
Dua ekor dari baka anggora, kos belian setiap ekor RM60. Baru berumur sebulan nak masuk dua bulan. Seekor jantan(putih) dan seekor lagi betina(kelabu).

Arnab perlu diasingkan mengikut tahap umur dan saiz. Kalau tak akan berlaku pergaduhan yg boleh membawa maut atau kecacatan ke atas arnab-arnab. Selalunya yg kecik ler selalu kena rumble!!!

Nih dari baka local yang telah dibiak bakakan di Malaysia, berat masa beli lebih kurang 2.5kilo(anggaran) dan seekor jantan, dia nih memiliki keistimewaan tricolor, mempunyai warna putih, light coklat dan coklat gelap. Dalam jangkamasa terdekat sedang mencari betinanya pulak untuk dibuat pasangan. Seekor jantan boleh mengawan sehingga 10 ekor betina. Tempoh mengawan dari 10min ke satu jam. Setiap 5min boleh kembali menghasilkan sperma dan bersedia untuk mengawan. Arnab betina boleh mengawan selepas 48jam beranak, tetapi tidak digalakkan, selalunya ia akan diberi tempoh pantang selama sebulan atau lebih, sebelum di kahwinkan balik dengan penjantan. Tempoh bunting bagi betina adalah 30-32hari, anak arnab bercerai susu selepas 5-6minggu dilahirkan dan dalam tempoh ini ianya sudah sedia untuk dipasarkan.

Jadi tempoh sehingga dapat hasil untuk dijual ialah 3bulan, satu lagi perlu diingatkan, arnab betina bersedia untuk dikahwin pada umur 5bulan keatas. Jangka hayat sesetengah arnab boleh mencecah sehingga 6-9tahun.