab dari jenis baka beranak bersepah(banyak) seeloknya diberi harga yang bersesuaian dengan kriterianya, janganlah terlalu memikirkan keuntungan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk arnab yang boleh memberi kita anak banyak. sebagai contoh, arnab Teddy Bear(baka thai tidak berdaftar, tapi punya show dibawah seliaan ARBA), ianya boleh dikatakan dari baka arnab yang beranak dalam kuantiti medium. selalunya jumlah litternya lebih kurang 4-6ekor. Jadi dari perolehan tersebut, sesuailah harganya juga terletak didalam kategori medium, sesuai dengan umurnya, penampilannya(pandai posing depan kamera), variasi warnanya dan kesenangan untuk memperolehinya.
bagaimana dengan Netherland Dwarf? Holland Lop? kenapa dua baka ini terletak didalam kategori baka high spec?
baka ND dan HL susah dibiakkan, dari pengalaman saya berborak dgn penggiat baka jenis ini, jumlah litter dan kekerapan beranak dalam setahun yang sikit, membuatkan baka jenis ini masih dapat mengekalkan harga yang stabil.
status harga juga terletak bagaimana cara arnab itu diperolehi, jikalau datang dengan motorsikal dan bakul buah, padankanlah harganya dengan situasi tersebut, jika datang dengan boeing atau airbus, siap dengan pet carrier, water feeder dan selonggok hay, padankanlah pula dengan harga tersebut.
setiap orang memain peranan didalam penentuan harga, penjual boleh memberi harga yang wajar dengan penampilan arnabnya, pembeli punya hak membeli, tanak beli pegi cari orang lain. dapat arnab gigi drakula cari arnabkiut? AHaHahhaha
semoga the best men win arr~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com