Apabila anda menginginkan seekor anak arnab, seringkali kedengaran pertanyaan dari penternak atau penjual, samada jenis kualiti yang dimahukan dari kalangan pet atau show kualiti?
Bagi seorang penternak, mendifinisikan arnab peliharaannya dalam kategori pet atau show adalah perkara normal, dimana mereka suatu hari akan terjebak juga dalam pertandingan atau per'show'an. Manakala bagi rakyat marhaen dan biasa² sahaja, bukanlah membeli arnab untuk tujuan ternakan dan pembiakan, semestinya didalam benak dan akal mereka cukuplah arnab itu diperlihara sebagai pet dan bukan untuk ditunjuk². Dan diatas ketidak berpengalamannya orang² biasa seperti segelintir anda pembaca, mengklasifikasikan arnab yang dilihat semua adalah dari suku pet kualiti. Tidak terlintas pula difikiran anda(mungkin?) bagaimanalah gamaknya arnab dari suku show kualiti yang dicanang²kan itu~ Bagi rakyat marhaen dan biasa membela arnab sekadar untuk melihat perilaku dan bermain-main seketika dan disimpan kembali atau membeli arnab hanya untuk menggembirakan anak, langsung tidak terfikir yang didalam arena sukan show arnab terdapat ciri-ciri ekspresi pelik dan perkataan² fesyen yang tidak membawa sebarang makna dalam diri mereka.
Kualiti Pet: Apabila seorang penternak memberitahu yang arnab itu adalah dari kualiti pet, sudah tentu yang arnab itu tidak mempunyai peluang untuk memenangi sebarang pertunjukan(show?). Mungkin ekor arnab tersebut terpanjang setengah sentimeter atau telinganya sebelah senget yang membuatkan tidak layak untuk bertanding. Selalunya arnab dari kualiti pet secantik dan sehensem seperti arnab kualiti show, malahan kadang² arnab² pet kualiti ini memiliki personaliti dan karisma yang lebih menarik dari arnab² yang dijual sebagai suku kualiti show.
Kualiti Show: Sesetengah dari anak arnab yang lahir mempunyai ciri-ciri sebijik(spitting image) dari standard yang klasifikasikan mengikut 'buku' manual baka² arnab. Semua rupaparas hampir²(sikit²) dari segi saiz, letak hidungnya, letak telinganya, letak bulu jambulnya(crown) dan lain-lain. Disebabkan inilah arnab itu tadi layak dijadikan arnab untuk show atau sebagai 'display set'. Untuk mengawal dan mengelakkan rupaparas show ini yang sedikit demi sedikit berubah, penternak juga memilih arnab dari kualiti show ini sebagai induk untuk baka-baka arnab seterusnya.
Jadi didalam alam per'arnab'an di Malaysia yang masih lagi didalam tempoh-tempoh merangkak ini, aku mengharapkan kesefahaman antara penternak dan pembela untuk mengkategorikan arnab-arnab masing².
Sampai sudah ketelinga aku yang ada antara pemilik² dan pengimport² arnab yang mula mengklasifikasikan arnab² milik aku dan si polan(rakan ternak lain) bukan dari kategori kualiti show dan arnab² yang dimiliki dan diimport beliau dari kategori SHOW QUALITY~
Kenapa perlu ada sifat² PHd dalam kalangan komuniti yang masih dalam proses pembangunan dan masih didalam keadaan pautan antara komuniti masih gagal.
Yang menjadi lebih pelik, macamana orang² yg memiliki PHd ini boleh mengkategorikan arnab² milik ako tanpa pernah sekali pun pergi/melawat ladang milik kami(aku dan Hj). Dengan enteng dan sinis mengklasifikasikan arnab² milik kami low kualiti, arnab dari kalangan rakyat marhaen dan sebagainya...
Walaupun sebelum ini ada berlaku ketidak sefahaman(fahaman biasa dan luarbiasa) antara ahli forum penternakan arnab dari BicaraJutawan.com dan Lowyat.net, tetapi kami tetap memperakui yang arnab(Holland Lop) yang dipelihara dan dimiliki oleh azian(LazzyBunny), tim(TruLuv) dan rakan² mereka adalah dari 'pure breed' dan kualiti show. Kami tidak langsung menghasut atau membisik ke telinga pembeli supaya jangan beli atau berurusan dengan geng² lowyat.net. Kami juga tetap menyokong penternakan dari Beh&Yo untuk terus menjaga breed Holland Lop dan Netherland Dwarf nya.
Apa yang penting, adalah networking antara penternak dan pembela, perlu ada sefahaman dan kategori mengkategori cukuplah sekadar pada apa yang kita miliki, bukan mengklasifikasikan milik orang lain.
http://www.wikihow.com/Choose-Your-Pet-Rabbit
Yang Berkhidmat Dengan Arnab,
Ahmad Fahmi Alias aka iceburn
*.* ArnabKiut Blog - Perkongsian Ilmu Sihir Arnab *.*
www.arnabkiut.jiwer.net
*.*Berkenaan Arnab Pedaging dan Contract Farming*.*
www.arnabdaging.blogspot.com
*.* 017-3030433 / 019-3737311 *.*
8 ulasan:
Tulisan kurang difahami disamping target/sasaran kurang jelas.
ako takdapon kata yang artikel ni ada target... kenapa ada yang rasa diri ditargetkan ker?
tulisan ni seperti menggunakan dragunov dengan extra scope, membidik dahi orang yang berdosa dan merasakan dirinya bersalah, mungkin ada yang luka melecet di dahi dan mungkin ada yang berlubang disnipe....
bila sasaran merasakan dirinya dijadikan sasaran, maka dengan selamber la dia mengeluarkan pertanyaan yang akan kembali memakan diri...
bacul atau tidak mempunyai skrutum? kenapa tidak berani menampilkan diri dan terus menggunakan nama... tanpa nama...
hurm..nk tny la...sy nk bela arnab..tp xnak la yang besar..kalo boleh bile dia besa pun still kecik n kiut je...ade tak arnab gitu..kalo de..baka ape ek...
arnab kat banner tu chumel gle..huhu
hmm bleh pilih dari baka² dwarf~
dwarf hotot, netherland dwarf dll~
blog nisa nih tahap gaban jugak isi dia... hUhUhUh
arnab kat banner tu anak arnab liar(hare) di padang liar lar tu~
adakah harga arnab SHOWQUALITY ni mmg mahal gile?tkde ker senarai harga yg tetap utk arnab hidup kt malaysia ni?
bob, selalunya... di negara² mat salleh nun..
arnab² baka show ini dijual selepas dimasukkan kedalam sesuatu show, bukan hanya memilikki ciri-ciri dan rupa show sahaja terus diklasifikasikan sebagai arnab show. setakat ini, di malaysia, hanya ada satu sahaja show arnab secara rasmi yang dianjurkan oleh behyo tempoh hari. makanya, cuba anda tanya mereka² itu yang telahpon menghantar arnab mereka ke dalam show tersebut samada ingin menjual baka yang mereka sertakan didalam pertandingan itu. yang menang jer tau, yang takda ranking tak termasuk...
harga? willing to buy, willing to pay~
dia sebut harga, anda mahu beli, anda mesti mahu membayar~
pet quality pon banyak yang cantik~
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen~!
http://arnabkiutpetstore.blogspot.com