1 ulasan:
-
assalamualaikum....
pasal arnab ni, arnab jantan dan arnab betina saya (umur 4 bulan stgh) duduk dalam satu sangkar sejak kecil ?
1) bila masa yang sesuai utk pisahkan mereka ? sebelum sampai umur mengawan or setelah dia bunting ?
2) umur berape biasanya arnab mula mengawan ?
waalaikumusalam,
Selalunya umur matang sesekor arnab tergantung kepada baka. Ada yang mencapai tahap matang seawal umur/usia 4-5bulan dan ada pula yang terlalu lambat sehingga memakan masa 9-12bulan. Pada lazimnya, kebanyakan arnab baka-baka pet yang bersaiz kecil seperti Angora, LionHead, Lop Ear, Dutch dan lain-lain mencapai tahap matang diantara umur 4-6bulan, bergantung kepada baka arnab tersebut. Manakala tahap kematangan untuk arnab dari baka-baka giant pula adalah yang paling lambat didalam senarai kematangan arnab(bukan bermakna baka giant akan bersikap kebudak-budakan walaupon badan dah besar bagak~!). Sesetengah baka giant boleh mencecah setahun(12 bulan) untuk mencapai tahap kematangannya. Oleh sebab itu, baka-baka giant tidak disenaraikan didalam barisan baka-baka untuk dijadikan pedaging(istilah mudahnya -baka pedaging).
Untuk persoalan-persoalan yang timbul dari apa yang sedari ajukan, eloklah dipisahkan arnab-arnab itu ketika ini, ini kerana tidak mahu timbul kepayahan dimana berlakunya kejadian beranak tidak dirancang(melahirkan tanpa perancangan).
Arnab akan mula mengawan apabila mencapai tahap matang.
walla~
35 ulasan:
arnab saya yang dua ekor tu, yang betina arnab kampung, yang jantan baka lionhead....tapi yang jantan nampak macam lambat lagi nak matang, bodoh2 je nampak....yang betina je yang aktif....boleh bunting jugak ke?
hUhUHUHu try jer lar~
tahap kematangan arnab bergantung kepada jenis dan baka, tapi rasanya LH cepat jugak tahap matang dia~
mcm maner nk tanyer soalan?nak sgt tanyer soalan
sila jer tanya apa yang nak ditanya~
salam...
1-kenapa arnab saye sejak2 ni kencing kaler putih susu?
2-saya ada lion head loop betina,die mengawan time bulan puasa aritu,baru 2 hari lepas beranak,mmg spesis loop ni lmbt ke proses die?
3-aper beza pallet FFM ngan BENGY?
4-ubat stress kalau bagi berlebihan ada aper2 kesan tak?
thanks.....
salam....
boleh tak bagi senarai harga serta baka arnab(pet untuk rujukan,sbb saya ni baru nk jinak2 dalam breed rabbit untuk pet
1-kencing warna putih atau oren putih itu adalah lebihan fosforus yg dikeluarkan melalui air kencing. fosforus terdapat didalam makanan arnab(pellet), ia normal.
2-sesetengah kes memang berlaku arnab bunting lama. secara normal arnab bunting 30-32 hari, sesetengah breed dari giant lebih lama.
3-FFM cp-17%, bengy cp-15%
4-diberi dengan dos tidak mendatangkan sebarang masalah, cuma jika pemberian nopstress mengandungi antibiotik boleh menyebabkan organisma baik didalam sistem pencernaan arnab mati.
senarai harga dan baka boleh dirujuk dari mudah.my dan lain-lain
salam thanks diatas jawapan andapada soalan saya aritu,saya ada beberapa soalan nk di tanyer lg....
1-kenapa rabbit(betina 9bln) saya die tknk mengawan?
2-skarang musim hujan rabbit saya dapat selsema ape ubat yg sesuai?
3-kenapa rabbit gigit kite secara tiba2?
4-mcm maner nk bg arnab ni gemuk?
TQ sekian.....
1-kemungkinan paling hampir ialah dia sedang bunting atau kemungkinan lain, tahap biang(heat) dia belom sampai.
2-pastikan kawasan kandang dan sekitar dalam keadaan kering. pemberian immuplus dapat membantu meningkatkan ketahanan sistem pertahanan badan dia.
3-terkejut, terancam, bunting, stress atau bob bleh baca posting saya berkenaan arnab garang.
