About Lionhead
Terbaca dalam shoutmix persatuan. Syed dari Johor bertanya pasal lionhead Double Mane dan Single Mane.Memandangkan dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lionhead ni, NH akan cuba yang termampu untuk menjawab persoalannya.
Sejarah Lionhead
Ciri lionhead adalah disebabkan oleh mutasi yang berlaku pada gen yang mengawal bulu arnab.
Ini adalah mutasi yang terbaru pada abad ke 20, selepas kewujudan mutasi gen "satin".
Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa semua mutasi pada gen yang mengawal jenis bulu adalah disebabkan oleh gen resesif. Seperti bulu panjang resesif terhadap bulu pendek, bulu rex resesif terhap bulu biasa. Akan tetapi gen lionhead merupakan mutasi yang bersifat dominan (selepas ini akan diwakili oleh huruf "M" besar, dan gen bukan lionhead akan diwakili oleh "m" kecil).
Terdapat beberapa baka digunakan dalam penghasilan baka lionhead, antara baka yang paling banyak digunakan ialah Dwarf Angora dan Netherland Dwarf.
Oleh itu, jika kita lihat Arnab lionhead ARBA semuanya kecil-kecil belaka.
Apa maksud Dominan dan Resesif
Gen dominan merupakan gen yang bersifat "kuat". Gen yang dominan akan menunjukkan ciri tersebut tidak kira dalam apa keadaan sekali pun.
Contoh gen dominan
Gen Agouti - gen yang menghasilkan ciri "ticked" pada bulu arnab. Ciri yang wujud pada arnab liar. Diwakili oleh huruf "A"...............
Hah? nak baca lebih lagi? pegi ke laman pengamal kungfu shaolin(newhillz) nih, klik sini>>>NewHillz Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com