4-arnab gemuk akibat obesiti atau mempunyai daging yang banyak? pemilihan baka memainkan peranan yang penting untuk memperolehi arnab yang sihat dan besar. kalau kita bela arnab kampung, bagi la makan banyak manapon, dia tetap akan besar tu jugak.
1-nk kata bunting mmg tkde la sbb 1 time nk mengawan,nk kata tk matang dah matang,so mcm maner nk wat?kecewa pun ada,rase nk jual jer or ada cadangan atau pendapat?
4-nk bagi gemuk sbb nk nmpk cantik utk dijual(pet)
soalan:
1-boleh tk saya asingkan anak ngan ibu rabbit?time nk nyusu jer bg kt ibu,lepas nyusu ambik blk
2-umur braper yg sesuai nk asingkan anak2 rabbit jantan betina?
bob::
1- mungkin tahap biang(heat) dia belom sampai, cuba tengok bahagian vulva dia, tau bahagian vulva tu kat mana kan? XD
tengok bahagian tu kalau merah ke pink² tu, maknanya dia memang dah sedia nak mengawan...
4- bagi la makanan yang betul² tinggi protein, cuma larat dengan tak larat nak tanggung makan dia jer nanti la, bila kos pemberian makanan meningkat, harga jualan arnab juga turut meningkat~
jawapan::
1- boleh, tapi kemungkinan perkara² sampingan dari pro dan contra akan berlaku. cerita yg pro dulu, secara kesihatannya, ibu arnab dapat rest dari di serang oleh anak yg banyak(bagi kes beranak banyak 7-12ekor). contra dia, takut nanti bila diasingkan, ibunya tidak mahu menyusukan anak secara normal lagi, dia akan lari², terpaksala kita memegang ibunya dan berikan anaknya menyusu secara manual... kalau ada tiga empat ekor ibu... kalau ada 30-40 ekor?? huhUhuHuH
apa yg saya sarankan dan praktikkan, minimakan hubungan dan interaksi bob dan ibu tadi(pada awal-awal minggu kelahiran), sediakan satu tempat yg betul² tenteram untuk dia bersama-sama anaknya(menyusukan). tempat yg gelap dan sunyi(kurang bunyi) banyak membantu pengurangan stress si ibu... kejadian ibu memakan anak selalunya berlaku akibat stress melampau, sedangkan ibu arnab yang dikejutkan dengan kehadiran tikus pon dengan selambernya dia akan memakan anaknya... T-T
2- bila sahaja mencapai tahap matang, seeloknya ia diasingkan, selalunya secara normal(bagi baka² normal local etc), umur 5-6 bulan dah matang, bagi merancang sebarang kebuntingan dan keberanakan, eloklah diasingkan pada usia 4bulan, bulan kelima jika nak dikahwinkan, kahwinkan la, kalau taknak, terpulang...
1-dah tgk mmg dh merah dh boleh sgt tp die tk nk,jantan pun dah ckp hensem pun tk nk jugak
1-skarang ni pun mmg saye bg baby2 tu susu secara manual sbb lepas anak die mati 3ekor kene pijak(kaki ibu besar sgt)terus saya asingkan,kalau anak die dh besar ibu die leh terima tak blk(sblm cerai susu)kalau disatukan?
SOALAN:
1-saye ni baru nk blaja menternak rabbit secara kecil-kecilan,tp masalahnyer anak arnab dh bertambah,org tkde nk beli (dh ad kt mudah)kandang pun limited so mcm maner?bro boleh tak bagi pandangan atau cadangan mcm maner nk ternak rabbit dgn care yg betul serta perancangan bunting yg sesuai,takut kalau dh byk anak2 rabbit ni tk terjage nanti,bro tlglah saye
2-mcm maner Perjumpaan Rasmi Penternak Arnab Malaysia aritu?skarang negara kita dh ada Persatuan Penternak Arnab Malaysia,bgs2 nanti bro bg la info terkini PPAM(Persatuan Penternak Arnab Malaysia)
bob:
1(a)- kadang² faktor² lain juga perlu diambil kira, contohnya saiz penjantan yg terlalu besar berbanding dengan betina. suhu persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Seeloknya dikahwinkan pada waktu malam yang sejuk dan sunyi.
1(b)- anak dia boleh disatukan kembali dengan ibu selepas sahaja anak itu buka mata dan boleh merayap sendiri mencari puting susu ibunya.
1(c)- mengenai pasaran, selalunya buat masa nih kami semua bergerak sendiri dan ada jugak yang bekerjasama antar peternak(breeders), selain dari mudah.my, cuba awak tumpang dengan blog² kawan yg lain. saya juga boleh sediakan perkhidmatan iklan didalam blog saya. hantar gambar arnab yang ingin dijual. nanti kita bincang harga. okieh?
2- MARBA sedang didalam proses pendaftaran dan lain² hal berkaitan. jika berminat, nanti saya akan lancarkan web rasmi MARBA dalam jangkamasa terdekat, awak boleh daftar melalui web tersebut.
thanks bro sbb menjawab soalan dan memberi pandangan,so mcm maner nk send pic kat blog bro ni?
send via email, email add ada di front page(home)~
salam bro..
saya ada kemusykilan,kenape rabbit saya cabut bulu padahal die tk bunting?
mungkin bunting palsu, cuba baca mengenai false pregnancy~
salam bro ice saya nk tanyer,mcm maner nk bezakan pellet FFM dgn BENGY?takut kene tipu ngan pembekal ckp FFM padahal BENGY so mcm maner nk bezakan....thanks....
aik? dia jual pellet repack ker? klu camtuh susah jugak nak kesan...
pelet FFM ni dia pucat coklat sikit, pelet bengy dia ada ijau-ijau sikit.
FFM klu terbiar lama(2-3 ari) dia bekulat.
tk tau la bro takut kene tipu jer,sebelum terkena baik jage2,kalau kiter letak dlm bekas yg sesuai die akan berkulat jugak ker?
kalau bekas kedap udara dan tidak terdedah kepada air. insyaAllah tak rosak...
salam bro..
soalan sya,kenapa baby rabbit sy mati secara tiba2?tanda2 murung dan tak aktif,age 1.5bulan,ibu ada lg tp dh putus susu,saya nk tau aper punca die mati tu
banyak punca kematian mengejut.
susah jugak kalau tak tengok keadaan dalaman arnab tu.
tapi selalunya memang terjadi kematian anak arnab dibawah 2bulan akibat dari stress dipisahkan dari ibu.
thanks...
tp kalau anak2 rabbit tu dh tk nk menyusu sebelum 2bln mcm maner?nk biarkan ngan ibu atau asingkan?
kalau dia da stop menyusu, blehla asingkan. tapi selagi dia menyusu, lebih elok dibiarkan dengan ibunya, selalunya tempoh nih dalam 6-8minggu.
salam...
bro mcm maner kiter nk tau rabbit tu mandul atau dimandulkan?kangkung boleh tak kiter bg sbg makanan sampingan pada rabbit?
kalau betina tu kita kawin banyak kali tak bunting, tu mandul la...
klu jantan pon sama... ehehehe
dari segi pandangan luar takleh nak tengok bro, kena ada test lab... ehehehe
kangkung bleh bagi, tapi kena layukan dulu...
semua benda tumbuhan bleh bagi... janji dilayukan...
salam saya nak tanya kenapa rabit saya mcm ringasn aje . kelihatan kurus aje . dulu saya pegang dia berat je tpi sekarang ringan je mcm sakit je , tapi saya tak tahu ape sakit nye , lagy pun saya masih baru bela arnab ny , sebelum ni tak pernah , apakah mungkin sebab dia kembung perut bdn dia jady berat ? lagi satu kenpa dekat kaki die bhagian tepi mcm ada bintik merah agak keras jugak laa , ape ye , bantu saye :(
Hi..salam
Saya nk sedikit.pertanyaan, arnab saya fify da.umur 4bulan..hari ke hari saya.tgk.makin.montel.nk.ckp dia bunting saya xtahu.nak tahu.macamana, ni first time sy.khwin anak dara arnab saya.
Mgkin kaki kne kurap..kne dptkn suntikan
Tgk puting dia besar x..n mcm nk korek2 lubng..lagi2 klu letak kotak..
Sy nk tnya arnab sy berusia 3 bln n masih mnyusu dgn ibunya. Masalahnya anak arnab sy yg jantan tu dh mula pandai menggatal so perlu ke sy pisahkn ia dgn ibu n adik beradiknya yg betina tu?
Bro... bole bagi no. Fon ? Saya nak beli baka arnab..
😁
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com